Jeju, Day 2 - 10 Jan 2020
Anyeong Jeju!
Tido jam 12 tengah malam bangkit jam 6 pagi (waktu Malaysia 5 pagi gaiss). Pedehal kan.
Sepatutnya itinerary harini adalah itinerary hari ke 4. Tapi terpaksa ditukar kerana menurut forecast TG kami, dia bimbang hari semakin panas dan salji semakin cair ... katanya lah. Kang tak pasal-pasal kami kempunan nak tengok salji pulak.
tudiaaaa #ootdwinter kakak korang bertemakan Princess uolss ...
Mana ada orang pi main salji pakai skirt kepok-kepok korangggg 😜
Ingatkan nak suruh Abang Kembong pakai kain pelekat jer ... sekali kain pelekat lupa bawak pulak.
Matchy-matchy of the day 😍
MYSTERIOUS ROAD
Sebelum kami ke Hallasan Mountain, kami dibawa singgah ke Mysterious Road yang terkenal di Jelu Island. Alaaa yang katanya kalau mati enjin atau gear natural pun kenderaan boleh gerak menaik sendiri tu. Teruja tau sista. Bila sampai jer kat jalan misteri tu, driver matikan enjin dan memang kenderaan mula bergerak sendiri. Kami pun dapatlah merasa walaupun dok dalam kenderaan jer. Mysterious Road tu pendek jer dalam 500 meter kot (lebih kuranglah). Kat sini memang takdak gambar pun sebab dah kami dok dalam kenderaan jer. TG kata nak kejar salji kat Mt Hallasan. Takut cair katanya ...😅
HALLASAN MOUNTAIN
Tak sabar namun keterujaan nak tengok salji tebal merundum bila nengok salji cam malu-malu jer. Kesian Abang Kembong. Tapi jadilah dari takde langsungkan. Redha jelah. Takde rezeki kami nak nengok salji tebal kat Mt Hallasan.
Demi gambar wajib ni, jenuh korek-korek salji ... sedeyyyy tapi happy!
Gambar wajib is done!
Sista bayangkan pokok-pokok belakang tu diselaputi salji tapi sayangnya badan sis pulak yang macam di selimuti salji 😋 gemmsss
Izinkan kakak-kakak korang bergabung berpossing ye ...
Dapat geng kaki ootd memang sis suker tambah pulak laki-laki yang rajin layan kami ... kekeke ...
turn abang-abang korang plak bergabung ye ...
Abang korang lagi hebat possing weiiii ...
Kan dah cakap abang korang possing kalah Shahrukh Khan & Salman Khan 😅
Sebelah sana tulah kalau salji tebal ala-ala narnia ... malangnya nan hadooo ...
sis pandang dari jauh jelah ...
Saranghae oppa 💓
Niatnya lepas bergambar kat bawah ni, kami nak naiklah Menara belakang tu tapi....
Tak sampai sejam dah kena panggil masuk bas weiii ... tak tau nak marah ke nak gelak masa ni ... huhuhu ...
Oppa-Oppa kami berdua tu ralatlah sebab kunun nak naik Menara tu nak nengok seluruh kawasan Mt Hallasan ni ... apakan daya saiyangggg ...
Inilah salah satu kelemahan bila kita follow TG ni (bukan private) ialah kekangan masa. Memang tak sesuai untuk kaki ootteedeeyyy macam sista sebab terlampau sekejap. Baru nak possing port kedua .. dah di ajak balik. Ko ghaser???
From Jeju with 💓
from Geng Guji Geng 😛
No comments:
Post a Comment