7 September 2011

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI 2011


Selamat Hari Raya kawan-kawan. Saya pasti korang mesti dalam mood raya lagikan? Kerja berlambak pun buat bodoh jek. Tengok Mukabuku...semua update gambar raya. Saya belum kesempatan lagi...cuma entri ni khas untuk kawan-kawan blogger jek... 

Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi cuma bersuka ria. Tidaklah rasa gah sangat sebab itu satu niat yang tidak baik. Memang cara saya berhari raya begitu. Harus meriah! 

Okay..saya mulakan Raya pertama saya. Memang setiap tahun kecuali ada satu tahun tu jek..saya akan beraya dirumah mak abah saya di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Samada petang raya, raya ke 2 @ raya ke 3 baru saya akan pulang ke rumah mentua saya di Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban.  

Disebabkan kami mendapat keluarga baru tahun ini..lebih meriah gitu. Selepas menunaikan solat raya..kami adi-beradik bersalam-salaman. Kali ini, pagi raya kami lebih sadis sebab diselang seli tangisan. Mesti banyak dosa tu....alhamdulillah...tiada sengketa lagi. Dan lebih sadis lagik...Qayyum siap mintak duit raya "Seribu" kat atuk dan neneknya. Siap nangis-nangis + mengajuk lagi. Spoil mood pagi raya... 

Lepas bersalaman..kami akan meronda kampung mak..dekat jek..sebelah kampung jek..Kampung Paya Jaras Hilir ^_^..tapi still suasana kampung. Memang meriah..konvoi reramai. Tahun ni tema kami Pink + Grey. Semua tu idea designer keluarga saya..tak lain dan tak bukan adik tengah saya..Azie Maziah. Memang tiap-2 tahun kami serah bulat-bulat nak fesyen camner kat dia...sebab dia kreatif.


Lakonan semula ahakks!!


Masa ni mood Qayyum dah okie skit..pasal Mama dah janjikan sesuatu untuk dia...hehehehe...


Muka semua dah macam belacan..gagah jugak nak berpossing pasal raya kali ni tak sempat nak bergaya sangat..macam-macam hal Qayyum nie..


Anak Babah ...


Anak Mama ... sikit masa lagi, dia lagi besar dari Mama ...


Nilah..satu-satunya gambar family saya yang elok rupernye...tu pun guna self timer...syok sendiri...hehehehe....

Alin Marlini : ada lagik gambar raya tapi pada adik tengah saya..kena tunggu weekend ni baru boleh C & P dari dia..Jangan sampai termuntah nengok pulak nanti..hehehehe...

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

26 July 2011

Outdoor Moon & Yuz

Lagi marathon gambar kahwin adikku..
Zaman saya dulu mana ada outdoor2 wedding nie...paling koman pon pi amik gambar kat studio..yang gambarnyer sangat skema...hahahaha...
 
Tu yang jeles bila nengok gambar pengantin zaman sekarang nie..cantek!
 
 
 
Best kan ??

25 July 2011

Majlis Bersanding Moon & Yuz

Tak habis lagi entri tentang adikku kahwin ye.....
 
Kali ini gambar-gambar masa persandingan di siang harinya. Layan jek gambar2 ye..

Sweets Pengapit
 
 Acara baling gula2 + duit syiling. Yang nipun tradisi turun temurun keluarga kami.
 
 Gambar famili ni jelah yang ada..
 Lagi gambar keluarga yang tak lengkap..
 Bersama-sama makcik-makcikku yang Diva's
 Penyambut tetamu....
 Mak & Abah tercinta...
 3 hero + photogragher..
 
 
Sila abaikan selipar itu ye...tak menyempat2 nak sarung kasut tumit tinggi..^_^

21 July 2011

Malam Berinai Moon & Yuz

Salam semua....bersambung semula marathon Edisi Perkahwinan Adik Bongsu Alin Marlini....
Meh saya citer skit latar belakang Malam Berinai. Malam Berinai ni..satu majlis keramaian yang diadakan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada adat istiadat perkahwinan dan budaya Melayu atau Jawa. Setiap majlis berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri dan negara masing-masing. Majlis seronok-seronok antara saudara mara dan jiran tetangga.Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Tapi selalunya keluarga saya cuma buat Majlis Berinai Besar terus.. yang melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Selalunya malam minggu. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan.  Tapi keluarga saya juga turut mengadakan kat rumah lelaki jugak sebab disponsor.Ngeh!Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa.
 
Jom layan gambar dulu ye...
 
Pelamin + Make up + Baju..ditaja oleh Moksu tercinta kami Sri Andaman Collections. Jika berminat sila contact-contact saya atau boleh usher line DISINI
 
 
Restu dari Abah tercinta..Kami sayang Abah kami...
Restu Mak pulak...Sayang Emak...
Restu dari Kakak2 n abang ipar jugak...
 Qayyum jugak seronok dapat Poksu baru...Welcome to our Big Family...
Malam Berinai ni memang acara wajib keluarga kami. Selalu timelah kami menggasak segala macam jenis baju yang Moksu ada...larat dengan tak larat jek tak pakai..opss!!pengantin jek ek..
 
Adik Bongsu saya bertukar-tukar baju nak pakai..sampai ada baju yang terlupa nak pakai...hehehehe...
Interpreme jap ek..
 Bersama-sama Makcik2 saya yang Divas....
Lagik....saya...^_^
 
Saya akui jika tiada Majlis Berinai ni memang sangat tidak seronok. Majlis Berinai sebenarnya simbolik masyarakat Melayu. Sifat-sifat yang dapat kita lihat  dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama sedara mara dan jiran sekampung. Nasib baik keluarga saya masih mengamalkan tradisi turun temurun tu..generasi muda dapatlah merasainya.
 
Okaylah...sekian saja..nanti sambung balik marathon Majlis perkahwinan Adik Bongsu Alin Marlini.

15 June 2011

DARJAH 1 DI BULAN 6

Jika anak-anak lain sudahpun memasuki darjah 1 hampir setengah tahun berlainan dengan anakku Firhan Qayyum.

Pada yang sering mengikuti perkembangan Qayyum pasti tahu kenapa Qayyum masuk sekolah di pertengahan tahun kan ...


Ya Allah. Terima kasih kerana mengurniakan aku anak yang begitu tabah. 

Walaupun pernah mengalaman debaran hantar anak sekolah masa kakak Balqis darjah 1 dulu kali ini debarannya lain macam. Mama pasti Qayyum tak sabar nak bersekolah dan riak wajahnya tenang sekali tidak seperti Mama yang menggelupur. Biasalah ... mak-mak memang camgitu ... over!

Macam-macam dalam fikiran. Takut kena buli. Takut takde kawan nak kawan dengan dia. Takut dia nangois. Arhhhh! 

Pak Rashid? Dia tetap cool jek.

Untuk memudahkan dengan situasi Qayyum, aku belikan beg sekolah beroda. Kasut sekolah memang tak belipun memandangkan kaki Qayyum masih belum pulih sepenuhnya. Aku beli kasut getah crocs je. Mudah nak sarung.

Selesai pertemuan dengan guru kelas Qayyum dan sudah aku jelaskan apa yang terjadi pada Qayyum juga sehingga menyebabkan dia terpaksa bersekolah di tengah tahun. Aku amat berharap guru dia memahami dan boleh bertolak ansur dengan situasi Qayyum.

Masa aku jemput Qayyum balik dari sekolah, Pakcik Jaga sekolah tegur Qayyum.

"Tak payahlah pergi sekolah lagi kalau tak elok kaki tu lagi" 
"InsyaAllah. Dah ok tu dan dah lama sangat dia tak sekolah. Lagipun dia yang beria-ia nak sekolah cepat". Jawabku dengan senyuman. Mungkin Pakcik Jaga kesian melihat keadaan Qayyum agaknya. Tapikan, sepanjang bersekolah, Pakcik Jaga selalu utamakan Qayyum bila nak keluar dari pagar sekolah. Alhamdulillah.

Mama bangga dengan adik. Mama tahu adik selalu sembunyikan kesedihan adik disebalik senyuman manis adik tu. Paling Mama sedih sewaktu adik melangkah kaki masuk ke kelas. Ya! Tuhan, permudahkan perjalanan anakku itu. Rasa sedih yang amat. Rasa pilu melihat wajah comelnya itu. 

p/s : Balik je dari sekolah..Qayyum terus mintak susu botol dan bantal busuk dia. Rindu katanya...hehehehe...

20 April 2011

MY LOVE TURNS 32

Selamat Hari Lahir Chenta Hatiku..

6 April 2011

Trip Bandung - Jakarta 2011 (Part 5)

Hari ketiga di Jakarta
HOTEL ASTON MARINA, JAKARTA
Seawal pagi kami bertolak ke Jakarta pula. Tidur semalam di Hotel Aston Marina, Jakarta. Seperti d Bandung, Hotel Aston Marina Jakarta juga mempunyai facility yang bagus dan selesa. Sesuai dengan 4 bintangnya.
Dihadapan Hotel Aston Marina sambil menunggu pak supir jemput untuk makan malam :)
Bergambar kenangan dengan pak supir kami. Yang misai melentik tu..Pak Ikin dan yang kecil molek tu Pak David. 
RESTORAN BANDAR D'JAKARTA, ANCHOL
Tak sangka di kota Jakarta punya laut. Patutlah Jakarta panas. Masa ke Jakarta 2010 dulu, aku tak sempat singgah bandar Anchol ni...tak sempat pun. 
Kali ini kami memilih hidangan laut pulak. Berlatar belakangkan laut Anchol, memang tenang makan di Bandar D'Jakarta.Inilah dia Restoran Bandar D'Jakarta. Malam-malam kat sini memang happening. Lokasinya di Ancol. Taman tema permainan ala-ala cam Sunway Lagoon. Boleh lepak-lepak tepi laut sambil makan ambil tengok bot lalu lalang. Makanan kat sini memang mantap. Freshie lagi..Harga pun boleh tahan jugak..
hambek!!melantak sampai pengsan...nasib baik tekak saya sakit dan saya jugak bukan jenis orang yang kuat makan...jadi..tidaklah rasa ralat sangat tak dapat rasa semua makanan kat situ..
After makan-makan...tak tau mau buat apa kami terus pulang Hotel. Tapi yang pompuan jek..yang lelaki ada agenda mereka sendirilah...hehehehe...
Esoknya, sebelum pulang..kami sempat suruh hantar ke Mangga 2. Tapi sebab masa 2 jam diberi sebelum kami terus ke airport Jakarta...gambar tak sempat nak amik sebab kecepatan waktu.
Selamat tinggal Bandung & Jakarta. Pasti saya ke sana lagi nanti...
p/s : buat bosses, terima kasih daun keladi sebab sudi bawak kami jenjalan. Next year nak pi Beijing tau. Nak rasa winter pulak :)