25 January 2018

TRIP CHERATING (Part 3)

25.11.2017 (Sabtu)

Hari kedua di Cherating, cuaca tidak berapa menyebelahi kami. Pagi tu hujan jer. Patutnya aktiviti kami pagi tu adalah acara sukan.

Memandangkan hujan tiada tanda henti, kami tukar Plan B. Acara sukan akan dilakukan pada waktu petang. Jika masih hujan, tukar Plan C pulak.

Plan B nyer, kami nak gi tengok penyu.


Pandangan tidak jauh dari Villa kami. Korang boleh lakukan aktiviti di sinun. 


Tempat breakfast di Holiday Villa Beach Resorts & Spa Cherating. Sangat best sebab menghadap laut. Makanan pula 4/5 bintang.


Sarapan nasi lemak & sambal tumis buat anak-anak

Memandangkan bilik kami cuma dapat 2 kupon breakfast percuma, kakak gagah bawak periuk doreomon kakak untuk anak-anak pulak. Bukan susahpun, semua dah siap-siap masak dan frozenkan dari rumah. Tinggal nak panaskan jer.

Sambil-sambil merasmikan travel cooker kakak tu pun ye jugak ... hehehehe. Beli periuk travel tu kat lazada dengan harga RM195.00. Macam-macam boleh masak.

PUSAT PENERANGAN DAN SANTUARI PENYU CHERATING

Kami buat lawatan ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu di Cherating tengahari tu. Bagi pendedahan pada anak-anak termasuk kami yang memang teruja jugak.

Perjalanan mengambil masa hanya 10 minit dari Holiday Villa Beach Resorts & Spa Cherating. 

Memula sampai tu korang akan nampak rumah kayu. Nampak cam takde pape je kan. Bila masuk (kena bukak kasut), kat bahagian belakang rumah tu ada kolam ternakan penyu. Dalam rumah tu lebih kurang macam muzium penyulah.  

Yuran masuk adalah PERCUMA.


Penyu-penyu yang dipelihara di situ


Semua orang oren yang konker. Saja kami pakai semula baju tema kami cuma tudung jer berubah ke biru pulak.


Alahai comelnya kakak Balqis dan adik Aina


Cuma kami bertiga. Yang lain masih sibuk nengok penyu :)




Dihadapan Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating




Hujan masih belum ada tanda berhenti lagi. Nampaknya macam-macam plan kena tukar .... huhuhuhu

sambung ...


1 comment:

  1. sekarang memang musim hujan kan..apapun yang penting semua happy tu ha...tgok penyu pun tengok penyu la..at least anak- anak boleh tambah pengetahuan..ye tak

    ReplyDelete