26 April 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 2)

Usai berehat, kami terus dibawa oleh Pak Tatang ke Rumah Mode (sebut mo de bukan mod ye). Rumah Mode merupakan gedung pakaian berjenama. Macam-macam pakaian berjenama boleh korang pilih kat situ. Aku? mana boleh tak beli apa-apa kan...haruslah rembat selai t'shirt AX dan selendang yang susah gak nak cari kat Malaysia (poyo kan) dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Aku sebenarnya memang tak berapa tak reti nak bezakan antara original atau tak. Tapi orang kata kebanyakkan baju-baju kat Rumah Mode ni adalah baju-baju original tapi rejected.

my mak

Kami repeat 2 kali ke Rumah Mode ni. Tak puas rasanya. Nasib baik Pak Tatang ikut je kehendak kami...hehehehehe

25 April 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 1)

Pertama kali bawak family menjejakkan kaki ke luar negara. Banyak persediaan yang sudah dilakukan. Alhamdulillah..perjalanan kami ke Jakarta-Bandung selama 6 hari 5 malam (6H5M) berjalan lancar walaupun adik kecik saya demam sepanjang bercuti kat sana.
Abah aku relak je sebab dah pernah naik kapal terbang. Mak pun pestime juga naik kapal terbang...

Excited adik Qayyum

Qayyum tak tidur pun sepanjang penerbangan ke Jakarta. Dia memang menikmati permandangan sungguh...
Hari Pertama (14.1.2010)
Pertama kali ke luar negara (walaupun dekat je). Pertama kali menaiki kapal terbang. Walaupun flight Air Asia delay hampir 2 jam, tepat jam 9.30 pagi, kami tiba di Lapangan Terbang Soekarnao Hatta, Jakarta, Indonesia. Rombongan Cik Kiah seramai 12 orang. Aku, Encik Suami, Balqis, Qayyum, Babahku, Emakku, Adikku Moon, adik sepupu Pira, kawan kami, Tiara dan Ina. Aku tidak sabar-sabar nak berjumpa dengan pak supir yang memang telah aku maklumkan dari Malaysia lagi. Rupa-rupanya pak supir aku tu dari pagi dah siap sedia menanti kami. Ku pikir pak supirnya udah tua rupa-rupanya masih ganteng dan kecil molek ajer orangya. Namanya Pak Tatang. Asal Bandung. Nombor telepon +628157112749. Umur 36 tahun. Sila hubungi dia jika berminat menggunakan perkhidmatannya. Kemudian kami dibawa dengan Van Pregio. Memang besar van Pregio tu. Muat untuk kami 12 orang tu. Kos pengangkutan kami selama 6H5M dari Jakarta ke Bandung dan Bandung pulang ke Jakarta cuma Rp4.6 juta. Berbaloi tak?
Masing-masing muka teruja....tak sabar nak lihat negara orang....
Selepas selesa dengan tempat duduk masing-masing, Pak Tatang bawa kami ke Restoran Sunda untuk menjamu selera malangnya kedai belum beroperasi sepenuhnya. Kiranya kami pelanggan pertama doranglah...hehehehe...
Ko tengok akak gorjes....siap bawak kalkulator lagik....hahahahaha...senang nak bahagi-bahagi duit nanti...
Memang cantik dekorasi Restoran ni. Rasa nak duduk lelamer jek... 
Dugaan sungguh percutian pertama kali ke luar negara ni. Adik aku, Moon tiba-tiba demam. Kebetulan masa kami ke sana, cuaca disana hujan je. Mak akulah paling risau. Yelah kat negara orang kan....takut apa-apa terjadi plak. Segala ubat kami suruh dia telan. Harap-harap keluar peluh dan rasa sihat sedikit.
Perjalanan dari Jakarta ke Bandung memakan masa dalam 3-4 jam. Jika jalannya macet (jam), maka lambatlah kami sampai. Nasib baik kami tiba hari Khamis..arus jalan pun agak lancar. Kalau nak tau lagi highway dorang ni macam highway kiter gak semua kat sana straight jek takder bengkang bengkok. Korang boleh lihat sepanjang perjalanan ke Bandung, ada sawah padi dan hutan belukar. Memang menakjubkan.
Lebih kurang mengharungi perjalanan selama 3 jam, akhirnya kami sampai ke kota Bandung. Kami terus dibawa ke hotel di Jalan Dago, Wisma Nova. Adik Moon yang uruskan semuanya. Hotel kami boleh tahan jugak murah. Kami tempah 2 Family Room dengan harga Rp376.000 (RM135.00). Moon, Tiara, Ina & Fira 1 blik. 1 bilik lagi aku, Encik Suami, Babah, Mak & 2 anak aku. Janji leh tidur jer..duit lebih leh shopping.. Lepas check in, masuk bilik, solat, kami keluar balik sebab dah tak sabar nak tengok bandar Bandung. Shopping time!!!!Nilah pompuankan....orang lelaki relaks jer...
Untuk pengetahuan korang jugak, jalan raya di kota Bandung ni bersimpang siur..takder line putih pun..main redah jek. Agak-agak nak cilok....bunyi je "pon-pon" (bunyikan hon). Agak-agak tak puas hati ngan orang sebelah makan line kiter..pon lagi. Orang Bandung takder marah punya...semua pemandu di Bandung ni baik hati dan penyabar orangnya. Sesak..sesak gak tapi kete still leh moving. Cuba try test kat Malaysia..silap haribulan kena tunjuk f&$*!!!

24 April 2010

HAPPY 38 FOR US



Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk bersama keluarga dan bernafas lagi.


5 June 2009

MELAWAT ZOO NEGARA

Sempena cuti sekolah ni..anak-anak saya sibuk ajak bercuti lagipun saya dah berjanji dengan anak-anak saya tiga minggu sebelum cuti sekolah yang lalu, jika siapa yang rajin pi sekolah tanpa ponteng hakta sehari pun..habuannya cuti sekolah boleh pergi Zoo Negara sebab dorang sibuk sangat nak pergi. Sebenarnya itu umpan saya supaya mereka rajin pergi sekolah..so sesiapa di antara mereka berdua yang ponteng sekolah dua-dua takkan dapat pergi. Amboi..bukan main rajin pergi sekolah nampaknya bila saya buat aturan macam tu. Dan untuk mengotakan janji, saya dan Hubby ambil cuti untuk ke Zoo Negara..tapi...bila sebut saja Zoo Negara pasti ada yang tertawa dan berkata "Buatper pergi Zoo..bukannya ada aper..." "Ada lagi ke binatang?"....tapi ada juga yang kata ok. Mungkin bagi orang dewasa memanglah tidak berapa seronok sangat jika ke Zoo...tapi bagi kanak-kanak..ianya satu kepuasan dan keseronokan. Mereka dalam mengenali dan menerokai satu persatu kehidupan haiwan dalam Zoo Negara.















Saya rasa Zoo tetap seperti dulu cuma ada sedikit perubahan dari aspek kebersihan dan binatang yang telah dipelbagaikan sedikitlah. Tak rugi walaupun bayarannya agak mahal sedikit Dewasa = RM15 & Kanak-Kanak = RM6..tapi apalah sangat jika anak-anak kita gembirakan..lagipun bagaimana Zoo kita nak berkembang jika kita sendiri tidak menyokongnya.Wah!!!promote nampak...bukan apa..anak-anak kita akan rasa sangat gembira walaupun letih berjalan menerokai kehidupan haiwan. Sekali pergi pasti nak nak pergi lagi. Itu yang berlaku pada anak-anak saya..insyallah..panjang umur boleh pergi lagi.

4 March 2009

9 ANNIVERSARY



Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Kita..Sayang. Kadangkala begitu sukar untukku melafazkan kata-kata sayang
terhadapmu. Kadangkala begitu sukar untukku meluahkan betapa aku merinduimu setiap masa.Cinta dan Kasih Sayang inilah dapat aku berikan padamu. Aku bahagia hidup bersamamu. Semoga ikatan suci ini akan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa kita.

4.3.2000-4.3.2009

17 January 2009

BALQIS 8 YEARS OLD

Selamat Hari Lahir buat sang puteriku Fatin Farhana Balqis yang usianya telah menginjak ke 8 tahun. Dalam angan dan sedar, puteriku telah membesar. Bagi aku, puteriku tetap seperti 8 tahun yang lalu..Mama sangat menyanyangimu sayang..walaupun kemarahan dan kegarangan yang selalu Mama pamerkan namun jauh disudut hati Mama..Mama amat menyanyangimu sayang..kerna dikaulah yang bakal berjuang untuk kehidupan yang lebih terjamin dimasa hadapan. Be a good girl.

17 Jan 2019



31 December 2008

RANGKUMAN HARIJADI

16 Disember 2008

Selamat Hari Jadi Maimun..Aku berdoa semoga kau akan dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik bagi menempuh kehidupan di alam fana ini. Walaupun kita bekerja satu bumbung namun aku tetap mengingati kau sentiasa..Semoga persahabatan ini tidak akan terputus sampai bilabila. Hadiah kau akan ku titipkan satu hari nanti ek.
******************************************************************************************
20 Disember 2008

Selamat Hari Jadi Murni Adikku yang tercinta. Kakak harap dengan pertambahan umurmu ini akan mengubah kehidupanmu. Jadilah insan yang berguna dan berjasa pada semua orang. Kakak juga berdoa semoga umurmu makin panjang, rezekimu makin bertambah dan bertemu jodoh yang sesuai. Sayangilah keluarga-keluargamu yang sentiasa mendoakan kebahagianmu.
*****************************************************************************************
24 Disember 2008

Cuti umum lepas jadual harianku padat dengan aktiviti...
Sekali lagi aku bawak anak-anak pergi menonton wayang Cicak Man 2 Planet Hitam..
Bagi aku lebih seronok dan mantap Cicak Man 1 dari Cicak Man 2
Jalan cerita kurang jer..cuma ditambah dengan watak di Rhama
lain-lain bagi aku biasa jer...apa-apapun anak-anak aku enjoy....itu lebih penting.
*******************************************************************************************
27 Disember 2008

Selamat Hari Jadi Firhan Qayyum yang ke 4 tahun....
Mama berharap semoga Adik cepat membesar...
Dikurniakan kesihatan yang baik...
Jadi anak yang soleh...
Dimurahkan rezeki....
Mama Sayanggggg...Adikkkk.....
Rajin-rajin pergi sekolah tau...

20 November 2008

MY LOVE

Kadangkala kenangan lalu menggamit hati dan perasaan ini. Adakah ianya dapat berulang kembali?Tidak mungkin sama sekali!. Alangkah bahagianya bila terkenang saat-saat kemanisan zaman percintaan.Teringat kembali kenangan dahulu..saat-saat aku disatukan dengan Hubby Rashidan Ab Karim. Walaupun pada awalnya pelbagai rintangan yang terpaksa aku lalui akhirnya kami disatukan pada 4 Mac 2000. Bahagia? Lumrah kehidupan setiap insan dimuka bumi Tuhan..adakala kita berasa sangat bahagia dan adakalanya kita akan berasa tidak bahagia. Tapi aku tidak kisah dengan lumrah itu kerana kita dicipta untuk saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Selagi boleh aku akan cuba membahagiakan Hubby aku dan membahagiakan diri sendiri.

Perkenalan aku dan Hubby bermula di Pos Malaysia Daya Bumi (PMDB). Habis sekolah Form 5 aku dan kawan-kawan (Angah, Tini, Ijam Toman, Azim, Noh, Izat, Imah) buat part time kat PMDB sementara dapat result SPM. Dalam pada sibuk bekerja Hubby akupun sempat jeling-jeling mata kat aku. Pada mulanya aku tak berkenan dengan Hubby aku. Tak tau naper. Tapi dari kesungguhan dia menackle hati aku..lama-lama cair jugak hati aku. Hehehe....Dari saat itu bermulalah detik percintaan kami. Setelah lama menjalin percintaan, Hubby akupun melamar aku dan pada 5 Mac 1999, kami bertunang. Lebih kurang 2 tahun usia pertunangan kami, begitu banyak rintangan yang kami tempuhi akhirnya tibalah hari-hari yang dinanti-nantikan. Tanggal 4 Mac 2000 aku sah menjadi isteri kepada insan yang bernama Rashidan Ab Karim. Saat itulah adalah kenangan paling indah dalam hidup aku.

Menjelang 2 bulan usia perkahwinan aku, aku dikhabarkan dengan berita yang menggembirakan. Aku telah disahkan mengandung. Kwang!Kwang!Kwang!. Seronok sangat dan seakan tidak percaya bahawa aku bakal menjadi seorang Mama dan Hubbyku seorang Babah. Memang pada awalnya, kami mahu enjoy dulu hidup berdua sahaja tapi disebabkan aku mengalami senggugut yang agak teruk, aku mengambil keputusan untuk mengandung jer..sebab tak tahan asyik senggugut jer. Setelah diimbas, aku dimaklumkan bakal memiliki anak perempuan. Wah! aku begitu teruja sebab memang itu aku inginkan. Tanggal 17 Januari 2001, lahirlah seorang puteri yang sangat comel kedunia ini. Dan aku namakan sang puteriku itu Fatin Farhana Balqis seberat 2.73 kg di Hospital Selayang. Segala kasih sayang aku curahkan buat anakku yang tercinta. Tiada belah baginya. Baru aku sedar betapa bahagianya melahirkan anak. Dan baru sedar susah payah Makku selama ini melahirkan kami 3 beradik. Terima kasih Mak. Dari usia sehari sehingga kini berusia 7 Tahun, Balqis tidak memberi sebarang masalah padaku. Balqis anak yang pandai berdikari walaupun kadang-kadang agak payah jugak dengar kata. Mama sayang Fatin Farhana Balqis.

Tahun 2004..aku mengandung lagi buat kali kedua dan kali ini aku berharap sangat kandungan aku anak lelaki.Baru cukup sepasang kan. Sewaktu awal kandungan, aku suka sangat beli kereta mainan..tidak tahu mengapa? Naluriku barangkali. Kali ini aku tidak boleh bau badan Hubby aku walaupun pakai perfume dan paling benci sekali bau durian yang sebelum ini memang aku hantu durian. Dan aku juga tidak boleh minum air masak/putih. Sekiranya aku minum, pasti muntah balik. Dan sepanjang aku mengandung kali ini, hanya air manis jer yang aku boleh minum. Nasib baik tak kena kencing manis. Dan setelah diimbas, sah aku mengandung anak lelaki.Wah!sekali lagi rasa seronok.Sehari selepas Tsunami melanda.,aku juga turut dilanda tsunami..hehehe..nak bersalinlah..Sepatutnya jangkaannya ialah pada 4 Januari 2005 tapi tulah akibat gegaran tsunami, anak aku pun tak sabar nak melihat dunia ini. Tanggal 27 Disember 2004, maka lahirnya putera yang comel lagi hensem (perasan sendiri) yang kuberikan nama Firhan Qayyum seberat 3.45 kg di Hospital Pusrawi. Akulah insan yang kami bahagia saat itu, kerana Allah telah mengurniakan sepasang anak buat aku yang kerdil di dunia pinjamannya ini. Aku bersyukur sangat dan terlupa seketika saat-saat kesakitan sewaktu melahirkan mereka. Begitu juga dengan Qayyum, dari awal kelahiranya sehingga kini 4 tahun, tiada banyak ragamnya. Walaupun kadangkala ada juga kenakalan yang masih dapat dikawal. Mama sayang Adik.

Kesimpulannya, aku berharap semoga keluarga aku akan bersama dan bahagia buat selamanya. Semoga anak-anakku akan menjadi orang yang berguna dan berjaya.Amin.

28 October 2008

BIRTHDAY

Jumaat lepas HHA ajak pergi celebrate besday Abg Su.So, dalam keadaan malu-malu pun aku pergi juga.Aku jadi pemalu coz dalam team ni aku sorang jer perempuan.Kalu aku tak pergi diorang kata tak best lak..Jadi...aku kena biasakan diri jugak...

Kitaorang (HHA,MMZ,MNH,Abg Su, K-Rul & Aku) pergi minum kat Starbuck.Seumur hidup inilah kali pertama aku minum kat situ...(kepada ex-boss jangan jelaous ek..nanti kita lak gi minum kat situ ek!)Pada mulanya aku rasa janggal sangat sebab kan aku sorang jer perempuan dalam team ni.Tapi disebabkan kata-kata semangat dari semua orang..aku tabahkan hati..nekadkan diri..kerana perubahan ini adalah untuk diri aku sendiri..

3 September 2008

KERJA KERJA


Agak lama aku tak mengentry blog aku
Bukan aper..agak sibuk sikit dengan kerja + bos baru Aku nak ucapkan Selamat Tinggal Laza (ex-bos aku) pasti aku akan merinduimu.hihihi...
Orang kater kalu kiter tak suker pada orang tu..akhirnya kiter dapat gak orang tu
hah!!tulah terjadi pada aku..aku kalu boleh takmo kerja ngan tut + tut (adalah dinasihatkan nama perlu dirahsiakan demi keselamatan diri sendiri) tapi ntah..dah nasib kot..kena gak akhirnya..
tapi aku cubalah bekerjasama ngan diorang
Buat masa ni belum ada masalah lagilah


********************************************************************


Jumaat lepas Sogo buat sale gempak..Seperti biasa aku takkan lepaskan peluang keemasan ini sebab terlalu banyak diskaun boleh dapat..boleh jimat duit...banyak jugak aku berabis duit beli baju raya anak-anak aku..sampai sendiri punya terlupa nak beli.
Sabtu lepas lak..adik aku belanja berbuka posa kat Restoran Tasik Indah sambil buat suprise kat Hubby dia coz last week besday dia..dah lama gak tak makan kat situ..

20 August 2008

PUSAT SAINS NEGARA

18-22 Ogos adalah cuti sekolah....
Rabu lepas aku dan suamiku amik cuti. Aku bercadang nak pergi satu destinasi yang dekat + murah @ free. Biasalah tengah2 bulan kan...hehehe...
Akhirnya, kami 4 beranak + anak sedaraku pergi melawat Pusat Sains Negara. 
Bergambar di hadapan Pusat Sains Negara..syokk tuu
Sebenarnya dah lama aku ingin membawa Farhana Balqis & Firhan Qayyum serta diri aku sendiri yang belum pernah menjejakkan kaki kesana lagi.
Seawal pagi kami bertolah dari Sg Buloh menuju ke Pusat Sains Negara.
Aku, Balqis, Qayyum serta Siti (anak sedara) teruja ketika mula-mula menjejakkan kaki kesana. Hubby aku buat biasa jer coz dia dah pernah g sana dulu..(berlagaklah pulak) Fuyo!Fuyo!syoknyer gi situ..walaupun aku dah besar gajah..Macam-Macam Ada!!!!

Qayyum sedang mencuba organ manusia
Anak2 aku pun begitu excited....
Dekat 3 jam kitaorang kat dalam Pusat Sains tu..rasa cam tak larat jalan lagi.Lagipun perut masing-masing dah berkeroncong..kelaparan...
Then,kamipun pulang setelah membeli sedikit souvenier untuk anak-anak aku kat Pusat Sains. "Kat mana nak makan Yang"tanya suamiku kepadaku. "Kita makan kat Lake Garden tempat biasalah Bang...pastu boleh gi Tugu Negara lak"cadangku. "Ok". Kami pun bertolaklah menuju ke Lake Garden tapi malangnya parking penuh. Alahai..kempunanlah aku nak makan nasi sedap kan situ. Pastu laki aku bawak g makan Ikan Bakar kat Tangling (kedai tu memang famous).. Lepas perut masing-masing kenyang..kamipun menuju ke Tugu Negara lak..
"Wah!!besarnya patung tu..Babah"

Ramai gak orang g Tugu Negara hari nie..tapi ramai visitor bangsa asing lah..Aku tinjau gak nasib baik ada gak orang Malaysia...Bukan aku tak pernah pergi Tugu Negara.. Dulu..waktu aku masih kecik..Babah ngan Mak aku selalu gak bawak kami adik-beradik gi sini. Kini giliran aku lak bawak anak-anak aku gi sana.
Tengah-tengah kami berposing kat Tugu Negara tu...lalu lak sekumpulan pelancong dari Jepun gamaknya...sambil lalu sambil tengok aku..ntahh apa yang dikatakan aku sendiri idok faham..tapi satu perkataan yang aku faham..Malaysia...
Mengikut pemahaman akulah..mungkin mamat Jepun ni kata.. "Tengok..orang Malaysia pun baru nak tengok Tugu Negara"..agaknyalah... Kalu betul apa yang dia kater..aku akan jawab.. "Eh!..Mr. Jepun..tolong sikit ek..aku dah banyak kali pergi sini da...aku just nak bawak anak-anak aku jer tengok Tugu Negara ni"..ok tak jawapan aku..hehehe.. Lagipun aku orang Malaysia..sukahatilah berapa kali aku nak pergi. Ada lagi peristiwa waktu kat Tugu Negara tu.. Waktu aku sedang berposing maut ngan anak-anak aku..ada lak pelancong dari China menyibukkan diri ambik gambar ngan kami..tapi malangnya hubby aku tak sempat nak ambik gambar tu..(jelaouslah tu...) Tak habis lagi.... Ada lagi pelancong dari China nak lagi bergambar ngan anak-anak aku lak...wah!!glamor gitu Aku tak faham apa yang dia cakap..cakap omputeh pun tak reti..ish!ish!ish!haru biru betullah.. Dah ambik sekeping..sibuk lagi nak ambik gambar ngan Qayyum lak..tapi Qayyum biasalah badmood coz dah terberak... Awat ramai benor yang berkenan ngan anak teruna aku nih.. Takper2 ada potensi jadi orang glamor nih.... dekat pukul 5 petang baru kami pulang...bersama-sama kenangan indah..

22 July 2008

SELAMAT TINGGAL KAK FIEDA

Minggu ini ada dua perkara dalam hidupku. Satu berita gembira dan satu lagi berita sedih. Apa yang menggembirakan aku proses pembelian rumah idamanku telah berjaya dan berita sedihnya Kak Fieda akan meninggalkan aku.Minggu ini adalah saat-saat terakhir buat aku dan Kak Fieda ("Kakak Manjaku")Kesedihan ini tak dapat aku gambarkan..Terlalu sedih... Air mata ini tanpa segan silu asyik mengalir jer semenjak dari awal aku mengetahui Kak Fieda akan berhenti kerja.
Aku terlalu sayangkan persahabatan antara aku dan Kak Fieda..terlalu...(cam org bercintan lak)Tapi..ikhlas..Kak Fieda terlalu baik sebagai seorang sahabat..Dialah tempat aku curah segala-galanya isi hati aku...Mungkin dia lebih tua dari aku (tapi taklah tua sgt pun beza setahun jer..namanyer tua tapi perangai gilo2..)hehehe..jgn mare Kak Pid.Dan bukan takder kawan lain..tapi dengan Kak Fieda yg satu kepala ngan aku..
Hari ini tanggal 25.7.2008 merupakan hari terakhir aku ngan Kak Fieda..berakhir sudah episod persahabatan kami disini..Aku cuba melawan kesedihan yang melanda jiwaku..tapi tak boleh. Aku gagal melawannya..masa Ina resign dulu..aku boleh control (tu kerna terpaksa)..tapi kali ini aku gagal..aku gagal mengawal kesedihan aku..hati aku tika ini terlalu sedih..aku kehilangan kakak yang paling aku sayang..terlalu sayang..

Kak Fieda..tak kesian ke Kak Fieda pada orang?(buatper nak kesiankan) Kesian orang kak..tinggal sesorang kat sini..memanglah ada yang tinggal kat sini..tapi tak sama dengan akak..mesti orang akan rindu dengan suara akak... Begitu banyak suka duka yang aku lalui bersama Kak Fieda..saat manis..saat duka..segalanya hanya Kak Fieda yang tahu. Sekarang....pada siapa harus aku luahkan..tiada siapa. Memang hakikatnya aku boleh mengadu padanya namun tak berapa bestlah dalam tipon..nangispun sesorang..

Hidup harus diteruskan demi sesuap nasi.. tapi..entahlah..aku gagal mengawal emosi...aku masih bersedih lagi..terlalu sedih..mencurah-curah air mata aku kluar ini..taknak berhenti lak tu..malu gak..sampai Bos aku tak berani nak tegur.hehehe..sorilah Boss..aku ni sensitif sikit.

16 July 2008

RUMAH IMPIAN

Tidak pernah terlintas untuk beli rumah sebab rasa macam tak mampu nak bayar bulan-bulan tu. Tapi dah namanya rezekikan ... 

Masa laki bawak bini ngan anak jalan-jalan kawasan Saujana Utama, Sungai Buloh, memang dah nampak rumah teres yang cecantik. Mesti mahal, kataku dalam hati. Lagipun kami tengah dalam proses buat rumah kat tanah abah cuma modalnya masih belum mencukupi, lalu pembinaan terpaksa dihentikan. So, terhenti lamunan dan angan-angan sekejap.

Laki bawak tengok rumah jenis"townhouse" kat Pristana. Cantik memang cantik tapi aku tak berkenan sangat sebab jenis atas orang lain duduk bawah plak orang lain duduk. Dibuatnya dapat laki bini jenis kaki gaduh..tak ke naya. Mesti dengar dorang gadoh nanti. Tak pun dengar suara tarzan aku :) Dahlah aku ni jenis tarzan...nak menjerit marah anak pun jadi segan pulak nanti. Harga boleh tahan jugak cuma aku je tak berkenan.

Bila dah tahu bini tak puas hati, laki bawak pulak rumah contoh kat kawasan Saujana 3. Ada beberapa rumah contoh kat situ. Hatiku terpaut dengan rumah teres 2 tingkat patter"Greenwoods". Pandang laki, laki sengih. Ada harapan gayanya tu. Terus tanya pejabat Glomac. 

Dah tanya harga segala, balik rumah. Fikir dulu kata laki. Lepas dah tolak bahagi, laki terus ajak pi pejabat Glomac. Alhamdulillah, pulunlah korek tabung nak bayar deposit rumah. Maka ... terbelilah jugak sebijik rumah teres :)

InsyaAllah, pelan-pelan kayuh. Banyak benda kena catu nanti. Takpelah aset masa depan untuk anak-anak jugak.

11 July 2008

PENGENALAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya di alam maya ialah Alin Marlini atau sekarang dikenali Akak Kembang.

Semenjak dari sekolah menengah, minat saya pada penulisan memang mendalam sehingga saya ada juga menulis cerpen-cerpen pendek untuk tatapan diri sendiri. Cita-cita saya dulu pun nak menjadi seoarang wartawan tapi tak kesampaian. Saya juga suka menulis diari untuk luahan hati.

Kemudian, minat makin mendalam untuk menulis semenjak ada seorang budak chambeering yang bernama Hakimi di ofis saya memperkenalkan dunia blog pada saya. Kemudian ada lagi budak chambeering yang punya blog sendiri iaitu Am (Marliza) dan Suhail. Bila baca blog dorang, saya langsung jatuh cinta tapi saya takut kerana penulisan saya agak kureng. Tapi bila Kimi beri tunjuk ajar macamana nak buat blog, saya nekad saya nak jugak buat blog. Akhirnya dengan bantuan mereka bertiga, maka tercipta blog saya yang diberi nama Blog Cinta-Matahariku pada Julai 2008.

Saya mula menulis tentang pengalaman kisah-kisah saya di Blog Cinta-Matahariku. Kisah keluarga, sahabat dan pengalaman sendiri. Saya tidak fokus sebenarnya. Saya tak tahu apa yang perlu saya tulis. Saya banyakkan pencarian di blog orang lain sehingga saya menghadiri beberapa majlis untuk blogger.

Hari demi hari penulisan saya agak baik (saya rasalah). Saya terpegaruh dengan membeli domain sendiri. Oleh itu, terhasillah www.alinmarlini.com. Makin hari makin menyusahkan pulak pada saya kerana setiap setahun kena renew. Saya perasan yang saya ni ramai followers. Sepatutnya orang yang mempunyai domain ni mestilah yang konsisten menulis dan ramai followers. Tetapi tidak pada saya. Saya sengaja buang duit kerana mudah terpengaruh. 2 tahun sahaja saya bertahan dengan domain sendiri.

Kemudian, saya bertukar kembali pada blog free. Silap saya lagi. Banyak entri lama saya dari 2008 tidak dapat di backup semula sehingga saya terpaksa menulis kembali sedikit demi sedikit. Maka, terhasillah Blog Akak Kembang dan ianya kekal sehingga kini (insyaAllah).

Saya berharap paca peminat blog tidak akan jemu membaca blog. Blog sangat penting bagi saya terutama untuk mencari info-info berguna.

Salam perkenalan dari Akak Kembang dari Blog Akak Kembang.

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube