18 November 2010

PENGALAMAN MASUK HOSPITAL (PART 6)

17.10.2010 (Rabu)
Hari kelapan …
Allah... huakbar ... Allahhhu ... akbar! Laillahiallah... allahuakbar!

Harini raya aidiladha. Sayunya dengar takbir raya pagi itu. Seisi keluarga tidak ceria pada hari itu. Lebih-lebih nenek. Nenek sampai tiada daya nak masak juadah raya. Aku yakinkan mak untuk masak jer. Qayyum mesti tak sabar nak makan nasi impit kuah lodeh nenek.

Pertama kali seumur hidup, inilah pengalaman beraya di hospital walaupun raya haji. Kalau raya puasa, tak dapat ku bayangkan ...nampaknya raya kali ini memang menuntut pergorbanan yang besar buat kami sekeluarga.

Seawal jam 7 pagi aku bergegas ke hospital Sungai Buloh dengan bekalan juadah raya khas buat suamiku dan Qayyum. Suamiku juga ku bekalkan baju melayu untuk sembahyang raya.

Aku tak kuat sebenarnya pabila melangkah ke wad Qayyum. Namun aku harus kuat demi mereka. Ku tahan air mata sambil dengar takbir raya.


Bespren Qayyum kat hospital. Terima kasih babah kerana telah menjadi babah yang awesome untuk Qayyum.



Rindu kakak kepada adiknya setelah 8 hari tak jumpa. 

Sepatutnya kakak tak dibenarkan tengok adikpun sebab bawah umur. Tapi atas budi bicara dengan staff  hospital dan memandangkan haritu hari raya ... dapatlah kakak melepaskan rasa rindu dengan adik walaupun selalu gaduh.

Semua pakat melawat Qayyum haritu. Sedara mara kat Paya Jaras semua beraya kat hospital. Terima kasih. Terhibur hati kami.

Aku harus redha dengan ujian ini. Aku teringat kata sahabatku, Salleh. Kau harus bersyukur anak kau masih bernafas ... macamana dengan orang yang kehilangan anak. Mati? Ye. Aku redha dan aku tahu ini baru ujian kecil yang Allah berikan supaya aku makin dekat denganNya.

Apa yang perlu aku lakukan sekarang, aku harus terus berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment