6 February 2016

TRIP MUSIM SEJUK JEPUN - SKI RESORT (Part 5)


Hari Ketiga - 24.12.2015

Assalamualaikum kawan-kawan. Bertabahlah ye menunggu kisah Akak Kembang ni. Perlu jiwa. Perlu hati untuk terus menulis ...
Skii Resort
Travel ketika musim sejuk wajib pi tempat salji kan? Pagi ini kami akan ke salah satu ski resort yang terkenal di Jepun. Yey! Kami akan ke Gala Yuzawa Ski Resort ... 
Di sini, tiada istilah bangun lewat ketika di Jepun. Masa ibarat emas. Sekejap je dah hari ketiga kami berada di bumi Jepun.
Seperti biasa, dari Shinjuku (JR) Station kami terus ke Tokyo Station untuk menaiki bullet Shinkansen Tanigawa. Harap-harap harini dapatlah bergambar dengan si muncung itik :)
Alhamdulillah. Kalau dah jodoh tak kemana kan ... hehehehe ... Banyak pulak jenis bullet laju hari ni. Sementara menunggu bullet kami sampai, bergambarlah kami sepuas-puasnya dengan si muncung itik ni. 


                                "There are 2 reasons in Japan. December and Winter"

Sekali lagi rezeki Akak Kembang. Yang ni pulak bullet jenis double decker (2 tingkat). Bestnya kalau dapat naik bullet  yang dua tingkat ni kan? 
Abang Selfie :)
Disebabkan nak ke tempat main salji, aku pakai baju long john. Takut kesejukan. Takde orang nak peluk nanti. Kiranya ada 3 lapisan baju aku pakai termasuk winter coat. 
Dalam bullet Shinkansen Tanigawa. Cantik dan bersih je ...
ish!ish! Mr Keroll San
Lebih kurang 1 jam 20 minit kami sampai di Echigo Yuzawa Station. Seperti biasalah ... kami mesti ... eh! mana jalan keluar? Nisa! betul ni tempatnya? Kerol! pilah tanya kaunter! huhuhuhu ...
Kebetulan masa tercari-cari manalah salji ni … kami ternampak sorang mamat Mat Saleh ni yang lengkap pakai baju nak main salji. Pergh!!! Mesti dah pro ni. Bos aku pun ambil kesempatan bertanyakan pasal ski resort yang kami nak pergi. Mat Saleh ni kata memang dia nak pi ski resort. Kamipun melonjak nak ikut tapi ….. dia kata tempat tu tak sesuai untuk kami. Hah??? Mat Salleh tu bilang lagi, tempat yang dia tak gi tu khas untuk orang pro jer … patutlah… Tapi dia bagitau jugak ski resort mana yang kami patut pi. Ok. Thank you bro.

Nampak tak gunung ganang yang diselaputi salji ... aigooo ...
Rupa-rupanya untuk ke ski resort tersebut, kami kena menaiki bas. Meh! beli tiket terlebih dahulu. Tiket untuk sehala berharga 760 yen (RM28). Ramai Mat Saleh yang nak pi main ski masa nie. Kami tawakal jer masa ni.
Yang baju belang tulah mat salleh yang tolong hantar kami ke kaunter tiket jer ...
Selepas beli tiket, sila tunggu bas disini.
Sejuk beku beb ...

Permandangan dari dalam bas. Naik bas macam nak pi Cameron Highlands jer . Pastu boleh nampak ketulan-ketulan salji. Ya! Allah ... bestnya ...
Masa dalam bas tu ... bos aku borak lagi ngan sorang Mat Saleh ni. Dia yang tegur bos aku dulu. Kahwin dengan orang Jepun katanya. Patutlah suka main ski dan dia jugak yang suruh kami turun bila sampai destinasi ski resort tu. Tengok orang lain turun, kami pun turun jelah. Pastu konpius ... mana saljinya bang?
Masa nak melintas tu terpegun jap bila tengok Obaasan (tahap nenek dah ni) pun join nak main ski ... perghhh!!!

Ooooo…. Kena naik cable car kot? Tengok orang dok beratur beli tiket, kami pun beratur. Dahlah semuanya tulisan Jepun ... huhuhu ... masa ni takde pulak orang Jepun ni nak tolong kami . Tak sabar nak main salji kot ... ngeee …
Aku syak kami salah tempat dah ni. Yang ni Mitsumata Ski Resort bukan Gala Yuzawa Ski Resort. Hentam sajalah janji ada salji kan? wakakakakaka ...
Bila dikenang-kenang dah macam Pak Pandir & Mak Andir masuk bandar tapi seronok beb!! Mana nak dapat pengalaman camni kan ... 

Jom! Ikut Akak Kembang main salji :)
SubhanaAllah ... kagum. Best jugak kat sini. Boleh guling-guling atas salji ...

Budak-budak tadika pun dah kena training main salji ...

Seronok lihat gelagat budak ni yang dilatih oleh mak dia sendiri. Bila tergolek punyalah dia malu sebab kitaorang dok peratikan dia ... cute sangat ...
Sapa nak sewa papan luncur tu pun boleh ... aku pulak ... cukuplah merasa di Beijing dulu ... serammmmm

Ada berann naik Cabel Car? 

Nampaknya macam kitaorang je pelancong kat sini ... yang lain datang untuk berlatih main salji jer ...
  so, bolehlah buat aksi apapun ... takde orang heran pun ...

Dapat jugak merasa salji betul ni ... hehehehe ...

Nak jugak Mr. Keroll San ni ...  

Suka Nisa ek ...

Bukti pegang salji nak tunjuk kat anak-anak.

bukan senang nak selfie dengan bos tau ... hehehehe

Bila dah puas berkejar-kejaran di pasiran salji ... kami lepak minum kopi kat Snowman Cafe ni.

Takat minum kopi panas jelah ... lain-lain tak ditanggung halal ...

On the way turun takde orang pun dalam cable car ... so boleh lihat permandangan dari atas cable car.

Dekat sejam kami berada di Mitsumata Ski Resort ni ... tak boleh lama-lama sebab sejukkkk!!!

Gambar di ambil oleh penjaga cable car ni ... oppa kena tinggal kat hotel sebab demam kena hujan malam semalam :)

Tunggu bas di tempat yang kita turun tadi ... dalam 10 minit camtu kami tunggu bas sampai 

Sayonara Mr. Olaf yang dibuat oleh Nisa bersama Mr Keroll San. Semoga kita bertemu lagi dan lengkapkan anggota awak ek. Aku akan pastikan jika diizinkan singgah ke sini lagi aku nak cuba main ski pulak (semoga ada keberanian..hehehehe) 
Kami pulang ke Tokyo Station menaiki bullet Shinkansen Maxtanigawa. Perut lapaqqqq ....
Permandangan biasa di Jepun bila menaiki train.
Di Jepun, terdapat banyak kawasan lapang atau kebun-kebun di sekitar kawasan perumahan mereka. Bestkan?  

Di Jepun juga, kawasan perumahan begitu padat lebih-lebih lagi kawasan bandar. Rumah dorang lebih kurang je sama dan comel-comel :)

Harini meriah nampak bullet train ...

Sampai di Tokyo Station, konon-konon nak pi makan di Restoran Malay Kampung tapi tak tau kenapa tiba-tiba kami kami kat sini pulak. Restoran ni aku tak tau nama apa sebab dalam tulisan Jepun. Restoran jenis vegetarian. Terletak dalam Tokyo Station jugak. Perut dah lapar ... hentam sajalah ...

Aku makan ramen lagik tapi takleh lawan kesedapan ramen kat Restoran Narataya, Asakusa. 
Sementara tunggu yang lain habis makan, aku pi usha kedai buku depan restoran ni. Akukan ulat buku ... hahahaha ... tipu!!
Disebabkan aku taksub dengan free gift kan ... kat Jepun pun sanggup beli majalah Jepun semata nak benda free ... hahahaha ... sebenarnya aku nak menghabiskan duit-duit syiling jer ...

Majalah tu aku tinggal je kat hotel. Yang penting benda free jer ... balik rumah anak aku perasan gambar tu macam gambar gereja jer ... terus donate ... huhuhu ...
Lepas nih  kami nak ke Nippori pulak. Syurga kain cotton Jepun katanya ... 

No comments:

Post a Comment