11 July 2008

PENGENALAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya di alam maya ialah Alin Marlini atau sekarang dikenali Akak Kembang.

Semenjak dari sekolah menengah, minat saya pada penulisan memang mendalam sehingga saya ada juga menulis cerpen-cerpen pendek untuk tatapan diri sendiri. Cita-cita saya dulu pun nak menjadi seoarang wartawan tapi tak kesampaian. Saya juga suka menulis diari untuk luahan hati.

Kemudian, minat makin mendalam untuk menulis semenjak ada seorang budak chambeering yang bernama Hakimi di ofis saya memperkenalkan dunia blog pada saya. Kemudian ada lagi budak chambeering yang punya blog sendiri iaitu Am (Marliza) dan Suhail. Bila baca blog dorang, saya langsung jatuh cinta tapi saya takut kerana penulisan saya agak kureng. Tapi bila Kimi beri tunjuk ajar macamana nak buat blog, saya nekad saya nak jugak buat blog. Akhirnya dengan bantuan mereka bertiga, maka tercipta blog saya yang diberi nama Blog Cinta-Matahariku pada Julai 2008.

Saya mula menulis tentang pengalaman kisah-kisah saya di Blog Cinta-Matahariku. Kisah keluarga, sahabat dan pengalaman sendiri. Saya tidak fokus sebenarnya. Saya tak tahu apa yang perlu saya tulis. Saya banyakkan pencarian di blog orang lain sehingga saya menghadiri beberapa majlis untuk blogger.

Hari demi hari penulisan saya agak baik (saya rasalah). Saya terpegaruh dengan membeli domain sendiri. Oleh itu, terhasillah www.alinmarlini.com. Makin hari makin menyusahkan pulak pada saya kerana setiap setahun kena renew. Saya perasan yang saya ni ramai followers. Sepatutnya orang yang mempunyai domain ni mestilah yang konsisten menulis dan ramai followers. Tetapi tidak pada saya. Saya sengaja buang duit kerana mudah terpengaruh. 2 tahun sahaja saya bertahan dengan domain sendiri.

Kemudian, saya bertukar kembali pada blog free. Silap saya lagi. Banyak entri lama saya dari 2008 tidak dapat di backup semula sehingga saya terpaksa menulis kembali sedikit demi sedikit. Maka, terhasillah Blog Akak Kembang dan ianya kekal sehingga kini (insyaAllah).

Saya berharap paca peminat blog tidak akan jemu membaca blog. Blog sangat penting bagi saya terutama untuk mencari info-info berguna.

Salam perkenalan dari Akak Kembang dari Blog Akak Kembang.

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment