29 June 2010

i CITY SHAH ALAM

Korang pernah tengok bandar cahaya lampu?Hah...ni aku nak syorkan korang pi i-city kat Shah Alam..alaa...belakang pintu UITM Shah Alam...senang jek nak cari...tempat ni glamer sekarang..aku pun tak tau pd mulanya...ni gara2 adik2 aku dah plah..aku jeles..terus merengek ngan Encik Suami..nak pegi gak..Sekali tu dalam Facebook..ramai gak kengkawan dah pegi i-city...tempat ni sesuai untuk aktiviti seisi keluarga...tu untuk yang dah berkeluarga..tapi untuk yang belum berkeluarga...leh gak bawak pakwe2..makwe2..tapi kat situ cuaca panaslah skit walalupun malam...yelah...dah disirami cahaya bergemerlapan kan...so, maner aweks2 yg byk songeh tu lebih baik jgn bawak ler...Tempat ni memang happening...jejak jek kaki kat situ korang akan teruja...sangat cantik dengan lampu yang beraneka ruper...aku cari gak lampu2 tu kat kedai2 yang aku pernah pi survey untuk umah aku kan...tapi takder...kot kalau ader...nak gak aku letak kat laman aku yang sekangkang kera tu....kikikikikiki....
Cantik tak? Cantik kan....berapa pulak kos letrik yang kerajaan tanggungkan? Sib baik FOC jek masuk situ..aku rase tak lama lagi kena bayar kot..pasal bil letrik melambong...kikikikiki....so, sebelum terlambat baik korang pergi..

8 June 2010

KUNCI RUMAH

Alhamdulillah...impian untuk memiliki rumah baru tercapai jugak. Selama ni selagi tak dapat kunci tu aku rasakan macam bukan rumah sendiri. Ni...bila dah dpt kunci rumah siang malam termimpi2..tak sabar nak duduk rumah baru. Lepas ni bermulalah episod pening kepala aku. Mana nak pikir nak pasang grill rumah, nak buat kicthen cabinet, nak buat plaster siling, nak beli perabot, nak beli alat elektrik. Al maklumlah...selama 10 tahun usia perkahwinan kami..aku tinggal bersama keluargaku. Raser macam baru kahwinlah pulak...semua nak kena beli. Pelan2 kayuh....hehehehe...
Sebenarnya aku dah postkan beberapa gambar rumah baru aku tu kat Facebook tapi ada beberapa "silent reader" yang takder facebook. Atas permintaan mereka aku letak gaklah gambar rumah baru ni. Bukan nak menunjuk2 (pinjam kater2 shida sahabat bloggerku yg baru..yg juga bakal jiranku...tak sangka kitaorang akan berjiran). Betul jugak kater Shida tu..kadang-kadang kiter ni suker2 jek tempel gambar2 tapi ada orang yang tak senang duduk...jeles tak tentu pasal. Bagi aku..aku suker tengok..jadikan pengalaman hidup.
So, teng...teng...inilah Rumah aku......
Hah! ingat tau no umah aku 20...
Welcome........jemput masuk...tapi orang takder....kikikiki...
Ini ruang dapur...erm...dapat ker dapur impian aku nikan....takder orang nak tlg sponser ke?
teng!teng! kat sinilah tempat aku ngan Encik Suami akan beradu nanti..Ingat nak wat tema merah putih. Cantik tak?
Yang ni plak bilik Baby ngan Adik...dorang dah demand nak makeup bilik masing2
Eh! Encik Suami ni..rajinnyer cangkul...ker eksyen jek...kikiki....
Ni..gambar dr sudut bwh ke atas...hehehe...umah aku dr atas leh tgk bwh..sok2 kalau maleh trn tangga lompat jek dr situ...
tak payah susah2 beli frame...ni kat tepi tangga

Oklah...guys...jangan risau...nnt bila semuanya dah sempurna...aku akan buat kenduri rumah baru...

2 May 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Last Part)

Hari Keenam (19.1.2010) Jakarta/Malaysia
Sekejap je rasanya berada 6 hari disini. Tak sabar nak pulang rasanya. Rindu nasi lemak...rindu roti canai...
Flight kami petang. Ada masa untuk berlibur lagi. Pak Tatang bawa kami meronda sekitar bandar Jakarta. Kalau korang nak tahu, Jakarta ni lebih kurang Kuala Lumpur jek. Sana sini macet. Pak Tatang bawa kami ke mercu tanda Indonesia, Monas. Jangan main-main, ada emas tau kat atas tu....
Kalau nak amik gambar macamni...bersepah jurufoto standby....
Kemudian kami dibawa singgah ke Masjid Istiqlal di Jakarta.
Kemain sihat pulak adik aku ni bila nak balik Malaysia ...
Bergaya ngan beg baru ...
Terasa sedih pulak ingin meninggalkan Pak Tatang yang budiman. Segala kenangan manis akan tersemat sampai bila-bila. Kami sedekahkan semua lebihan duit rupiah pada Pak Tatang....buat belanja...suka dia. Harap-harap ada rezeki berjumpalah lagi kita.
Sedikit Tips Jika Mahu Berlibur di Bandung dan Jakarta :-
- Sila abaikan pengamen di sana kerana jika seorang korang bagi...maka makin menderu-deru pengamen yang lain datang nanti.
- Jika mahu beli barang, jangan sesekali kita tidak jadi beli jika sudah ditawar banyak kali. Dorang ni ada hati & perasaan. Dah tawar-tawar tak mahu beli...mahu meroyan dorang. Beli & Tawar jika betul-betul nak beli.
- Tidak perlu bawa banyak baju jika ke sana. Beli je disana. Murah dan jimat ruang.
- Jangan tukar duit rupiah di sana. Mahal. Tidak berbaloi. Lebih baik tukar di Malaysia je.

1 May 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 7)

Hari kelima (18.1.2010) Jakarta
Hari kedua di Jakarta, Pak Tatang membawa kami ke Tanah Abang. Aku bayangkan Tanah Abang ni macam tanah lapang. Rupa-rupanya pusat membeli belah. Lebih kurang macam Pasar Baru Bandung cuma di Tanah Abang lebih tersusun dan berkualiti. Mood shopping dah semakin kureng sebab ongkosnya pun dah menipis...hehehehe...Aku mula mencari kiriman Kak Fieda dan Tini. Dorang nak beg tangan. Aku memang lemah sikit bila nak pilih barang orang ni...fobia...takut tak kena citarasa plak. Balqis plak dah merengek-rengek dah beg beroda. Memang berbaloi dan murah sangat kat Tanah Abang tu. Aku tak lama pun kat Tanah Abang. Risaukan adik Moon yang tinggal sensorang kat hotel tu.   
Possing dengan Abah depan Mangga 2
Lepas tu Pak Tatang bawak kami ke Mangga 2. Shopping Mall jugak tapi agak padat dengan manusia. Maklumlah...hari cuti. Memang rasa tak selesa. Ada cerita kelakar ketika di Mangga 2. Kebetulan waktu lunch kami sampai situ...perut pun dah lapar. Kami kalau boleh nak jimat lagi. Suruhlah Pak Tatang carikan kedai makan yang kedai tapi murah. Diapun bawaklah kami ikut pintu belakang Mangga 2 tu...agak jauh jugak kami menapak. Sekali nampak macam satu lorong yang banyak gerai. OMG! dah macam lorong tikus. Pak Tatang kata, disini makanannya murah sekali. Kami dah tergelak-gelak. Nak sangat kedai murahkan!! Apa lagi...angkat kakilah kami. Taknaklah makan situ, sat gi termakan benda terlarang tak balik Malaysialah pulak esoknya. Kami terus makan A & W dalam Mangga 2 tu....selamat dan terjamin sikit.
Kemudian, kami ke Sogo di Kelapa Gading untuk membeli kiriman sepupu di Levi's.
Guess di Jakarta
Masih ada masa berbaki lepas hantar mak dan abah balik ke hotel. Pak Tatang menawarkan diri mahu hantar kami ke Hard Rock Jakarta. Hard Rock Malaysia pun tak pernah jejak....hehehehehe....
Tak membeli pun saja jalan-jalan je ...
Dah penat satu hari berjalan...kami pulang ke hotel. Malam tu kami tak keluar pun. Simpan tenaga untuk pulang ke Malaysia esok :)

30 April 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 6)

Hari Keempat (17.1.2014)
Bandung/Jakarta
Sekejap je dah 4 hari kami berlibur di Bandung. Masanya nak ke Jakarta pulak. Sebelum pulang ke Jakarta, Pak Tatang bawa kami ke Pasar Pagi di Bandung. Katanya, barangannya lebih murah dari Pasar Baru.
Memang besarpun Pasar Pagi Bandung ni. Tapi kami berjaya terokai kesemua kawasan. Macam-macam ada dijual disini. Sama di Pasar Baru.

Kreatif betul dorang ni. Siap warnakan anak-anak ayam ni supaya orang lebih tertarik. Bukan takat ayam je...macam-macam binatang comel ada termasuk anak penyu. 
Siput babi pun dorang siap corakkan ...
Makanan pun macam-macam ada ..
Nampak kereta kuda macam best je ..
Abah pun ajak naik kereta kuda. Penat nak jalan ke van katanya. Pakcik kuda tu bawak kami pusing-pusing. Pestime naik kereta kuda ni...hehehehe....sekali pusing cuma rp30,000 (RM10). Murahkan? 
Sebelum meneruskan perjalanan ke Jakarta, aku suruh Pak Tatang singgah Pasar Baru buat kali ketiganya...hehehehehe...aku sempat tibai kain lace, kain sulam dan telekong budak-budak. Buat bekalan 1-2 tahun punya hari raya...hehehehe...
Dari satu beg bertambah ke tiga beg. Biasalah...simpan setahun duit untuk shopping kat sana....kemudian kami meneruskan perjalanan ke bandar Jakarta. Pergi hujan...balik pun hujan......
Dalam perjalanan ke Jakarta, Pak Tatang bawa kami ke Puncak. Puncak ni tempat peranginan. Lebih kurang Genting Highlandslah...hehehehehe...Memang sejuk dan kabus tebal sangat. Mungkin baru lepas hujan. Selain suasana sejuk dan nyaman, di Puncak juga terdapat sebuah Masjid Air. Tapi kami tak singgah sebab dah petang dan hujan masih lebat.
Puncak
Memang sejuk sangat. Macam kat London plak ... kekekeke ...
Mak ngan Adik Moon tak turun sebab tahan sejuk katanya ...

Tengok belakang kami tu....memang kabus tebal....
Sejuk-sejuk ni...pekena jagung bakar atau ubi bakar memang lumayan sekali. Lagi sedap tauhu bakar...siap ada cili padi lagi....perghhhh!!!!
Qayyum makan jagung tak pandang kiri kanan dah...
lagi pepeling macam kat  Londong...hahahahha....
Lewat petang kami mula turun dari Puncak. Apa yang menarik, sepanjang jalan turun dari Puncak ni, korang akan nampak deretan pengamen-pengamen duduk di tepi jalan sambil mohon sedekah. Kalau macam ni, korang boleh bagi sedekah dari dalam van je. Dorang takkan kejar korang :) 
Kedatangan kami ke Jakarta juga disambut hujan yang lebat. Sebenarnya, kami main redah jek. Tak booking pun mana-mana hotel. Pandai-pandai Pak Tatanglah carikan hotel sederhana buat kami 12 orang tu. Pak Tatang bawa kami ke Hotel Aphine, 3 Bintang. Tapi harga boleh tahanlah jugak. Semalam jek dah Rp1 juta (RM372) untuk deluxe room. 1 bilik boleh muat 4 orang jek. Mana cukup untuk kami 12 orang tu. Entah apa laki aku gebang kat cewek hotel tu...1 bilik lagi kami tidur berenam. Nasib baik katilnya besar bangat dan selesa sangat. Lagi haripun dah nak malam dan hujan lebat..janji dapat merehatkan diri.
Yang adik aku Moon tu pulak makin parah pulak demamnya. Dah makan ubat still tak kebah-kebah. Bila adik sepupu aku bagitau badan adik Moon makin panas dan kencing dah keluar darah pulak. Memang kelam kabutlah kami. Paling risau..mak akulah. Yelah...negara orang pulak tu. Nak pegi klinik ke? Hospital kat mana plak?
Pengalaman Masuk Hospital di Luar Negara
Ok. Relaks. Moral of the story, kalau nak gi oversea kena research Cara Hadapi Kesukaran Di Negara Orang tau. Nasib baik dengan bantuan pihak hotel dan Pak Tatang, kami dibawa ke rumah sakit a.k.a hospital di Jakarta. 

Wow! Rumah Sakit di Jakarta ni ala-ala hospital swasta di Malaysia. Sangat gedek dan luas. Kalau korang biasa nengok sinetron Indonesia yang orang-orang susah kena pi hospital bayar tu ... camtulah bayangannya. Kalau takde wang juta-juta memang tak sampailah hospital. Itulah realitinya disana. Memang servis hospital di sana mahal sekali. Caj konsultan 450,000 rupiah. Caj ubat-ubatan 450,000 rupiah. Dua benda je dah dekat duit Malayisa 300 lebih. Kalau kat Malaysia, taraf hospital swasta je. Habis duit shopping...huhuhuhu....Itupun doktor di sana suruh adik Moon masuk wad lagi. Kalau masuk wad...alamatnya...terus duduk Indon dia...hehehehehe....
Apa yang patut korang tahu di Bandung :
Jangan beli tshirt yang ada tulisan Bandung tu di kaki lima atau ditepi jalan kerana memang harganya murah sedikit tapi kualitinya tak bagus. Lebih baik beli di dalam Pasar Baru. Lebih berkualiti dan harga berpatutan.

29 April 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 5)

Kampung Daun terletak agak jauh jugak dari kota Bandung. Lebih kurang 1 jam lebih kot perjalanan ke sana. Korang bayangkan korang nak ke Cameron Highlands..camtulah jalan ke sana. Sejuk dan nyaman sekali.
Makcik aku yang beria-ia suruh kami singgah ke Kampung Daun. Dia kata makan malam disitu best sekali. Kedatangan kami ke Kampung Daun memang disambut dengan hujan renyai-renyai lagi. Kami sampai agak awal. So, jalan-jalan dan possing-possing jelah.

Jika nak beli souviner boleh cari di sini


Selekehnya kakak Balqis



anak bujang ni memang sibuk dengan PSP dia jer

dengan anak daras

Disebabkan adik Moon kesejukan sebab demam, kami tak jadi nak makan malam di Kampung Daun. Kami putuskan untuk pulang ke hotel jek. Tak merasalah kesedapan gurami bakar di situ. Maybe, next time.