14 December 2017

MAK ABAH NAIK HAJI (Part 3)

29.8.2017

Dekat sehari suntuk tunggu perkhabaran dari mak abah. Risau jugak. Simkad memang dah siap-siap beli kat Tabung Haji ritu. Dah pesan kalau tak reti tanya-tanya orang.

Lewat petang baru mak hantar whatsapp. Leganya hanya Tuhan yang tahu. Rupanya mak dan abah terkandas kat airport Jeddah kemain lama. Sampai kawan abah yang pi haji siap pi hotel abah nak jenguk abah. 

30.8.20107

Sempat buat video call ngan mak. Tupun kawan mak yang ajar. Rupanya kat mekah tak boleh buat video call. Salah di sisi undang-undang kerajaan Arab. 

Tengkiu bff kakak, Lily dan Linda yang selalu inform dan bagi info mak dah sampai ke belum.  


1.9.2017

Kali kedua beraya tanpa mak dan abah. Nasib baik raya haji. Kalau raya puasa mau seminggu kakak menangis air mata darah ... huhuhu ...

Lagi sadis bila dapat ucapan selamat hari raya dari mak. Sedihnya sampaikan kami takde mood tak berayer rumah sedara mare. Tapi kami tetap masak juadah raya. Abang Kembong siap buat lontong sebijik cam abah buat. Mesti abah bangga menantu dah pandai buat lontong.

Seminggu mak dan abah pergi memang kakak menangis setiap hari setiap kali lepas sembahyang. Sampai kena marah dengan adik Moon. Dia kata patutnya dialah yang menangis lebih sebab dia yang bongsu. Ini kakak sulong plak yang merebeh teruk ... hehehehehe ... kakak memang penyedeh orangnya. Selalu memang gaduh je ngan mak. Bila mak takde terasa sangat rindu kat mak dan abah ... huhuhu ... 


Gambar raya mak dan abah di Muzdalifah.  

Pastu 3 hari tak dapat kabar berita dari mak. Abah memang taklah sebab mesti abah tak pandai guna whatsapp ni. Rupanya handphone mak habis bateri. Kat Mina takde plug pulak. Nasib baik kawan mak bagi pinjam power bank. 

Aku memang dah risau giler sampai kena marah lagi dengan adik-adik ... huhuhu ...Orang tak biasa berpisah dengan mak kan ... cam nilah rasanya ... huuhuhuhu ...

Minggu kedua dan seterusnya, aku makin tabah. Makin boleh menerima. Makin redha. Makin rindu.


Mak dan Abah bersama rakan sebilik dorang selepas selesai melontar. Alhamdulillah. Mak dan Abah dapat kawan-kawan yang baik sangat walaupun mak dan abah hanya orang kampung jer.


Gambar setelah selesai mak mengerjkan haji. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Mak dan Abah sudahpun bergelar Haji Matusan dan Hajjah Zainab.

Pesan mak, buatlah haji ketika badan sihat dan kuat. Ketika punya kudrat yang gagah. Bukan tak boleh masa tua tapi banyak aktiviti terbatas katanya. InsyaAllah mak. 


7.9.2017

Detik paling manis kot, akhirnya, mak dapat jumpa bespren dia, Cik Tah. Kami anak-anak dia kat Malaysia rasa nak menangis bagai melihat gambar ni. Terima kasih Tuhan kerana memberi kenangan manis buat Mak, Abah, Cik Tah dan Cik Salim dalam kehidupan mereka.  


Terima kasih Pakcik Hashim yang tak jemu cari orang kampung kat sana. Tengok gambar ni lagi sedih tapi gembira ....

Ya! Allah ... semoga kakak dan bff kakak dapat jugak pi sana together-together. Amin.


Banyak hari tunggu gambar mak dekat ngan Kaabah. Akhirnya ada jugak. Mak kata, ramai orang sangat. Tak boleh nak amik dekat-dekat.  


Abah and the gang. 


Rindunya ngan abah masa ni ...


Sayang ketat-ketat


Sahabat-sahabat sebilik mak dan abah


Bergambar kenangan dengan Ustaz (lupa nama plak)



Gambar kenangan terakhir depan Maktab 84, Hotel Land Premium sebelum berangkat ke Madinah.


Masa ni kakak bertambah rindu mak dan abah. Tak sabar menanti kepulangan dorang.


Kenangan terakhir depan Kaabah. Mak dan abah kata, dorang meruntun sedih untuk meninggalkan rumah Allah ni. Abah yang susah nak menangis tupun menangis-nangis depan Kaabah. Sapa tak sedihkan. Entah bila pulak dapat ke sana lagi. 

Tak sabarnya tunggu berita mak dah sampai Madinah ke belum ni ...


Alhamdulillah setelah hampir 8 jam mak sampai ke Madinah.


SubhanaAllah ... cantiknya Masjid Nabawi.


Syukur sangat akhirnya tercapai hasrat mak dan abah menunaikan haji tahun ni. Makin rindu ni. Tak sabar menanti kepulangan mak dan abah 5.9.2017 nie.


5.9.2017

Alhamdulillah, akhirnya mak dan abah selamat sampai ke tanah air dengan selamat. Hilang rindu kesumat pada dorang berdua. 

Terima kasih atas doa-doa sedara mara dan sahabat handai. Hanya Allah yang dapat membalas. Semoga nama kita akan diseru-seru untuk ke sana satu hari nanti. Amin.

P/S : 2-3 hari sebelum mak balik Malaysia, baru kerajaan Arab Saudi umumkan dah boleh buat whatsapp/video call. Apalagi ... asyik buat video call jelah kitaorang.

P/S : Dan sekarang ni pulak, Kerajaan Arab Saudi tak benarkan pulak selfie/swafoto depan Kaabah ... huhuhu ...


12 December 2017

MAK ABAH NAIK HAJI (Part 2)

Bila dah settle semua urusan penting ... fikir nak buat kenduri doa selamat buat mak abah plak.

Masa agak suntuk, tapi kami tetap adakan kenduri doa selamat buat mak dan abah. Bukan apa, boleh jumpa sedara mara dan sahabat handai untuk memohon maaf jika ada salah dan silap.


Geng Muslimah mak baca yassin.


Alhamdulillah ... walaupun masa suntuk, kami berjaya buat kenduri doa selamat buat mak dan abah.


Berkongsi pengalaman mengerjakan haji. Banyak tips mak dapat.


Aku percaya ... abah adalah di antara sahabat-sahabat yang disayangi oleh sahabat-sahabatnya. 


Anak bertuah yang terapat dengan abah.


Janganlah sedih bah ....


Tengkiu bff kakak datang  .... semua doa korang dah Mak Enab bacakan :) 
Moga kita akan dipanggil bersama-sama hendaknya ...


Sehari sebelum mak berangkat, sepupu abah datang melawat. Mekasih cik Salim dan makcik sudi singgah jenguk mak dan abah.


Walaupun makngah tak dapat pergi bersama mak, dialah yang datang berkali-kali. InsyaAllah makngah, ada rezeki makngah nanti. Tengkiu jugak buat kupu-kupu sudi datang bawak brekfast ...

BERKUMPUL DI KOMPLEKS TABUNG HAJI

Masa yang ditunggu bertahun-tahun. Pelbagai rasa ada dalam hati kami sekeluarga. Segala amanat dan pesanan mak abah dah sampaikan.

Harini 28.8.2017, mak dan abah akan berangkat ke tanah suci selamat 39 hari. Satu masa yang amat lama bagi kami.


Kelengkapan sabun dan krim Ihram untuk mak abah. Kakak beli kat kedai kelengkapan haji bawah opis kakak jer ... kat Medan Mara.


Sambal Ikan Bilis buat bekalan mak dan abah. Mana tau tak lalu makan ke leh kunyah-kunyah ...


Sayunya hati lihat wajah mak dan abah masa ni. Baru kakak tahu perasaan anak-anak yang mak abahnya pergi haji. 


Pendaftaran cap jari sebanyak 10 kali. 


Semua bakal haji akan diberi beg sling, pas pengenalan, gelang tangan dan tag beg yang ada butir-butir peribadi jemaah haji. Dah pesan ngan mak dan abah supaya jangan tanggalkan gelang tu tu. Mak dan abah dapat Maktab 84, Hotel Land Premium.
Keadaan di kompleks Tabung Haji memang agak sesak dan panas. Kena pandai cari port untuk duduk. Tiap khemah disediakan kipas tapi pepaham jelah dah ramai-ramai tu tak terasa pun. 

Tips : Sila bawak bekal. Boleh piknik sambil menunggu. Tak malu ke? Tak payah nak malu, berlambak orang buat camtu ... malu laparlah ....


Bespren abah. Sama-sama mennunggu dengan kami sampai mak dan abah naik bas. Dialah yang tolong kami settlekan hal di TH. Tengkiu Wak Sani. Hanya Allah yang dapat membalas segala budi baik Wak.  


Hensem dan cantiknya mak abah pada hari itu. Berseri-seri sangat. 



Beg merah tu TH yang bagi ...


Keluarga kecil kami ...


Gambar kenang-kenangan sebelum mak dan abah naik haji. 

Perasaan kami waktu ni .... sedih yang teramat sangat. Mana penah kami berpisah lama dengan mak dan abah. Doranglah teman kami bergaduh. Bila nak berpisah selama 39 hari ni ... sedihnya yaamat! 

Ya! Allah ... lindungilah kedua ibu bapa kami. Abang Kembong yang nampak ganas tu pun menitis air mata lihat mak dan pak mentua berlepas ... huhuhu ...

Kakak? Nangis sikit jer .... hehehehehe ...

11 December 2017

MAK ABAH NAIK HAJI (Part 1)

Assalamualaikum .... ada yang merindui Akak Kembang ke?

Dekat 3 bulan lebih tak berkarya dalam blog ni. Banyak faktor yang menyebabkan aku menyepi ... takpelah ... biar ku simpan sendiri.

Sementara tengah ada mood ni baik kakak mengarang satu dua cerita basi ek.

Kakak nak share pengalaman mak dan abah kakak menunaikan haji. Kakak bersyukur sangat sebab tahun ni mak dan abah kakak di antara insan terpilih dapat menunaikan haji. Impian mereka dan kami.

Kakak mulakan dengan cerita detik dan saat mula-mula mak dan abah kakak dapat panggilan haji ek ...

Mak dan abah kakak mendaftar haji lebih kurang 5-6 tahun lepas (lebih kuranglah). Sudah 3-4 kali mak dan abah menghadiri kursus haji. Tahun demi tahun mak dan abah menanti panggilan ke rumah Allah tapi masih belum ada rezeki. Yelaaa ... baru 5-6 tahun mendaftar kan ... orang lain ada yang lebih 10 tahun mendaftar pun masih belum dapat pergi pun.

2 minggu sebelum mak dan abah kakak dapat panggilan keramat tu, kawan baik mak dan abah (Cik Salim dan Cik Tah) dahpun nak berangkat ke Mekah. Kakak juga terkejut dan gembira yaamat bila dapat tahu kawan baik mak merangkap mak kawan baik kakak jugak dapat pergi Mekah tahun ni. Dalam masa yang sama kakak kesian pulak ngan orang tua kakak terutama mak. Lepas dapat tahu Cik Salim dan Cik Tah dapat naik haji, mak telepon kakak suruh tanya orang Tabung Haji (TH). Kakak pun cuba cari kengkawan yang ada link dengan TH. Sapa lagi kalau bukan Nasyrah! Kakak minta tolong dengan dia suruh check nama orang tua kakak. Mak dan abah kakak dah 2 kali merayu tapi belum ada rezeki. Kakak telefon jugak pihak TH demi memuaskan hati mak dan abah kakak. Jawapannya, masih dalam senarai menunggu (waiting list). Kakak sedapkan hati mak supaya bersabar dan berdoa je. Mana tahu ada rezeki nanti.

Yang lagi haru biru ... abah balik surau kata nama mak dah dipanggil untuk pi haji. Itu Zainab Selamat bang ... bukan Zainab Ibrahim (mak). Kelakar pun ada ... sedih pun ada ...

Inilah dikatakan rezeki. Jika Allah nak bagi ... tak tercepat dan tak terlewat pun dia nak bagi pada sesiapa kan. Alhamdulillah, lepas lebih kurang seminggu Cik Salim dan Cik Tah berada di Madinah (mungkin berkat doa mereka berdua juga),  mak dan abah dapat panggilan dari TH pada 11.8.2017 bersamaan hari Jumaat. Eh! macam tak percaya pulak. Mak telepon kakak bagitau berita baik tu tapi dia boleh pulak suruh kakak telefon TH balik sebab takut dorang salah inform. Nebes pulak kakak! Memang benar, mak dan abah kakak dapat tawaran untuk menunaikan haji tahun ini. Waktu ni, menggigil satu badan kakak tau ... nak menangis tapi tahan sebab kat ofis masa ni. Kang orang ingat kakak putus cinta plak ... kekekeke

SURAT TAWARAN MENUNAIKAN HAJI

Untuk pengetahuan, selalunya pihak TH akan menghubungi bakal haji terlebih dahulu bagi memaklumkan bahawa mereka terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2017. Dalam pada itu, TH juga akan keluarkan surat tawaran jugak. Nak tunggu dorang pos surat tawaran memang lambat. Bila dapat panggilan, TH akan maklumkan bakal haji supaya mengambil surat tawaran tersebut di mana-mana cawangan Tabung Haji terdekat. Bila dah ambik surat tawaran tu, bakal haji ada masa  beberapa hari jer untuk isi dan pulangkan surat tawaran tersebut samada mahu menerima atau menolak.

Tips : Jika ada kengkawan atau keluarga yang dah dapat panggilan dari Tabung Haji, korang boleh je terus call TH untuk semakan status haji korang atau keluarga korang. 


Contoh surat tawaran menunaikan fardhu haji untuk tahun 1438H/2017M. Kami ambil surat tawaran ni di TH Kota Damansara.

Lepas isi surat tawaran haji tersebut, borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada cawangan TH berdekatan. Kami sepakat nak serahkan surat tawaran haji tersebut di Tabung Haji Jalan Tun Razak. Sebabnya nak bawak makngah (kakak mak) ke sana jugak. Dorang sama-sama merayu tapi nama makngah tak naik pulak.

Lepas ambil nombor giliran, kami menunggu tidak lama pun untuk serahkan surat tawaran tersebut. Kemudian, pihak TH akan memberikan buku kesihatan untuk bakal haji. Memandangkan abah masih belum ada passport, hanya mak sahaja yang dapat buku kesihatan tersebut. 


Lepas semuanya selesai, kami naik ke tingkat 30 iaitu bahagian rayuan haji. Kakak punya berdebar mengalahkan orang yang nak pi haji pulak ... hehehehe. Setelah semakan dibuat, nama makngah kakak tiada pun dalam list orang yang akan dipilih (last minit). Aduhaiii ... kakak tak dapat bayangkan kekecewaan makngah. Harapan nak menunaikan haji bersama adik tidak tercapai. Takpelah makngah ... insyaAllah ada hikmahnya. Mana tahu tahun depan makngah dapat pergi. 

Tips : Sebelum serahkan surat tawaran yang telah diisi, bakal haji dikehendaki membuat passport dan gambar sebanyak 2 keping untuk diserahkan sekali bersama surat tawaran tersebut bagi memudahkan bakal haji supaya tidak 2-3 kali nak ke Tabung Haji.

Setelah urusan passport Abah selesai, urusan check up kesihatan pulak harus disegerakan walaupun kami masih belum dapat tarikh berangkat ke tanah suci. 

Tips : Selepas surat tawaran di hantar ke TH, 2-3 hari lepas tu korang boleh je call TH untuk tanya status tersebut. Masa tu nanti pihak TH akan bagitau samada tarikh bertolak dah ada atau belum. Macam kes mak abah kakak kan last minit, so kakaklah yang menggelupor call sana sini tanya. Alhamdulillah, 2 hari borang di hantar, terus dapat tarikh berangkat. 

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Lepas diberitahu tarikh berangkat, bakal haji dikehendaki membuat pemeriksaan dan imunisasi wajib di klinik-klinik panel TH. Jangan main terjah je. Cari klinik panel TH sebab takut ada masalah akan berlaku. Boleh rujuk panel klinik bakal haji di SINI.

Mak Abah kakak buat check up kat klinik dekat rumah awalnya. Tahap tekanan darah abah okay tapi mak tinggi benor naik darahnya. Biasalah, sapa-sapa nak jumpa doktor mesti nebes tahap gaban kan ... hehehehehe ... 

Mak kakak dikehendaki datang lagi buat pemeriksaan tekanan darah. Dalam pada tu mak dan abah kakak diberi suntikan wajib iaitu Vaksin Meningococcal Quadrivelent (VMQ). Suntikan VMQ ni memang wajib atas arahan kerajaan Arab Saudi.  Ada 2 lagi suntikan iaitu Vaksi Influenza dan Vaksin Pneumokokus. 2 suntikan ini tidak wajib tapi memandangkan mak dan abah kakak dah melewati usia 50 tahun, lebih afdal amik je. Untuk pengetahuan semua suntikan berlainan harga. Semua suntikan tersebut kami buat di berlainan klinik memandangkan susah dapat stok. 

Setelah 2-3 kali dok ulang tekanan darah mak still tinggi lagi. Lepas tu klinik yang mak abah kakak buat tu tak diiktiraf pulak .... dugaan kecil je tu. Kemudian, adik kakak  terus pi bawak klinik panel tabung haji di Bukit Jelutong. Buat bakal haji, boleh buat medical check up di klinik Dr Zaini ni. Alamat Klinik Dr Zaini seperti dibawah ni :- 

Klinik Dr Zaini
No. 9, Jalan Arca  GU8/G
40150 Bukit Jelutong
Selangor Darul Ehsan


Alhamdulillah. Hasil rundingan dengan Doktor Zaini, akirnya buku kesihatan mak siap di sahkan lulus untuk ke tanah suci. Syukur sangat.

Setelah semuanya selesai, hantar buku kesihatan ke TH. Baru lega rasanya bila semua dah selesai. Sessi mengemas baju pulak untuk mak dan abah.

Sambung ....









1 November 2017

BUAT KAD PENGENALAN QAYYUM

Psttt!!! anak bujang hakak dah ada kad pengenalan. Dari start masuk darjah 6 lagi dia dah asyik tanya bila nak buat kad pengenalan. Nasiblah dik … sapa suruh keluar bulan 12 …
Akak buat i.c Qayyum dua hari lepas hari jadi Qayyum. Buat kat Plaza Masalam. Akak ni ada masalah sikit bila nak buat i.c ke pasport ke … benda-benda yang melibatkan isi borang ni memang selalu lupa … huhuhu …


Lepas ambil nombor giliran, korang kena isi borang permohonan kad pengenalan. Jangan lupa bawak sijil kelahiran anak korang.

Contoh bagaimana nak isi borang permohonan Borang Kad Pengenalan Firhan Qayyum. Kalau tak reti jugak, kat papan board ada dilampirkan contoh isi borang permohonan.

Yang ni bahagian belakang Borang Permohonan Kad Pengenalan.
Pastu korang tunggulah sampai nombor dipanggil dengan sabar ye. Tapi tak lama pun menunggu. Sejam dua jam nombor korang naiklah … hehehe.

Standby ….


Dalam masa 2 jam kad pengenalan boleh di collect. Tak payah nak datang 2-3 kali. Bagus betul Jabatan Pendaftaran sekarang ni. Hakak bagi 5 bintang 🙂



Lepas 2 jam boleh, boleh collect kad pengenalan korang kat kaunter 15 & 16. Jangan lupa ambil nombor giliran plak. Dan masukkan borang sementara kad pengenalan dalam box bersebelahan kaunter 15 & 16. Kemudian tunggu angka giliran korang dipanggil. Yang ni memang tak lama. Sekejap je …

Tadaaaaa …. akhirnya Firhan Qayyum dah ada kad pengenalan. Bukan boleh nikah pun lagi … hehehehe …
Macam tak percaya jer adik dah nak masuk 13 tahun. Macam baru semalam je Mama lahirkan adik. Membesarkan sebagai anak yang soleh dan boleh berbakti pada keluarga. Mama sayangggg adik.

1 September 2017

OPEN OFFICE RAYA 2017

Tajuk tunggang langgang ... hentam sajalah janji bahagia. Kakak syak sampai habis raya haji pun cerita kakak pasal raya tak habis-habis. Bertabahlah korang. Sapa suruh taknak push kakak tulis entri selalu (perasan kuat :))

Disebabkan ada budak-budak chambering yang giler-giler otaknya, tahun ni rasanya nak buat Photobooth Raya untuk open raya department kamilah ... dorang ni memang sporting. Semua barang aku ngan Yaya bawak.

Dekorasi Open Opis Raya by Akak Kembang & Yaya Munirah ....


Walaupun nampak salotip hitam tetappp cantikkan ... hehehehe


Kakak rasmikan dulu ek photobooth raya ni ...


 Macam-macam makanan ada


Jemputan khas (ex-chambee)


Semua prop raya kami buat sendiri ... 


Peguam mudah terhibur :)




Memang meriah sambutan raya department kami kali ni. Mekasih Yaya yang sanggup bawak prop dari rumah. Tahun depan taktaulah camne ....

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube