9 March 2014

Bercuti di Ho Chi Minh 2014 (Part 4)

Biasalah 'akak yang selalu terkesan ni'...berkurun nak siapkan entri....mari sambung Percutian Akak Yang Selalu Terkesan Ke Ho Chi Minh ek.....
Hari Kedua di Ho Chi Minh (1 Mac 2014)
Nasib baik sarapan pagi di Hotel Kingston adalah Halal. Memang ada bawak roti, maggi untuk makanan sampingan...saje je standby untuk geng lelaki. Dorang kan rajin tolong angkat barang-barang kami....kasi pawlah dengan makanan tambahan.....
Kami kena tunggu group kedua pulak yang bakal tiba jam 12.00 tengahari lebih kurang. Sambil tunggu group kedua kami sambung membeli belah di Ben Thanh Market lagik :)
Sebenarnya aku ada siapkan itinerary selama 3 hari di Ho Chi Minh. Tapi tak ikut sangat pun sebab kamikan dipecahkan kepada 2 group.
Sepanjang berada 3 hari di Vietnam, kami asyik berulang je ke Ben Thanh Market. Hehehehehe....
Memang macam-macam jenis kacang ada di jual di Ben Thanh Market ni...tapi aku tak membeli pun sebab tak terlintas nak membeli. Asyik sibuk beli kain baju jek...sampai Malaysia baru teringat...takde satu makanan Vietnam pun bawak balik...
Dah puas tawaf dari hari pertama di Ben Thanh Market ni...barulah terjumpa kedai kain cotton murah seperti yang di rekomenkan oleh Kak Siti. Beria-ia kami berwhatsapp malam sebelum pergi tu. Macam-macam barang ditunjuk oleh Kak Siti hasil borongannya beberapa bulan yang lepas.
Nasib baik aku masih belum borong banyak kain cotton. Aku dahulukan pesanan penaja. Memang sebelum itu, kain cotton paling murah yang kami dapat adalah RM25. Bila dah jumpa kedai kain cotton termurah ni, saya terus tanya "Siapa Lyn"? Comel je orangnya. Dan paling menarik, Lyn fasih berbahasa Melayu. Senang nak citer.
Dan aku mula rambang mata. Semuanya lawa-lawa. Ada English Cotton, Japanese Cotton, Viskos. Bermula dari RM23-RM40 mengikut jenis kain.
Kalau korang nak cari kain baju melayu, kain satin dan sutera Vietnam...boleh pergi kedai awek seksi yang tengah sengih atas ni. Kebanyakkan peniaga-peniaga wanita di sini memang berbaju seksi. Salah satu sebab mungkin faktor cuaca yang panas ataupun sengaja untuk menarik peminat pembeli. Kain satin yang sangat lembut cuma RM7 semeter. Sesuai untuk lining baju, buat baju kurung dan melayu pun memang sesuai. Kain cotton shining untuk baju melayu jugak murah. Semeter cuma RM8 jek. Sutera Vietnam pulak sepasang (3.5 meter bidang 60") suma RM45 jek. Tak taulah kalau ada yang dapat murah lagi.
Korang...kalau nak beli kemeja kerja untuk husband/abang/adik/pakwe ke...sila beli kedai makcik yang jeling-jeling tu. Serius murah. Kemeja lengan panjang Cap Polo cuma berharga RM17 sahaja. Itupun korang kenalah ikut tips aku.
Tips untuk minta tawar : Pura-pura tanya harga. Dorang mesti letak harga tinggi dulu. Pastu, pegang-pegang tangan dorang (sesama jantina je ek). Korang mintaklah harga yang korang nak. Kalau tak bagi pura-pura jalan pelan-pelan. Nescaya, dorang akan panggil korang balik. Tapi still tak bagi harga yang korang nak. Blah terus....lepas tu baru dorang panggil lagi dan akan dapat harga yang korang nak. Simple kan :)
Kedai jual cenderahati/souvenir ni dekat 3-4 kali kami serbu. Memang kami kesuntukkan masa untuk tinjau-tinjau kedai lain untuk perbandingan harga. Untuk mengelakkan masa terbuang, tu yang 3-4 kali kami ke kedai amoi ni. Amoi ni aku panggil 'em' (adik). Suka sangat dia bila aku panggil dia dalam bahasa Vietnam. Amoi ni pun pandai cakap Melayu. fasih kalahkan orang Cina @ India yang duduk bertahun di Malaysia. Amoi ni baik hati. Senyum jek. Selagi boleh aku mintak tawar. Ada satu ketika, dia masih berkira-kira, aku dah siap-siap masukkan barang-barang dalam beg plastik dan bagi je dia duit ikut yang aku tawar. Hehehehehehe...taktik aku menjadi. Tupun bernasib baik sebab dapat peniaga yang baik.
Korangggg....seriusssss.....aku lebih suka beli je terutama kain cotton/souvenir/kot kat Ben Thanh Market ni berbanding nak tunggu Night Market Ben Thanh. Serius lebih banyak pilihan dan cecantik.
Dah habis shopping, mari pulang ke pangkal jalan :)

with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

8 March 2014

Bercuti di Ho Chi Minh 2014 (Part 3)

Inilah untungnya jika mendapat rakan-rakan sepejabat yang satu kepala. Kaki gelak, kaki gurau, kaki jalan, kaki shopping...hehehehehe...Dan paling best bila dapat bos yang sporting morting. Jenis tak kisah follow je kaum Hawa ni yang sakan shopping.
Saigon Square
Habis tawaf Ben Thanh Market, kami nak cari Taka Plaza dan Saigon Square. Dah siap print map, tapi tak reti jugak. Sudahnya, kami tanya peniaga-peniaga tepi jalanan. Dah jauh jalan tak nampak gak Taka Plaza. Yang dah nampak Saigon Square. Sudahnya jugak, kami abaikan pencarian kami untuk ke Taka Plaza dan kami terus ke Saigon Square.
Inilah Saigon Square. Disini hanya matawang Dong dan USD sahaja digunakan untuk urusan jual beli. Ringgit Malaysia bolayan ye. Kebanyakkan barangan di Saigon Square ni ialah baju wanita, baju lelaki, beg gred AAA dan macam-macam lagilah. Sediakan dong atau USD saje.
Ben Thanh Nightmarket/Pasar Malam Ben Thanh
Habis tawaf Saigon Square, kami selusuri pulak Ben Thanh Nightmarket. Dibuka dari jam 7.00 malam - 12.00 tengah malam. Lokasi Ben Thanh Nightmarket terletak di kiri kanan jalan Benh Thanh Market. Jangan terkejut bila korang jumpa lagi peniaga yang kat dalam Ben Thanh Market. Aku pun tak perasan sebenarnya sampai sorang amoi ni dok sapa aku.
"Uittt...uitt....." camtulah dia sapa aku. Rupa-rupanya dia cam aku lagi. Masakan tidak...dah berdolar-dolar duit kengkawan aku labur kat kedai dia siang tadi.
Muka-muka yang tak pernah capek :)
Lihat! Betapa sportingnya bos kami. Dengan tak tukar baju baru balik dari court pagi tadi...terus follow kami....sampai orang ingat, bos kami pi attend client kat Vietnam (*__*)
Sepanjang 3 hari di Ho Chi Minh, dapatlah 2 kali kami ke Ben Thanh Nighmarket. Malam pertama saja jalan-jalan dulu. Malam kedua baru beli-beli apa yang patut. Untungnya pergi ngan orang lelaki....boleh bantu kami kaum Hawa ni. Asal barang berat je...suruh dia bawakkan. hehehehe...
Dan aku takdelah shopping sangat kat Ben Thanh Nightmarket ni sebab dah menghabis duit kat area 'Malaysia Street'. Cuma aku teruja sangat nak cari kedai seluar jeans Lyna seperti yang disyorkan oleh Bro Mazidul Akmal. Katanya seluar jeans berjenama di kedai Lyna sangat berkualiti dan murah.
Disebabkan memasing sudah kepenatan lalu tiada gambar pun bersama Lyna, tokei kedai Jeans di Ben Thanh Nightmarket. Aku sempat sambar 2 helai seluar jeans Levi's buat suami tercinta. Dah tu menyesal tak sudah sebab tak beli untuk diri sendiri. Jeans yang aku beli pun adalah pada tahun 2011 di Toko 3, Bandung. Memang murah sangat jeans di kedai Lyna ni, suami pun puas hati. Harga jeans adalah mengikut kualiti kain jeans itu sendiri. Ada yang berharga RM45, RM65 dan sebagainya mengikut kualiti. Ada diskaun lagi...Jangan risau...kedai Lyna gunakan matawang Ringgit Malaysia, USD & Dong jugak....
Anda inginkan diskaun dari Lyna? Nanti aku bagitau caranya.....

7 March 2014

Bercuti di Ho Chi Minh 2014 (Part 2)

Hari Pertama, 28 Feb 2014
Ben Thanh Market
Aku kagum dengan penduduk Vietnam. Mereka begitu menjaga keterampilan semasa menunggang motorsikal. Semua bertutup. Tutup mulut dengan topeng mulut dan yang perempuan pulak kalau pakai skirt siap ada kain penutup di bahagian kaki lagi. Takut hitam kot. Tapi dari pandangan aku...orang Vietnam ni takde yang cun dan hensem sangat-sangat.
Sebelum berangkat ke Ho Chi Minh, aku ada buat beberapa research ngan blogger-blogger yang pernah ke Ho Chi Minh. Sebenarnya, macam-macam tempat menarik yang kita boleh pi especially tempat-tempat shopping yang di suggestkan....Tapi bila sampai sana...terpinga-pinga mana satu nak dituju. Maklumlah....masing-masing belum pernah ke sana. Aku memang dah siap print map lokasi yang wajib terjah tapi akhirnya kami main redah jek.
First sekali, kami dengan tidak sabar-sabar nak terjah Ben Thanh Market yang terletak 5 minit je dari hotel kami (Hotel Kingston).
Nampak bangunan di tengah-tengah tu? Itulah Ben Thanh Market...Taksub wayar eletrik di Ho Chi Minh, bersimpul-simpul...macamanalah agaknya technician dorang settlekan....Kat Malaysia mana ada kot....
Seram nengok wayar berbelit tu ...
Nak melintas jalan pun memang mencabar minda. Orang Vietnam ni jenis main langgar lampu merah jek. Pepandailah kita nak lintas jalan dalam keadaan yang kelam kelibut tu. Lagi satu...dorang ni suka main hon macam kat Indonesia plak. Kalau kat Malaysia, memang kena baling batulah korang.
Tips nak melintas jalan di Ho Chi Minh City, korang jangan takut-takut nak melintas. Jalan je terus. Tak payah nak toleh-toleh kat dorang tu...lintas dengan cecepat. Dorang automatik akan memperlahankan kenderaan dorang. Paling dasyat pun korang kena hon jek. InsyaAllah...selamat.
Aku tengah menghafal matawang USD & Dong. Money!Money! bakal melayang.....
Sebelum shopping, banding-bandingkan antara duit Malaysia, duit Vietnam dan duit USD. Aku cuma tukar duit USD je. Masa aku tukar, nilai USD1 = RM3.29. Selebihnya duit Aku tak tukar duit Dong sebab last day nak pergi tu..aku pi merata money changer sekitar Bukit Bintang...semua duit VND habis. Agaknya ramai orang nak pi Vietnam masa tu....
Tukaran matawang Dong ke Ringgit pada tahun 2014. Masa ni 1 juta Dong bersamaan RM164.00
List pertukaran wang ini aku buat sendiri berpandukan matawang terkini (Mac 2014).Jenuh jugak nak membanding jenis matawang USD dan Dong ni. Tapi jangan risau....dorang terima matawang Ringgit Malaysia.
Kami masuk dari pintu mana satu pun tak pasti. Rupanya ada banyak pintu masuk ke Ben Thanh Market ni.
'Abang Long' sorang tu diwajibkan follow kemana kami nak pergi sepanjang berada di Vietnam. Ngeh!Ngeh! Bos dah bagi tugas itu padanya setiap kali kami melancong. Sebab badan dia macam bonzer kan....kot-kotlah ada orang kacau kami...'Abang Long' boleh tolong...hehehehe....
Pemandangan dalam Ben Thanh Market. Memang besar tempatnya. Ada macam-macam dijual. Kain Cotton, Sutera Vietnam, Baju Kot, Kain bersulam, kasut, cadar, souvinier dan macam-macam lagilah.Hari pertama, aku cuma survey-survey dulu....member-member yang lain ada gak yang dah start pulun shopping.
Tapi aku tak boleh tahan bila lalu satu kedai ni ternampak prada lace warna Emerald Green. Tanpa berfikir panjang aku dah jumpa apa yang aku cari. Terus sambar ngan amoi Vietnam ni.
Aku dapat semeter prada lace ni USD15 (RM50). Aku tak taulah murah sangat ke...mahal ke..sebab setahu aku kat KL...harga prada lace mencecah ratusan ringgit....Mula-mula aku beli untuk diri sendiri je...bila balik hotel saje whatsapp tayang ngan adik beradik. Semua pakat nak jugak....melayang RM200 lagi.....
Pengalaman pertama berjual beli dengan orang Vietnam. Kelakar beb. Bahasa Inggeris akupun so-so jek. Sekali cakap english + melayu. Wakakakakakaka!! Tapi jangan risau...orang Vietnam ni boleh cakap Melayu dan Inggeris dalam keadaan yang tak berapa fasih sangat...Korang bedal je...kalau tak faham juga nanti dorang tunjuk kalkulator...hehehehehe...
Nasiblah orang lelaki kan...kalau follow orang perempuan shopping...tapi kedai amoi Vietnam ni ada sediakan buah-buahan. Sambil shopping boleh makan free lagi....lagipun dorang ni kena tunggu kami sebab bos dah pesan, jalan sama-sama....
Amoi ni ada banyak kedai. Sebelah kedai dia, kedai kain untuk buat blazer, kot, baju melayu, blaus, kemeja...dia punya gak. Murahlah berbanding di Malaysia. Siap 24 jam jek. Siap hantar dan fitting kat hotel lagi.  Kebetulan kami jumpa sorang brother dari Malaysia yang tengah tempah blazer. Dialah yang rekomenkan pada kami kedai tu. Aku tak tempah apa pun, kalau laki aku ikut boleh gak suruh dia tempah seluar kerja. Aku teman pak lelaki-lelaki ni plak tempah baju dorang.
Satu keistismewaan peniaga di Ho Chi Minh ni, dorang akan sediakan kerusi untuk pembeli duduk. Memang bagus strategi dorang, takdelah penat kami berdirikan. Kalau dapat kerusi tu lagi luaslah kuasa nak membelikan...hehehehe...
adegan tawar-menawar....untung besar amoi Vietnam....
Harus semuanya cantik belaka prada lace ni...yang paling kelakar..ada ke abang Suhairi kata aku beli prada lace ni nak buat lapik meja....Kah!Kah!....lawakkk derrr!!!
Aku ni kalau dah berkenan kat kain tu, terus kasi potong jek. Takdelah nak belek sana belek sini. Itu salah satu tips aku bershopping. Kita pergikan satu kumpulan. Masa sangat terhad. Kesian plak yang lain kena tunggu lama nanti. Sambil member-member yang lain memborong di kedai amoi tadi, aku ke kedai bersebelahan pulak. OMG! ternampak kain lace pulak :) Terus tanya berapa harga? Aku tanya dalam USD sebab tu je wang yang aku ada..mula-mula amoi ni kata semeter USD10 (RM33)...mak aiiii....mahalnyer...kat Bandung dulu murah je....Disebabkan ada warna Emerald Green, aku tabahkan hati untuk dimaki. Selamber je aku mintak tawar USD5 (RM16).
Sesi ngorat awek aka adik tokei kedai. Saje mengusik si Khairul yang masih bujang trang tang tang! Minah Vietnam ni pun dah macam syok ngan Khairul...hehehehe...Menurut minah Vietnam ni kalau nak kahwin dengan wanita Vietnam setakat 2-3 juta VND tak mainlah...mak dia pun tak setuju. Agak-agaknya berapalah kos nak meminang awek Vietnam kan?
Kan sini kena pandai tawae menawar. Sedap je minah ni tak layan aku. "No!No!" kata amoi tu. "It's ok!".aku nak blah nih.....maka terjadilah adegan tawar menawar yang havoc. Dah uturn balik pun dia still tak bagi harga yang aku nak tu. Ok beb! Gua chow! Kekekekekeke...taktik yang sangat berkesan. Amoi tu panggil balik...dan dapat harga yang aku nak. Kalau korang nak tau...memang dorang akan bagi harga yang kita mintak tapi.....sambil potong kain sambil membebel-bebel dalam bahasa doranglah. Ingat aku tak faham (memang tak faham pun) tapi aku taulah dia membebel sebab aku mintak turun harga. Kekekekekeke....ada aku kisah...janji aku dapat kain dengan harga yang aku nak. Lepas aku beli...Aisyah dan Saiy pun terjebak. Hah! kan aku dah kata...aku ni bawak rezeki kat ko lah amoi....barulah si amoi tu senyum-senyum. Masyukkkk!!!
Giler beb! Dekat 3-4 kali kami singgah kedai amoi kain lace ni sepanjang 3 hari kat Ho Chi Minh. Member aku Saiy dan Aisyah beli kain lace paling banyak kot. Aku beli 3 pasang kain lace je. Simpan untuk masa hadapan :)
Singgah pulak kedai kain jubah. Berhadapan depan kedai tempah blazer tu je. Tak banyak kedai yang kami terjah. Apa yang nampak tu je kami redah. Tips shopping aku, kalau dah jumpa yang berkenan di hati sambar je. Tak perlu fikir panjang-panjang. Tempah jubah + kain cuma RM130 sepasang. Kalau kurung moden + kain cuma RM100. Murahkan? Tapi aku tak tempah pun sebab aku tak berapa gemar pakai jubah. Pakaipun bulan puasa je. Aku cuma beli kain chiffon yang bermanik-manik. Baju + lining cuma RM45.
Amoi nilah tokei kain chiffon labuci. Dorang ni kekadang nampak je muka ketat tapi ok je. Takdepun adegan tarik menarik. Aku yang tarik tangan dorang mintak diskaun adalaaaa.....hehehehe...Aku ni jenis havoc jugak kalau mintak diskau. Seboleh-bolehnya nak yang paling murah.
ooooo....inilah mercu tanda petunjuk nak ke Ben Thanh Market. Patutlah tak jumpa sebab kami ikut pintu belakang. Pasar Ben Thanh ni ada 4 pintu utama. Pintu Utara, Pintu Timur, Pintu Selatan & Pintu Barat.
Kalau sesat boleh tengok map Ben Thanh Market ni.
Lebih kurang jam 4.30 petang, kami terpaksa pulang ke hotel untuk menyambut ketibaan bos :) Bos kami ada kes di Mahkamah pagi tu...thats why dia naik flight petang. Sambil tunggu kami berehat dan solat dulu. Lepas bos sampai, kami pi balik Ben Thanh Market. Tengah-tengah jalan tu...kami disapa dengan sorang pakcik ni. Pandai cakap melayu. Rupanya pakcik ni melayu champa. Pakcik Haji Halim namanya. Dan paling menarik, rupa-rupanya Pakcik Halim nilah tokei kedai makan Halal Champa Muslim yang telah direkomenkan oleh KC Ella. Malangnya menurut Pakcik Halim, kedai makan tersebut telah ditutup akibat kos sewa yang terlalu mahal.
Pakcik Halim juga menawarkan pakej untuk ke Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel. Tu yang kami bincang kemain lama depan kedai kain dan baju kurung kepunyaan dia dan anaknya Kak Linda.
Bangunan-bangunan di Ho Chi Minh City semuanya berbentuk panjang dan kecil. Menurut Pakcik Halim lagi, sewa untuk satu lot kedai di Ho Chi Minh mencecah RM10,000 sebulan. Mahal kot? Patutlah beliau terpaksa menutup kedai makannya. Mungkin tak balik modal. Yelaaa...harapkan pelancong islam terutamanya orang Malaysia je makan kat kedai Halal dorang. Orang Vietnam mana masuk kedai-kedai Halal ni.
bersambung ...

6 March 2014

Bercuti di Ho Chi Minh 2014 (Part 1)

Assalamualaikum. Masih terasa lagi kepenatan namun harus mengagahkan tangan ini untuk terus menulis.Terima kasih juga atas ucapan ulangtahun perkahwinan aku semalam.
Alhamdulillah pada 28 Feb, 1 & 2 Mac 2014 yang lepas, trip kami ke Vietnam ataupun Ho Chi Minh telah selamat pergi dan pulang tanpa sebarang insiden yang tidak elok. Untuk pengetahuan, ini adalah trip department opis aku bukan trip seluruh opis tau. Mesti ada orang yang akan salah faham, sebab kenapa asyik kami je yang gi jenjalan...orang lain dalam opis yang sama tak pergi pon. Untuk pencerahan, amalan ini telah diamalkan sejak 4 tahun yang lepas. Alhamdulillah, bekas bos aku (Y.A Abu Bakar Jais) dan bos (head of CMLT department) sekarang adalah seorang yang perihatin terhadap staff-staffnya (buat masa nila..hehehe). Mungkin ini cara dia untuk menghargai kami. Dengan sokongan padu bos paling besar, setiap tahun kami dilepaskan untuk bercuti mengikut bajet bos kami. Syukur. Mungkin rezeki kami buat masa ini.
Dan seperti biasa-biasa, pemergian kami memang tersimpan rapi tanpa pengetahuan staff lain. Bukan apa, tidak mahu ada yang rasa kecil hati dan kami juga tidak mahu berasa tidak senang hati sebab asyik kami jeeee yang jenjalan. Tapikan....selama manapun rahsia disimpan, ianya akan terbongkar jugak. Takpelah...kami redha. Siapa yang kenal rapat dengan aku, pasti dorang tahu sikap aku macamana. So, dorang tak boleh marah kenapa aku tak bagitau dorang. Lagipun nanti korang kirimmmm.....hehehehehe...Tapi bila semua dah tahu menjelang pemergian kami, biarlah tahu semua. Redhakan aje :)
Trip ke Ho Chi Minh ini telah dirancang dari Ogos 2013 lagi. Bila bos (Encik Helmi) suarakan tahun depan nak kemana? Masing-masing sibuk nak ke Ho Chi Minh pulak. Frust...sebab masa di Beijing tahun lepas tak banyak tempat shopping....
Kami menempah tiket dengan MAS Airline. Tempah seawal bulan Ogos 2014 dengan harga RM556 seorang.
Kami berlepas satu group dulu sebab bos tak bagi biar department kami kosong. Group pertama seramai 7 orang sebenarnya tapi memandangkan Nisa tidak dapat pergi sebab ada masalah peribadi, tinggal 6 orang. Bos (En Helmi) pulak sampai hari sama dengan kami cuma waktu berlainan sebab ada court caseGroup kedua akan berlepas keesokan harinya pulak (Sabtu) seramai 2 orang.
Seawal 5.30 pagi, kami berkumpul di KL Sentral untuk menaik ERL Ekpress. 2 kali perjalanan berharga RM70.00 memakan masa cuma 28 minit sahaja. Memang mudah dengan menaiki ERL Ekpress. Kita boleh check in beg terus. Tau-tau...beg dah ada dalam kargo flight.
Usai solat Subuh, kami breakfast terlebih dahulu. Flight kami pukul 9.05 pagi dan dijangka sampai jam 10.00 pagi. Fuhhh!!!!nervous nak naik flight....hehehehehe...
Perjalanan ke Ho Chi Minh mengambil masa 1 jam lebih. Tak sempat habispun tengok movie....
Sampai sahaja di  Tan Son Nhat Airport, lega rasanya. Alhamdulillah..sampai jugak kami di Ho Chi Minh.
Kami kesana tidak menggunakan tour guide. Berpandukan google dan research yang tak sampai sebulan...kami tawakal je. Redah sendiri jelah...
Memang ramai gila ketika pemeriksaan imegresen. Hampir 1 jam kami di situ. Bila dah selesai semuanya, lihat orang kat luar airport tu punyalah ramai. Perasan macam artis plak...hehehehhe...
Kami pun melilau-lilau mencari teksi. Cari punya cari...sorang mamat yang yang berbaju putih memperkenalkan diri sebagai driver teksi. Pada mulanya aku takut gak, maklumlah kali ini aku diberi tugas sebagai leader. Aku pesan ngan kawan-kawan supaya cari teksi Vinasun atau Saigon Air. Aku dah selidik dan tanya kawan-kawan yang pernah ke Ho Chi Minh. Selepas mamat tu tunjukkan kad teksi dia, baru percaya sikitlah. Kami disuruh naik macam van. Pelik gak kenapa takde tulisan Vinasun tapi kawan-kawan aku semua macam yakin je. Aku pun follow jelah...
Lepas kami masuk dalam van, mamat ni suruh bayar dulu. Sudah!!!kami aku mula cuak. Tapi dah naik kenalah bayar. Silap haribulan kena makilah pulak kami...Agaknya dia tau kami takut kena kelentong dia tinggalkan kad dia. Kena bayar 780,000 VND. Aku rasa memang mahal sorang dalam RM21.00. Tapi dah terlanjak..nak berundur pun tiada gunanya.
Perjalanan ke hotel mengambil masa 40 minit. Masing-masing teruja sebab majoriti disana menggunakan motorsikal. Kereta boleh dikira dengan jari.
Nota : Kepada pengomen paling mesra, paling havoc dan paling popular bulan Mac & April akan dapat saguhati comel dari kite :)