30 March 2020

JEJU WINTER 2020 (PART 14 - FINAL)

Sambungan dari Part 13 | Melawat Batu Lava Tercantik di Yeongmeori Coast

Jeju, Day 5 - 13 Jan 2020 

Sedih pulak bila hari terakhir nak meninggalkan Jeju Island. Flight pukul 4.20 petang. TG datang pukul 10 pagi. Ada 2 destinasi terkahir kami akan kunjung sebelum dihantar ke Jeju Airport.

Disebabkan malam sebelumnya kami masih gagal beli stokin Korea (kedai tutup awal), seawal 8 pagi kami ronda Jeju City buat kali terakhir.

Kami naik teksi jer sebab malas nak jalan. Harga teksi dari Champion Hotel ke Starbuck Dongdaemun sekitar 3000 - 3500 won sahaja.


Masih awal dan banyak kedai-kedai masih tutup. Kebanyakkannya start pukul 10 pagi. Kami cuba nasib je ni.


Singgah Starbuck  Jeju di area Dongdaemun untuk belikan kiriman bos sista. Ahjussi teksi tu tak berapa faham bila kami sebut Starbuck (Se-tar bak). Tunjuk gambar baru faham 😙


Belikan kiriman bos je mampu 😊


Playing tourist 😋


Ambil peluang hirup udara sejuk di Bandar Jeju buat kali terkahir ...

Malangnya, Jungang Underground Mall masih belum beroperasi lagi. Takde can lah nak beli stokin Korea gamaknya. Dengan berat hati kami pun terus pulang ke hotel dengan menaiki teksi.

Moral of the story, jika jumpa jer barang yang korang nak beli, terus beli. Jangan tunggu-tunggu sebab nanti jadi macam sista 😞

Tepat 10 pagi TG sampai hotel. Bai-bai bandar Jeju. We will miss you.


Rupanya Yongduam Rock ni tak jauh dari Jeju Airport. Dah boleh nampak kapal-kapal terbang mendarat.

YONGDUAM ROCK

Tempat pertama kami singgah ialah Yongduam Rock atau dikenali Dragon Head Rock (Batu Berkepala Naga) salah satu tempat popular di Jeju. Takdelah besar sangat pun tempat ni. Dah macam berhenti kat R & R jer.


Tebing-tebing yang terbentuk dari batu-batu lava. Nampak sipi-sipi jer kepala Naga tu ...



Tema #ootd hari terakhir caca merba 😜


Angin kat sini boleh tahan kuat. Sekali lagi sis kemurungan bila tudung tak beri kerjasama. Nasib baiklah dah nak balik Malaysia.


Kapal kami kot tu ...





Sejuk weiii ... dah nama tepi laut kan ...



Happy Kopel 👫


Memang balik-balik muka kami jelah paling lama bergambor ...kekeke ...


Tak sabar nak jumpa anak-anak ...




Saranghae 💓



Until We Travel Again


Dikenali Patung Ikan Duyong atau Haeneo. Kemain Abang-Abang berdua tu ye ... pepajam mata kengkunun 😎


Pantang lepa terus ngapp! 😝







Wajib cuba Oden dan Sotong Bakar di Yongduan Rock ni.


Duit banyak lebih lagi ye bang ...


Bagi sis, sedap lagi Sotong Bakar di Seongsan Ilchulbong 

YONGYEON BRIDGE & POND

Tempat wajib korang lawat di Jeju ialah Yongyeon Bridge. Terletak berbelahan jer dengan Yongduam Rock. Jalan kaki dalam 5 minit camtu.


Yongyeon Bridge ni macam taman. Korang boleh jenjalan sambil menikmati scenery yang cantik.




Selain jambatan, korang boleh bersiar-siar sekitar Yongyeon Bridge. Korang jumpa sungai yang sangat jernih dan cantik sekali kat bawah jambatan Yongyeon tu.



Tulah jambatan tadi. Korang kena turun kebawah untuk lihat air sungai yang cantik dan jernih sesangat.


Terpegun tengok air yang jernih dan hijau 


last wefie from us



Serius korang, sila ootd kat sini ...




Berakhirlah honeymoon berjemaah kami 😍


Oppa pening bini merengek nak honeymoon lagi ... kekekeke ...


Bini senyum meleret tandanya .....


Chemistry dua Abang-Abang ni hebat kat sini. Pandai amik gambar bini dan pandai pose 😝

Izinkan buat kali terakhir sis post gambar-gambar (agak) romantik sis dan Abang Kembong. Kami jarang nak berdua-duaan ni sebab Abang Kembong sayang nak tinggalkan anak-anak dia. Jadi, dikesempatan ini, bolehlah kami romantik-romantik sikit ... padahal kelakar giler masa nak amik gambar romantik-romantik. Sis kan pemalu orangnya 😊




Buat suamiku yang tersayang, terima kasih kerana sudi merealisasikan impian isterimu yang sekian lama. Tak rugi pun menunggu selama 20 tahun kerana ianya memori saat indah untuk dikenang.

Tapi lepas ni taknalah tunggu 20 tahun lagi takut tak larat nak berjalanlah pulak nanti. Harap-harap tahun depan (semoga virus ni cepat pulih.Amin) dapatlah honeymoon lagi.




Sekali lagi, kamsahamnida oppa. Saranghae 💗


Airport Jeju ni takdelah besar sangat. Korang lepas je imegresen dorang dah nampak zon free duty belah kiri. Bolehlah nak menghabiskan duit won korang. Bila pergi dengan laki duit banyak lebih kekekeke ... cer pi sendiri ... confirm dah licin.

Jika korang nak solat, surau ada disebelah kanan zon bebas cukai ni. Tapi wuduk kena amik di toilet sebelah kiri ye.

Member sis nak buat kerja giler masa sampai Jeju Airport ni. Disebabkan gate bukak pukul 12.30 tengahari dan di atas jaminan TG kami, member sis nak ke Jungang Underground Mall weiiii sebab nak beli stokin. Nak jugak made in Korea. Sis sokong jer sambil kirim 10 pasang stokin Korea ... kekekeke.

Jeju Aiport ke Jungang Underground cuma 10 minit jer ye gais. Bolehlah kalau korang nak buat keje giler.  


Jika korang rasa lapar, bolehlah makan atau take away burger di Lotteria Jeju Airport ni.


Awas ye! Hanya burger Udang jer dibenarkan. Yang lain jangan mandai nak try plak. Non halal!

Tamat sudah 14 episod Jeju Winter 2020. Fuhhh!!! Gara-gara RMO (Perintah Kawalan Pergerakan) selama 14 hari, maka akhirnya sis dapat habiskan semua post tentang Jeju Winter 2020 dengan masa yang singkat 😜 Selalunya entri travel ni makan tahun pun tak habis lagi. Lepas ni boleh sambung balik post pasal travel Phuket pulak yang tertunggak makan tahun ... kekekeke ...

Ye. Pada yang bertanya tu, sis guna Tour Guide dari satu company pelancongan yang famos untuk jenjalan Jeju ni. Pada sis senang sebab semua dah disediakan lagipun kan acah-acah honeymoon. Kalau gi sendiri kang ... kalau salah jalan kan dah gadoh. Bila dah gadoh ... spoil mood pulak ... langsung takde pepeling honeymoon pulak 😝 Overall, okay jer perkhidmatan yang dorang bagi. Cuma ada beberapa benda yang sis tak berapa berkenan. Sis taknak up sis pegi dengan agent mana. Jangan tanya kenapa? Biarlah rahsia.

Bagi sis, pilihlah TG yang biasher-biasher pun dah okay. Apapun, sis terhibur dan senang sekali dengan pengalaman musim sejuk di Jeju ni. InsyaAllah, jika diizinkan lagi, sis nak ke Jeju lagi tapi musim yang lain pulak. Sis nak tawan puncak Seongsan IIchulbong.

Sekian dari Eonni Kembang 💋

Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment