Anjungan Beach Resort Pangkor terletak di Teluk Nipah. Jika dari Jeti Pangkor mengambil masa dalam 10 minit sahaja.
Terdapat pelbagai jenis bilik mengikut citarasa dan bajet korang. Jika ditanya "Best ke Anjungan Beach Resort Pangkor ni?". Jawapan jujur aku adalah sangat best. Walaupun hotel ni terletak agak terpencil dan paling hujung (sebelah kiri hotel adalah hutan ... sebelah kanan kedai makan dan hotel-hotel lain ... depan hotel adalah laut dan aneka kedai makan) tapi hakak suka nokkkk!!! Korang boleh bayangkan kan? hehehehe ....
Aku tempah melalui hotel Anjungan Beach Resort Pangkor sendiri. Selepas beberapa email kepada pihak pengurusan Anjungan Beach Resort Pangkor, maka kami deal memilih Anjungan Beach Resort Pangkor sebagai port kami nak bergonjeng :)
Pandangan dari atas pulak. Bilik air macam biasa je. Toileteries semua ada kecuali berus & ubat gigi ...
Bagi aku, kalau keluarga korang nak bercuti memang sesuai sangat. Nyaman sekali. Boleh lihat harga bilik di website Anjungan Beach Resort Pangkor. Boleh tengok melalui Agoda dan website hotel yang lain jugak.
Ok jom ... nak keliling pulau pulak ...
Harga bilik-bilik di Anjungan Beach Resort Pangkor termasuk sarapan pagi :-
Standard Room (2 pax) = RM176
Deluxe Triple (3 pax) = RM248
Family Room (4 pax) = RM302
Family Room (5 pax) = RM338
No comments:
Post a Comment