4 September 2018

KEK BUTTER NOXXA

Hai korang! !

Seperti yang dijanjikan, kakak nak kongsi Resepi Kek Butter Noxxa. Dah lama niat nak buat tapi tak terbuat-buat sebab sifat 'M' 😅 Bila datang mood rajin semua nak buat kan ...


Video Step by Step Kek Butter Pelangi


Bahan-bahan untuk Kek Butter Noxxa :-

1 buku buttercup
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna kuning
Pewarna hijau

* Pewarna tu ikut suka dan kreativiti korang.
* Nak guna tepung gandum tapi kakak syorkan korang guna jer Tepung Naik Sendiri ni sebab senang takyah bubuh baking soda.

Cara-cara :-

1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.

2. Kemudian masuk telor satu persatu dan pukul hingga putih/kembang.

3. Masukkan esen vanilla dan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul.

4. Kemudian asingkan kepada 3 bahagian. Satu bahagian letakkan pewarna kuning. Bahagian kedua letakkan pewarna hijau. Dan bahagian akhir biarkan warna asal (sebab dah takde warna lain hehehehehe). 

Resepi asal oleh Aku Dengan Duniaku


5. Masukkan adunan tadi selang seli mengikut warna ke dalam inner periuk Noxxa korang. Jangan lupa sapu sikit butter dalam inner periuk tadi. 

6. Alihkan tombol Periuk Noxxa ke arah Steam. Tekan Steam selama 25 minit. On. Dan tunggu.


Selepas 25 minit, Kek Butter Noxxa siap. Tunggu kek sejuk dah boleh dihidang.


Sumpah sedap giler!

Lembut giler!

Senang giler!

Cubalah!



13 comments:

  1. tk pernh lg masak kek dlm noxxa...ada kesempatan bole try nanti..tq share resepi

    ReplyDelete
  2. mudah sangat dengan guna noxxa je :D

    http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete
  3. banyak kegunaan periuk super ni kan, salam ukhuwah, Kak AJ follow sini #22 :) happy blogging kay

    ReplyDelete
  4. Dah try memang sedap tq share resepi.. 😊

    ReplyDelete
  5. Assalam..lepas 25 minit..angkat innerpot kluar @ biarkan sejuk dlm periuk tu je? Maaf tanya sbb 1st time buat kek...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Angkat keluar untuk sejukan di luar. Takpe...tanya je

      Delete
  6. Kek saya mula2 cantik. Bila sejuk ia mendak kat tgh. Kenapa ye?

    ReplyDelete
  7. Kek saya mula2 cantik. Bila sejuk ia mendak kat tgh. Kenapa ye?

    ReplyDelete