23 March 2020

JEJU WINTER 2020 (PART 6)

Sambungan dari Part 5 | Laut & Pantai Cantik Di Jeju - Gimnyeong Beach & Woljeong-Ri Beach

Assamualaikum. Pejam celik dah 6 kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Semoga virus Covid-19 ni terhapuslah dengan segera.

Makcik dah naik 2 kg ni ... naik keje nanti mau kena bahan sebab tambun ... huhuhu

Korang kalau beboring tu, bolehlah baca ceriter Jeju sis yang 365 hari pun belum tentu habis 😜

SEONGSAN IICHULBONG

Seterusnya kami di bawa ke satu tapak warisan dunia UNESCO yang popular di Jeju Island iaitu Seongsan IIchulbong yang juga dikenali Sunrise Peak. Jika anda mahu melihat matahari terbit, silalah datang seawal mungkin.


Kat sini banyak cafe-cafe hipster. Starbucks pun ada. Cuma kami lebih excited nak mendaki Seongsan IIchulbong jer dulu.


Dengan cuaca yang sejuk nakmatik dan angin yang tak boleh bawak bincang gaisss... Harapan sis moga sis bertabahlah ye ...


Tips : Jika anda ingin mendaki Seongsan IIchulbong, anda wajib breakfast berat ye. Jangan jadi macam Akak Kembang, baru naik tangga 100 meter dah pancit sebab sis bukan sejenis yang suka breakfast berat (jika travel lah). Kekuda kena kuat jugak ye.


Dengan tudung yang macam hapatah...spoil mood nak mendaki betul ... nasib sis Ina melayan ...😍


Jika tak silap sis untuk sampai ke puncak Gunung Seongsan IIchulbong mengambil masa lebih kurang 30 - 40 minit bergantung kelajuan korang mendakilah. 

Laki kami dah naik dululah ... sis cuba jugak untuk naik tapi memang tak boleh, kekuda tak kuat 😅


Sudahnya ... aku amik gambar ko, ko amik gambar aku jelah ... kekekekeke ... 



Nampak tak gunung belakang sis tu? Itulah gunung Seongsan IIchulbong. InsyaAllah jika diizinkan datang sekali lagi, sis akan cuba panjat gunung Seongsan IIchulbong.


Sis acah-acah possing persis model sombong. Menjadi dak?


Pantang jumpa pagar 😝
Love sangat kat sini semua tempat nak possing ...


Di hadapan sis tu adalah Pekan Seongsan. Cantik sangat sebab colourfull.


Sambil menanti kekasih hati kami turun ... Oh Ya. Ada cerita kelakar kat sini. Sis Ina ada bawak air & keropok. Disebabkan nak berselfie jap, dia letaklah borol air tu kat tepi pagar ni, habis je selfie, sekelip mata botol air & keropok dia hilang. Nak kata jatuh dalam gaung tak mungkin. Sis syak tukang berdih dorang datang kutip. Punyalah dorang nak jaga tahap kebersihan Seongsan IIchulbong ni sampai sepantas kilat dorang buat pembersihan.


Entah apa cerita dorang kat atas tu. Jenuhlah kami menunggu kabar berita dorang tetiba dorang call. Rupa-rupanya kat sini ada free wifi.  Langsung dorang belanjer gambar-gamabr dorang yang dah berjaya takluk Gunung Seongsan IIchulbong.

Bangga dengan Abang Kembong. Dalam tak larat-larat berjaya jugak dia sampai ke atas tu.


Proud 👍


Panorama kat atas puncak Seongsan IIchulbong



Nyesal tak follow weiiii ....



Memori terindah di Jeju 


Kami diminta berkumpul di hadapan kedai souviner ni. Kedai souviner ni di pintu masuk Seongsan IIchulbong. 

Jika korang nak beli souviner, elok sangat beli di kedai souviner Seongsan IIchulbong ini sebab nescaya korang susah nak jumpa kedai jual souviner lagi nanti. Harga mahal ke murah tu belakang kira dari melopong kan.


Sebelah kedai souviner tu pulak ada kedai jual sotong bakar. Menggamit betul bau sotong bakar tu. 


TG bagitau, sotong bakar ni boleh makan, so wajib cuba ye Sotong Bakar Seongsan IIchulbong. Sedap giler!



3 ketul 10,000 won


Jus Oren Jeju ni kat mana-man sedap giler ...


 Menyesal jika beli satu jer .... sedap giler


Teringat-ingat ...


bai-bai Seongsan IIchulbong 😍
Next destination ialah Seopjikoji Lighthouse  

Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment