YONGMEORI COAST
Tempat paling tak sabar jugak nak pergi. Menurut TG ada waktu yang sesuai kalau nak ke Yongmeori Coast sebab kalau pergi time air pasang, korang tak dapatlah nak jenjalan kat tempat batu-batu lava yang rare tu.
Alhamdulillah, waktu kami sampai air dah pun surut. Tak menyabar nak tengok keunikan batu-batu lava Yeongmeori Coast seperti yang selalu sis tatap dalam IG jer.
Air Kelapa Laut yang unik. Sejuk-sejuk minum air kelapa sejuk. Perghhhh!
Baru tahu belakang Abang Kembong tulah Mount Sanbangsan yang katanya seperti kepala naga tenggelam dalam air. Lupa pulak sis nak tilek 😋
Bincang-bincang nak pose berapa ribu keping plak 😎
Sambil menunggu TG settlekan tiket masuk kami.
Rupanya ada cafe aiskrim yang popular kat atas bukit sebelah kami berhadapan kapal besar tu. Dah balik sini baru tau ... huhuhu ...
Jangan tanya sejarah kapal ni (sila google ye)
Sebelum masuk entrance Yeongmeori Coast, ternampak port cantik pulak nak ootd sebelah kapal tu ...
Hakak korang kan pantang nampak port lawa 😍
Tips untuk korang yang ke Yeongmeori Coast : Pastikan pakai sportshoes atau kasut yang tidak licin. Permukaan jalan tidak rata. Orang tua dan yang bawak baby tidak digalakkan sangat takut licin dan tergelincir. Tapi takat nak buat kenangan boleh jer pi dekat-dekat. Sebab kalau korang teruskan, korang kena pusing ikut lawan jam. Makin jauh korang jalan makin berbaloi sebab sangat rare batu-batu tepi laut tu.
Sepanjang persisiran Yeongmori Coast ni, batu yang terbentuk dari lava ni ada pelbagai pattern.
Korang mesti kagum gila nengok batu-batu lava yang terbentuk dari letusan gunung berapi ni ...
Mesti ada yang kata buatperlah nak tengok batu jer?
Korang alami sendiri baru korang tau ...
Dua sejoli nih ...
Makin jalan makin rare pulak ...
Wefie from Geng Guji Geng
Hati-hati ye sebab permukaan jalan tidak rata dan berlumut
Pecinta alam semulajadi jer yang pasti menghargai pengalaman di Yeongmeori Coast ni ...
Kat sini meriah dengan ahjumma dan ahjussi yang menangkap apa binatang ntah ni ...
Sis geli geliman nak nengok jarak dekat.
Yang ni rare jugak
View dan orang yang cantik 😜
Abang Kembong ajak panjat sama ... memang taklah ... sis seram ...
Kalau penat boleh duduk-duduk jap 😋
Kalau korang nak tau air sebelah Abang Kembong tu warnanya hijau dan cantik sangat ...
Bila sampai area sini, TG kata kalau nak teruskan boleh jalan terus. Taknak pun takpe. Cepat-cepat kata taknak 😙 Sis sejenis takut ... dok terbayang kalau terjatuh dalam laut tu ... hahahaha ...
Akhirnya setelah dipujuk Geng Guji Geng, akhirnya sis setuju dan ternyata tidak menyesal sama sekali sis meneruskan perjalanan mencabar ni ...
Cantik sangat weiiii ....
Kalau tak ikut takdelah gambar camni kan ... 😜
Memang nampak batu-batu jer tapi percayalah ... tak rugi korang tawaf sampai ke hujung
Love sangat pic ni ...
Yey....akhirnya berjaya tamatkan tawaf ... fuhhhh!! Nasib sejuk, kalau panas dah berpeluh ketiaq 😜
Masa jalan nak balik ke bas, jumpa lagi port cun bergambar. Sis sukalah kan.
Dah tu nampak pulak Ladang Canola ni yang menguning
Kami amik peluang untuk bergambar sakan di Ladang Canola walaupun masa dah time kena naik bas 😉
Lihatlah doniaaaa....
Wajib pose dengan laki kan ...
Love you Abang
Jika korang ke Jeju, sila singgah Yeongmeori Coast kerana tiada kekecewaan akan melanda selain gembira menikmati ciptaan Tuhan.
Akak Kembang 💗
pls follow/like/subcribe
No comments:
Post a Comment