4 October 2018

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (PART 3)

Sambungan dari Part 2 | Nami Island

Mianhaeyo (maaf) pada yang tak sabar tunggu entri seterusnya dari Akak Kembang ye :) Kebizian plak lately ni ...

Ayoh! kita sambung lagi ...

Sambungan dari Pulau Nami, kami di bawa ke Petite France terletak di daerah Gapyeong. Dalam 15 minit kot dari jeti Pulau Nami (tak ingat). 

Nak masuk ke dalam Petite France dikenakan yuran masuk. Harga tiket masuk Petite France 8,000 won tapi pakej kami dengan KRtourguidemy dah termasuk yuran masuk. Semua Salam settlekan. 

Rupa-rupanya Petite France ni salah satu lokasi drama My Love from The Star lakonan Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun. Banyak-banyak drama korea, drama My Love from The Star kakak tak layan lagi ... huhuhuhu ...

PETITE FRANCE

Petite France atau Mini France sebuah lokasi ala-ala di France. Bangunan dan dekorasi di Petite France di cedok dari suasana France. Disebabkan tak mungkin akan sampai ke France tu (bukan wishlist tempat impian kakak sebab sedar diri), baik kita pepeling di sini dulu.

Kakak nak sound awal-awal ni, korang ambillah beribu-ribu gambar kat sini walaupun kawan ko dah jeling semacam ... hahahaha! Nasib baiklah Kak Wanie rajin melayan ambikkan gambar aku kakakakaka!!

Sumpah! cantik weiiii !!!! nanti balik Malaysia korang akan rasa menyesal sebab alahai sikitnya ambik gambar kat situ (macam kakak).


Jika Malaysia ada Bukit Tinggi
Bandung ada Farm House
Korea pulak ada kakak ... eh! ada Petitie France


Noona-noona dari Malaysia


Sebelum menjelajah kawasah Petite France ni, lebih baik korang mintak information map di kaunter bayar tu ... supaya korang boleh bajet nak pegi mana dulu. Jangan jadi  cam  kakak  menggelupur ke sana sini sampai dah tak tau nak pi mana ... kekekekeke:)


Kawasan Petite France ni memang sesuai untuk photoshoot wedding ke apa-apa jelah ... sebab kombinasi warna kat situ memang awesome :)

Nak photoshoot bersama kawan-kawan lagi best ...


Alahaiii comeynya ...


Tak larat kakak nak daki sampai ke atas tu ...



pepeling lagik ...


Tak kacau tak sah dorang ni tau ...

Bila dah post baru perasaan aksi orang belakang tu ... auchhhh!!!!

Hampir sejam lebih kat Petite France kami bertolak ke hotel. Oh! Ya ... jangan lupa beli air buah seberang pintu masuk Petite France. Sedap giler air buah kat situ. Pekat dan likat. Dorang tau cakap melayu tau ... tapi macam kakak pandai cakap anyanghaseyo! Dia pun tau cakap mari-mari! murah-murah! kekekeke ...

Kat Korea kita tak digalakkan buang masa sebab masa itu emas. Setiap hari kami diingatkan agar menetapi masa yang telah ditetapkan. Sampai ke hotel mesti jam 7 malam. Jika lebih di atas kesilapan kita, maka caj tambahan akan dikenakan. Bila di Korea kita kena jadi orang yang punctual sampai boleh sesak napas weiiii .... hahahahaha ...

Sementara nak sampai hotel. kami dah bincang-bincang nak merendek ke Dongdaemun malam tu.  Dongdaemun memang tidak termasuk pakej tour guide yang kami ambil. Sajalah nak merasa sendiri naik subway Korea plak. Dari hotel kami ke Dongdaemun cuma 1 stesyen train jer.


Nak naik Subway kena ada T-Money card. Kami dah siap-siap ambil dari Malaysia (kemudian ye kakak citer). Tinggal nak top up jer di convenience store kat sana. Kakak top up 5000 won dulu. Menurut Hani, setiap perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang tidak melebihi 1 jam perjalananya cuma 1250 sahaja. Jika lebih pulak caj tambahan sebanyak 300 won akan dikenakan. Murahkan?


tak sabar nak pepeling jadi orang Korea :) 


Semua teruja nak try Subway di Korea. 

Tapi keterujaan korang tak lama sebab bila korang bajet nampak jer tangga train kan kunun dah sampai tempat naik train tetapi tidakkkkk .... jauh lagi perjalanan korang hahahahaha ...

Kami tak terkejut sangat sebab dah rasa masa kat Jepun dulu :)

Tak sampai berapa minit dah sampai Dongdaemun Station



Sepanjang jalan di Dongdaemun ni banyak food street. Sodap-sodap jer kakak nengok.

Tapi tak semua boleh makan.

Salam dah pesan hanya Odeng jer boleh makan.


Serius!! Awalnya kakak tak tahu pun yang Odeng ni sedang menular di Malaysia. Kakak terujalah nak try Odeng Korea.


Tengok pada rupa parasnya macam takde makne je kan ....Tapi sekali ngap sedap weiiii !!! Kalau tambah cili padi lagi sodappp hahahaha! Harga Odeng di Korea secucuk 1000 won (RM3.70)
Hani kata kalau kat Malaysia ada jual kat Family Mart


Mula tu kakak tanya gak Hani nak makan kat mana ni? Hani jawab makan depan kedai je kak cam orang Korea ! Hahahaha! Sojuk-sojuk sodaplah makan Odeng kan ... Jangan ada yang kecam kakak makan bediri plak ... kakak terpaksa dik ...


Sedap sangat kan Kak Mar :)

Selain makan Odeng di Dongdaemun, aktiviti yang korang boleh lakukan di Dongdaemun ialah melontar duit ... hahahaha ... shoppinglah apalagi!! 

Area Dongdaemun terdapat banyak tempat shopping. Nak yang mahal ke murah ke semua sama jer tetap mahal ! kekekekeke

Kakak nak warning lagi ... selalunya kalau pakai tour guide ni, hari-hari terakhir baru dia bawak kita tempat shopping kan. Makanya, jika korang dah gi tempat-tempat shopping sendiri macam di Dongdaemun tu ... korang melontarlah apa yang patut dulu ... hahahahaha. 

Jangan jadi macam kakak, dah pegi tapi beli 3 helai tshirt jer. Pastu masa pergi tempat shopping tak puas nak repeat balik Dongdaemun tapi malangnya kedai murah souviner Migliore tutup hari isnin .... padahal hari Selasa dah nak balik.

Dan sila percaya ada supermarket disini tutup jam 5 pagi tau ..


Disebabkan tidak buat reseacrh sangat, sebab ada tour guide kan ... maka ada beberapa shopping mall best kakak terlepas ... patutlah banyak won bawak balik Malaysia ... tipu hokay!

Oleh itu Kakak belanjer tempat shopping di Dongdaemun dan waktu perniagaan shopping mall di Dongdaemun untuk korang. 


Orang pertama berjaya melontar duit di shopping mall hello aPM...
Korea terkenal dengan tshirt Supreme, maka wajiblah membeli ole-ole untuk orang tersayang ye.


Kat seberang sana tu Dongdoemun Design Plaza (DDP). Jangan tanya kakak ada apa situ sebab kakak malas nak seberang jalan. Sila google ye :)

Selain tempat shopping, tarikan lain di Dongdaemun ialah Cheonggyecheon Stream atau Sungai Cheonggyecheon. Sebuah tempat rekreasi untuk berehat-rehat melihat cahaya bulan di tepian sungai ...


Sungai Jernih yaamat!

Yang menarik tentang sungai Cheonggyeheon ni adalah air sungainya tersangatlah bersih dan jernih. Kalau selalu tengok drama Korea mesti ada scene berlakon kat sini yang pijak-pijak atas batu tu ...

Disebabkan dah malam dan capek, maka terbantut nak buat camtu maka kami lepak tepi sungai jer sementara menunggu orang lain shopping ...  

Oh Ya! Waktu akhir perkhidmatan Subway ialah jam 12 tengah malam. Tepat jam 12 tengah malam dorang terus stop train. Kena pandai manage masa. Jika terlambat korang kenalah naik taxi.

Sekian laporan Akak Kembang untuk Trip Korea Musim Panas Part 3. Macam biasalah, pasti entri kakak ni sampai ke Part 10 kot ... kekekeke. Bertabahlah menunggu ye ... 

P/S 1 : Pada yang inginkan perkhidmatan tour guide di Korea boleh tengok di FB dan IG KRtourguidemy. Kakak rekomen! 

P/S 2 : Jika nak cari ole-ole Korea atau souvenir murah boleh cari Migliore Dongdaemun (tutup pukul 4.30 pago), kedai souvenir Korea Fuzzo (24 jam buka) dan di Pyoung Hwa Fashion Plaza.


with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

2 comments:

  1. Betul la kalau pi tempat orang kita ikut masa yang ditetapkan sebab masa terlalu berharga..kalau boleh semua tempat nak pergi..jangan mengada nak terhegeh2 kan..setuju matawang Korea memang tinggi..macam SA plak kalau pi negara luar lebih nak melihat pemandangan dan budaya orang ..setakat beli souvenir tu biasa la..

    ReplyDelete