25 July 2011

Majlis Bersanding Moon & Yuz

Tak habis lagi entri tentang adikku kahwin ye.....
 
Kali ini gambar-gambar masa persandingan di siang harinya. Layan jek gambar2 ye..

Sweets Pengapit
 
 Acara baling gula2 + duit syiling. Yang nipun tradisi turun temurun keluarga kami.
 
 Gambar famili ni jelah yang ada..
 Lagi gambar keluarga yang tak lengkap..
 Bersama-sama makcik-makcikku yang Diva's
 Penyambut tetamu....
 Mak & Abah tercinta...
 3 hero + photogragher..
 
 
Sila abaikan selipar itu ye...tak menyempat2 nak sarung kasut tumit tinggi..^_^

21 July 2011

Malam Berinai Moon & Yuz

Salam semua....bersambung semula marathon Edisi Perkahwinan Adik Bongsu Alin Marlini....
Meh saya citer skit latar belakang Malam Berinai. Malam Berinai ni..satu majlis keramaian yang diadakan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada adat istiadat perkahwinan dan budaya Melayu atau Jawa. Setiap majlis berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri dan negara masing-masing. Majlis seronok-seronok antara saudara mara dan jiran tetangga.Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Tapi selalunya keluarga saya cuma buat Majlis Berinai Besar terus.. yang melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Selalunya malam minggu. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan.  Tapi keluarga saya juga turut mengadakan kat rumah lelaki jugak sebab disponsor.Ngeh!Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa.
 
Jom layan gambar dulu ye...
 
Pelamin + Make up + Baju..ditaja oleh Moksu tercinta kami Sri Andaman Collections. Jika berminat sila contact-contact saya atau boleh usher line DISINI
 
 
Restu dari Abah tercinta..Kami sayang Abah kami...
Restu Mak pulak...Sayang Emak...
Restu dari Kakak2 n abang ipar jugak...
 Qayyum jugak seronok dapat Poksu baru...Welcome to our Big Family...
Malam Berinai ni memang acara wajib keluarga kami. Selalu timelah kami menggasak segala macam jenis baju yang Moksu ada...larat dengan tak larat jek tak pakai..opss!!pengantin jek ek..
 
Adik Bongsu saya bertukar-tukar baju nak pakai..sampai ada baju yang terlupa nak pakai...hehehehe...
Interpreme jap ek..
 Bersama-sama Makcik2 saya yang Divas....
Lagik....saya...^_^
 
Saya akui jika tiada Majlis Berinai ni memang sangat tidak seronok. Majlis Berinai sebenarnya simbolik masyarakat Melayu. Sifat-sifat yang dapat kita lihat  dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama sedara mara dan jiran sekampung. Nasib baik keluarga saya masih mengamalkan tradisi turun temurun tu..generasi muda dapatlah merasainya.
 
Okaylah...sekian saja..nanti sambung balik marathon Majlis perkahwinan Adik Bongsu Alin Marlini.

15 June 2011

DARJAH 1 DI BULAN 6

Jika anak-anak lain sudahpun memasuki darjah 1 hampir setengah tahun berlainan dengan anakku Firhan Qayyum.

Pada yang sering mengikuti perkembangan Qayyum pasti tahu kenapa Qayyum masuk sekolah di pertengahan tahun kan ...


Ya Allah. Terima kasih kerana mengurniakan aku anak yang begitu tabah. 

Walaupun pernah mengalaman debaran hantar anak sekolah masa kakak Balqis darjah 1 dulu kali ini debarannya lain macam. Mama pasti Qayyum tak sabar nak bersekolah dan riak wajahnya tenang sekali tidak seperti Mama yang menggelupur. Biasalah ... mak-mak memang camgitu ... over!

Macam-macam dalam fikiran. Takut kena buli. Takut takde kawan nak kawan dengan dia. Takut dia nangois. Arhhhh! 

Pak Rashid? Dia tetap cool jek.

Untuk memudahkan dengan situasi Qayyum, aku belikan beg sekolah beroda. Kasut sekolah memang tak belipun memandangkan kaki Qayyum masih belum pulih sepenuhnya. Aku beli kasut getah crocs je. Mudah nak sarung.

Selesai pertemuan dengan guru kelas Qayyum dan sudah aku jelaskan apa yang terjadi pada Qayyum juga sehingga menyebabkan dia terpaksa bersekolah di tengah tahun. Aku amat berharap guru dia memahami dan boleh bertolak ansur dengan situasi Qayyum.

Masa aku jemput Qayyum balik dari sekolah, Pakcik Jaga sekolah tegur Qayyum.

"Tak payahlah pergi sekolah lagi kalau tak elok kaki tu lagi" 
"InsyaAllah. Dah ok tu dan dah lama sangat dia tak sekolah. Lagipun dia yang beria-ia nak sekolah cepat". Jawabku dengan senyuman. Mungkin Pakcik Jaga kesian melihat keadaan Qayyum agaknya. Tapikan, sepanjang bersekolah, Pakcik Jaga selalu utamakan Qayyum bila nak keluar dari pagar sekolah. Alhamdulillah.

Mama bangga dengan adik. Mama tahu adik selalu sembunyikan kesedihan adik disebalik senyuman manis adik tu. Paling Mama sedih sewaktu adik melangkah kaki masuk ke kelas. Ya! Tuhan, permudahkan perjalanan anakku itu. Rasa sedih yang amat. Rasa pilu melihat wajah comelnya itu. 

p/s : Balik je dari sekolah..Qayyum terus mintak susu botol dan bantal busuk dia. Rindu katanya...hehehehe...

20 April 2011

MY LOVE TURNS 32

Selamat Hari Lahir Chenta Hatiku..

6 April 2011

Trip Bandung - Jakarta 2011 (Part 5)

Hari ketiga di Jakarta
HOTEL ASTON MARINA, JAKARTA
Seawal pagi kami bertolak ke Jakarta pula. Tidur semalam di Hotel Aston Marina, Jakarta. Seperti d Bandung, Hotel Aston Marina Jakarta juga mempunyai facility yang bagus dan selesa. Sesuai dengan 4 bintangnya.
Dihadapan Hotel Aston Marina sambil menunggu pak supir jemput untuk makan malam :)
Bergambar kenangan dengan pak supir kami. Yang misai melentik tu..Pak Ikin dan yang kecil molek tu Pak David. 
RESTORAN BANDAR D'JAKARTA, ANCHOL
Tak sangka di kota Jakarta punya laut. Patutlah Jakarta panas. Masa ke Jakarta 2010 dulu, aku tak sempat singgah bandar Anchol ni...tak sempat pun. 
Kali ini kami memilih hidangan laut pulak. Berlatar belakangkan laut Anchol, memang tenang makan di Bandar D'Jakarta.Inilah dia Restoran Bandar D'Jakarta. Malam-malam kat sini memang happening. Lokasinya di Ancol. Taman tema permainan ala-ala cam Sunway Lagoon. Boleh lepak-lepak tepi laut sambil makan ambil tengok bot lalu lalang. Makanan kat sini memang mantap. Freshie lagi..Harga pun boleh tahan jugak..
hambek!!melantak sampai pengsan...nasib baik tekak saya sakit dan saya jugak bukan jenis orang yang kuat makan...jadi..tidaklah rasa ralat sangat tak dapat rasa semua makanan kat situ..
After makan-makan...tak tau mau buat apa kami terus pulang Hotel. Tapi yang pompuan jek..yang lelaki ada agenda mereka sendirilah...hehehehe...
Esoknya, sebelum pulang..kami sempat suruh hantar ke Mangga 2. Tapi sebab masa 2 jam diberi sebelum kami terus ke airport Jakarta...gambar tak sempat nak amik sebab kecepatan waktu.
Selamat tinggal Bandung & Jakarta. Pasti saya ke sana lagi nanti...
p/s : buat bosses, terima kasih daun keladi sebab sudi bawak kami jenjalan. Next year nak pi Beijing tau. Nak rasa winter pulak :) 

5 April 2011

Terima Kasih Tuhan

Terima kasih Tuhan. Kerana dengan izinMu..
Marlini Binti Matusan masih bernafas di muka bumiMu ini. 
Semoga segala doa-doaku bakal dimakbulkan olehMu.

5.4.79 - 5.4.11

4 April 2011

Trip Bandung - Jakarta 2011 (Part 4)

Salam sore Ibu-Ibu..Bapak-Bapak....
KAMPUNG DAUN
Kampung Daun merupakan kawasan peranginan dan tempat makan. Memang cuaca di Kampung Daun agak sejuk lebih-lebih di waktu malam. Kali kedua aku ke situ. Tapi kali ini, kami nak cuba masakan di situ pulak. Perjalanan dari Hotel Aston Braga ke Kampung Daun makan masa 1 jam lebih kurang. Disebabkan hujan dan keadaan jalan yang jam...lama jugaklah nak sampai. Perut pun dah naik lapar.
Terdapat air terjun di Kampung Daun ini. Memang panaroma waktu malam sangat best! Dengan bunyian air terjun, sambi makan memang superb! Rindu Malaysia...tertiba...
Budak paling banyak order makanan...kekekekeke...

Korang boleh pilih pondok-pondok makan yang ada di Kampung Daun tersebut. Memandangkan hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami, kami pilih di kawasan bawah je...  
Makanan di Kampung Daun jugak sangat superb terutama Gurame Bakar dan Nasi Goreng Kampung Daun. Mesti cuba! 
p/s : Kalau korang ke kota Bandung..jangan lupa singgah makan malam di Kampung Daun. Makanannya menjanjikan kesedapan yang sukar dilupakan. Memang perjalanannya agak jauh tapi berbaloi-baloi sambil menikmati panaroma dan cuaca yang cantik dan dingin.

3 April 2011

Trip Bandung - Jakarta 2011 (Part 3)

TOKO 3
Kami dibawa ke Toko 3. Toko 3 dikenali syurga seluar jeans berjenama dengan kualiti yang ngetop. Harga ada murah dan ada yang mahal. 
Aku beli jeans untuk Encik Suami jek. Untuk diri sendiri tak cukup budget. Harga dari 160,000 rupiah ke 300,000 rupiah (RM60-100). Lebih mahal juga ada...
RUMAH MODE
Rumah Mode juga salah satu factory outlet yang terkenal di Bandung. Rugi sapa tak singgah. Banyak baju berjenama disini :) Aku suka kalau ke sini. Tak besar sangat. Selesa nak jalan sebab setingkat jek..
RESTORAN PADANG SEDERHANA
Penat shopping, perut sudah lapar. Encik Helmi ajak makan makanan padang. Tak jauh dari Rumah Mode, terdapat satu Restoran Masakan Padang.

Ternyata tekak aku masih belum dapat menerima masakan Padang di Bandung. Aku lebih sukakan nasi padang depan Sogo tuuu...

2 April 2011

Trip Bandung - Jakarta 2011 (Part 2)

Hari kedua di Bandung.

Bandung dikenali kota membeli produk-produk berjenama dan berkualiti tinggi. Selain itu, Bandung jugak terkenal dengan factory outlet. 

PASAR BARU

Seperti dijanji oleh bos kami semalam, kami ke Pasar Baru sekali lagi. Sambung yang semalam tak habis shopping. Saya dah cakap ngan dorang ni..kalau ke Pasar Baru 1 hari belum tentu cukup..bukan sebab nak shopping sakan..tapi sebab keadaan kedai yang terlalu banyak pilihan. Dan sering lupa jalan balik sebab jalan berbelit...hehehehe...
Saya jadi tukang tunjuk arah. Tukang pilih kain. Tukang pilih telekung. Tukang tawar menawar. Maklumlah dah ada pengalaman. Tapi seronok...geng-geng saya semua sporting. Kami cuma diberi masa 2 jam je untuk membeli belah di Pasar Baru. Macam lipas kudunglah kami bershopping.

FACTORY OUTLET

Kami ke Jalan Dago dan Jalan Riau. Terdapat berbagai jenis factory outlet di sana. Larat dengan tak larat jek nak jalan......
Pak Ikin memperkenalkan sahabatnya yang menjual souvier. Kak Wani borong habis. Saya macam biasa..possing jek lebih..huhuhu...

Awas! Anda bisa dihiburkan oleh pengamin kecil. Sangat kasihan. Kecik-kecik dah kena jadi pengamin. Tapi itu bukan benda asing kat sana. Kalau kita kat sana perasaan insaf sangat..bayangkan anak-anak kita jadi pengamin..dorang sanggup buat keje apa jek demi sesuap nasi. Tapi perlu diingatkan...kalau nak bagi duit..kena bagi sorok-sorok..sebab nanti ada yang lain kerumuni anda..macam yang berlaku pada bos saya Encik Omar. Siap berpaut kat kaki lagi...huhuhuhu...

with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

1 April 2011

Trip Bandung - Jakarta 2011 (Part 1)

Salam semua....
Cam yang korang tau...minggu lepas 25-28 Mac 2011, department aku buat rombongan ke Bandung-Jakarta. Apsal department? Apsal bukan opis? Sangat kontroversi! Aku tau ada kata-kata belakang yang kurang enak didengar tapi lumrah manusia. Mereka berhak berkata apa sahaja. 
Sangat baik hati Big Bos department aku yang sudi menaja segala perbelanjaan kami disana. Cuma bawak duit belanjer jer. Semoga dimurahkan rezekinya lagi. Tahun depan request kami nak ke Beijing pulak! Jom!saya cerita tentang percutian aku dan teman-teman sebelum aku menjadi lebih pemalas dan pelupa.Ahaks!

Lapangan Terbang Soekarno-Hatt, Jakarta
Kami tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatt, Jakarta jam 8.00 pagi. Waktu di Indonesia awal sejam dari waktu di Malaysia. Lepas berkenalan ngan Pak Supir kami yang dikenali sebagai Pak Ikin & Pak David, kami terus bertolak menuju ke Bandung.
Tips : Ingatan buat mereka yang baru pertama kali ke sana..kalau ada orang mahu menolong kamu angkat barang...jangan sesekali relakan..kerana lepas dorang tolong angkat beg kamu..dorang akan mintak tips.
Dari Jakarta kami terus ke Bandung yang mengambil masa dalam 2 jam 1/2 ke 3 jam. 
Sebelum check in di hotel. Kami singgah ke Pasar Baru. Actually, Pasar Baru dekat jek ngan hotel kami tapi enggak bisa jalan kaki nanti capekkk....
Hampir 2 jam kami di Pasar Baru. Bila Big Bos No. 2 kata "Jom! balik hotel". Masing-masing buat muka ketat. Proteslah kenunun. "Takpe..esok kita pegi sini lagi"sambung bos. Baru muka senyum balik. Memang kalau dah jadi jutawan sekejap ni..macam-macam nak beli. Takper...esok masih ada.. 
Hotel Aston Braga Bandung
Kami menginap di Hotel Aston Braga bertarafkan 4 bintang. Memang direkomenkan hotel ini buat sesiapa yang mahukan keselesaan dan sangat sesuai buat keluarga yang ramai. 
Lobi hotel di tingkat 1...
Kelainan Hotel Aston Braga Bandung ini, mempunyai lobi di bawah tanah. Selain itu, hotel ini mempunyai mall (ruang shopping) besebelahan je.Dan ada  panggung wayang juga....

with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

14 March 2011

Bercuti di Melaka 2011 (Part 1)

Ini hutang entry namanya..masih ingat 5 Mac lepas....
Kali terakhir ke Melaka, masa Qayyum berumur 3 bulan. Maknanya sudah lebih 7 tahun, baru aku menjejak kaki semula ke bandar Hang Tuah ini :)
 Kami bertolak dari Sg Buloh lebih kurang pukul 12 tengahari. Tiada sebarang perancangan rapi pun. Main redah dan redho je :) Akupun sebenarnya malas nak jalan-jalan sebab kesian dengan keadaan terbatas Qayyum. Kaki masih bersimen lagi...tapis semangat dia sangat kuat. Dia jugak yang beria-ia nak ke Melaka.
Bila main redah ni, faham-faham jelah nak cari hotel kan...Hotel Mahkota 'Full House'..Hotel2 yang berdekatan Mahkota Parade juga 'Full House'..Holiday Inn pulak 'so expensive'. Akhirnya, jumpa satu hotel bajet, Hotel City ParkNot bad condition. 1 malam RM110 jek..murahkan...memang berbaloi... Lepas check in..usai mandi, makan, rehat..kami keluar merayau. 
Kami mulakan roud tours ke Melaka dengan Muzium Samudera.
Apalah yang melangok tu 3 beranak ni??
Lepas penat-penat berposing kat depan Muzium Samudera tu..kami beralih ke Menara Taming Sari plak..jalan kaki jek..
Kami lepak sambil tengok Qayyum, Danish & Danial main kereta control kat bawah  Menara Taming Sari  Aku memutuskan takmo naik Menara Taming Sarisebab aku penakut.  Sila jangan gelak ek..Cukuplah Menara KL jek..Adik-adikku + Balqis excited nak naik...Balqis memang sukapun..
Disebabkan keseronokan melampau naik kereta control nlah..sampai Qayyum suruh Babah beli plak..adohyaiiii!!!! 
Lepas puas di  kami pulang ke hotel...pasal malam ni mau naik Melaka River Cruise.
p/s : malangnya gambar kat Menara Taming Sari dah hilang dari pandangan google :(