Sambungan dari Part 6 | Tempat Shopping di Jepun
Hari Keempat - 25.12.2015
Osaka Castle
Hari keempat masih bangun seawal 4.30 pagi. Hari ni nak pergi jauh ke Osaka Castle & Universal Studio Japan. Dahlah harini Hari Krismas, kalau Hari Raya mau nangis beraya di perantauan 😋 Takut penuh manusia plak. Perjalanan harini pulak mengambil masa lebih 3 jam. Macam biasa, sementara menunggu Kak Wanie bersiap ... aku sapu nutella kat roti, masukkan biskut-biskut dan air mineral dalam beg. Buat bekalan dalam perjalanan nanti. Pagi ni cuma kami berlima je yang akan meneruskan perjalanan ke Osaka terlebih dahulu. Yang lain akan menyusul kemudian. Alhamdulillah, sehingga hari keempat...masih diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk rencana hari ini.
"Take only memories, leave only footprints"
Bergaya dengan kasut baru memasing.
Di Jepun, apabila menggunakan train, korang akan perlu naik turun tangga banyak kali. Korang yakin korang dah sampai train station kan? Sebenarnya tidak! Korang perlu berjalan lagi hingga sampai pintu masuk train. Ada masa korang perlu berjalan kaki jauh demi sampai ke suatu tempat. Maka, bersedialah!
Hehehehe...mentang-mentang dah dapat kasut baru ... Meh! aku share tips sikit mengikut pengalaman sendiri walaupun seploh kali baca pengalaman orang tapi masih tak hengat... hehehe...
Jika anda travel secara backpackers seperti kami, jangan sesekali bajet nak bergaya pakai sneakers atau boots sebab kaki korang akan melecet. Digalakkan pakai sport shoes sebab material sport shoes ni lembut dan kaki kita akan rasa selesa walau berjalan banyak...tu kaki akulah ... kempunan aku nak bergaya pakai boots macam Che Ta ... huhuhuhu ...
Sessi pembahagian breakfast yang ditaja oleh bos. Dah bagi duit belanjer pun still bos belanjer kami Onigiri dan Sushi Roll ... terharu beb. Patutnya kami yang belanjer bos kan? Next timelah bos ... nanti kami belanjer Nasi Lemak Paris kat Parisss :mrgreen:
Dorang ni beria kata sedap sangat Onigiri ngan sushi tu. Bos beli masa kat Tokyo Station. Baiklah. Mari kita cuba.
Aku pun beria buka bungkusan Onigiri step by step. Pastu masuk ke dalam mulut. Nampaknya, tekak aku masih belum dapat menerima keenakan Onigiri mahupun sushi Jepun. Jadi, tak ralat lah tak dapat makan sushi original di Jepun ni padahal dah merengek dengan Nisa suruh cari kedai sushi halal kat Tokyo sebelum balik Malaysia ... hehehehe ...
Jika menaiki Shinkansen, ada stewardess datang membawa makanan. Jika ada tanda Halal dah lama aku terkam ... hehehehe ...
Maka, terpaksalah aku telan kopi Maxim Riplesso (beli kat Family Mart) yang memang pekat likat sedap sangat :)

Perjalanan dari Tokyo ke Osaka akan melalui kawasan Mount Fuji. Jika bernasib baik, nampaklah Fuji sedang tersenyum. SubhanaAllah! Hari kedua kami tak dapat melihat jelas Mount Fuji, hari ini ketika dalam perjalanan ke Osaka, kelihatan jelas Mount Fuji tersenyum riang. Masing-masing snap capture Mount Fuji pastu hantar kat wasap .... dari jauh pun jadilah ...
Selepas 3 jam dalam train, tepat 10.03 pagi kami sampai di Shin-Osaka Station. Ingatkan dah sampai, rupanya kena naik subway train pulak untuk ke Osaka Castle.
Sekitar Osakajokoen Station ... nampak nyaman dan bersih kan?
Amboi Nisa...dah nampak angkat-angkat kaki sambil possing nampak ... kekekekeke ...
Tak taulah kenapa banyak lori di kawasan Osaka Castle ni. Mungkin ada construction kot ...
Kemain berkilat lori ni ... bila dah banyak tu macam transformer pulak :mrgreen:
Dikenali sebagai Pintu Gerbang Aoyamon bukan Soloman ek. Pintu utama zaman raja dulu nak masuk ke Istana Osaka.
Kawasan Osaka Castle ni memang besar yaamats! Berjalan dari Osakajokoen Station sampai ke pintu gerbang ni je aku syak lebih kurang 1 kilometer lebih. Pergh!!!! ketaq kaki. Nasib baik ada kasut baru (berapa kali mau mention daaa). Sepanjang perjalanan menuju ke Osaka Castle, dikelilingi dengan pokok-pokok dan tembok-tembok besar. Biasalah, macam istana dalam drama epik Korea. Eh! tetiba korea plak. Yelaa...aku mana penah tengok citer epik Jepun selain Oshin je :)
Makcik bajet macam cerita klasik korea yang sedang tunggu Oppa bukakan pintu :)
Bila masuk je pintu gerbang istana tu, korang boleh pilih samada nak mulakan perjalanan dari kiri ataupun kanan. Kami memilih jalan ke kiri terlebih dahulu ... Sebenarnya nak jalan kiri atau kanan sama je. Pusing-pusing nanti jumpa balik pintu gerbang tu.
Cari port dulu nak bergambar
Tebal betul kulit Keroll ni. Orang menahan sejuk dia steady jer. Dia kata macamana tak panas ... dah jalan dekat 2 kilometer kot ... kekekekeke ... Dari sumber yang aku dapat, Elnino sedang melanda. Tu sebab musim sejuk di Jepun tak rasa sejuk sangat. Mungkin.
Osaka Castle dari sudut lain

Sipi-sipi pun jadilah
Akhirnya, berjaya jugak aku sampai ke puncak Osaka Castle. Tapi tak masuk pun dalam istana tu cuma bergambar kat luar pun jadilah ... kalau bawak mak ngan abah aku mau krem kaki dorang ni ...
Mana ada gua, situ ada lu :-P
Teka pokok apa?
Inilah pokok Sakura. Bila musim sejuk jadi macam togel... macam nak mati jer. Bila musim bunga nanti, cantik sangat.
Pengalaman cukup berharga setelah hampir 2 jam kami di Osaka Castle. Walaupun sekadar melihat dari luar, ianya cukup memadai. Atleast, kami dah sampai di Osaka Castle.
Bersambung ....
Cara Naik Train dari Tokyo Station ke Shin-Osaka Station :
Dari Tokyo Station ambil Shinkansen Hikari 461 untuk turun di Shin-Osaka [3 jam]
Cara Naik Train dari Shin-Osaka Station ke Osaka Station :Dari Shin-Osaka Station ambil JR Kyoto Line Local untuk Suma untuk turun di Osaka Station [3 minit]
Cara Naik Train dari Osaka Station ke Osakajokeon Station (Osaka Castle) :Dari Osaka Station ambil Osaka Loop Line (outer loop) untuk Tennoji untuk turun di Osakajeon Station [10 minit]
Dari Tokyo Station ambil Shinkansen Hikari 461 untuk turun di Shin-Osaka [3 jam]
Cara Naik Train dari Shin-Osaka Station ke Osaka Station :Dari Shin-Osaka Station ambil JR Kyoto Line Local untuk Suma untuk turun di Osaka Station [3 minit]
Cara Naik Train dari Osaka Station ke Osakajokeon Station (Osaka Castle) :Dari Osaka Station ambil Osaka Loop Line (outer loop) untuk Tennoji untuk turun di Osakajeon Station [10 minit]
Perjalanan ke Osaka Castle mengambil masa 3 jam 13 minit :)
No comments:
Post a Comment