7 September 2011

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI 2011


Selamat Hari Raya kawan-kawan. Saya pasti korang mesti dalam mood raya lagikan? Kerja berlambak pun buat bodoh jek. Tengok Mukabuku...semua update gambar raya. Saya belum kesempatan lagi...cuma entri ni khas untuk kawan-kawan blogger jek... 

Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi cuma bersuka ria. Tidaklah rasa gah sangat sebab itu satu niat yang tidak baik. Memang cara saya berhari raya begitu. Harus meriah! 

Okay..saya mulakan Raya pertama saya. Memang setiap tahun kecuali ada satu tahun tu jek..saya akan beraya dirumah mak abah saya di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Samada petang raya, raya ke 2 @ raya ke 3 baru saya akan pulang ke rumah mentua saya di Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban.  

Disebabkan kami mendapat keluarga baru tahun ini..lebih meriah gitu. Selepas menunaikan solat raya..kami adi-beradik bersalam-salaman. Kali ini, pagi raya kami lebih sadis sebab diselang seli tangisan. Mesti banyak dosa tu....alhamdulillah...tiada sengketa lagi. Dan lebih sadis lagik...Qayyum siap mintak duit raya "Seribu" kat atuk dan neneknya. Siap nangis-nangis + mengajuk lagi. Spoil mood pagi raya... 

Lepas bersalaman..kami akan meronda kampung mak..dekat jek..sebelah kampung jek..Kampung Paya Jaras Hilir ^_^..tapi still suasana kampung. Memang meriah..konvoi reramai. Tahun ni tema kami Pink + Grey. Semua tu idea designer keluarga saya..tak lain dan tak bukan adik tengah saya..Azie Maziah. Memang tiap-2 tahun kami serah bulat-bulat nak fesyen camner kat dia...sebab dia kreatif.


Lakonan semula ahakks!!


Masa ni mood Qayyum dah okie skit..pasal Mama dah janjikan sesuatu untuk dia...hehehehe...


Muka semua dah macam belacan..gagah jugak nak berpossing pasal raya kali ni tak sempat nak bergaya sangat..macam-macam hal Qayyum nie..


Anak Babah ...


Anak Mama ... sikit masa lagi, dia lagi besar dari Mama ...


Nilah..satu-satunya gambar family saya yang elok rupernye...tu pun guna self timer...syok sendiri...hehehehe....

Alin Marlini : ada lagik gambar raya tapi pada adik tengah saya..kena tunggu weekend ni baru boleh C & P dari dia..Jangan sampai termuntah nengok pulak nanti..hehehehe...

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment