12 September 2016

Family Trip Geng Copy Paste | Percutian ke Pulau Pangkor (Part 1)

Assalamualaikum …
Dah lama tak menulis macam kekok pulak … hehehehe … Dah tak tahu nak story mory yang mana satu dulu pulak. So, aku pilih secara apa yang terlintas dalam fikiran aku jelah.
Alhamdulillah, akhirnya janji manis kami Geng Copy Paste berjaya terlaksana. Sejak tertubuhnya Group Geng Copy Paste (GCP) ni ... perkara pertama kami buat adalah perjumpaan secara kecil-kecilan. Kemudian baraan Raya GCP pula. Dan sekarang Family Days GCP pulak menyusul.
Perancangan dibuat seawal bulan Januari. Cadangan nak buat Family Day GCP adalah 23.4.2016 sempena ulangtahun ke 2 Group Geng Copy Paste ditubuhkan (23.4.2014-23.4.2016)
Mula-mula kami memilih beberapa tempat untuk diriki-riki. Ingat nak pilih yang dekat-dekatnya sebab pertama kali nak buat family day kan … Jadi kami sepakat nak tengok The Kabin, Jeram dulu.
Aku, Isma, Mona & Iwan yang pi riki-riki tempat dulu. Malangnya, pihak The Kabin memaklumkan tiada kekosongan pada tarikh berkenaan. Dengan hampanya kami pulang.

Sebelum pulang, possing buat kenangan dulu walaupun panas berdenting … hehehehe ….
Pastu singgah riki-riki Pantai Indah Apartment. Tak berkenan langsung aku. Dah jadi kotor. Tak macam yang aku pergi dulu … bersih je … patutlah murah.
Masih belum dapat kepastian kemana arah tujuan Family Days GCP lagi. Kami bincang-bincang sambil makan-makan kat umah aku pulak.
Port luck style :) AJK memasing bawak sorang satu lauk.
Ni nak bincang-bincang ke nak makan??

Dah makan mesti nak possing pulak kan. Kesudahannya???
Kesudahannya, kami sepakat pilih tempat luar Selangor pulak. Mungkin Melaka? Perak? Negeri Sembilan atau Langkawi? Masih dalam perbincangan. Tugas aku adalah menyemak harga-harga hotel berkenaan.
Akhirnya, semua sepakat kat dalam perbincangan group whatsapp memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi Family Days GCP 2016.
Aku mula mencari mana satu hotel yang sesuai dan harga berpatutan buat kami semua. Ada 9 keluarga yang akan turut serta. Keluarga Aku, Lily, Mona, Isma, Fita, Iwan, Ijue, Sal & Fazli yang akan join Family Days GCP buat julung-julung kalinya.
Setelah 2-3 buah hotel yang aku riki sekitar Pangkor, rata-rata semua fully booked kecuali Anjungan Beach Resort & Spa.
Tempahan hotel dah settle. Baju Family Days GCP pun settle. Masa untuk bincang-bincang aktiviti pulak. Kali ni buat meeting kat banglo Iwan a.k.a Dato Blue pulak.
Design t'shirt Family Days GCP.
Sticker kereta & sticker goodiesbag pun dah siap ...
Nasi Lemak sedap dari Umi Mona Catering.
Acara wajib ek ... hehehehe
Sambil makan nasi lemak sedap sambil bincang-bincang
Kebetulan masa meeting kat umah  Iwan tshirt kami dah siap. Lagi excitedlah kami. Tak sabar menanti hari kejadian.
Ok! settle bab hotel dan t'shirt Family Day GCP. Jom cari sponsor-sponsor pulak :) Alhamdulillah...ramai yang bermurah hati nak menaja breakfast, sticker, pisang, goodiesbag, mineral water, lempeng kelapa buat kami. Penderma pun dikalangan kami jugak ... hehehehe ...
Datin Oren a.k.a Lily sponsor goodiesbag buat kami seisi keluarga. Moga murah rezeki ..
Siap dapat ole-ole dari Australia lagi ... 
Aku sponsor Maruku Gorjes buat kudap-kudapan.
Semua persiapan hampir 99% dah siap.
Bersambung....

4 comments:

  1. As salam, saya mohon untuk copy baju untuk family day ini dibenarkan
    msg saya skiranya tidak boleh, zaidi8105@gmail.com

    ReplyDelete
  2. salam.. saya nak mohon copy design baju puan boleh.. nampak cantik..

    norul3zs@gmail.com

    ReplyDelete
  3. waalaikumusalam. Boleh2 silakan

    ReplyDelete