15 May 2017

TRAVELOG : HO CHI MINH (Part 1)

Assalamualaikum. Sebelum otak makin tepu baik aku abadikan kenangan Percutian di Ho Chi Minh 2 minggu lepas. Ini merupakan kali kedua aku ke Ho Chi Minh City. Kali ni dengan keluarga pulak. Asalnya nak bawak mak ngan Abang Kembong jer. Tak sangka ramai pulak IB Clans. Awalnya nak pergi lepas raya tapi lewat sangat pulak katanya. Maka, aku tempahkan perjalanan 4-7 Mei 2017.
Alhamdulillah, tercapai juga wishlist dari 2016 nak bawak keluarga pi holiday ober the sea … hehehehe …
Tercapai jugak hajat mak nak bercuti ke Ho Chi Minh. Abah memang taknak ikut kalau tempat shopping ni. Adik Moon bawak Zara sorang je.
Kami sampai KLIA2 lebih kurang jam 3 pagi. Awal 4 jam dari waktu penerbangan kami jam 7.05 pagi. Kami tak nak tanggung risiko, lebih baik sampai awal dan bertapa di KLIA2 je.
Alhamdulillah, segala urusan di KLIA2 dipermudahkan. Tak payah nak beratur panjang untuk timbang dan ukur beg pun haritu.
Rombongan Akak Kembang seramai 16 orang :)
Sebenarnya buang karen je bawak budak berdua ni ... hahahaha. Dorang mana reti shopping ... reti habiskan duit den jer :) Next time murah rezeki Mama bawak jauh sikit ye.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh mengambil masa 2 jam. Alhamdulillah, 8.05 pagi (waktu Vietnam) kami selamat sampai di Lapangan Terbang Tan Son Nhat.
Semua cari tandas dulu sebelum check in passport di kaunter imegresen Vietnam. Perlu diingatkan, tandas di airport Vietnam takde air dalam tandas ek.
Tips di airport Vietnam : Sila bawa botol kosong atau tisu basah masih memudahkan penjirusan hadas kecil ataupun hadas besar :) Air ada di sinki sahaja.


Lepas pemeriksaan passport oleh Imegresen Vietnam yang terkenal dengan muka antigonis dorang, korang turun ke bawah untuk ambil bagasi dan keluar terus dari airport.
Kali ini, kami sepakat nak naik bas jer dari airport Vietnam. Pengalaman lalu membuat aku lebih berhati-hati selaku ketua rombongan. Pertama kali dulu sampai di Vietnam aku naik teksi Vinasun Tipu. Kalau korang nak naik teksi, pastikan teksi ada tulis Vinasun, driver teksi Vinasun pakai baju putih dan bertali leher merah. Sila sebut 'use meter' jugak. Yang aku kena tipu tu driver teksi cuma tunjuk kad yang kunun-kunun memang dia driver teksi Vinasun. Pastu van yang aku naik tu pun takde tulis apa-apa macam kereta sapu jer. Sah! memang kami kena tipu !!! Jadi, berhati-hati buat korang yang pertama kali ke sana.
Cara Naik Bas dari airport Vietnam : -
Apabila korang keluar pintu airport Vietnam, korang terus belok ke kanan. Kalau nak naik teksi Vinasun, belok ke kiri. Lepas tu korang akan nampak kiosk Burger King paling hujung sekali. Dah nampak Burger King, depan Burger King korang akan nampak bas no. 152. Kalau tak nampak, tunggu jer depan Burger King tu. Dari bacaan aku kat blog-blog, aku bayangkan jauh jugaklah stesyen bas ni dari airport, rupanya tak sampai 5 minit jalan dah nampak bas no. 152 tengah tunggu penumpang. Aku rasa lagi konpiden sebab nampak 2-3 orang mamat Malaysia naik bas yang sama. Bila tunjuk gambar Ben Thanh kat pemandu bas, dia angguk-angguk suruh masuk. Memang satu bas IB Clans yang konker … ngeeee. Tambang naik bas cuma 5,000 dong jer seorang (RM1.00 jer). Jika korang bawak beg luggage yang besar, dia akan caj extra 5,000 dong lagi. Naik teksi mungkin caj 160,000 dong (RM32.00).
Sebelum naik bas, buatlah tukaran wang kecil terlebih dahulu. Bukan apa, takut tak dipulangkan baki. Macam aku, aku bayar untuk 16 orang sekali, bagi 100,000 dong, dia pulang balik sebab Abang Kembong dok hulur tangan mintak baki ... hehehehe. Terpulang pada korang samada nak naik teksi atau bas. Pilihan ditangan anda :)
Lebih kurang 30 minit, kami sampai di stesyen bas paling akhir. Tercari-cari bulatan depan Ben Thanh Market yang ada kuda tu. Tak jumpa pulak. Rupanya tengah buat construction area bulatan tu. Nasib baik tanya orang Vietnam yang faham. Dia tunjukkan laluan nak ke Ben Thanh kepada kami. Jalan dalam 10 minit jugak menuju Hotel Saigon Pink 2 di Malaysian Street. Akhirnya sampai jugak kami di hotel. Lega.
Tips Bercuti di Vietnam : Jika korang melancong ke Vietnam bersama orang tua dan kanak-kanak, Akak Kembang cadangkan lebih baik korang ambil teksi dari airport Ho Chi Minh ke Ben Thanh. Takut ada yang tak larat nak jalan nanti walaupun dekat jer dari stesyen bas akhir menuju ke hotel. Kalau naik teksi, dah tentu turun depan-depan hotel.
Sampai hotel dah, tapi masih awal untuk check in di hotel. Waktu check in hotel di Vietnam adalah pukul 12 tengahari. Aku tanya gak boleh check in awal tak, malangnya tiada bilik ketika itu. Kami tinggalkan beg di hotel dahulu dan makan terlebih dahulu di kedai makan halal Haji Osman. Lepas lepak lama-lama kedai makan tu aku tanya balik hotel samada ada kekosongan atau belum (walaupun belum waktu check in lagi). Alhamdulillah. Bilik untuk family dan boleh masuk. Yang takde bilik tu tumpang-tumpang dulu.
Saigon Pink 2 Hotel
Family Room untuk 4 orang. Bilik memang besar. Boleh muat 5 orang kot. Perabot semua antik belaka.
Bilik disediakan tv, peti ais mini, hairdryer & kettle. Seterika tidak disediakan di Saigon Pink 2 Hotel ni ek. Kalau korang nak iron baju atau tudung, boleh panggil housekeeping hotel. Caj nak iron sehelai baju @ tudung ialah 10,000 dong (RM2.00). Kalau kedekut, sila bawak iron sendiri atau tudung takyah gosok ... kekekeke ...
Lepas solat dan sebagainya, kami terjumpa sorang akak yang menginap di hotel yang sama, dia suggestkan kami pergi cari barang di tempat-tempat tertentu yang mana harga dan kualiti lagi bagus. Siap tunjukkan arah kedai lagi. Thank you akak :)
Apalagi!!! Jom serbu!!!
Rohani Collection
Kedai pertama yang kami serbu ialah Rohani Collection. Terletak di seberang Ben Thanh Market. Korang perasan tak mamat dalam gambar ni macam Zizan Razak. Dia sendiri yang ngaku ... kitaorang kata sama tapiiii tang idong lah .... hahahaha ... terus dia malu :) Kitaorang panggil dia Zizon .... memang pandai cakap Melayu walaupun ada pelat-pelat. Dia orang Champa katanya.
Borong jangan tak borong. Memang kami je yang konker kedai ni ... hahahaha ...
Masa ni anak dara aku je yang ikut. Abang Kembong & Qayyum mentido kat hotel. Boringgggg ... huhuhuhu ...
Habis shopping di Rohani Collection, aku bawak dorang masuk Ben Thanh Market pulak. Dah pesan awal-awal, dalam Ben Thanh ni panas yakmat! Pastu pesan lagi, kalau taknak beli barang jangan tanya lelebih nanti kena marah ngan peniaga sana. Kebanyakkan peniaga dalam Ben Thanh ni memang garang-garang belaka. Kalau tanya jer pastu tak nak beli nanti korang kena marah. Ada gak kena sedebik. Kalau tak sabar memang boleh gaduh. Tapi tak semua peniaga camtu. Ada je yang baik budi pekertinya.
Ben Thanh Market
Inilah rupa sebahagian dalam Ben Thanh Market. Sila jaga mata anda terutama kaum lelaki ek ...
Tempat pertama aku bawak mak ngan makcik-makcik aku. Kedai jual lapik meja dalam Ben Thanh. Giler memborong mak ngan makcik-makcik aku ni. Malaysia mana dapat harga murah ni. Kedai jual lapik meja ni memang rekomen sebab peniaganya tak marah-marah. Dulu masa pestime gi ... kedai ni gak aku singgah. Jangan tanya alamat kedai ni sebab aku lupa amik bisnes kad dia ... huhuhu ...
Tips Shopping di Vietnam : Kalau korang ternampak barang yang berkenan di hati, terus beli jer. Jangan ditahan-tahan sebab nanti berpinau korang nak cari kedai tu balik. Tak payah nak cari sangat kat Night Market dorang sebab tak semua dalam Ben Thanh ni di jual di Night Market dorang. Macam kes makcik aku, jumpa orang Malaysia kata kat Night Market lagi memurah lapik meja, sekali pergi rupanya pattern dan material lain. Nasib baik sempat singgah kedai lapik meja dalam Ben Thanh tu. Kalau tak menyesal tak sudah ... hehehehe.
Mak ngan makcik-makcik aku dah kepanasan dalam Ben Thanh tu. So, kami berpisah. Aku suruh mak ngan makcik-makcik aku balik dulu ke hotel. Tak jauh pun Ben Thanh ke Hotel Saigon Pink 2 baru 2 minit jer.
Aku, Moon ngan kazen, aku Ita nak sambung merayap. Kami nak ke Saigon Square.
Saigon Square
Dalam perjalanan ke Saigon Square terjumpa pulak apek jual durian. Besar bak hang durian Vietnam weiiii. Harga pun boleh tahan mahal ... huhuhu...
Sempat wefie dalam kesesakan jalanraya Ho Chi Minh City. Disini majoriti penduduk menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Memang meriah sampai pening kepala setiap kali nak melintas. Tips nak melintas jalan di Vietnam ialah biar kenderaan yang tengok kita bukan kita yang tengok dorang lalu lalang sebab sukati dornag je nak jalan mana-mana arah ... huhuhu ...
Saigon Square ni kebanyakkannya menjual t-shirt, blouse, beg, kasut & assesori yang lebih berkualiti dan harganya jugak agak mahal berbanding Ben Thanh. Lagipun ada aircond, so dorang memang akan mark up harga giler babi mahal giler. Korang kena pandai bargain.
Tips Shopping di Vietnam : Di Saigon Square urusan jual beli dalam matawang Dong & USD, namun ada beberapa kedai boleh guna Ringgit Malaysia macam kedai amoi dalam gambar atas ni.
 
Kami jumpa amoi Vietnam ni masa perjalanan nak ke Saigon Square. Amoi spa rupanya. Kazen aku beria-ia ajak aku ngan Moon pi urut sebab udah capek. Aku seram. Tapi dia konpiden je. So, janjilah ngan amoi ni jumpa balik dalam pukul 7 malam. Sekali tak sabar nak diurut, sampai salah spa kami pergi. Aku ada tunjuk rupa spa dalam IG story aku tempohari. Memang seram weii ... kalau takde kazen aku ... memang dah lama aku ajak Moon blah.
Lepas urut, baru kami jumpa balik ngan amoi tadi, rupanya spa dia tingkat 2, kami pi tu tingkat 1 .... wakakakakaka ... sib baik bukan rumah urut semborono ... hahahaha. Harga urut satu badan ialah RM25 campur tip dorang kemain ... paling sikit RM10 hengget dimintaknya ... tadah jelah.
Balik hotel mandi-mandi ... terus pi Night Market Ben Thanh pulak ... Kakak kalau jalan memang tak penat. Kalau duduk rumah yang penat ... ngeeee ....
Ben Thanh Night Market ni berada diluar dan sepanjang bangunan Ben Thanh ni. Kelilingnya ialah pasar malam.
Bila malam menjelma, memang meriah sepanjang jalan Ben Thanh dan hotel Saigon Pink 2 ini atau dikenali sebagai Malaysia Street. Majoriti semua orang Malaysia yang konker. Ada gak dari Brunei, Indonesia dan Singapura yang aku jumpa tapi semua melayu hokey .... dah macam kat kampung sendiri pulak ...
Anak manja babah. Asyik bekepit je. Sekali kena sergah ... merajuk berejam ... hehehehe ...
Oh! ya ... kalau laki korang temankan korang shopping di Vietnam, jangan risau, ada je kerusi-kerusi disediakan buat pembeli. Takdelah penat cik abang berdiri lama kan ... nak shopping pun tenang je ... hehehehe
Datang Vietnam wajib try Kopi Ais Vietnam yang menjadi kegilaan ramai.
Ada 3 orang penjual Kopi Ais Vietnam di sekitar Malaysian Street ni. Memang aku tak lepaskan peluang. Harus di cobain dong .... Tawakal je supaya tak batuk atau demam selsema ...
Sebenarnya aku tercari-cari penjual kopi ais yang bernama Abang Soleh yang agak terkenal dalam blog di Malaysia ni. Tak jumpa pulak malam tu. Kita tunggu malam esok pulak.
Nigh Market ni beroperasi dari 5.30 petang hingga ke tengah malam. Sila shopping sampai lebam :)
Tips Shopping di Vietnam : Buat kaki shopping sila menginap di hotel sekitar Malaysian Street ni. Memang dekat sangat dengan Ben Thanh Market dan Night Market. Seploh kali shopping seploh kali korang boleh terus simpan barang kat hotel. Kalau tetibo ngantok boleh tidur dulu :) Dekat sangat bahhh !!!!

20 April 2017

MY LOVE TURNS 38


Happy Birthday to My Hot Lover.
Moga makin lanjut usia.
Moga makin dalam imanmu.
Moga makin murah rezekimu.
Moga dirahmati selalu.

Happy 38 years old love.


Happy 13 years old jugak buat anak angkatku Hasra Abbas.
Mama doakan kamu berjaya dunia dan akhirat.
Love from mama

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

13 April 2017

FARREL TURNS TWO

Entri tertunggak.
26.3.2017 yang lepas ... harijadi anak buahku yang comel, Ahmad Farrell. Sekejap je Ahmad Farrell dah 2 tahun. Rasanya baru je timang-timang manja mamalong ni. Sekejap je dah besar. Makin banyak akal.
Adik aku Moon ajak pi celebrate kat Mandy Hadramot, Sunway Pyramid. Nak makan nasi arab katanya.
Happy Birthday Ahmad Farrell. Moga sihat dan gemok selalu.
Excited muka nak potong kek ...
Nasi Arab di Mandy Hadramot. Memang sedap.
Mak Abah yang tercinta
Makan sampai kenyang ye ...
One Happy Family ...
Mama dengan hero & heroin hati ...
Dah sampai Sunway Pyramid, memang tak sah tak singgah ice skating. Merengek-rengek ngan babah dorang. Aku memang malas nak layan. Babah jelah rajin layan.
Nota : Yuran masuk ice skating Sunway Pyramid ialah RM28
Jumpa kawan baru ...
Apapun Mamalong harap, adik Farrell membesar dengan sihat. Menjadi insan yang berguna. I love you. Muahhh!!

7 April 2017

HAPPY FRIEND

Tak terlintas pun nak dapat surprise ni sebenarnya walaunpun dalam hati macam gedik- gedik nak jugak. Tak sangka tahun ni dapat banyak kali pulak surprise.
Abang Kembong pun dah pandai nak surprisekan Akak Kembang :)
Abang Kembong ni bukan jenis romantika de amour pun. Takat manja2 ngan aku bolehlah ... tapi bab nak buat benda kreatip-kreatip memang bukan dia orangnya. So, aku pun tak expect benda-benda sweet ni dari dia. Memang aku dah redha dapat laki tak kreatip. Tak sangka pulak bila dah 38 tahun nilah dia buat surprise. Mana tak tanjat akak. Kunun- kunun pi bank kuar duit (dalam hati berkata mesti nak bg aku duit ... hehehe). Rupanya balik-balik dah sepakat ngan adik badik aku termasuk mak aku nak tanjatkan aku. Dapatlah munga cinta. Selak- selak gak kot2 ada cincin berlian ke sekali Abang Kembong kata cincin lain tahun ... hehehehehe
Sekali dapat surprise lagi yang memang luar jangkaan. Aku hampir terkedu. Terperanjat beruk ... semua adalah. Mana tak tanjat bila dapat surprise dari bff :)
Petang tu Fita wasap aku nak singgah umah mak aku. Macam biasalah kalau Fita nak singgah umah aku ... aku syak mesti dia nak bg something sebab dia ni memang pemurah. Kadang tu aku baru cakap cam rasa demam ... tup-tup nanti dia singgah umah mak aku bagi buah tangan. Fita kalau nak gi keje mesti akan lalu depan umah mak aku. Pasal tu jugak dia selalu jadi runner untuk kami geng copy paste. Rumah mak aku ni jadi transit kalau nak kirim barang kat geng lain. Dan malam beday aku tu .... aku macam biasa tunggulah Fita datang yang aku bajet mesti nak bagi aku makanan sebab harijadi aku kan (perasaan sungguh!).
Aku tunggu sampai dekat pukul 9 malam tak datang-datang. Aku dah standby semangkuk keow teow untuk dia ngan Lily sebab kebetulan laki aku masak keow teow malam tu. Tiba-tiba ada keta masuk kawasan umah mak aku... laki aku terus panggil sebab memang dah pesan kalau Fita datang panggil aku kat dalam masa tu. Aku jenguk gak tapi laki aku kata bukan Fita. Ok! aku masuk balik....dah tu ... adik aku jerit lagi nama aku ... aku malas layan sebab dorang suka main-main. Bila dah berkali-kali panggil akupun keluarlah jugak. Sekali nampak dua orang datang bawak belon dan bouquet coklat. OMG! aku dah cuak tapi sempat capai tudung. Budak tu banyak kali ty ini kak lin ke ... sebab aku pun banyak kali buat muka terperanjat beruk dan konpius ... kekekekeke ... rupanya ini keje bff aku Fita & Lily. Speechless weiiii!!!! ... patutlah sebelum tu dorang tak layan aku kat wasap.
Tengkiu korang. Sayang korang ketat-ketat. Tak pernah terduga dapat surprise camni. Aku akan ingat kenangan manis ni sampai bila-bila.
Terharu sangat kakak tau ...
Thanks jugak kat Mai bagi kek. Nisa bagi beg ngan gelang. Tau-tau je kakak suka kumpul beg comel. Abang Kembong bagi munga coklat. Sayang awak makin ketat :) Dan thanks pada bff Lily & Fita yg berjaya buat hati aku rapuh. Tanjat beruk hokay!
Semalam... dapat roti sosej dari Kak Wanie. Dapat pulak kek dari adik chambering yang baru, Efa. Kenyang aku seharian.
Tetiba dapat pulak bingkisan. Tengok tulisan memang aku kenal sangat. Rindu ko sangat-sangat Tini. Walaupun dok satu daerah tapi macam-macam pulau dan laut kita kena redah untuk jumpa kan ? InsyaAllah ... one day pasti kita akan bertemu. Tengkiu beb ... muah ko ketat-ketat ?
Alaaaa... korang mesti dapat berkoyan-koyan hadiah kan? Takat aku yang baru dapat 4-5 bungkus dah kepochi cam aci kan. Aku sukalah weiii!! Tu pasal aku kepoh dalam blog aku ni. Touching lebih pulak aku kan? Biasalah umur dah meningkat ... hati makin tipis.
Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih pada yang sudi wish ... sudi doakan aku ... sudi belanje aku ... sudi beri aku secebis bahagia terutama buat family aku. Semoga kasih sayang kita akan bertemu di syurga idaman kita nanti. Sayang korang hingga ke syurga ...

6 April 2017

I'M THIRTY EIGHT

Alhamdulillah.
Terima kasih mak dan abah. Tanpa mak dan abah, tiadalah kakak kat dunia ini. Tanpa mak dan abah, tiadalah bahagia buat kakak. Tanpa mak dan abah, tiadalah doa buat kakak. Tanpa mak dan abah, siapalah kakak.
Terima kasih buat babah, kakak & adik. Sentiasa ada disisi Mama ketika susah dan senang. Sentiasa ada didepan mata yang selalu membuat Mama rindu. Sentiasa buat Mama tertawa dan menangis. Sentiasa buat Mama bahagia.
38.
Syukur, masih diizinkan bernafas dan meneruskan kehidupan. Bertuahkan. Ada insan tidak sempat mengecapinya.
Dua tahun lagi 40. 12 tahun lagi 50. Makin berusia. Makin beruban. Makin berkedut. Makin rabun. Makin menggelebeh (sekarang pun dah gelebeh ... huhuhu). Sempatkah?
Di usia ku ini ... hanya ku pohon agar diberikan kesihatan yang baik. Dijauhi penyakit yang berbahaya. Dimurahkan rezeki. Bahagia dunia dan akhirat. Tenang jiwa dan raga.
Munga cinta dari sang suami. Terima kasih atas kejutan.
Pada mak, abah, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai yang dikenali mahupun tidak dikenali ... terima kasih atas ucapan dan doa. Tiada balasan dapat saya balas melainkan mendoakan anda semua berada di bawah lindungan Allah Taala.
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

4 April 2017

SHELL OUT GADING 79

Mini Reunion budak-budak Gading tahun 79.
Memasing tak sabar nak tunggu reunion kami bulan 5 nanti, maka memasing ajak ber 'shell out' dulu kat kedai kawan kami jugak.
Kebanyakkan geng sekolah aku, tinggal di kawasan Sungai Buloh jugak. Semua setia dengan Sungai Buloh tercinta. Ada gak yang duduk jauh sanggup datang join.
Kami ber 'shell out' di kedai kawan sekolah kami jugak, Azrai a.k.a Barai di Restoran Pishang Emas. Nak support bisnes kawan-kawan gak kan ...
Barai siap sediakan khemah khas buat budak-budak Gading 79.
Inilah Mael dan isterinya Anjer selaku ketua rombongan aktiviti 'shell out' kami.
Rasa glamerlah si Mael tu dikelilingi bekas gadis-gadis hot satu ketika dahulu  :mrgreen:
Mas jugak salah sorang orang kuat aktiviti 'shell out' kami. Teringat masa sekolah dulu balik kampung Mas kat Tanjung Karang. Punyalah jakun tengok sawah padi ... hehehehe ...
Biasalah ... Geng Copy Paste yang takleh berenggang ...
Jangan marah GCP yang lain, kami ada ahli baru ... kekekeke ...
Ismaria, sahabat aku dari sekolah rendah lagi. Memang dari sekolah aku suka menyelit ngan dia sebab takut orang buli ... hehehehe ...
Musliha pun kawan aku dari sekolah rendah sampai ke hari ni ...
Gambaq ngan perantin ... hehehe ...
Wanita-wanita yang pernah hot kat Gading satu ketika dahulu ... hahahaha ... tipu jer ...
Jom makan! Aku pilih 'shell out' Set A berharga RM35. Cukup untuk makan 2 orang yang kuat makan cam Akak Kembang & Abang Kembong ...
Antara family Gading 79 yang join 'shell out' di Pishang Emas :)
Para Suami bergabung ngan budak Gading 79
Yang bertopi coklat tulah tokey Restoran Pishang Emas. Terima kasih Barai sudi layan kerenah kami yang giler-giler remaja. Pada sesiapa yang sedang tercari-cari Shell Out di Sungai Buloh dengan harga yang berpatutan bolehlah ke Restoran Pishangg Emas.
Alamat Restoran Pishangg Emas :-
No. 9G, Dataran Putri
Jalan Aman Damai  H U17/M                                                              
Seksyen U17, Aman Putri                                                                        
40160 Shah Alam                                                                              
Selangor Darul Ehsan
Azrai : 019 2141662
Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube