30 March 2018

DALAM KENANGAN

Yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah. Siapalah kita untuk menidakkan. Sudah 35 hari arwah meninggalkan kami. 

Rupa-rupanya kenangan di Janda Baik adalah kenangan terakhir kami bersama arwah.

Permergiannya yang tidak disangka oleh waris-waris IB Clans. Ketika menerima perkhabaran duka itu, ada di antara kami menganggapnya cuma gurauan. Rupanya tidak. Ianya kenyataan yang pahit untuk ditelan oleh kami apatah lagi keluarga beliau.


Kenangan ketika Hari Keluarga pertama IB Clans di Jeram.



Hari Keluarga di Lumut. Banyak kenangan terpahat di hati ketika di sini.


Kenangan manis Hari Keluarga kali ke 3 di Kuantan.


Kenangan manis main masak-masak Shell Out bersama. Tak sangka arwah tunjuk bakat terpendam masa.


Kenangan terakhir di Janda Baik pada Disember 2017. Lepas balik Janda Baik kami tak jumpa lagi walaupun rumah dekat jer. Terhalang dek kekangan masa jer. Selalu berhubung dalam whatsapp jer. Itupun arwah selalu whatsapp tentang kematian. Masa tu kami tak anggap apa-apapun. Rupanya dari Hari Keluarga di Janda Baik lagi arwah dah tunjuk tanda yang dia akan pergi selamanya (menulis dalam sebak). Aku rasa ralat sangat masa ni sebab memandangkan aku tengah tak berapa sihat masa ni jadi tak berapa nak berborak dengan arwah. Patutlah malam tu dia beria-ia suruh semua beratur berkumpul untuk saling bermaafan. Sempat gak dia seloroh takkan raya jer baru nak mintak maaf. Ya Allah .... sebaknya bila dikenang-kenang.

Diberi nama Azhar Al Ansar tapi keluarga kami panggil Abang Hai. Jujurnya dulu kami tak rapat sangat tapi sejak 5-6 tahun kebelakangan ini kami sangat rapat. Abang Hai suka berkumpul reramai. Dialah yang jadi pengerusi IB Clans kami memandangkan dia menantu cucu sulung keluarga Ibrahim & Bibah.

Pemergiannya mengejutkan kami. Pemergiannya juga mengajar aku erti kebaikan.

Berbaiklah sesame insan walau ada insan yang tidak menyukai kita kerana kebaikan itulah yg akan dikenang ketika nyawa bepisah dari badan. Memang terasa sangat kehilangan dia ...

Ya! Allah. Engkau ampunkanlah segala dosa Abang Hai dan tempatkan beliau bersama-sama orang yang soleh. Jauhkanlah dari seksaan api neraka. Al  Fatihah. Amin.

P/S : Sehingga ke hari ini masih teringat-ingat kenangan manis bersama arwah. Buat Kaklong dan anak-anak, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

1 comment: