26 July 2018

KISAH RAYA 2018 AKAK KEMBANG - Part 4

Kisah Raya Di Rumah Akak Kembang

Akak Kembang tak pernah pun buat Open House. Konsep Akak, sapa nak datang kena bagitau awal. 

Bila kawan-kawan nak datang beraya, Akak Kembang akan panggil sedara mara dan kawan-kawan terdekat sekali datang berayer. Pada yang tak dapat jemputan tu janganlah kecik hati. Lenkali datang jer dengan syarat call dulu sebab Akak Kembang tak duduk sepenuh masa kat Saujana tu. 


Antara Geng Copy Paste yang sudi datang rumah Akak Kembang



Tengkiu Che Ta sudi datang balas kunjungan pulak.


Bestie dari zaman sekolah rendah lagi ...  


Antara member opis yang sempat Akak Kembang jemput dan sudi datang walaupun jauh ...

Tengkiu Abg Syam & Kak Wanie sudi datang berayer ...


Selalunya kalau Akak Kembang buat makan-makan raya, belah siang akan diperuntukkan kepada kawan-kawan dan belah malamnya pulak untuk saudara mara IB Clans. Maklumlah rumah tak berapa besar, takut tak muat nanti :)






Sebahagian keluarga IB Clans yang datang. Yang di Kedah dan Sabah, panjang umur berjumpalah kita ...


Kami, Akak Kembang & Abang Kembong mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon ampun dan maaf jika ada salah silap kami. Makanan tak sedap ke. Layanan tak 5 star ke. Tak dapat jemputan ke. Maafkan kekhilafan kami. Sesungguhnya yang baik dari Allah dan tidak sempurna itu adalah dari kami. Semoga ziarah menziarah ini akan kekal hingga bila-bila. Semoga silaturahim antara kita akan kekal hingga ke syurga.


No comments:

Post a Comment