31 January 2020

JEJU WINTER 2020 (DAY 1)

Assalammualaikum & anyeong haseyo gaisss 😁

Lama tak pot pet kat blog. Ada yang rindu sis Akak Kembang ke? Al maklumlah sis kan antara manusia paling sibuk di dunia πŸ™ˆ

You all tahukan, baru-baru ni sis baru je menjejak kaki ke Korea buat kali kedua cuma kali ni lain sikit sebab Akak Kembang gi ngan Abang Kembong sekali πŸ’“

Awas!!! Entry akan panjang berjela bersulam gambar berderet-deret ye. Sila jangan muntah hijau.

Sebenarnya, tak merancang hebat pun sebab Abang Kembong kan agak payah nak ajak berjalan ke oversea (kedek πŸ˜…). Asalnya sembang kencang dengan Kimi & Ina #genglepakmamak. Dorang ni memang suka travel. Sis ni pulak cuma  harap tajaan bos jelah nak jalan ke oversea tu... bukan apa... sis sayang duit.  

Asalnya, sambil lepak sambil makan ayam tandori sambil tengok-tengok instagram, #genglepakmamak ajak jom tengok salji nak?? Terkejut beruk sis ngan Abang Kembong sambil ligat congak duit πŸ˜… Duit tabung travel belum penuh ni... acaner ni...Amik masa seminggu jugak memikirkannya tapi entah macamana terjentik hati Abang Kembong terus setuju pulak. Abang Kembong kata takpe boleh cari. Yeyyyy!!! Melonjak kegiranganlah aku. Tupun selepas sis berzikir hari-hari kat telinga dia. Tambah pulak #genglepakmamak tolong zikirkan. Kalau tak mana maunya dia nak follow.

Settle bab persetujuan dari Abang Kembong, bab nak bagitau anak-anak pulak belum settle. Makan bulan jugak kami sorokkan dari dorang berdua (actually dari semua orang jugak kami sorok). Anak dah besar-besar ni senang je nak tinggal tapi payah nak explain sebab nak mengekor nanti ... so, amik masa jugak nak explain. Lagi sebulan nak pergi baru kami terus terang. Nasib dorang boleh terima hakikat setelah dijanjikan bulan & bintang πŸ™ˆ pada sapa-sapa yang memang aku tak bagitau tu i am sorry lah ye... jangan makan hati plak.

Actually, kami ke sana kami guna pakej. Malas nak pening kepala buat itinerari, lagipun sambil honeymoon kan. Inilah sebab utama kami memilih musim winter. Supaya boleh bertenang je sepanjang hari.

Maka bermulalah episod mencari baju-baju ootd. Dapat pulak travel buddy yang sama naik kaki Outfit Of The Day a.k.a OOTD... memang ngamlah. Hari-hari update baju apa yang nak pakai sambil matchy-matchy. Takdelah aku syok sendiri nanti 😜

Dan.... 

Hari yang dinanti-nanti pun menjelma. Cewahhhh. Tak sabar sebenarnya. Pestime travel dengan couple ni. Aura dia lenmacam. Musim sejuk plak tu... kekekekeke...kemain gatal ko ye Akak Kembang...

Dah cakap travel buddy best kan, kami decide tema kami hari pertama ialah Denim Style. Tak pernah-pernah Abang Kembong pakai jacket jean, tak pasal-pasal mencari demi percutian honeymoon ni πŸ˜… Beli kat Kenanga Mall tigaploh hengget jer...

FLIGHT

Semestinya flight kami Air Asia jelah. Flight kami Jeju jam 8.05 pagi tapi seawal 3.30 pagi kami dah sampai KLIA2. Orang tua-tua cakap biar cepat asal selamat😜Sampai awal boleh santai-santai kan takdelah kelam kabut. Kami diminta berkumpul di depan Restoran Chicken Soul jam 5 pagi. 


Sebelum berkumpul, kami lepak makan makanan yang lalu ditelan dulu pepagi buta tu. Sempat lagi sembang pasal bisnes 2 orang diamond ni πŸ˜€


Che Lin & Che Na gi dulu ye...πŸ’ƒ


Love it...


Jom honeymoon ...


Okay tak Denim Style kami?


Terpancar bahagia kami kan 😜


Alhamdulilah, jam 3 petang waktu korea kami selamat mendarat dia Jeju International Airport. Pemeriksaan IMI Jeju pun berjalan lancar. Takde pun yang kena tahan atau dihantar pulang.

Keluar-keluar jer dari Jeju Aiport, kemain sejuk kemain. Berasap-asap mulut. Jakun mak kejap :)

SIMKAD

Bila dah sampai tu terus sis tukar simkad. Tidak seperti travel sebelum ni, sis akan sewa portable wifi, kali ni sis guna simkad jer. Beli online  je dari Malaysia kat Hello1010. Servis memang tip top. Harini order, esok sampai πŸ‘. Memang coverage terbaik untuk 5 hari kami berdua di Jeju. Beli satu simkad RM58 ... beli 2 simkad RM108 (dapat diskaun). Berbaloikan?


Awas! Sila aktifkan simkad korang HANYA di KOREA ye bukan di Malaysia ...

Jeju, Day 1 - 9 Jan 2020


Pengalaman musim sejuk pertama buat Abang Kembong dan pengalaman ketiga buat sista πŸ˜‰


Yang dua orang ni dah banyak kali pengalaman ... kekekeke ...


Inilah penginapan kami selama 4 malam, Champion Hotel Jeju. Hotel tepi jalan jer senang nak keluar nanti.


Bilik hotel boleh muat 3 orang. Hotel okay. Bersih dan yang penting takde ekon ... hahahaha...

Lepas check in dan masukkan beg, kami terus dibawa makan malam. Perut memang dah berkeroncong. Tak sabar nak suruh Abang Kembong rasa makanan original Korea. 


Jalan di Jeju ni tak sesesak Seoul. Kat sini pengangkutan awam takde train cuma ada taxi dan bas jer. 


Muka tahan lapar .... kekekeke ...


Makanan Korea pertama kami. Nampak simple kan? Tapi memang meminta nasi tambahlah ni ... kekekeke ...


Sambal Sotong Korea memang terbaik ....


Jika makan di Korea mesti disediakan banchan a.k.a side dishes. Kimchi dia paling heaven ... dah tu boleh tambah berapa kali korang nak tambah ye ...


Eksyen minum kopi korea yang sedap dan free πŸ˜€

Seberang jalan tulah kedai makan ahjumma yang sedap di Jeju. Nama kedai memang tak tahu sebab semua bahasa Korea dan terlupa pulak nak tanya Tour Guide (TG).

Kalau korang nak tahu, disepanjang kanan dan kiri jalan ni, semuanya pokok Sakura. Jika datang musim bunga pasti cun ni ....

Habis je dinner, kami balik ke hotel. Tengok jam baru pukul 7 malam. Malam masih muda orang tua cakap ... kekeke. Sis pulak sejenis yang kalau travel mana reti dok dalam bilik jer. Masa terluang tu memang digunakan sehabis baik. Nasiblah kalau travel ngan sis memang korang tak sempat rehatlah πŸ˜‹ Dapat pulak geng memang sekaki sekepala. Apalagi ... malam ni kita meronggeng bandar Jejulah ... hahahaha ...


JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING MALL

Kami decide jalan kaki jer sambil tengok kawasan Jeju ni. Setelah berputar-putar ikut maps dan bantuan orang tempatan, akhirnya sampai tempat wajib pergi di Jeju iaitu Jeju Jungang Underground Shopping Mall. Kami diberitahu cari pintu 6 jika mahu ke Jungang Underground ni. Ada banyak pintu masuk sebenarnya untuk ke Jungang Underground ni (Pintu 1-10). Pintu 6 ni adalah pintu terdekat jika kami berjalan dari hotel.

Dari Champion Hotel ke Jungang undeground ni mengambil masa dalam 10-15 minit jer. Sejuk-sejuk memang syoklah jalan kaki, cer time panas πŸ˜… berpeluh ketiak.


Ingatkan nak survey dulu, sekali sis Ina dah jatuh hati dengan winter coat kpop ni, so rembat jelah. 

Di Jungang underground ni memang berlambak jual winter jacket/coat. Semua style kpop. Harga juga boleh tahan. Ada murah ada mahal. Ikut bajet memasing tapi kalau dah beli pasti tak menyesal sebab cantik weiii...


Hari pertama sis beli seluar tido ni jer. Itupun sebab kami terlupa bawak baju tido ... kekekeke ...

Okay. Sis nak bagi tahu, Jeju Jungang Underground ni taklah terlalu panjang macam underground di Seoul. Kedai-kedai pun tak silap ada 300 kedai je. Jika korang nak cari souviner, skin care, stokin, winter coat ... boleh beli di Jungang Underground ni sebab takkan jumpa tempat lain dah. Kalau ada pun di airport Jeju tapi mahal nakmateyyy.

bersambung ...

Akak Kembang πŸ’— 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

1 comment:

  1. alahai...comel plak gambar last tu ha...best la bercuti berdua..

    ReplyDelete