16 November 2016

Travelog : Pasar Baru, Bandung (Part 3)

Hari kedua di Bandung ...
Malam di Bandung terasa panjang sangat. Maklumlah ... tidur awal malam tu kan. Memang lena sampai dua tiga kali bangun ... bilalah nak subuh ni ... hahahahaha ... Selepas breakfast, jam 9.00 pagi dah janji jumpa Mas Iga di parking. Memang tepat waktu Mas Iga sampai.
Tak sabar sebenarnya. Jika ke Bandung wajib singgah Pasar Baru, Bandung. Bersedialah dengan stamina kaki yang kuat dan rupiah yang banyak. Jangan lupa kuatkan iman ye ... hehehehe ...
Pasar Baru, Bandung mempunyai 8 lantai (tingkat) termasuk parking. Pelbagai barangan dijual disini. Dan sila percaya ... sehari suntuk di Pasar Baru tak akan cukup buat kaki shopping macam kami :)
Misi pertama adalah mencari baju untuk mak kami yang jelita. Selagi tak beli selagi tu asyik tanya ... hehehehe ...
Sekarang kan trend jubah dan tudung camni. Memang cantik-cantik. Rambang mata nak pilih mana satu untuk mak kami.
Moon menggayakan busana Indonesia. Dah macam ustazah Murni gayanya ...
Settle baju mak, nak cari kain lace pulak. Ada banyak kedai kain lace di Pasar Baru tapi kami suka ke kedai kain lace Laksmi Textile.
Geram-geram tengok lace kat sini.
Satin pun banyak. Harga memang berpatutan.
Cantiknya Prada Lace. Tapi aku tak beli pun. Tak sesuai cuaca di Malaysia. Very hot!
Sedap betul nengok kuih tu ... tapi tak berani nak beli sebab takut sakit perut. Dah terdedah je kan ... harap maklumlah ...
Tengok kuih perut jadi lapar. Kami terus ke food court Pasar Baru di lantai 7. Masuk je dalam food court tu ... mula jadi bingung sebab lalu dari satu kedai ke kedai sambil semua peniaga berteriak suruh ke kedai masing-masing. Kitaorang  gelak-gelak sambil tak tentu arah mana satu nak makan. Masalahnya ngan pelancong je dorang berteriak cam tu ... kekekeke ... kelakar pun ado ...
Tak tau nak pilih kedai mana satu sebab semua kedai sama je makanannya dan dekorasi lebih kurang sama jer ...
Akhirnya kami pilih kedai yang mula-mula lalu ... Menu untuk berdua tapi boleh makan 4 orang. Harga 95,000 ribu untuk set ini (RM31)
Lepas kenyang, kami teruskan pencarian kami. Nak cari telekong pulak.
Punyalah banyak kedai telekong, kedai sis ni jugak kami terpikat.
Cantik kan telekung ni. Macam-macam pattern telekong kalau di Bandung ni ...
Telekong travel. Wajib beli buat stok ... hehehehe ...
Dah settle untuk diri sendiri, baru boleh cari barang Abang Kembong. Tak tau nak beli apa. Teringat jaket dia yang bertahun tak tukar dan dah koyak pun ... terus cari jaket motor.
Tadaaa ...
Cun tak jaket Abang Kembong. Tapi model tu bukan Abang Kembong ek ... Menyesal beli selai je ...
Tips Shopping di Pasar Baru : Korang boleh start samada dari tingkat atas ataupun dari tingkat bawah sekali. Kami start dari tingkat atas sebab supir dah parking kat tingkat atas. Pastikan korang terus beli jika ternampak barang yang berkenan dihati sebab nanti bila korang pusing-pusing dan cari balik mesti tak jumpa. Tu yang terjadi pada adik Moon. Nampak cadar murah, pastu kata nanti nak balik baru singgah beli. Sekali bila dah nak balik tawaf seploh kali pun still tak jumpa kedai cadar nanti. Kan dah menyesal.

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

14 November 2016

Travelog : Bandung 2016 (Part 2)

Masih hari pertama di Kota Bandung ...
Habis makan siang di Kampung Daun, kami request nak gi Toko Mahmud. Toko Mahmud ni terkenal dengan jualan produk kecantikan dengan harga yang murah. Aku taupun melalui mas google :)
Dah sampai Toko Mahmud. Tak sabar nak borong barang make up ...
Memang ramai orang dalam Toko Mahmud ni. Nak jalan pun selisih bahu. Penuh dengan orang-orang Bandung je. Orang Malaysia hanya aku ngan adik Moon jek. Memang ada macam-macam jenis produk kecantikan pelbagai jenama di jual di Toko Mahmud ni. Harga pun boleh tahanlah ... cuma tak larat nak berpusu-pusu pilih barang. Aku jadi pusing donggg!!
Moon cari barang-barang make up dialah. Make up artistlah katakan ... hehehe ... Aku beli scrub muka dan badan cap Sari Ratu je. Bolehlah dari tak beli apa-apa kan ...
Alamat Toko Mahmud :-
Pasir Kaliki Jl. Mahmud No.8, Pamoyanan, Cicendo, Kota Bandung, Jawa Barat 40218, Indonesia
Waktu perniagaan : 8.00 pagi - 6.00 petang
Seterusnya, kami ke Jalan Riau. Jalan Riau terkenal dengan factory outlet. Tapi kalau tanya aku best ke idak FO Jalan Riau ni? Biasa-biasa jer. Harga pun lebih kurang Malaysia. Kualiti pun biasa jer. Tapi!!!sapa ada anak kecik memang giler sebab baju budak-budak cecantik.
Untuk pengetahuan, Grande di Jalan Dago sudah tutup. Sedih giler kot. Bila tengok FO di Jalan Riau macam tak best, Jalan Dago pun kami pangkah takyah singgah. Terus kami ke Rumah Mode.
Tak banyak pun membeli. Harga baju di Rumah Mode pun agak mahal.
Pastu singgah Collector Parfume depan FO Oasis, Jalan Riau. Nak beli parfume stok 5 tahun ... hahahaha ...
Hambik ko!!! buat stok 5 tahun. Rugi beli yang ori. Sekarang kena jimat cermat ...
Tips : Dah beli banyak botol parfume ni kenalah ada cara nak simpan. Takut pecah pulak botol nanti. Korang kena letak botol perfume ni dalam gulungan baju bagi mengelakkan botol pecah nanti. Letak dalam bagasi tau. 
Selesai parfume ... singgah cari makan malam pulak. Kami decide tapau je untuk dinner ni. Walaupun belum malam, kami nak check in hotel dulu. Nak rehat-rehatkan kaki sebab esok lagi mencabar jalannya ... hahahaha ...
Kali ni kami nak cuba makanan Bandung yang tak pernah kami cuba, jadinya kami cuba Martabak San Francisco yang tengah ngetop di Bandung.
Inilah kiosk Martabak San Francisco. Kiosk yang Mas Iga bawak ni berdekatan Jalan Riau.
Ralit tengok bro ni buat martabak. Di Bandung, dipanggil Martabak Manis. Kalau kat Sungai Buloh kita panggil Apam Balik. Kemain manisnya aku tengok termasuk tukang buat :)
Mesti cuba jika ke Bandung!
Martabak Special Sapi San Francisco. Rangup. Padat. Isi tebal. Harganya pula 115,000 rupiah jer. Agak mahal tapi berbaloi sebab sedap giler.
Siap tapau martabak, kami langsung minta dihantar ke hotel. Tak sabar nak lunjur kaki ni ... hehehehe ...
Fave Hotel Braga Bandung
Rupa-rupanya Fave Hotel ni bersebelahan je ngan Aston Braga (hotel yang pernah aku nginap tahun 2012). Fave Hotel ni bersebelahan dengan shopping mall. Tapi shopping mall biasa-biasa je ...
Fave Hotel Braga, Bandung (Pinjam gambar mas google:))
wahhhhhh!!! pinky kaler gitew ...
Selesa, bersih, kemas. Memadai buat kami berdua ...
Bilik Fave Hotel. Shower ada kat sebelah. Toileteris cuma ada berus gigi jer. Nak lain kena caj.
Selesa sangat walaupun dapat bilik paling hujung. Bila nak tidur kami tak tutup tv pun ... hahahahaha...
Kafeteria untuk breakfast. Dekorasi menarik. Makanan macam biasalah ...
Cool kan?
Bilik spa di Fave Hotel. Balik shopping boleh urut kaki ...
Hasil borongan hari pertama :)
Memang saya rekomenkan Fave Hotel Braga, Bandung ni jika korang ke Bandung. Selesa dan berbaloi. Ada wifi termasuk dalam bilik.
Harga penginapan di Fave Hotel, Braga Bandung untuk 2 malam ialah : -
 938,561.37 rupiah (RM308.50)
bersambung ...

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

9 November 2016

BANDUNG 2016 (Part 1)

Halllooooo!!!
Percutian kali ini cuma aku dan adik kecik, Moon je. Awalnya kunun-kunun nak gi dengan kupu-kupu. Tapi semua ada komitmen lain, maka akhirnya aku ngan Moon jelah yang gi.
Tempah tiket dengan Air Asia awal bulan 9 ritu. Bajet nak gi awal tahun depan tapi Moon tak menyabar pulak. Tu yang tertempah bulan 11 :) Harga tiket pun boleh tahan jugak harganya … nak pergi sangat kan!
Kalau naik AA kenalah naik di KLIA2. Rasa peghrakkkk sikit pestime sampai KLIA2 ... hehehehe. Abang Kembong yang hantar ditemani kakak Balqis. Adik Qayyum tak ikut sebab nanti sedih kot ... hahahaha ...
Flight kami jam 6.40 pagi. Walaupun dah web check in, seawal 4 lebih kami dah sampai di KLIA2. Orang kata pintu gate KLIA2 jauh-jauh. Maka bersedialah dengan kaki yang kuat. Ada juga disediakan buggy ... tapi dia tak layan orang muda mudi cam kami :)
Kos tiket kapal terbang Air Asia ke Bandung ialah :-
Harga tiket [RM325.08] + Insurans [RM30.00] + Beg 30 kg [RM100.00] + Debit fee [RM2.00] = RM457.08 seorang
Waktu berangkat, kami tak add on bagasi pun. Memasing bawak back pack Deuter tu. Aku punya 55l. Moon punya 40l. Cukuplah bubuh persalinan luar dalam untuk 3 hari 2 malam.
Untuk pengetahuan, beg yang dibenarkan dibawa ke dalam kabin pesawat hendaklah berukuran dan tidak melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan beratnya tidak melebihi 7kg.  Tapi bukan kena timbang pun.
Kalau dah bawak beg masuk dalam kabin pesawat, sudah tentu bahan cecair yang melebihi had tidak dibenarkan. Awalnya, aku risau gak. Takkan tak bawak pencuci muka. Takkan tak bawak toner kan. Cecair yang dibenarkan dibawa ke dalam kabin pesawat tidak melebihi 100 ml.
Macam aku beli botol travel size 15ml tu kat Daiso. Pastu tak cukup bekas ... bekas contact lens pun jadi ... hahahaha ... Macamana nak tau semuanya tak lebih 100 ml? Agak-agak je. Macam aku bubuh cuci muka tak penuhpun sebotol 15ml tu. Bubuh setengah pun dah ok. Pastu aku tak bawak pun shampoo ke losyen ke atau sabun badan. Kat hotel mesti disediakan. Cuma skincare wajib bawak. Takut balik sini nanti muka jadi pontianak plak ...
Bila aku upload gamba ni ... ramai ingat aku pi ngan Abang Kembong. Abang Kembong takmau ikut. Nak jaga anak-anak katanya ... hahahaha ... poyosss!
Sayunya hati nak tinggalkan anak-anak. Nasib baik Qayyum tak follow menghantar ke KLIA2. Kalau tak lagi sedih hati aku sebab adik Qayyum manja sikit ngan aku.
Muka-muka yang tak sabar nak sampai Bandung sambil sedih :)
Kami tiba di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung jam 7.50 pagi awal 15 minit dari waktu sebenarnya iaitu jam 8.05 pagi waktu Indonesia yang sejam awal dari Malaysia. Yang bestnya airport Bandung ni ... korang boleh possing ngan kapal terbang sekali :)
Ini merupakan kali ke 4 aku jejak kaki ke Kota Bandung. Last ke Bandung adalah tahun 2011. Aiport Bandung ni taklah besar sangat. Tapi nyaman.
Turun je dari flight, kami menuju ke ruangan imegresen. Sebelum tu korang kena isi borang 'Customs Declaration'. Sebenarnya korang boleh je isi borang tu dari dalam flight. Tapi aku macam sengal-sengal pulak masa stewards tu dok agihkan borang dalam flight. Dah turun baru terkial-kial nak isi borang.
Contoh aku isi borang 'Customs Declaration'. Dah isi borang boleh sambung que  di ruangan imegresen.
Adalah diingatkan! Jangan sesekali korang nak selfie ke wefie ke depan imegresen tu. Tak pasal-pasal korang kena sound plak :)
Setelah melepasi imegresen, korang boleh amik bagasi korang dan kemudian ke ruangan scan pulak. Macam aku dan Moon tak amik bagasi boleh terus ke ruangan scanner.
Selesai scan bagasi, bolehlah cari supir korang di pintu utama airport Bandung. Supir kami dah sedia menunggu pun dengan banner nama ...
Moon & Alyn
Kami menggunakan perkhidmatan supir dari Pakej Supir Murah Bandung. Nasib baik dapat driver muda ... hahahaha ... dah macam muka bekas laki Mas Idayu pulak aku nengok. Pak Ige namanya. Umur baru 39. Sudah punya isteri 1 dan 2 anak :)
Terus kami dibawa ke mobilnya. Harapan kami moga-moga dapat naik Alphard lah hendaknya  :-P
Rupanya sejenis kereta Honda. Tak tau honda apa ... memang bab keta hakak fail selalu.
Hari itu kami jadi ala-ala bos ... hehehehe ... Bilang aja mahu ke mana ...
Harga transport & supir di Bandung ialah :-
1,150,000 (RM368) untuk 3 hari 2 malam. 
FB Supir Bandung : Pakej Supir Murah Bandung
Whatsapp : Pak Angga +6285624983033
Destinasi pertama kami ialah hotel. Kami menginap di Fave Hotel, Jalan Braga. Booking melalui agoda.com. Aku pilih bayar di hotel. So, kena singgah hotel dulu untuk bayaran sebab takut check in lewat nanti kena burn pulak.
Sebelum tu kenalah aktifkan internet. Takde internet boleh matikkk! Ha.Ha.Ha!
Memang kat hotel ada wifi tapi camne nak wat live streaming kan! Awal-awal lagi kami dah suruh supir kami belikan simkad. Sila beli simkad/kartu sim XL4G.
Memang power giler tahap kelajuan internetnya. Tak kira kat ceruk hutan pun still laju coveragenya. Aku tau pun bila baca blog Miera Hassan. Memang aku rekomenkan pada korang yang nak ke Bandung, boleh beli simkad XL4G nie. Aku beli satu je. Share data ngan adik aku. Memang jimat. Terpulang kat korang. Nak beli sorang satu pun boleh.
Kartu Sim XL4G ni berharga 60,000 rupiah. Duit Malaysia lebih kurang RM20. Dalam 3 hari tu memang laju je kitaorang berdua guna. Janji jangan berpisah jauhlah ... cuma hari ketiga tu kitaorang top up pulsanya sebanyak 10,000 rupiah sebab nak call Mas Iga.
Kemudian, itenarary seterusnya ialah makan siang di Kampung Daun. Sebelum itu, kami singgah di De'Fashion. De'Fashion merupakan gedung menjual kain ela seperti kain lace, kain cotton dan macam-macam lagi jenis kain. Lebih kurang macam Jakel Mall. Sebelum ni tak pernah sampai di De'Fashion. Ada yang kata, di De'Fashion harga kainnya lebih murah dari Pasar Baru. Jom kita tengok.
Seperti kebiasaan, jika ke Bandung, haruslah cari kain lace. Bandung salah satu syurga membeli kain lace yang murah dan cantik sangat. Niat dihati nak beli stok 3 tahun :mrgreen:
Kat sini ko boleh bajet macam ala-ala Datin shopping (merujuk style Moon :)) hahahahaha ...
Ada gaya mak Datin tak ... kekekeke ...
Menurut perkiraan aku, taklah mahal sangat dan taklah murah sangat kain lace di De'Fashion ni. Memang banyak pilihan. Harganya boleh dirunding lagi.
Settle beli kain lace. Mekasih Mas Iga sebab rajin amikkan gambar-gambar kami walaupun kami malu :) Perut pun dah mula berkeroncong dan cuaca pun mulai mendung. Waktu ini, Bandung musim hujan. Cuaca pun nyaman jer.
Jika dari bandar Bandung menuju ke Kampung DaunLembang, perjalanan mengambil masa dalam sejam. Bergantung macet atau tidak jugak jalan raya. Sekarang ni bandar Bandung tengah repair longkang dan jalan ... jika diwaktu kemuncaknya memang akan macet.
Mula-mula tu nak ajak Moon makan kat Sapu Lidi Sawah tapi Moon teringin bebenor nak makan kat Kampung Daun tu ... nak ulang kenangan 2010 tak sempat dikecapi katanya ... maka akak tercinta ikutkan aje. Dia kempunan masa 2010 dulu gi Kampung Daun, dia demam maka tak dapatlah makan masa tu.
Makin cantik Kampung Daun ni. Kebetulan hujan jugak masa kami datang ritu. Dulu datang hujan jugak tapi bestlah. Rasa nyaman. Rasa sejuk. Tak sabar nak makan :)
Burung kakak tua ni pun ada lagi cuma dah tak boleh bercakap pulak ... dah tua kot ...
Dekorasi pun ada yang berubah. Dan kebetulan lagi masa kami datang listrik (letrik) pulak takde ... huhuhuhu ...
Tak dapatlah nak makan bakar-bakar. Aku order Nasi Goreng Kampung Daun. Moon pulak Nasi Goreng Ulam (kot) :) Memang sedap sebab dah lapor ... Selesai makan hujan pun reda.
bersambung ...

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

20 October 2016

HARIJADI ABAH KE 69

20.10.2016
Selamat Hari Jadi Abahku yang hensem.
Doa kakak setiap saat, semoga Abah dikurniakan umur yang panjang.
Semoga Abah diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.
Semoga Abah dimurahkan rezeki.
Semoga Abah dipelihara dan dirahmati Allah selalu.
Semoga hajat Abah untuk menunaikan haji akan termakbul.
Amin.
Kakak sayang Abah ....
Selamat Ulangtahun yang ke 69 Abah. Muahhhhh :)

19 October 2016

Perlukan Tour Guide di Vietnam?

Assalamulaikum … kabare? Lamanya tak menulis … masih sibuk dan sibuk. Dah habis exam kedua-dua anak baru lega sikit …
Disebabkan ramai masih ada yang bertanya pasal Ho Chi Minh, maka hakak buka kembali kenangan manis ketika bercuti di Ho Chi Minh pada 2014. Rindu pulak Ho Chi Minh ... tak tahulah bila nak kembali ke Ho Chi Minh …
Soalan yang sering diajukan pada Akak Kembang ialah :-
Perlukah tour guide jika ke Vietnam?
Ikut bajet masing-masing. Jika bajet ciput, boleh je jalan-jalan sendiri. Pilihlah hotel yang berdekatan dengan tempat shopping seperti Ben Thanh. Banyak hotel yang harga berpatutan berdekatan dengan Ben Thanh tu. Tapi jika ada bajet lebih … pastu korang rasa was-was … tak konpinden nak jalan sendiri, bolehlah menggunakan tour guide. Mana tahu tak biasa jenjalan sendiri ke … bawak anak kecik ke … memang tour guide diperlukan bagi memudahkan urusan kita disana terutama transportation.
Waktu aku ke Ho Chi Minh ritu,  memang tak guna tour guide pon. Semua main redah … Cuma follow tips dan info dari blogger-blogger yang yang pernah ke sana jer. Lagipun nak merasa pengalaman backpackers kat sana … hehehehe …
Percayalah … tak susah mana pun. Sebelum pergi memang dok bayangkan camnerlah rupa Vietnam kan? Dah pergi baru tahu. So, sapa yang belum pernah sampai … boleh je jalan-jalan sendiri. Kalau rasa takut-takut boleh amik tour guide.
Senang ke dapat teksi di Vietnam?
Berlambak. Sepanjang jalan hotel ada teksi menanti anda. Tapi kena pastikan anda naik teksi yang benar … hehehehe … takut kena tipu. Teksi yang kami naik di Vietnam adalah teksi Vinasun. Kami difahamkan jangan naik teksi berwarna hijau. Itu teksi cekik darah namanya …
Harga pakej ke Chu Chi Tunnel?
Kami ambil pakej ke Chu Chi Tunnel melalui hotel penginapan kami (Kingston Hotel). Seorang hotel caj 15USD = RM50 (perlu diingatkan itu harga 2014 ye). Pakej tersebut termasuk teksi, bas dan tiket masuk ke Chu Chi Tunnel yang berharga 70,000 VND = RM11.50. Pakej tersebut mengambil masa setengah hari di Chu Chi Tunnel.
Boleh bagi nama tour guide di Ho Chi Minh tak?
 Boleh cari/hubungi Mohd Syukri dari Asia Tour Vietnam seperti nama di dalam kad dibawah. Segala pertanyaan pakej boleh tanya Syukri. 
Inilah Syukri. Orang Malaysia. Orang Negeri Sembilan. Sudah berpunya :)
Sekian.
Facebook : Muhd Syukri Nozari

10 October 2016

Good Luck Kakak Balqis

Tahun 2016 tahun menggerunkan buat aku ... huhuhu ...
Harini kakak Balqis pulak akan menghadapi peperiksaan PT3. Aduhyaiiii .... kecut perut Mama. Lepas adik Qayyum ... kakak pulak .... huhuhu ...
Apapun, Selamat Berjaya Kakak Balqis. Jangan lupa baca doa sebanyak mungkin. Semoga kakak tenang dan dipermudahkan untuk menjawab semua soalan-soalan dengan jayanya.
dsc02018


Gambatei! Fighting!
Mama tahu...kakak dah berusaha sehabis mungkin. Doa Mama sentiasa mengiringi kakak Balqis. Apapun keputusannya kelak ... insya Allah Mama akan terima dengan hati terbuka dengan iringan bebelan Mama :)

23 September 2016

Produk Seqy Beauty Skincare Sesuai Untuk Kulit Bermasalah

Aku jarang nak review produk-produk skincare sebab aku tak jumpa produk sinkcare yang betul-betul mujarab ngan kulit muka aku. So, aku malas nak buat review percuma setiap kali guna produk tertentu.
Kult muka aku jenis sensitip. Ingatkan hati je sensitip ... rupanya muka pun lagilah sensitip.
Jerawat dan aku berpisah tiada ... huhuhuhu ... Selalu henpon Oppo Abang Kembong jadi mangsa semata nak bagi muka nampak flawless gitew ... Tapi nak buat camno … jerawat dan aku takleh berpisah  ...
Sedih beb! Tengok muka kengkawan licin mulus macam Neolopa tapi muka hakak bak bulan mengambang. Memang perasaan down selalu menghantui aku terutama bila datang bulan tapi aku kena redha dengan pemberian Tuhan  :-|
Dari remaja sampai dah ada anak remaja, dah macam-macam produk skincare aku guna. Korang sebutlah produk apa yang boleh hilangkan jerawat ... mesti aku cuba. Dari yang murah sampailah ke mahal. Awalnya memang muka jadi cantik ... beberapa bulan kemudian ... mula nampak kesannya. Cuma kesannya pada aku adalah tidak baik malah makin teruk.
Last produk muka aku gunakan adalah jenama 'Donkey' (bukan nama sebenar :) ). Terkesan dengan iklan kat tv dan radio. Akupun trylah untuk kulit sensitip. 2-3 bulan pakai nampak flawless tapi still kuar jerawat bila time bendera jepun. Lepas 2-3 bulan pakai ... muka aku mula keluar jerawat batu. Jerawat yang jenis bernanah. Habis muka aku masa tu ... sedih yaamat! Pastu ...sebulan aku stop tak pakai apa-apa. Cuma pakai sabun 'Eppy' (bukan nama sebenar jugak). Still camtu gak muka aku ... sedihnya tengok muka sendiri. Aku research lagi 2-3 produk yang tengah hot kat pasaran. Ada banyak terutama produk-produk nyah-nyah ni. Cantiknya aku nengok dorang ... tapi aku cuba try test tak mau terpengaruh lagi. Aku syak mungkin muka aku takleh guna bahan yang mengandungi bahan kimia kot.
Mengikut kajian aku, kebanyakkan produk skincare yang aku guna sebelum ni ada mengandungi bahan kimia. Tu pasal muka cepat cantik kot tapi sekejap je. Lama-lama jadi mak lampir. Itu pengalaman akulah. Tak semua yang sesuai kan. Macam adik ngan mak aku ... okay je dorang pakai brand yang tengah femes sekarang ni. Adik aku pakai skincare 'Taton' (nama samaran) ... cantik je muka dia. Aku tak sesuai plak ... huhuhu ...
Alternatifnya, aku kena cari produk skincare yang bebas bahan kimia kot. Maybe mengambil masa yang panjang tapi kalau kesannya menakjubkan apa salahnya mencuba kan ...
Perubahan selepas sebulan ... Jerawat bernanah kian pulih ... Abaikan kekembangan hakak ek  :lol:
Inilah Produk Seqy Beauty (isi dalamnya akan aku kupas kemudian)
Mungkin produk Seqy Beauty masih belum terkenal seperti jenama-jenama yang tengah femes sekarang ni. Aku nekadkan hati nak cuba walaupun produk ni agak mahal jugaklah. Lepas tengok review pengguna Seqy Beauty, aku nekad nak cuba. Yang penting Produk Seqy Beauty bebas bahan kimia :)
Alhamdulillah, aku pakai produk Seqy Beauty ni masa jerawat nanah aku tengah membiak dengan jayanya. Dalam 2 minggu guna, jerawat dah kecut dah hilang sikit demi sedikit. Suka sangat. Tapi tak boleh suka jugak. Kena tunggu 2-3 bulan lagi ... baru tau hebat ke tidak produk Seqy Beauty.
Nanti Akak Kembang sambung lagi ek ... kalu korang berkenan nak cuba Produk Seqy Beauty ni boleh contact :
P/S : Iklan ini adalah percuma jer ... hehehehe ...