14 September 2016

Family Trip Geng Copy Paste | Hotel Anjungan Beach Resort Pangkor (Part 3)

Anjungan Beach Resort Pangkor terletak di Teluk Nipah. Jika dari Jeti Pangkor mengambil masa dalam 10 minit sahaja.
Terdapat pelbagai jenis bilik mengikut citarasa dan bajet korang. Jika ditanya "Best ke Anjungan Beach Resort Pangkor ni?". Jawapan jujur aku adalah sangat best. Walaupun hotel ni terletak agak terpencil dan paling hujung (sebelah kiri hotel adalah hutan ... sebelah kanan kedai makan dan hotel-hotel lain ... depan hotel adalah laut dan aneka kedai makan) tapi hakak suka nokkkk!!! Korang boleh bayangkan kan? hehehehe ....
Aku tempah melalui hotel Anjungan Beach Resort Pangkor sendiri. Selepas beberapa email kepada pihak pengurusan Anjungan Beach Resort Pangkor, maka kami deal memilih Anjungan Beach Resort Pangkor sebagai port kami nak bergonjeng :)
Sampai je nampak pool kat situ ... wowwww!!! Memang sebiji dalam gambar ...
Aku pilih bilik jenis Family Room (4 pax). Ala-ala mini penthouse gitew. Memang aku puas hati dengan family room ni sebab sesuai buat keluarga aku. Bilik agak luas dan selesa.
Katil saiz King di bahagian bawah buat Akak Kembang dan Abang Kembong :)
Ada kettle, hairdryer dan minuman segera ...
Ada tv dan mini bar ...
Pandangan dari atas pulak. Bilik air macam biasa je. Toileteries semua ada kecuali berus & ubat gigi ...

Bahagian atas agak luas jugak. Kalau keluarga besar sangat sesuai tapi kena bawak totolah ...
Ada 2 katil single. Memang sesuai buat kakak Balqis & adik Qayyum ...
Kolam di Anjungan Beach Resort Pangkor taklah besar sangat. Tapi muatlah buat kami 9 keluarga nak bersuka ria ... hehehehe ...
Abang-Abang Sado ngan Akak Sado tengah berendam ...
Bagi aku, kalau keluarga korang nak bercuti memang sesuai sangat. Nyaman sekali. Boleh lihat harga bilik di website Anjungan Beach Resort Pangkor. Boleh tengok melalui Agoda dan website hotel yang lain jugak.
Ok jom ... nak keliling pulau pulak ...
Harga bilik-bilik di Anjungan Beach Resort Pangkor termasuk sarapan pagi :-
Standard Room (2 pax) = RM176
Deluxe Triple (3 pax) = RM248
Family Room (4 pax) = RM302
Family Room (5 pax) = RM338

13 September 2016

Family Trip Geng Copy Paste | Pulau Pangkor (Part 2)

Sebelum semakin lupa ... Akak Kembang nak sambung story Family Day Geng Kelas Akak Kembang ke Pulau Pangkor ritu ...
Hanya 9 keluarga yang join trip ke Pangkor ni. Tupun macam 90 keluarga ... erkkk. First time nak jenjalan ngan kawan-kawan ... debornya macam pestime jadi isteri Abang Kembong ... wakakakaka ...
Tempat berkumpul kami adalah di petronas penjara Sg Buloh. Seawal jam 7 pagi dah terpacak kat situ. Hakak ajk ... kenalah cepat dari yang lain. Takut kena kecam nanti ... huhuhuhu ...
Hakak sempat hari jual Maruku Gorjes pada hari kejadian :) Salina plak sponsor jajan buat kami & Abang JJ sponsor air mineral ...
Datin-Datin possing jugak ... hahahaha ...
Bismillah ... memandangkan ustaz Fazli lewat, bacaan doa dipimpin oleh Abang Zam a.k.a Dato Oren. Jam 7.30 pagi kami mula gerak.
Lebih kurang jam 9 pagi, kami sampai di Sabak Bernam untuk sarapan pagi. Memang kami dah booking kedai tersebut bagi memudah dan mempercepatkan urusan kami :) Semua dah tak sabar nak sampai ke Pangkor.
Sampai di jeti lumut lebih kurang jam 11 lebih. Kami semua parking di tempat parking yang berbumbung lebih selamat.
Setelah urusan pembelian tiket feri di settlekan oleh Mona dan Isma ... kami terus menuju ke jeti lumut.
Sebahagian feri Group Copy & Paste yang konker ... kekekeke ...
Bahagianya ketika ini ... rindu pulak ngan bff ...
# harga tiket feri dari jeti Lumut ke jeti Pulau Pangkor ialah RM10 untuk dewasa & RM5 untuk kanak-kanak.
Alhamdulillah, 30 minit je dah sampai ke jeti Pulau Pangkor. Paling suka dan tak sabar adalah kami :) kekekeke ... last jejak kaki ke Pangkor masa kakak Balqis umur setahun lebih rasanya. Dah hampir 13 tahun baru jejak balik ke Pulau Pangkor. Pengalaman baru buat adik Qayyum. Dia lagi teruja. Banyaknya berubah tapi yang tak berubah adalah teksi van pangkor ... tetap pinky shock ... hehehehe ...
# harga van teksi dari Jeti Pangkor ke Teluk Nipah ialah RM20. Satu van boleh memuatkan dalam 8-9 orang.
Semua urusan pengangkutan di settlekan oleh Mona dan Isma. Kami dah bahagi tugas masing-masing. So takde gadoh-gadoh :)
Cantik kan hotel Anjungan Beach Resort Pangkor ni? Rasa tenang jer ...
Kami sampai agak awal di Anjungan Beach Resort Pangkor. Bab hotel tugas aku pula. Lepas gelak-gelak dengan receptionist hotel, separuh dari kami dapatlah check in seawal jam 1 petang. Waktu check in sebenar adalah jam 2 petang.
Sebelum memasing masuk bilik, baik kita bergambar berjemaah dulu ... sebab bila dah masuk bilik memasing mesti dah ke laut ... hehehehe ...
9 budak bekas kelas 3B2 & 5A2 yang giler-giler remaja ... hahaha ...
Aksi sopan skit ...
9 buah keluarga bergabung. Bersyukur sangat, semua sporting morting. Sayang korang ketat-ketat :)
Dah habis possing, yang tak dapat bilik tu boleh cari makan sekitar hotel. Banyak jer kedai makan sepanjang jalan nak ke hotel kami tersebut. Tapi awas!!! korang google dulu kedai makan area situ sebab kebanyakkannya cekik darah!!!
bersambung ...

12 September 2016

Family Trip Geng Copy Paste | Percutian ke Pulau Pangkor (Part 1)

Assalamualaikum …
Dah lama tak menulis macam kekok pulak … hehehehe … Dah tak tahu nak story mory yang mana satu dulu pulak. So, aku pilih secara apa yang terlintas dalam fikiran aku jelah.
Alhamdulillah, akhirnya janji manis kami Geng Copy Paste berjaya terlaksana. Sejak tertubuhnya Group Geng Copy Paste (GCP) ni ... perkara pertama kami buat adalah perjumpaan secara kecil-kecilan. Kemudian baraan Raya GCP pula. Dan sekarang Family Days GCP pulak menyusul.
Perancangan dibuat seawal bulan Januari. Cadangan nak buat Family Day GCP adalah 23.4.2016 sempena ulangtahun ke 2 Group Geng Copy Paste ditubuhkan (23.4.2014-23.4.2016)
Mula-mula kami memilih beberapa tempat untuk diriki-riki. Ingat nak pilih yang dekat-dekatnya sebab pertama kali nak buat family day kan … Jadi kami sepakat nak tengok The Kabin, Jeram dulu.
Aku, Isma, Mona & Iwan yang pi riki-riki tempat dulu. Malangnya, pihak The Kabin memaklumkan tiada kekosongan pada tarikh berkenaan. Dengan hampanya kami pulang.

Sebelum pulang, possing buat kenangan dulu walaupun panas berdenting … hehehehe ….
Pastu singgah riki-riki Pantai Indah Apartment. Tak berkenan langsung aku. Dah jadi kotor. Tak macam yang aku pergi dulu … bersih je … patutlah murah.
Masih belum dapat kepastian kemana arah tujuan Family Days GCP lagi. Kami bincang-bincang sambil makan-makan kat umah aku pulak.
Port luck style :) AJK memasing bawak sorang satu lauk.
Ni nak bincang-bincang ke nak makan??

Dah makan mesti nak possing pulak kan. Kesudahannya???
Kesudahannya, kami sepakat pilih tempat luar Selangor pulak. Mungkin Melaka? Perak? Negeri Sembilan atau Langkawi? Masih dalam perbincangan. Tugas aku adalah menyemak harga-harga hotel berkenaan.
Akhirnya, semua sepakat kat dalam perbincangan group whatsapp memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi Family Days GCP 2016.
Aku mula mencari mana satu hotel yang sesuai dan harga berpatutan buat kami semua. Ada 9 keluarga yang akan turut serta. Keluarga Aku, Lily, Mona, Isma, Fita, Iwan, Ijue, Sal & Fazli yang akan join Family Days GCP buat julung-julung kalinya.
Setelah 2-3 buah hotel yang aku riki sekitar Pangkor, rata-rata semua fully booked kecuali Anjungan Beach Resort & Spa.
Tempahan hotel dah settle. Baju Family Days GCP pun settle. Masa untuk bincang-bincang aktiviti pulak. Kali ni buat meeting kat banglo Iwan a.k.a Dato Blue pulak.
Design t'shirt Family Days GCP.
Sticker kereta & sticker goodiesbag pun dah siap ...
Nasi Lemak sedap dari Umi Mona Catering.
Acara wajib ek ... hehehehe
Sambil makan nasi lemak sedap sambil bincang-bincang
Kebetulan masa meeting kat umah  Iwan tshirt kami dah siap. Lagi excitedlah kami. Tak sabar menanti hari kejadian.
Ok! settle bab hotel dan t'shirt Family Day GCP. Jom cari sponsor-sponsor pulak :) Alhamdulillah...ramai yang bermurah hati nak menaja breakfast, sticker, pisang, goodiesbag, mineral water, lempeng kelapa buat kami. Penderma pun dikalangan kami jugak ... hehehehe ...
Datin Oren a.k.a Lily sponsor goodiesbag buat kami seisi keluarga. Moga murah rezeki ..
Siap dapat ole-ole dari Australia lagi ... 
Aku sponsor Maruku Gorjes buat kudap-kudapan.
Semua persiapan hampir 99% dah siap.
Bersambung....

8 September 2016

Berakhirnya UPSR 2016

Alhamdulillah. Berakhir sudah peperiksaan akhir buat Firhan Qayyum. Debaran aku sebenarnya masih belum berakhir selagi keputusan UPSR belum diumumkan. Tapi aku kena pura-pura bersuka ria. Kalau tak macam mak lampir muka aku nanti. Aku kalau susah hati, macam-macam rupa momok boleh jadi  :mrgreen:
Bila ditanya, semuanya ok. Jawab Qayyum. Tapi aku tahu...soalan peperiksaan memang susah ... huhuhu ...
Ok. Muhasabah diri. Tidak semestinya gagal sekali selamanya akan gagal (cuba pujuk diri sendiri). Yang penting doa, tawakal, redha dan terus berusaha sampai berjaya kan! Aku yang fefeling over sebenarnya. Ya! Allah ... jauhkan sifat iri hatiku ini.
Sekejap je masa berlalu ... teringat zaman adik masuk sekolah darjah satu dulu. Orang dah setengah tahun bersekolah, adik baru nak masuk sekolah belajar darjah satu. Semua mata pandang adik sebab adik hanya pakai selipar jer. Mama bangga adik tabah ketika harungi ujian tu.  Dari darjah 1 sampai darjah 6, Mama dan Babah akan hantar adik ke sekolah pada hari pertama sekolah semata untuk berjumpa cikgu kelas adik dan menerangkan situasi adik. Alhamdulillah, semua pelajar dan guru-guru SKSP memahami situasi adik. Dan lagi beberapa bulan, tamat sudah sessi sekolah rendah adik. Masa begitu pantas berlalu ...
Apapun keputusan adik, Mama terima dengan redha ... walaupun tak lama tu nanti tunggukan ajer bebelan dan sedikit acah-acah rotan buluh dari Mama ... Mama ok kot. Mama dan babah tetap bawak adik jenjalan main ice skating sambil tengok wayang. Mama tetap sayang adik ...
Dah habis UPSR adik, kakak Balqis pulak bertarung dengan PT3. Makin menjadi-jadilah mak kornag mengilai lepas ni ... huhuhu ...
Apapun doakan yang baik-baik aja agar semua urusan dipermudahkan. Amin.
P/S : Terima kasih buat semua yang saya kasihi yang selalu mendoakan buat anak-anak saya. Hanya Allah yang akan membalasnya kelak. Sayang korang ketat-ketat!

5 September 2016

UPSR 2016

5.9.2016 - Isnin
Hari ini hari Isnin. Hari ini UPSR bermula. Selama 4 harilah hati dan perasaan aku akan berkecamuk dan berdebar.
Hari ini Firhan Qayyum akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga adik tenang dan tabah menjawab soalan demi soalan.
Aku sedar anak aku tidaklah sepandai anak orang lain. Aku bangga bercampur iri hati bila orang lain dok tayang kepandaian anak-anak mereka. Kadang tu rasa sakit hati sangat sampai cakap dalam hati ... macam anak dia je yang pandai. Biasalah ... hati mak-mak ni kan ... bila tengok anak orang lain pandai ... kita pun sibuk suruh anak kita pandai. Lumrah mak-mak kan. Tapi tu semua aku jadikan sempadan dan tauladan. Berusaha selagi daya yang ada.
Apapun, Mama dah cuba bagi yang terbaik buat adik. Mama sentiasa berdoa buat adik. Tidak mengapalah jika adik tidak mendapat keputusan seperti yang mama harapkan ... Mama tahu adik dah cuba buat sedaya upaya adik mengikut tahap keupayaan adik.
Jika gagal kali ini, kita boleh mencuba lagi kan (ayat nak sedapkan hati sendiri sebenarnya) Hanya doa dan tawakal yang boleh membantu adik.
Semoga adik tenang menjawab soalan demi soalan. Semoga Allah terangkan hati adik. Semoga Allah mempermudahkan urusan adik Qayyum. Mama tahu adik boleh buat..InsyaAllah. Amin.
Love,
Mama

24 August 2016

Jumpa Blogger Mama Zharfan

Kebetulan!
Tak sangka sebenarnya dapat jumpa dengan blogger kak Suzie atau lebih dikenali sebagai Mama Zharfan dari www.suzie284.com.
Semalam, terdengar bos aku dok sebut nama Suzie nak datang ofis untuk bagi kredit kat budak-budak attachment law yang praktis kat firm tempat aku keje. Macam penah dengar pulak nama tu ... bila tanya budak attachment tu ... betullah kak Suzie ... seorang blogger yang aku kenal ... hehehehehe ...
Pastu aku siap pesan ngan budak-budak tu kalau Madam Suzie datang nak tumpang selpie sekali ... hehehehe ... budak-budak tu pun tanjat sebab tetiba aku boleh kenal Kak Suzie. Aku malu nak ngaku aku ni blogger sebab aku blogger merepek meraban je ... kekekeke ...
Pastu, kebetulan ... bila kak Suzie datang ... bos aku suruh aku panggil naik tingkat atas. Alamak! nebesnya hakakkkk ...
Bila nampak kak Suzie tetiba aku jadi kaku ... hahahahaha ... padahal dalam hati rasa nak peluk je sebab gembira dapat jumpa blogger yang  aku selalu stalker (dululah ... zaman dia kat oversea ... pastu dia blogger selalu menang giveaway ... sekarang kurang sikit nak blogwalking sebab tak banyak masa ...huhuhuhu)
Dapat jugak bergambar ngan blogger Kak Suzie a.k.a Mama Zharfan. Kecil molek dan comel je orangnya.
Mesti dia terkebil-kecil masa aku ajak bergambar kot ... kekekeke ... dan aku syak mesti bos aku dah terangkan kat dia napa aku yang tergedik-gedik yang bergambar ngan dia sampai budak-budak attachment tu pun tak sempat nak selpie .... hehehehe ...
Thanks kak Suzie atas kesudian bergambar berdua semalam :)

22 August 2016

Photoshoot Raya

Tahun ni kami tak bagi Mak Enab cat mengecat kat rumah dia. Bukan apa ... nanti dia sibuk sakit tulah ... sakit nilah ... Nanti dia yang penat. Alternatifnya, kami suruh Mak pasang je wall paper. Dah ada tukang pasang volunteer nak pasang lagi senang kan ... sapa lagi kalau bukan Abang Kembong.
Mak Enab suka konsep ala-ala Inggeris gitew ... so belilah wallpaper munga-munga kecik. Sesuailah kan ngan tema vintage dia tu ...
Beli kat mana wallpaper tu? Opkoslah Kaison ... hehehehe ...
Bila raya ritu, kalau orang datang beraya rumah Mak Enab mesti bergambar area ruang tamu utama rumah Mak. Memang sesuai sangat sapa nak amik gambar raya kat situ.
Family Cik Nah sempat berpossing kat situ ... nampak macam kat studio tak? hehehehe ...Family makngah ngan moksu pun sempat possing ...
Family aku? Raya pertama je sempat berpossing ... tupun tak proper sangat bergambar ... raya haji boleh repeat lagi ...
Sapa nak tumpang sekaki mehlah rumah Mak Enab. Sejam RM50 jeerrr .... hehehehehe ...

19 August 2016

Wallpaper Murah

Assalamualaikum ... Salam Jumaat ... harini hakak nak cerita bab dekorasi rumah pulak. Dah lama rasanya tak cerita pasal dekorasi kan sebab hakak bukan pandai sangat bab hias-hias rumah ni. Asal boleh ... hakak hentam je ...
Tak macam Mak aku, setiap kali nak raya mesti dekorasi rumah kami akan berubah. Dia memang camtu sejak azali. Kalau korang datang raya 2015 rumah mak aku tema hijau ... 2016 tema pink pulak (contoh).
Mak kata itu terapi buat dia. Dia suka tengok rumah kemas dan teratur. Aku tak salahkan mak pun sebab mak kan surirumah dari muda-muda. Tak salah kalau dia nak tengok rumah dia cantik je. Jangan tak percaya rumah mak aku tu semua dia cat sendiri. Dia tak suka orang lain cat sebab nanti comot ... katanya ...
Bila dah terbiasa dari kecik tengok mak suka berhias rumah camtu ... kami adik beradik terjebak jugak. Tapi takleh lawan mak ... mak aku lagi power!!
Aku ni pemalas ... bila nak raya je baru teringat nak kemas rumah. Harap Abang Kembong jelah yang rajin menyapu, mengemop, mengvaccum :)
Kunun-kunun ritu nak cat baru ruang tamu rumah aku tu. Sejak masuk rumah 2010 sampai 2016 tak penah ganti cat. Pastu bila dah bulan poser ... semua lemau naik malas pastu sibuk dengan bisnes VJ by Mulin & Maruju Gorjes pulak ... lagilah malas.
Korang perasan tak capuk-capuk putih tu? Sakit mata aku menengoknya. Dinding tu dah licking mengembang pulak. Takde masa nak panggil orang repair. Akhirnya, bincang-bincang ngan Abang Kembong ... kita pasang wall paper jelah ... kalau cat tetap nampak gak licking tu kan ...
Oklah ... menurut perintah jer ... Jom cari wallpaper murah-murah ...
Amacam? Cantik tak wallpaper hakak ni?
Kat mana nak cari wallpaper murah? Aku selalu cari kat Kaison je. beli wallpaper yang siap ada gam. Semudah ABC ... cewahhh ... mentang-mentang Abang Kembong yang buat ... hehehehe ...
Selamat Membeli & Mencuba :)

17 August 2016

Buffet Ramadhan di Kelab Saujana, Sungai Buloh

Cakkkkk!!!!
Jangan terkejut, cerita puasa di bulan Zulkaedah! hahahaha ... Hakak memang suka pendam cerita kan ....
Dari tahun ke tahun Geng Akak Gorjes ni nak gathering iftar together-together. Memang tak penah cukup korum. Alhamdulillah, last minit perancangan akhirnya berjaya jugak. Kebetulan Ika beraya di Sungai Buloh tahun ni, so bolehlah bukak puasa sesama.
Maka...cukuplah korum 6 orang jahanam ni ... hahahahaha ...
Kami malas nak drive jauh-jauh, so decide nak buka puasa kat Kelab Saujana Sungai Buloh jer. Murah pun murah. Satu kepala RM39.00 bersih.
Single mingle je kami pi bukak poser tu. Laki-laki semua kami bagi can pi lah bukak poser kat luar ... hehehehe ... Abang Kembong bawak anak-anak aku pi bukak poser kat Mc D Puncak Alam.
Anak menakan yang comel ligan kiut ...Antara makanan kesukaan aku. Tu jer pun amik gambar makanan buffet ... Pilihan makanan kira oklah ... sesuai dengan harganya kan ...Ikan Keli bakar kesukaan ramai ...
Sementara menunggu azan, possing-possing dulu kat pool Kelab Saujana ni. Selama aku duduk Saujana Utama ni, ni first time aku jejak kelab ni. Sapa nak belajar berenang boleh datang sini selalu.
Geng Baju Cotton .... kekekekeke ... saja je sebenarnya berbaju cotton ...
Terasa diri muda remaja plak kan ... padahal dah kertu pon ...
Bismillah ...
Alhamdulillah ... tercapai jugak hasrat Geng Akak Gorjes nak berbuka puasa bersama-sama. Rasa tak puas pulak kami berborak. Dah kena tunggu bulan 12 pulak lah lepas Ika bersalin nak lepak lagi.
Sapa-sapa nak bawak family buka puasa kat Kelab Saujana Sungai Buloh ni memang sesuai sangat. Tempatnya agak luas, harga buffet taklah mahal sangat, makanan not bad tapi yang bawak anak-anak kecik tu kena berjagalah sikit ... takut dorang terjun dalam kolam pulak ... hehehehe ...
Alamat :
Kelab Saujana Sungai Buloh, Jalan Seroja 1/1, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube