11 December 2017

MAK ABAH NAIK HAJI (Part 1)

Assalamualaikum .... ada yang merindui Akak Kembang ke?

Dekat 3 bulan lebih tak berkarya dalam blog ni. Banyak faktor yang menyebabkan aku menyepi ... takpelah ... biar ku simpan sendiri.

Sementara tengah ada mood ni baik kakak mengarang satu dua cerita basi ek.

Kakak nak share pengalaman mak dan abah kakak menunaikan haji. Kakak bersyukur sangat sebab tahun ni mak dan abah kakak di antara insan terpilih dapat menunaikan haji. Impian mereka dan kami.

Kakak mulakan dengan cerita detik dan saat mula-mula mak dan abah kakak dapat panggilan haji ek ...

Mak dan abah kakak mendaftar haji lebih kurang 5-6 tahun lepas (lebih kuranglah). Sudah 3-4 kali mak dan abah menghadiri kursus haji. Tahun demi tahun mak dan abah menanti panggilan ke rumah Allah tapi masih belum ada rezeki. Yelaaa ... baru 5-6 tahun mendaftar kan ... orang lain ada yang lebih 10 tahun mendaftar pun masih belum dapat pergi pun.

2 minggu sebelum mak dan abah kakak dapat panggilan keramat tu, kawan baik mak dan abah (Cik Salim dan Cik Tah) dahpun nak berangkat ke Mekah. Kakak juga terkejut dan gembira yaamat bila dapat tahu kawan baik mak merangkap mak kawan baik kakak jugak dapat pergi Mekah tahun ni. Dalam masa yang sama kakak kesian pulak ngan orang tua kakak terutama mak. Lepas dapat tahu Cik Salim dan Cik Tah dapat naik haji, mak telepon kakak suruh tanya orang Tabung Haji (TH). Kakak pun cuba cari kengkawan yang ada link dengan TH. Sapa lagi kalau bukan Nasyrah! Kakak minta tolong dengan dia suruh check nama orang tua kakak. Mak dan abah kakak dah 2 kali merayu tapi belum ada rezeki. Kakak telefon jugak pihak TH demi memuaskan hati mak dan abah kakak. Jawapannya, masih dalam senarai menunggu (waiting list). Kakak sedapkan hati mak supaya bersabar dan berdoa je. Mana tahu ada rezeki nanti.

Yang lagi haru biru ... abah balik surau kata nama mak dah dipanggil untuk pi haji. Itu Zainab Selamat bang ... bukan Zainab Ibrahim (mak). Kelakar pun ada ... sedih pun ada ...

Inilah dikatakan rezeki. Jika Allah nak bagi ... tak tercepat dan tak terlewat pun dia nak bagi pada sesiapa kan. Alhamdulillah, lepas lebih kurang seminggu Cik Salim dan Cik Tah berada di Madinah (mungkin berkat doa mereka berdua juga),  mak dan abah dapat panggilan dari TH pada 11.8.2017 bersamaan hari Jumaat. Eh! macam tak percaya pulak. Mak telepon kakak bagitau berita baik tu tapi dia boleh pulak suruh kakak telefon TH balik sebab takut dorang salah inform. Nebes pulak kakak! Memang benar, mak dan abah kakak dapat tawaran untuk menunaikan haji tahun ini. Waktu ni, menggigil satu badan kakak tau ... nak menangis tapi tahan sebab kat ofis masa ni. Kang orang ingat kakak putus cinta plak ... kekekeke

SURAT TAWARAN MENUNAIKAN HAJI

Untuk pengetahuan, selalunya pihak TH akan menghubungi bakal haji terlebih dahulu bagi memaklumkan bahawa mereka terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2017. Dalam pada itu, TH juga akan keluarkan surat tawaran jugak. Nak tunggu dorang pos surat tawaran memang lambat. Bila dapat panggilan, TH akan maklumkan bakal haji supaya mengambil surat tawaran tersebut di mana-mana cawangan Tabung Haji terdekat. Bila dah ambik surat tawaran tu, bakal haji ada masa  beberapa hari jer untuk isi dan pulangkan surat tawaran tersebut samada mahu menerima atau menolak.

Tips : Jika ada kengkawan atau keluarga yang dah dapat panggilan dari Tabung Haji, korang boleh je terus call TH untuk semakan status haji korang atau keluarga korang. 


Contoh surat tawaran menunaikan fardhu haji untuk tahun 1438H/2017M. Kami ambil surat tawaran ni di TH Kota Damansara.

Lepas isi surat tawaran haji tersebut, borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada cawangan TH berdekatan. Kami sepakat nak serahkan surat tawaran haji tersebut di Tabung Haji Jalan Tun Razak. Sebabnya nak bawak makngah (kakak mak) ke sana jugak. Dorang sama-sama merayu tapi nama makngah tak naik pulak.

Lepas ambil nombor giliran, kami menunggu tidak lama pun untuk serahkan surat tawaran tersebut. Kemudian, pihak TH akan memberikan buku kesihatan untuk bakal haji. Memandangkan abah masih belum ada passport, hanya mak sahaja yang dapat buku kesihatan tersebut. 


Lepas semuanya selesai, kami naik ke tingkat 30 iaitu bahagian rayuan haji. Kakak punya berdebar mengalahkan orang yang nak pi haji pulak ... hehehehe. Setelah semakan dibuat, nama makngah kakak tiada pun dalam list orang yang akan dipilih (last minit). Aduhaiii ... kakak tak dapat bayangkan kekecewaan makngah. Harapan nak menunaikan haji bersama adik tidak tercapai. Takpelah makngah ... insyaAllah ada hikmahnya. Mana tahu tahun depan makngah dapat pergi. 

Tips : Sebelum serahkan surat tawaran yang telah diisi, bakal haji dikehendaki membuat passport dan gambar sebanyak 2 keping untuk diserahkan sekali bersama surat tawaran tersebut bagi memudahkan bakal haji supaya tidak 2-3 kali nak ke Tabung Haji.

Setelah urusan passport Abah selesai, urusan check up kesihatan pulak harus disegerakan walaupun kami masih belum dapat tarikh berangkat ke tanah suci. 

Tips : Selepas surat tawaran di hantar ke TH, 2-3 hari lepas tu korang boleh je call TH untuk tanya status tersebut. Masa tu nanti pihak TH akan bagitau samada tarikh bertolak dah ada atau belum. Macam kes mak abah kakak kan last minit, so kakaklah yang menggelupor call sana sini tanya. Alhamdulillah, 2 hari borang di hantar, terus dapat tarikh berangkat. 

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Lepas diberitahu tarikh berangkat, bakal haji dikehendaki membuat pemeriksaan dan imunisasi wajib di klinik-klinik panel TH. Jangan main terjah je. Cari klinik panel TH sebab takut ada masalah akan berlaku. Boleh rujuk panel klinik bakal haji di SINI.

Mak Abah kakak buat check up kat klinik dekat rumah awalnya. Tahap tekanan darah abah okay tapi mak tinggi benor naik darahnya. Biasalah, sapa-sapa nak jumpa doktor mesti nebes tahap gaban kan ... hehehehehe ... 

Mak kakak dikehendaki datang lagi buat pemeriksaan tekanan darah. Dalam pada tu mak dan abah kakak diberi suntikan wajib iaitu Vaksin Meningococcal Quadrivelent (VMQ). Suntikan VMQ ni memang wajib atas arahan kerajaan Arab Saudi.  Ada 2 lagi suntikan iaitu Vaksi Influenza dan Vaksin Pneumokokus. 2 suntikan ini tidak wajib tapi memandangkan mak dan abah kakak dah melewati usia 50 tahun, lebih afdal amik je. Untuk pengetahuan semua suntikan berlainan harga. Semua suntikan tersebut kami buat di berlainan klinik memandangkan susah dapat stok. 

Setelah 2-3 kali dok ulang tekanan darah mak still tinggi lagi. Lepas tu klinik yang mak abah kakak buat tu tak diiktiraf pulak .... dugaan kecil je tu. Kemudian, adik kakak  terus pi bawak klinik panel tabung haji di Bukit Jelutong. Buat bakal haji, boleh buat medical check up di klinik Dr Zaini ni. Alamat Klinik Dr Zaini seperti dibawah ni :- 

Klinik Dr Zaini
No. 9, Jalan Arca  GU8/G
40150 Bukit Jelutong
Selangor Darul Ehsan


Alhamdulillah. Hasil rundingan dengan Doktor Zaini, akirnya buku kesihatan mak siap di sahkan lulus untuk ke tanah suci. Syukur sangat.

Setelah semuanya selesai, hantar buku kesihatan ke TH. Baru lega rasanya bila semua dah selesai. Sessi mengemas baju pulak untuk mak dan abah.

Sambung ....









No comments:

Post a Comment