Annyong Hasimnika?
(Apa Khabar)
Sambungan dari Part 1 | Itaewon & Stadium Bola Seoul
Day 2 - 8 Sept 2018 (Sabtu)
Ada yang tak sabar ke tunggu entri Korea kakak part 2? Tak menyempat wehhhh!!! Kakak cuba sedaya upaya siapkan part by part ye.
Saja jer letak sini bahasa Korea, mana tau nanti nak ke Korea lagi (berangan jer) padahal kat sana ritu menggelupur nak cakap bahasa Korea, kat ofis punyalah sakan praktis :)
Ada yang tanya kat Korea jalan sendiri atau amik tour guide?
Sudah tentu kami ambil pakej tour guide di Korea memandangkan kami ramai dan ada kanak-kanak. Untuk memudahkan perjalanan dan aktiviti lebih baik gunakan perkhidmatan tour guide. Kami menggunakan tour guide di Korea dengan KRtourguidemy
Hari kedua kami diganti dengan tour guide lain, Salam. Baik dan sopan budaknya tapi sporting. Azrul pun baik dan sopan orangnya, cuma untuk 2 hari tu, Salam yang akan jadi tour guide kami. Salam orang Jitra, Kedah. Baru berusia 22 tahun. Dia study engineering kat Korea. Dia pun ada buat tour guide sendiri. Boleh tengok IG Salam Tour Guide.
Itineraray hari kedua kami akan ke tempat wajib jika anda ke Korea Selatan iaitu Pulau Nami atau Nami Nara. Perjalanan dari hotel kami ke Pulau Nami mengambil masa 2 jam mengikut aliran trafik lagi-lagi kami pi tu hari Sabtu mesti jem.
Sebelum bertolak, kami dah siap breakfast kat hotel. Tour guide dah pesan, cuma boleh makan roti, jem, telur rebus, cereal dan susu, air kopi jer ... yang goreng-goreng jangan makan plak. Dah tu kami siap tapau roti untuk bekalan dalam bas. Boleh cecah ngan tuna dan jem (pun tapau hotel punya). 2 jam perjalanan tu macam-macam boleh berlaku pada perut kita kan ... hehehehe
Salah satu sungai di Korea yang memang cantik sangat dan menjadi tempat beriadah.
Tapi tula kakak masih pelik kenapa tempat riadah dorang berkonsepkan hutan dan semak? Kalau kat Malaysia bahaya semak camni ... macam-macam boleh jadi kan? Tapi kat Korea ok jer ... lawa pulak tu ...
Stesyen Minyak di Korea ...
Mata memang tak boleh lelap sepanjang perjalanan. Kakak kalau berjalan memang tak suka tidur sebenarnya sebab kakak suka tengok permandangan sepanjang perjalanan.
Hampir 2 jam perjalanan ke Nami Island, akhirnya kami sampai di Jeti Nami Island.
Hampir 2 jam perjalanan ke Nami Island, akhirnya kami sampai di Jeti Nami Island.
Kalau korang gi sendiri, boleh beli tiket feri kat sini. Macam kami guna tour guide dah termasuk sekali, jadi biar Salam yang settlekan.
Pintu masuk menuju ke feri Pulau Nami.
Kasi can kakak pepeling titanic :)
Geng Gegurl
Geng Bujang
Tak sampai 10 minit rombongan Gelak Sakan dah sampai ke Pulau Nami :)
Kenapa Gelak Sakan? sebab kami suka gelak ... hahahaha ...
Kenapa Gelak Sakan? sebab kami suka gelak ... hahahaha ...
HARI KEDUA - PULAU NAMI
Menurut Salam, nama Pulau Nami diberi sempena nama seorang General yang bernama Nami. Beliau dikatakan tidak bersetuju dengan pemerintahan kerajaan baru lalu mengasingkan diri di Pulau Nami. Kemudian beliau telah di bunuh di pulau tersebut kerana dituduh menjadi pengkhianat negara semasa zaman pemerintahan King Sejo. Sehingga ke hari ini, mayat atau kubur beliau masih tidak dijumpai.
Salam kata, itu yang telah diceritakan oleh orang-orang lama Korea. Kalau dorang tipu Salam ... Salam tipu kitaorang jugaklah ... hahahahaha ... tapi cerita ini ada dalam wikipedia.
Teruja tak korang? Lagi teruja bila korang sampai Pulau Nami sampai korang terlupa nak cari kat mana kubur General Nami ... kekekekeke ...
Apa yang menarik perhatian pengunjung di Nami Island ini
adalah susunan pokok yang tersusun cantik. Lebih cantik jika musim luruh dan
musim salji.
Tak silap kakak kebanyakkan pokok yang di tanam kat sini ilah pokok Ginkgo. Tu yang kalau musim autumn atau winter mesti cantik kawasan Pulau Nami ni.
Banyak je aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti berbasikal ala-ala Winter Sonata tapi memang tak dan lah nak kayuh basikal.
Korang boleh pilih ke mana arah korang nak jenjalan di Pulau Nami ni. Tapi jika korang nak menuju ke jalan Winter Sonata sila ikut jalan yang benar ... hehehehehe ...
Memang besar kawasan Pulau Nami ni. Korang bayangkan kalau musim sejuk? Mesti cantikkan ...
Ketua Geng Gelak Sakan.
Kat opis dia garang tau .....
hahahah ... tipu hokay !!!
Dialah bos yang kepala ting tong melayan hakak ... PA yang suka melawan bos ...
hahahaha ...
Kat opis dia garang tau .....
hahahah ... tipu hokay !!!
Dialah bos yang kepala ting tong melayan hakak ... PA yang suka melawan bos ...
hahahaha ...
Sapa pernah tengok aksi kami sama camni?
Kakak belanjer ole-ole Korea :)
Kakak belanjer ole-ole Korea :)
Kesian mamat baju merah ... tetiba tak ngaku sedara kat sana ...
Team Gelak Sakan :)
budak wecat kata lighting on point ...
budak ol cakap cahaya keimanan terserlah disitu ....
hahahaha !!
Sapa peminat Winter Sonata angkat tangan! Kita geng!
Drama Korea pertama yang kakak layan. Masa layan Winter Sonata, tak pernah terlintas sekelumit pun impian untuk sampai Korea. Zaman dulu zaman susah jadi tak pernah mimpi pun. Mimpi nak kawin dengan anak raja adalah ... hahahaha ..
Pulau Nami makin terkenal dan popular kerana drama korea Winter Sonata yang mula ditayang pada tahun 2002 camtu. Kerajaan Korea telah menaik taraf pulau ini untuk tarikan pelancong. Kakak jadi pelik sebab masa kami ke Pulau Nami, orang Korea lagi ramai berbanding pelancong. Mungkin hari cuti kot, ramai yang bawa keluarga bersiar-siar.
Lihat saja, sampai tugu pelakon Winter Sonata ... Bae Yong Joon & Choi Ji Woo dorang buatkan khas buat peminat drama Winter Sonata. Nasib baik kakak datang sorang kalau ada Abang Kembong leh buat drama Korea ... kekeke ...
Alhamdulillah kami dikurniakan bos-bos yang baik dan rakan sekerja yang baik. Bos ajak ko selpie ko layan. Bos offer ambilkan gambar ko ... ko layan ... bos buat lawak ko gelak sakan ... kan?? Ko hadooo??? takdo kan .... kekekeke ...
Cik Moon
Cik Wanie
Alif redha kena paksa jadi model
Model lagi sorang, Ezwar penuh karisma ... serius mama eh! kakak suka gambar ni ... hehehehe ...
Tahu tak berbelas gambar kot amik untuk post yang tak de orang keliling tapi tetap terselit sorang tu.
acah-acah kandid sangat!
Nasib baik tukang ketip gambar rajin melayan ...
dah boleh diet ye cek kak :)
Satu-satunya restoran makanan halal di Pulau Nami (tak taulah kalau ada yang lain). Salam bawa kami makan petang kat situ. Nasib baik kempunan makan nasi goncang diganti dengan nasi sotong yang sedap :)
Usai makan petang, kami terus solat di bahagian atas Restoran Asian Cuisine.
Ruang solat di Restoran Asian Cuisine yang selesa. Ada ruang solat untuk lelaki dan perempuan. Tempat air wudhuk jugak disediakan di dalam ruang solat tersebut.
Diet? Oh! Tidak! ... lepas jadi model pokok, kita cari makan pulak. Ingatkan nak makan Nasi Goncang yang terkenal di Pulau Nami, malangnya menurut Salam dah tutup. Takde rezekilah kami nak makan Nasi Goncang Nami Island.
Restoran Asian Cuisine di Pulau Nami
Usai makan petang, kami terus solat di bahagian atas Restoran Asian Cuisine.
Ruang solat di Restoran Asian Cuisine yang selesa. Ada ruang solat untuk lelaki dan perempuan. Tempat air wudhuk jugak disediakan di dalam ruang solat tersebut.
Tahu tak lagi disebalik gambar kakak di atas ini terselit banyak gambar yang menyakitkan hati.
Ada je orang yang suka interprem kakak tau ....
Ada je orang yang suka interprem kakak tau ....
Ko raser????
Tak boleh tengok orang bahagia tau dorang ni .... huhuhuhu .... Tapi bak kata Kerol, inilah member susah senang jerit payah ... redha jelah ...
Bersambung ...
Pada yang inginkan perkhidmatan tour guide di Korea boleh
tengok di FB dan IG KRtourguidemy. Kakak rekomen!
with love 💗
pls follow/like/subcribe