20 November 2008

MY LOVE

Kadangkala kenangan lalu menggamit hati dan perasaan ini. Adakah ianya dapat berulang kembali?Tidak mungkin sama sekali!. Alangkah bahagianya bila terkenang saat-saat kemanisan zaman percintaan.Teringat kembali kenangan dahulu..saat-saat aku disatukan dengan Hubby Rashidan Ab Karim. Walaupun pada awalnya pelbagai rintangan yang terpaksa aku lalui akhirnya kami disatukan pada 4 Mac 2000. Bahagia? Lumrah kehidupan setiap insan dimuka bumi Tuhan..adakala kita berasa sangat bahagia dan adakalanya kita akan berasa tidak bahagia. Tapi aku tidak kisah dengan lumrah itu kerana kita dicipta untuk saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Selagi boleh aku akan cuba membahagiakan Hubby aku dan membahagiakan diri sendiri.

Perkenalan aku dan Hubby bermula di Pos Malaysia Daya Bumi (PMDB). Habis sekolah Form 5 aku dan kawan-kawan (Angah, Tini, Ijam Toman, Azim, Noh, Izat, Imah) buat part time kat PMDB sementara dapat result SPM. Dalam pada sibuk bekerja Hubby akupun sempat jeling-jeling mata kat aku. Pada mulanya aku tak berkenan dengan Hubby aku. Tak tau naper. Tapi dari kesungguhan dia menackle hati aku..lama-lama cair jugak hati aku. Hehehe....Dari saat itu bermulalah detik percintaan kami. Setelah lama menjalin percintaan, Hubby akupun melamar aku dan pada 5 Mac 1999, kami bertunang. Lebih kurang 2 tahun usia pertunangan kami, begitu banyak rintangan yang kami tempuhi akhirnya tibalah hari-hari yang dinanti-nantikan. Tanggal 4 Mac 2000 aku sah menjadi isteri kepada insan yang bernama Rashidan Ab Karim. Saat itulah adalah kenangan paling indah dalam hidup aku.

Menjelang 2 bulan usia perkahwinan aku, aku dikhabarkan dengan berita yang menggembirakan. Aku telah disahkan mengandung. Kwang!Kwang!Kwang!. Seronok sangat dan seakan tidak percaya bahawa aku bakal menjadi seorang Mama dan Hubbyku seorang Babah. Memang pada awalnya, kami mahu enjoy dulu hidup berdua sahaja tapi disebabkan aku mengalami senggugut yang agak teruk, aku mengambil keputusan untuk mengandung jer..sebab tak tahan asyik senggugut jer. Setelah diimbas, aku dimaklumkan bakal memiliki anak perempuan. Wah! aku begitu teruja sebab memang itu aku inginkan. Tanggal 17 Januari 2001, lahirlah seorang puteri yang sangat comel kedunia ini. Dan aku namakan sang puteriku itu Fatin Farhana Balqis seberat 2.73 kg di Hospital Selayang. Segala kasih sayang aku curahkan buat anakku yang tercinta. Tiada belah baginya. Baru aku sedar betapa bahagianya melahirkan anak. Dan baru sedar susah payah Makku selama ini melahirkan kami 3 beradik. Terima kasih Mak. Dari usia sehari sehingga kini berusia 7 Tahun, Balqis tidak memberi sebarang masalah padaku. Balqis anak yang pandai berdikari walaupun kadang-kadang agak payah jugak dengar kata. Mama sayang Fatin Farhana Balqis.

Tahun 2004..aku mengandung lagi buat kali kedua dan kali ini aku berharap sangat kandungan aku anak lelaki.Baru cukup sepasang kan. Sewaktu awal kandungan, aku suka sangat beli kereta mainan..tidak tahu mengapa? Naluriku barangkali. Kali ini aku tidak boleh bau badan Hubby aku walaupun pakai perfume dan paling benci sekali bau durian yang sebelum ini memang aku hantu durian. Dan aku juga tidak boleh minum air masak/putih. Sekiranya aku minum, pasti muntah balik. Dan sepanjang aku mengandung kali ini, hanya air manis jer yang aku boleh minum. Nasib baik tak kena kencing manis. Dan setelah diimbas, sah aku mengandung anak lelaki.Wah!sekali lagi rasa seronok.Sehari selepas Tsunami melanda.,aku juga turut dilanda tsunami..hehehe..nak bersalinlah..Sepatutnya jangkaannya ialah pada 4 Januari 2005 tapi tulah akibat gegaran tsunami, anak aku pun tak sabar nak melihat dunia ini. Tanggal 27 Disember 2004, maka lahirnya putera yang comel lagi hensem (perasan sendiri) yang kuberikan nama Firhan Qayyum seberat 3.45 kg di Hospital Pusrawi. Akulah insan yang kami bahagia saat itu, kerana Allah telah mengurniakan sepasang anak buat aku yang kerdil di dunia pinjamannya ini. Aku bersyukur sangat dan terlupa seketika saat-saat kesakitan sewaktu melahirkan mereka. Begitu juga dengan Qayyum, dari awal kelahiranya sehingga kini 4 tahun, tiada banyak ragamnya. Walaupun kadangkala ada juga kenakalan yang masih dapat dikawal. Mama sayang Adik.

Kesimpulannya, aku berharap semoga keluarga aku akan bersama dan bahagia buat selamanya. Semoga anak-anakku akan menjadi orang yang berguna dan berjaya.Amin.

No comments:

Post a Comment