27 October 2010

SELAMAT HARI JADI KE 6 FIRHAN QAYYUM

Selamat Hari Jadi Adik …
Tanggal 27 Disember 2004 lahir seorang putera yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan dalam rumah kami. Putera pertama dalam keluarga kami. Alhamdulillah..sehabis tsunami melanda 26 Disember 2004..si putera yang dinanti-nanti itu ingin segera keluar melihat dunia penuh pancaroba ini.
Kelahirannya memberi berjuta sinar bahagia pada keluarga kami malah bahagia untuk yang lain jugak. Kelahirannya memang satu keajaiban kerana dialah Sang Putera yang pertama dalam keluarga kami.
Lalu kami namakan anak itu, Firhan Qayyum Bin Rashidan.
Hari ini 27 Disember 2010, genap umur Firhan Qayyum 6 tahun. Adik Qayyum lahir ujung tahun...tu pasal memang manja sangat.
Tahun ini adik Qayyum sambut birthday atas kerusi roda. Maafkan Mama. Dugaan buat kita sekeluarga.
Kesedihan Mama … tidak digambarkan. Sukar buat Mama sebenarnya namun ini hanya ujian dari Allah buat kita sekeluarga. Adik terpaksa menerima dugaan hebat dalam usia Adik yang masih kecil dik...tak tertanggung rasanya... walaupun berat hati Mama menerimanya. Mama redha dik..Mama pasti Allah akan bagi ganjaran yang setimpal dengan kesakitan yang Adik alami. Jika hari ini Adik masih belum boleh berjalan..Mama yakin tidak lama lagi pasti Adik akan bangkit kembali. Mama tahu Adik kuatkan....Mama sentiasa mendoakan untuk Adik.
Selamat Hari Lahir buat anak Mama, Firhan Qayyum. Selama 6 tahun kasih sayang Mama, Babah & Kakak serta keluarga kita semakin kuat. Semoga dipermudahkan segalanya untuk Adik. Mama sayang Adik Qayyum. Mama harap adik Qayyum jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin walaupun adik akan masuk sekolah lambat dari mereka. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk adik Qayyum. Mama sanggup buat apa saja demi adik Qayyum (tapi jangan lebih-lebih dahlah).
Alin Marlini : Tolong doakan yang terbaik untuk Adik Qayyum.

No comments:

Post a Comment