5 September 2016

UPSR 2016

5.9.2016 - Isnin
Hari ini hari Isnin. Hari ini UPSR bermula. Selama 4 harilah hati dan perasaan aku akan berkecamuk dan berdebar.
Hari ini Firhan Qayyum akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga adik tenang dan tabah menjawab soalan demi soalan.
Aku sedar anak aku tidaklah sepandai anak orang lain. Aku bangga bercampur iri hati bila orang lain dok tayang kepandaian anak-anak mereka. Kadang tu rasa sakit hati sangat sampai cakap dalam hati ... macam anak dia je yang pandai. Biasalah ... hati mak-mak ni kan ... bila tengok anak orang lain pandai ... kita pun sibuk suruh anak kita pandai. Lumrah mak-mak kan. Tapi tu semua aku jadikan sempadan dan tauladan. Berusaha selagi daya yang ada.
Apapun, Mama dah cuba bagi yang terbaik buat adik. Mama sentiasa berdoa buat adik. Tidak mengapalah jika adik tidak mendapat keputusan seperti yang mama harapkan ... Mama tahu adik dah cuba buat sedaya upaya adik mengikut tahap keupayaan adik.
Jika gagal kali ini, kita boleh mencuba lagi kan (ayat nak sedapkan hati sendiri sebenarnya) Hanya doa dan tawakal yang boleh membantu adik.
Semoga adik tenang menjawab soalan demi soalan. Semoga Allah terangkan hati adik. Semoga Allah mempermudahkan urusan adik Qayyum. Mama tahu adik boleh buat..InsyaAllah. Amin.
Love,
Mama

No comments:

Post a Comment