11 April 2018

RESEPI NASI GORENG SOTONG NOXXA

Morning korang ... dah masak ke belum? 

Sejak ada Pressure Cooker Noxxa ni, asal weekend jer nak masak masakan paling sempoi tanpa semak dapur. Harini malas nak masak lauk pauk, kita masak Nasi Goreng Sotong Noxxa jer :) 




Bahan-Bahan :-

2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
10 biji cili padi *
2 biji telur
2 cawan beras (dibasuh dan tos)
3 cawan air
sedikit sotong
sedikit minyak masak
garam dan perasa

Semua bahan * dikisar

P/S : sila guna pot noxxa


Cara-cara :-

  1. Tekan butang Stir Fry dan On.
  2. Masukkan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  3. Masuk telur. Kacau sehingga rata. Kemudian masukkan sotong. Kacau hingga garing.
  4. Masukkan beras, air & garam. Kacau rata. Tekan butang Off.
  5. Laraskan tombol ke arah Pressure.
  6. Tekan butang High Pressure 6 minit. Tekan butang On.
  7. Setelah 6 minit akan bunyi bip. Keluarkan wap steam dan tunggu sehingga habis.
  8. Buka tudung periuk perlahan-lahan dan siap Nasi Goreng Sotong Noxxa. 

Nasi Goreng Sotong Noxxa ....

Cuba tau!

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

TRAVELOG : JALAN-JALAN BANDUNG LAGI (Part 5)

Usai makan siang di Dusun Bambu, kami ke Tempat Menarik di Bandung seterusnya.

Tempat Menarik di Bandung seterusnya ialah Floating Market Lembang atau Pasar Terapung. Tempat ini kakak jumpa hasil kerja keras kakak bergabung dengan Abang Google :)

FLOATING MARKET LEMBANG


Di tepi tasik yang luas ni penuh dengan gerai jualan. Teringin nak pi Floating Market Bangkok plak 


Pintu utama Floating Market. Tiket masuk jangan buang tau. Boleh tukar dengan minuman.


Tasik yang tenang sekali. Korang boleh round-round sekeliling tasik ni. Larat dengan tak larat je ...


Tumpang jualan ...




Ada puluhan gerai sampai di Floating Market. Jika mahu membeli makanan korang kena tukar duit dengan token terlebih dahulu. Kakak tak beli pun sebab masih kenyang lagi. Usya-usya line jer.


Kemain makcikku posing ...


Bestnya dapat rumah comel sebiji camni ...


Tahun depan kita datang lagi ek dik ... leh bawak mak ngan dedek zie pulak ...


Taman mini jepun pun ada di Floating market ni ...


Sebelum balik kakak redeem kupon air :) sedap giler latte kat Floating Market ni ...


suit muit kazen



With Love from Bandung


Harga tiket masuk Floating Market : Rp 15,000
Parking : Rp 10,000


10 April 2018

TRAVELOG : JALAN-JALAN BANDUNG LAGI (Part 4)

Lepas singgah butik Polo Ralph Lauren (tak beli pun sebab mahal giler walaupun diskon 50 %) kami terus menuju ke Tempat Menarik di Bandung.

DUSUN BAMBU

Sebelum ni tak tahu pun ada Tempat Menarik di Bandung seperti ini. Tapi lepas ni akan menjadi destinasi wajib untuk acara Jalan-Jalan Cari Makan di Bandung.

Dusun Bambu terletak di kaki Gunung Burangrang Cisarua, Lembang (macam nama arwah moyang kakak pulak) yang mengambil masa perjalanan 50-60 minit dari Kota Bandung (jika tidak macet). Terkenal dengan nama Dusun Bambu Family Leisure Park Bandung. Memang nyaman dan santai sekali suasananya.

Pengunjung dikehendaki membayar yuran masuk ke Dusun Bambu yang dikenakan sebanyak Rp 25,000 seorang. Parking kereta pula sebanyak Rp 20,000.


Patutlah di panggil Dusun Bambu. Banyak sekali bambunya ... hehehehe ...


Bila Mas Igol kata tempat makannya di atas ... mak aiiii ... tanjat kakak sebab memikirkan kesian makcik-makcik kakak kena daki bukit nanti. Rupanya disediakan kereta buggy untuk pengunjung naik ke atas.

Tujuan kami ke Dusun Bambu adalah untuk makan siang :) Ada 2-3 jenis restoran yang korang boleh pilih di Dusun Bambu. Tapi yang sempat kakak usya ada 2 jer ...

PURBASARI RESTAURANT


foto : Dusun Bambu

Sapa yang nak makan tepi tasik elok sangat cuba di Restoran Purbasari. Pasti asikkk sekali :)

LUTUNG KASARUNG



Memang tujuan utama kami nak makan dalam sangkar burung di Dusun Bambu. Disini dipanggil Lutung Kasarung (Sarang Burung).

Kebetulan masa kami sampai di Dusun Bambu, begitu ramai rombongan budak sekolah. Dorang bukan nak makan pun cuma mau berfoto jer.

Untuk pengetahuan korang, jika mahu makan di Lutung Kasarung, korang dikehendaki membayar sewa Lutung Kasarung tersebut sebanyak Rp100,000 (RM29.00). 

Seperti dalam mimpi :)

Jujurnya tak pernah termimpi dapat ke tempat begini sebab jika di Malaysia pasti mahal kan ... tapi alhamdulillah di Bandung bisa menikmati makanan ditempat nyaman sebegini.

Ada jugak yang bising tanya, kenapa dulu tak bawak dorang pi tempat ni? Manalah kakak tahu tempat ni wujud sebelum ni. Sapa suruh korang malas google kan? Adan uke :)

Nipun kakak rajin menggoogle ... korang tadah je kan ... huhuhuhu ... Next timelah kita pi ek ...


Mak Dara Gonjeng :)


Maksimum Lutung Kasarung ni boleh memuatkan kami 11 orang. Makan makanan sedap sambil kepit-kepit ... kekekekeke ...


Tak ingat nama desert sedap giler ni. Rugi tak cuba.


Ni makanan yang kakak pesan tapi kakak lupa nama apa ... sampai menu pun kakak lupa nak amik gambar lapar punya pasal ...


Tapi ni kakak ingat. Rica-Rica Bebek :) Memang rekomen. Semua kata sedap.

Jangan risau! Harga makanan di Lutung Kasarung, Dusun Bambu sangat berbaloi dan berpatutan.

Harga makanan disini beranggaran dari Rp 50,000 - 100,000 jer untuk seorang. Jika duit ringgit tak lebih RM50 hengget pun. Total makanan kakak dan adik kakak berdua dalam Rp 135,000 jer (RM40) termasuk 3 air ... Murah kan?

Makanannya memang superb delicious. Itu tekak kamilah ... tekak korang tak taulah pulak ... hehehehe ... so kalau tak sedap janganlah nak salahkan kakak pulak ye ... 



Kalau korang kaki foto memang ada banyak tempat korang leh possing. Memandangkan kami mengejar masa, kena amik cepat-cepat ... 


Pulang dengan menaiki buggy car yang colourfull tu ...


 The Cousins



Sebelum pulang, bolehlah berposing di tanah sawah ni. 




Memasing gigih bergambor ngan awan kepok-kepok :)


Jakun jarang nampak sawah padi ...


Travel Buddy Tahan Kental ni ...


Jom pulang yokkkk ....


5 April 2018

HELLO THIRTY NINE


Hello, 39.

Ya! Allah, panjangkanlah usia hambamu ini ...
Agar aku lebih lama mentaati Mu,
Agar aku dapat menambah amalan untuk ke syurga Mu.

Alhamdulillah. Terima kasih buat Mak & Abah. Jika tiada Mak & Abah, tiadalah kakak di dunia ini.


3 April 2018

TRAVELOG : JALAN-JALAN BANDUNG LAGI (Part 3)

15.3.2018 - Hari Kedua

Hari ini acara kami lebih melihat keindahan Bandung. Tak sabar nak teroka ... hehehehe ... 

Sebelum berangkat isi perut dulu :) Bubur nasi di Fave Hotel Braga ni sedap tau ...


Tempat breakfast di Fave Hotel Braga semakin cantik. Masa kakak pegi tahun lepas belum ada tin kerupuk ni ...

TOKO MAHMUD

Tempat Shopping Best di Bandung yang kakak rekomenkan buat peminat kosmetik ialah Toko Mahmud. Tak jauhpun dari hotel. Cuma 6 minit jer.


Rombongan Mak Jemah yang serbu Toko Mahmud :)


Borong produk Wardah di Toko Mahmud. Harga mampu milik ... ngeh! ngeh!

COLLECTOR PARFUME

Dah puas beli kosmetik di Toko Mahmud, kami ke Tempat Shopping Best di Bandung seterusnya.


Kakak rekomen jugak kedai minyak wangi best di Bandung, Collector Parfume. Ada jugak ritu Mas Igol bawak ke kedai parfume yang lain tapi Collector Parfume tetap menjadi pujaan hati.


Antara orang terakhir yang memborong parfume ... stok 2 tahun :)

RUMAH MODE 

Tempat Shopping Best di Bandung seterusnya pulak kami ke Rumah Mode. Tak sah jika tak singgah sini. Sapa nak borong tshirt-tshirt branded bolehlah di Rumah Mode ni. Kakak beli selai tshirt jer untuk Firhan Qayyum :)


Cian makcik kakak udah capek ...


Kakak pun capek jugak ... kalau lapar leh lepak kat sini ada bakery.


Gambaq wajib ngan makcik batu ^-^

bakal bersambung ....


2 April 2018

TRAVELOG : JALAN-JALAN BANDUNG LAGI (Part 2)

Jika ke Bandung tidak ke Pasar Baru maka tidak lengkaplah travelog korang. Pasar Baru memang haven. Cuma kakak nak nasihatkan, jika jumpa barang berkenan di hati, terus je beli. Bukan apa, jika ditangguh-tangguh nanti bimbang tak jumpa kembali kedai tersebut. Dah banyak kali terjadi ngan kakak. Asyik lupa kedai jer.


Supir kami Mas Igol yang budiman. Cakap jer nak gi mana, pasti dituruti. 


Mata kakak rabak tengok kain lace ni ... semua cecantik ... tapi yang beli awal tahun lepas pun tak bertempah lagi ... huhuhuhu ...


Kain telekong pun cecantik. Tak sah kalau tak sambar selai.

Kami berpecah. Dan masing-masing diberi masa shopping sehingga jam 3 petang (6 jam tak cukup hokey).

Penting kena beli simkad Indon. Kalau takde susah untuk kami nak berhubung. Tu pasal awal-awal lagi kami dah pesan ngan Angga supaya belikan kami simkad. Boleh je nak beli sendiri tapi lagi senang suruh supir belikan. Naik jer van terus tukar simkad :)

FAVE HOTEL BRAGA, BANDUNG

Hampir 6 jam di Pasar Baru, kami check in hotel. Bolehlah berehat sejam untuk mandi dan solat. Lepas dah segar badan baru kami keluar semula.


Bagasi dan hasil lontaran kami di hari pertama ...



Kali kedua kakak menginap hotel di Fave Hotel Braga Bandung. Kakak suka duduk disini sebab happening. Nak Guardian ada, Family Mart ada ... makan pun senang nak cari di sekitar Fave Hotel Braga ni. Kakak memang rekomenkan hotel best di Bandung ni ...


Bilik kami bertiga ... 

Selepas diberi masa sejam untuk berehat, kami keluar semula untuk makan malam di tempat makan best di Bandung, iaitu di The Stone Cafe, Bandung.


Bisnes Partner kakak. Tadah jelah telinga bila kakak membebel. 
Kuatkan hati bila kakak kena marah dengan adik. Takde hal ...


Yang best di The Stone Cafe ni, sambil makan malam korang boleh tengok view Kota Bandung.




Menu di The Stone Cafe. Harga amat berpatutan dan mampu bayar. 



Harap satu hari nanti dapat bawak 2 orang geng akak gorjes.


The Stone Cafe terkenal dengan makanan ala-ala omputih. Kalini kakak nak try makanan acah-acah omputih plak. Memang sedapp weiiiii ....


Di The Stone Cafe juga turut ada live band. Sempat kami request lagu Suci Dalam Tebu. Memang sporting brader tu ...

Lepas makan malam, kami terus dibawa tempat best di Bandung iaitu Jln Asia Afrika yang terkenal dengan manusia yang memakai kostum animasi. 

Kebetulan malam tu, ramai pulak jemaah hantu ... huhuhuhu ...


Kemain ramai jemaah bolong ... pocong ... hantu raya serbu kami ... 



Kakak tak tau nak seram ke nak gelak tengok pocong ni ... hehehehe ...


Tolong sundal bolong nak beranak ... kekeke ..


Miss Valak in the house ...


Bukan takat hantu je yang penuh di sekitar Jln Asia Afrika ni ... ada macam-macam lagi anime ada seperti bumble bee ni ... Jangan lupa bagi tips setiap kali korang bergambar ngan dorang ni ...

Harap-harap takde yang mengigaulah malam ni ... hehehehehe ...

Yok pulang ... esok mau jalan lagi ...