7 October 2010

AIDILFITRI 2010

Raya pertama cam biasa kat rumah akulah..
Lepas sembayang raya..selepas bermaafan
kami beramai-ramai menuju ke tanah perkuburan
Alangkah bahagianya kalau arwah nenek (Hajah Sukini) masih hidup
Aku terlalu rindukan dia..hanya al-fatihah mampu aku sedekahkan.
Pastu..balik dari tanah perkuburan tunggu orang datang
nampaknya pepagi raya ni budak-budak kureng datang rumah
tak tau naper??
Mungkin dengan pelbagai kejadian menimpa terhadap kanak-kanak
Mak Bapak sukar melepaskan anak-anak pergi beraya..
lebih baik beraya dengan Mak Bapak..lebih selamat







Nilah serba sedikit gambar raya yang sempat aku titipkan buat peminat Blog aku yang setia menanti bahan dari aku..tahun ni cam xder mood nak amik gambar sangat lebih-lebih anak lelaki aku. Tapi kami sekeluarga sempat gi berposing kat kedai gambar amik gambar sekeluarga (gambar belum siap lagi)

Abis menunggu orang datang beraya kitaorang lak nak gi beraya rumah Mak Mentua adik aku lak kat Ijok..
Tradisi kami sekeluarga belah petang gi balik kampung Mak aku lak
Taklah jauh sangat..kat kampung sebelah jer Kg Paya Jaras Hilir.
Gi melawat rumah adik-beradik Mak aku dari yang tua hingga yang muda
Semua duduk kat satu kampung tu jer..cuma kitaorang terpisah sikit.
Sampai ke petanglah kami beraya sakan..tu pun tak abis lagi..
Malam duduk rumah tunggu orang datang lagi
dahlah..nak sambung buat kerja..

No comments:

Post a Comment