28 February 2020

JEJU WINTER 2020 (PART 4)

Sambungan dari Part 3 | Pengalaman ke Jeongmul Forest Park & Asam Pedas Korea

JEJU DONGMUN MARKET & JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING MALL

Jika ke Pulau Jeju, 2 tempat ni adalah Tempat Shopping di Jeju. Korang wajib singgah tau. Rugi tak singgah 😋

Dongmun Market dibuka jam 8 pagi hingga 9 malam

Dongmun Market adalah pasar yang jual makanan dan barang basah. Ada jugak benda-benda lain dijual. Ala-ala pasar Chow Kit lah.

Jom try makanan Korea yang popular. Halal.

Makanan popular Korea. 
Mesti cuba!
Orang Melayu panggil Bahulu Ikan, orang Korea sebut Bungeoppang 😋

Disebabkan masa kat Seoul tak menyempat beli bendalah ni, kat Jeju kita bedal. Sedap dia takleh bawak bincang gaissss. Rasa macam bahulu ada inti kacang dalam ni. Sedap weiii! 

Makanan Popular Korea Mesti Cuba Seterusnya ... 
Aiskrim Stoberi
"Mah Sit Sso Yo" (Sedap Nakmatik!)


Sista tak jalan habis pun dalam Dongmun Market ni. Lebih kepada mencuba Makanan Popular Korea jer. 

Kalau nak ke Daiso Jeju, dari Jungang Underground korang cari pintu No. 2. Depan yang Abang-Abang maneh tu diri tulah Daiso.

Oh ya! Sis tak membeli pun kat Daiso. Tak taulah napa. Pastu sis menyesal 😓

Souviner paling ringan nak beli adalah Coklat Jeju gaissss!

Nak cari Coklat Jeju, boleh cari area Dongmun Market. Kedai coklat Jeju ni yang direkomen oleh TG kami. Kat kedai ni Unni yang jual coklat ni akan bagitau mana yang halal mana yang tidak. Sis acah-acah amik yang tak halal, sekali kena tegur ngan unni tu cakap tak halal. Bagus kan?

Rambang mata weiii nengok Coklat Jeju ni. Kat sini Coklat Oren lah paling popular. 

Sebab unni ngan ahjumma paling free gift banyak, meh sis tolong promo Kedai Coklat Jeju dalam Dongmun Market. Kedai Coklat Jeju ni dalam Dongmun Market sebelah Daiso. Cari kedai paling depan sekali.

Kamsahamida Unni!

Antara Coklat Jeju dan Keropok Jeju yang sempat sis rembat. Inipun dah faraid pada orang, tinggallah ni untuk sis sekeluarga.
Kopi Maxim tu sedap gilerr weiii...nyesal beli 8 jer ...

Sebenarnya, dari Malaysia lagi Abang Kembong dah pesan jangan sibuk nak beli souviner untuk Ayda Tuah ke Rita Ridano ke 😅 Opkoslah sis cannot kan. Semestinya sis nak beli untuk orang kampung sekali kan 😂 

Kalau sis banyak WON, sis dah beli 30 keping face mask sorang tau tapi sayangnya sis mampu beli Coklat Jeju jer tupun ada yang mengata. Sis sedey tau 😞

Moral of the story, dengarlah cakap laki ye. Lepas ni kalau sis pi memaner jangan gatal tanya mana souviner yer ... sis sombong lepas ni 😜 Penat kumpul duit tau.

Selain coklat Jeju, kami nak try pulak Strawberry Jeju. Yummy. 
14-15 biji baru 10,000 won jer (RM35 😆)

Gigil Abang-Abang Maneh kuar duit beli stroberi mahal ... kekeke ... 

Belakang kami ni Istana Jeju Mokgwana
Nak masuk kena bayar sendiri. Memang tak masuklah kan kekeke ...

Dietlah weiii

2 pasangan Merpati 2 Sejoli 😜

Sementara menunggu teman-teman yang lain sampai, kami lepak depan Jeju Mokgwana Palace. Lepak saje saje tu memang bukan kami lah kan  ...

 Jumpa plak minah korea berhanbok depan istana ni ...

Yang benarnya, abang-abang maneh ni yang lelebih ... kekekeke ... depan mata takpe, sis bagi canlah.

Geng Guji Geng

Selain Dongmun Market dan Jungang Undergroud, member  sis cakap  ada satu lagi tempat shopping kat Jeju ni,  The Shilla. Tapi  kami tak  menyempat-nyempat  nak gi  sebab  banyak masa dihabiskan  jelajah bandar Jeju je. Maybe next time 😜

DINNAH DI KEDAI AHJUMMA

Sekali lagi kami dibawa ke kedai ahjumma Sambal Sotong ritu. Malam ni harapan dapatlah makan sotong hendaknya namun 
.
.
.
.

Fish & Chip versi Korea

Kami dihidangkan Fish & Chip makan dengan nasi takde sambal ... please imagine hahahahaha! Dah lapar, telan jelah. Nak nasi lemak pleaseeee...

Habis makan, kami pulang ke hotel. Settle solat dan membuang, kami jalan lagi. Malam ni kami nak cari Tempat Menarik di Jeju. Misi cari laut & sungai pulak 😛


Setelah beberapa puluh minit mencari, akhirnya jumpa jugak laut. Kekekeke ... sampaikan orang Korea yang kami tanya jalan tu cakap "why you want to go there? Its nothing. Just sea 😅?

Kekeke ... alang-alang berjalan, biar sampai merata tempat kan ... Laut pun lautlah ...

Mata kami dah macam mata orang Korea lah pulak menahan sojuk

 Oppaaaa...

Kekekeke ... memang tak ada apa pun kat tepi laut ni. Biasalah sis mana leh dok diam kalau travel. Yang sis risaukan Abang Kembonglah. Kejap-kejap tanya larat ke tak? Dia jawab okay. Boleh bawak travel lagi 😁

Jom kita cari sungai pulak 😜

Dah dua kali sis datang Korea, sis masih tak jumpa gerai yang camni ...

teringin sangat nak duduk dalam gerai camni ... macam dalam drama-drama korea 😐 

Tapi sis terjumpa cafe hipster di Jeju yang selalu sis bayangkan 
.
.
.
.

  so chantikk Cafe Jeju ni kan ...

Izinkan kami pepeling romantis ye ...

Sis suka giler kot dapat jumpa cafe hipster camni. Tapi tak masuk pun sebab sis tak minum soju 😜 

Orang Korea memang tak heran kot. Kitaorang jer pulun macam-macam possing.

Sepanjang jalan dari laut tadi, ada banyak kedai-kedai shopping. Tapi kami mampu mengerling jelah. Oh ya! Jika korang sukakan kasut, sila beli Kasut Fila Murah di Jeju ni. Ada geng rombongan kami berkotak-kotak beli sebab murah. Sis tak membeli pun sebab beg tak muat weiiii 😝

 Jalan di Jeju ni tenang jer ... 
Semua tempat kena amik gambar ... wajibulghunnah ye 
Sampai bustop pun boleh jadi prop 😁

 Sebenarnya sis nak buat scene camni tapi tulaaa ... bila sampai sana auto lupa ingatan 😓


jadi scene acah-acah tunggu oppa pun boleh kan sis Ina 😛

Sepanjang jalan semua tempat cantik walaupun suasana malam tak sesak sangat. Syukur, oppa-oppa masih rajin melayan binik ... kekekeke...

Dari laut tadi ke sungai takdelah jauh sangat, sambil jalan sambil ngap keledek panas memang best!

Memang terbaik keledek ahjussi ni ...

  Lepas makan keledek panas, makan pulak stroberi jumbo...perghhhhhhh

                                                              
Makan strawberi tepi sungai beb!

Udahlah tu ... jom balik sambung minum kopi sedap kat hotel. Dahlah sedap giler ... FREE pulak tu. Tolonglah hotel di Malaysia tiru hotel dan kedai makan di Jeju yang menyediakan mesin air kopi PERCUMA. Ini, nak minum air masak pun kena caj 😔

Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment