12 March 2014

Hotel Best di Ho Chi Minh

Sebenarnya korang mempunyai banyak pilihan hotel dari yang murah hingga yang mahal. Macam kami, kami dah listkan beberapa hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat shopping. Biar bos yang tolong pilihkan. Akhirnya bos pilih Kingston Hotel.
Seminggu sebelum berangkat, bos kami dah booking melalui agoda.com. Terima kasih bos sebab taja hotel dan flight untuk kami. Belanja makan lagi.
Memang pada mulanya, bos kata nak taja tiket flight je...hotel dan transport sendiri-sendiri. Tapi agaknya dia rasa bersalah kot...langsung taja semuanya kecuali duit poket. Semoga bertambah murah rezeki bos :)
Kami tiba di Hotel Kingston lebih kurang jam 11.40 pagi waktu Vietnam (12.40 tengahari waktu Malaysia). Waktu di sana lambat sejam dari waktu Malaysia. Waktu check in adalah jam 2.00 petang waktu sana. Sementara menunggu bilik yang lain kosong, kami diberi satu bilik dahulu.
Satu malam penginapan di Hotel Kingston berharga RM151.00++ (Superior Twin Room)
Nasib baik penyambut tetamu hotel ni boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Tapi berkerut-kerut dahi nak memahaminya...hehehehe
Ada tv tapi bukanlah led ke lcd ke...ada mini peti ais dan peti besi juga disediakan :)
Bilik air kami ....
Bilik air orang lelaki di sebelah.... Bilik kami berdekatan je....maklumlah...kaum wanita ni selalunya penakut...
Nampak macam single je katil ni kan...tapi kalau orang kurus...boleh tidur 2 orang...hehehe.
Dan paling penting ada wifi dalam bilik. Memang suka sangat. Sesampai je terima whatsapp dar bos...tanya kami hotel okay ke tidak? Pengalaman hotel cikai di Beijing merisaukan bos kami...hehehehe...Memang sangat okay Hotel Kingston ni...
Kami berehat-rehat sebentar tapi kaum wanita memang tak boleh rehat lelamer...dah tak sabar nak melabur duit. Sebelum shopping, kami nak keluar cari makan dulu.......
Untuk pengetahuan korang, jika mahu ke Pasar Ben Thanh dari Hotel Kingston cuma 40 meter dan mengambil masa 5 minit je dengan berjalan kaki.
Tips : Sebenarnya ada banyak hotel lagi yang 2-3 minit dengan Pasar Ben Thanh tu. Antaranya Hotel An Tam, Hotel Saigon Pink 2, Hotel Hoang Long2, Hotel Gia Huy dan banyak lagi. Tak silap saya sepanjang hotel ini dikenali sebagai Malaysian Street sebab dah memang macam kat Malaysia jek. Kalau korang duduk area situ memang haven giler nak shopping. Asal beli je, hantar barang kat hotel...pastu turun sambung shopping lagi...
*bersambung....

11 March 2014

Bercuti di Ho Chi Minh 2014 (Part 6)

Hari ketiga, 2 Mac 2014
Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh
Hari terakhir berada di Ho Chi Minh agak menyedihkan. Sedih kerana mahu meninggalkan syurga membeli kain cotton dan paling sedih kerana duit semakin menipis.
Flight kami 6.55 petang (waktu Vietnam). Jadi...masih ada masa nak berjoli katak lagi..hehehe...
Aktiviti kami pagi itu, Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh City. Pada awalnya, aku dan Kak Wanie malas nak follow...kami rasa...kami nak pi sambung berjoli katak menghabiskan saki baki duit Dong dan USD yang ada lebih-lebih sikit tu :) Tapi akhirnya rasa rugi plak kalau tak join dorang. Nanti menyesal tak sudah. Lagipun bukannya selalu ke sana...
Sebenarnya pihak Hotel Kingston boleh deal dengan pihak HRC bagi menyediakan pengangkutan kami ke sana namun benda last minute ni memanglah tak dapek den  menolong.
Dengan bantuan hotel, kami naik teksi Vinasun je depan hotel tu. Jangan risau...banyak teksi Halal kat depan hotel kami tu.
Mula-mula tu kami risau gak sebab betul ke idak mamat teksi ni bawak kami. Rasa macam jauh je...rupa-rupanya dah sampai. Taklah jauh sangat...tapi kalau jalan kaki berpeluh ketiak. Harga teksi dari hotel Kingston ke HRC ialah 25,000 Dong (lebih kurang RM4 untuk 6 orang). Murahkan?
Possing wajib depan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh :)
Jika singgah ke HRC, memang rugi kalau tak sambar selai dua t'shirt HRC kan? Ini adalah HRC kedua aku gi selain Hard Rock Cafe Jakarta. Dan aku tak tau kenapa aku jadi meroyan nak beli sangat t'shirt HRC di Vietnam ni plak. Bukannya murah pun tapi gedik nak beli...lagi-lagi nampak yang bling-bling tu....Di HRC Vietnam dapat diskaun 30 % kalau beli 4 pasang. Kami tumpang bos jelah...hehehehe....Harga t'shirt HRC yang bling-bling tu ialah 750,000 VND.
Awas! Jangan naik teksi berwarna hijau ini bila anda di Ho Chi Minh.
Tengah-tengah sibuk possing-possing maut kat depan HRC, aku nampak bos dok tahan teksi hijau tu.
"Bos!!!Jangan naik teksi itu!" jerit aku. Bos pun terperanjat. Nasib baiklah drebar teksi tu tak paham bahasa...hehehehehe....
Kebetulan pulak satu kumpulan warga Malaysia baru turun dari teksi Vinasun (sama teksi masa kami datang ke HRC pagi itu). Brader tu terus cakap....
"Jangan naik teksi hijau itu...itu teksi potong kepala. Nak pergi mana-mana...naik je teksi Vinasun ni" 
Moral of the story, jangan naik teksi Mailinh di Vietnam! Tapi kalau dah nak kena, naik apa pun tetap terkena jugak kan...hhehehehe...Kami tahan je teksi Vinasun. Payah jugak nak cakap bahasa inggeris dengan orang Vietnam ni. Bila kami suruh hantar kami ke Kingston Hotel...punyalah drebar teksi ni tak paham pulak. Bila tunjuk kad hotel....Kinton!Kinton!....lorhhhhh....lain pulak bunyinya...hahahahahaha.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke hotel dan masih ada masa nak berjoli katak lagi sebelum berangkat ke airport.
Sebelum balik, timbang beg anda ek...takut lebih muatan plak. Jangan risau...pihak hotel ada menyediakan timbang untuk menimbang beg-beg anda. Asalnya aku bawak satu beg je..beg yang tengah-tengah tu jek. Memang hobi aku setiap kali travel, aku akan beli bagasi lagi. Sebabnya murah dan boleh buat stok...hehehehe. Dari 1 beg dah jadi beranak pinak ke 3 beg. Sampai dah lebih 40 kg. Nasib baik ada yang tak berapa nak shopping, boleh tumpang kg dorang. Perempuan kan......
Gambar kenangan di hadapan Hotel Kingston sebelum berangkat pulang...huhuhuhu...
Lebih kurang jam 4.45 petang, kami bertolak dari hotel menuju ke Tan Son Nhat Airport dengan menaiki 2 teksi. Teksi Vinasun tu memang dah standby depan hotel. Nanti orang hotel tolong bookingkan....
Disebabkan aku mempunyai tragedi hitam bab beg luggage ni...baik aku balut semua beg-beg aku. Aku tak mahu tanggung risiko dengan beg baru aku. Wrapping beg di Ho Chi Minh airport ialah 100,000 dong (RM17) setiap satu beg.
Ada orang kata kalau beli berkoyan-koyan nanti takut kena 'paw' oleh imegresen vietnam. Lepas 'check in' beg, korang kena pergi ke "baggage check point" pulak. Mungkin kalau shopping untuk diri sendiri lepas tapi kalau orang berniaga dorang akan check lain macam sikit kot (orang katalah)...Alhamdulillah, kami punya lepas, walaupun aku memang risau, asyik terjenguk-jenguk dalam check point tu sampai pegawai imegresen dorang tu halau aku....Ngeeee....
Terima kasih buat pramugara sebab sudi amikkan gambar kami semua. Baik sungguh hati dia.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 10 lebih kami sampai di tanah air, Malaysia. Dalam hati aku memang dah risaukan beg-beg baru aku tu. Pastu dapatlah whatsapp group kata ada beg yang patah roda. OMG! aku terus reply...beg aku ler tu.....sebab tragedi tahun lepas masa gi Beijing masih menjadi trauma buatku. Baru beli beg, roda patah plak. Kali ni dah cantik wrapping takkan patah lagik.
Rupa-rupanya....beg bos yang patah roda. Beg baru jugak tu...huhuhuhu...beg-beg aku masih sihat. Ngeeee....Kami suruh bos buat report sebab masa gi Beijing tu kami tak buat report pun. Rupa-rupanya lagi, kalau korang naik 'economy class', pihak MAS takkan layan kerosakan beg korang melainkan korang ambil insuran beg. Nasib baik bos kami naik 'business class'...tupun pada mulanya dorang layan tak layan je bos kami. Bila cakap naik 'business class' baru nak layan....diskriminasi sungguh! Huh!
Apapun, aku selaku wakil kengkawan mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada bos kami, Encik Helmi Hamzah atas tajaan tiket dan penginapan kami ke Ho Chi Minh. Semoga rezeki bos bertambah-tambah dan jangan lupa plak kongsikan bersama kami nanti :)
p/s : Ingat tak awal Mac ritu aku cakap nak bagi hadiah kecik buat pengomen tegar kan? Aku nak bagi souvenir dari Ho Chi Minh buat korang yang comel tu....nak tak? Komenlah hari-hari...kalau takde entri..komenlah entri yang lama-lama...wakakakakaka....InsyaAllah habis je bulan April nanti aku poskan souvenir buat yang comel lote tu tau :)

10 March 2014

Becuti di Ho Chi Min 2014 (Part 5)

Maaflah jika entri travel aku kali ini agak caca merba. Biasalah akak yang selalu terkesan ni kan....
Trip Cu Chi Tunnel
Petang hari kedua tu, dalam keadaan yang macam nak gi ke tak gi (asyik dop fikir 10 kali). Akhirnya kami meneruskan impian sahabat kami, Ad...untuk melawat tapak peninggalan peperangan Vietnam, Cu Chi Tunnel. Sebenarnya hati berbalam-balam masa nak pergi tu sebab niat dihati nak sambung shopping....perempuan kan!!!
Kami ambil je pakej lawatan dari Hotel Kingston sebab kesuntukkan masa. Pakej lawatan ke Cu Chi Tunnel melalui Hotel Kingston dikenakan sebanyak 15USD (RM50) seorang termasuk pengangkutan dan tiket masuk ke Cu Chi Tunnel. Terlebih dahulu, kami menaiki 2 teksi Vinasun dan di hantar di satu tempat yang tidak diketahui. Lalu disuruh menaiki sebuah bas bersama-sama pelancong-pelancong asing yang lain. Perjalanan ke Cu Chi Tunnel mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Kami sampai ke Cu CHi Tunnel hampir jam 4.30 petang. Dan kelihatan masih ramai group yang baru sampai. 
Kami disambut oleh 'tour guide' tempatan di sana yang telah lama menunggu kami bersama pelancong-pelancong asing yang lain. Disebabkan petugas tersebut tidak mencukupi wang, kami terpaksa mendahulukan wang kami dahulu untuk membeli tiket lawatan. Dan katanya, ejen hotel akan mengembalikan wang kami semula di hotel nanti. Tiket masuk ke Cu Chi Tunnel berjumlah 70,000 VND (RM11.50) seorang.
Kami diberi taklimat ringkas dan mula dibawa lawatan di sekitar Cu Chi Tunnel. Kumpulan kami terdiri daripada pelbagai pelancong negara lain termasuk Malaysia. Tapi cam biasalah...orang Malaysia kalau berada di over the sea memang tak kenal orang Malaysia.
Sebelum masuk ke kawasan bekas tubu pertahanan tersebut, kita akan melalui terowong tiket.
"Meeting Port" semuanya berkonsepkan bawah tanah. Gila gagah orang-orang Vietnam ni mengorek tanah tanpa jentera.
'Tour Guide' sedang memberi taklimat tentang asal usul Cu Chi Tunnel. Sungguh! Memang mengantok masa ni sebab dah petang kan...tapi kalu shopping langsung tak mengantok pun. Ngeeee....
Orang Vietnam ni memang kerlasssss betul  bab buat jerangkap samar. Bukan takat karpet terbang....lubang rahsia pun adoooo. Siap ada lubang aircond lagikk...kerlasss kan....Orang Vietnam juga mempunyai kepakaran dalam membuay bom sendiri. Sebab bom doranglah maka ramai askar Amerika matikk....
Musuh-musuh yang terkena jerangkap samar dorang ni mesti kalau hidup merana seumur hidup kot....dasyat...dasyat sungguh perangkap dorang nie....
Selain perangkap samar, kereta kebal bekas peninggalan Gerila Vietkong semasa perang pun masih tersimpan rapi lagi. Patung Gerila Vietkong turut diletakkan di Cu Chi Tunnel. Dapatlah kita tengok camnerlah rupa askar Vietnam kan....
Lagi lubang rahsia untuk persembunyian Gerila Vietkong. Patutlah orang-orang Vietnam ni kecik je saiz badan mereka. Lubang rahsia ni dibuat cukup-cukup muat untuk badan kecil molek jek. Jadi, askar-askar Amerika yang memang cukup besar badannya..takde can lah nak masuk...huhuhuhu...
Eddy mencuba nasib masuk dalam lubang rahsia tu....memang ngam-ngam badan dia. Maknanya, orang Vietnam lagi kecik kot...huhuhuhu...Fuhhhh!!! memang berpeluh kot kegelapan dalam lubang persembunyian ni. Kalau takde kaum Adam, aku macam nak cuba je masuk....sat gi terselak bagai...haru biru jap pulak......hehehehe....
Charlie Angles from Vietnam :)
Kemudian kami dibawa melawat ke tempat tembak menembak. Kalau teringin nak try guna senapang...bolehlah cuba. Tapi peluru kena bayar sendiri...hehehehe...
Kami ingatkan tempat menembak ini adalah tempat persinggahan terakhir kami...rupa-rupanya ada 2 lagi tempat persinggahan kami....fuhhhhhhh!!!! *pengsan*
Terowong Cu Chi  adalah sebuah sistem terowong di Kabupaten Cuchi, SaigonVietnam. Sistem ini terletak 40 km utara dari pusat bandar. Ia telah dibangunkan ketika era Perang Vietnam, oleh pasukan Komunis Vietnam. Ketika peperangan berlangsung, ramai askar serta pemimpin komunis telah menetap dalam sistem terowong ini sebagai salah satu kaedah berlindung dan menyelamatkan diri dari serangan musuh. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan tidak dapat menghancurkan sistem ini. Hari ini, sistem terowong ini dijadikan aset pelancongan yang popular di Vietnam.
Gigih bos kami menunggu giliran nak masuk terowong Chu Chi....sambil berkipas-kipas (nasib baik aku bawak kipas)...ngeh...ngeh...
Sesiapa yang dah sampai ke Cu Chi Tunnel kalau kalau try masuk terowong sempit ni memang rugi. Itu perasaan akulah. Walhal, seawalnya bermati-matian aku takmau pi Cu Chi Tunnel ni...kat negara sendiri pun mana nak rasa jadi pendekar kan...jadi penyangak bolehlah. Tet!!! Alang-alang dah sampai sini dan tak tau bila lagi boleh sampai lagi kan....Bila ada geng masuk...aku pun sibuk follow...kami adalah 2 orang yang terakhir masuk...
Yezzzaaaa...akhirnya dengan jaya aku meyelusuri terowong bawah tanah di Vietnam. Jangan risau...ada lampu tapi agak malap. Korang akan berjalan macam jalan itik...stamina kena kuat beb. Tak dapat aku bayangkan kehidupan gerila Vietkong ni dalam terowong gelap ni. Sampai boleh beranak pinak kan....Aku yang masuk tak sampai 30 minit pun dah tercungap-cungap. Patutlah tak jadi askar atau polis. Ngeh!Ngeh!
Tunggu punya tunggu, aku dengan Saiy tak keluar-keluar dari laluan pertama. Rupa-rupanya kami keluar laluan yang agak jauh sikit dari kawan-kawan kami yang lain. Kami keluar di laluan kedua. Keluar-keluar je tengok kawan-kawan dah standby tunggu. Sayang jugak korang kat kitaorang..kekekeke...
Tempat terakhir persinggahan kami adalah tempat tengok video zaman perang gerila Vietkong. Sepatutnya sebelum tu ada sessi makan ubi rebus Vietnam. Tapi mungkin kedatangan kami dah petang sangat, so dorang tak sediakan pun ubi rebus. Takpelah...tak ralat pun...kat Malaysia pun ada ubi rebus :)
Hampir jam 7.15 malam kami bertolak dari Cu Chi Tunnel. Pengalaman yang cukup berharga pada aku. Memanglah sebelum tu asyik kata, lebih baik pi shopping dari bazir duit pi Cu Chi Tunnel ni tapi.......serius aku katakan, jika korang ke Ho Chi Minh...silalah melawat tempat bersejarah dorang. Tak rugi. Belum tentu di negara sendiri merasa.
Cuma kami tak sempat nak ke Sungai Mekong kerana perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa selama satu hari. Kami cuma berada di Vietnam 3 hari je...mungkin lain kali jika ada rezeki.

9 March 2014

Bercuti di Ho Chi Minh 2014 (Part 4)

Biasalah 'akak yang selalu terkesan ni'...berkurun nak siapkan entri....mari sambung Percutian Akak Yang Selalu Terkesan Ke Ho Chi Minh ek.....
Hari Kedua di Ho Chi Minh (1 Mac 2014)
Nasib baik sarapan pagi di Hotel Kingston adalah Halal. Memang ada bawak roti, maggi untuk makanan sampingan...saje je standby untuk geng lelaki. Dorang kan rajin tolong angkat barang-barang kami....kasi pawlah dengan makanan tambahan.....
Kami kena tunggu group kedua pulak yang bakal tiba jam 12.00 tengahari lebih kurang. Sambil tunggu group kedua kami sambung membeli belah di Ben Thanh Market lagik :)
Sebenarnya aku ada siapkan itinerary selama 3 hari di Ho Chi Minh. Tapi tak ikut sangat pun sebab kamikan dipecahkan kepada 2 group.
Sepanjang berada 3 hari di Vietnam, kami asyik berulang je ke Ben Thanh Market. Hehehehehe....
Memang macam-macam jenis kacang ada di jual di Ben Thanh Market ni...tapi aku tak membeli pun sebab tak terlintas nak membeli. Asyik sibuk beli kain baju jek...sampai Malaysia baru teringat...takde satu makanan Vietnam pun bawak balik...
Dah puas tawaf dari hari pertama di Ben Thanh Market ni...barulah terjumpa kedai kain cotton murah seperti yang di rekomenkan oleh Kak Siti. Beria-ia kami berwhatsapp malam sebelum pergi tu. Macam-macam barang ditunjuk oleh Kak Siti hasil borongannya beberapa bulan yang lepas.
Nasib baik aku masih belum borong banyak kain cotton. Aku dahulukan pesanan penaja. Memang sebelum itu, kain cotton paling murah yang kami dapat adalah RM25. Bila dah jumpa kedai kain cotton termurah ni, saya terus tanya "Siapa Lyn"? Comel je orangnya. Dan paling menarik, Lyn fasih berbahasa Melayu. Senang nak citer.
Dan aku mula rambang mata. Semuanya lawa-lawa. Ada English Cotton, Japanese Cotton, Viskos. Bermula dari RM23-RM40 mengikut jenis kain.
Kalau korang nak cari kain baju melayu, kain satin dan sutera Vietnam...boleh pergi kedai awek seksi yang tengah sengih atas ni. Kebanyakkan peniaga-peniaga wanita di sini memang berbaju seksi. Salah satu sebab mungkin faktor cuaca yang panas ataupun sengaja untuk menarik peminat pembeli. Kain satin yang sangat lembut cuma RM7 semeter. Sesuai untuk lining baju, buat baju kurung dan melayu pun memang sesuai. Kain cotton shining untuk baju melayu jugak murah. Semeter cuma RM8 jek. Sutera Vietnam pulak sepasang (3.5 meter bidang 60") suma RM45 jek. Tak taulah kalau ada yang dapat murah lagi.
Korang...kalau nak beli kemeja kerja untuk husband/abang/adik/pakwe ke...sila beli kedai makcik yang jeling-jeling tu. Serius murah. Kemeja lengan panjang Cap Polo cuma berharga RM17 sahaja. Itupun korang kenalah ikut tips aku.
Tips untuk minta tawar : Pura-pura tanya harga. Dorang mesti letak harga tinggi dulu. Pastu, pegang-pegang tangan dorang (sesama jantina je ek). Korang mintaklah harga yang korang nak. Kalau tak bagi pura-pura jalan pelan-pelan. Nescaya, dorang akan panggil korang balik. Tapi still tak bagi harga yang korang nak. Blah terus....lepas tu baru dorang panggil lagi dan akan dapat harga yang korang nak. Simple kan :)
Kedai jual cenderahati/souvenir ni dekat 3-4 kali kami serbu. Memang kami kesuntukkan masa untuk tinjau-tinjau kedai lain untuk perbandingan harga. Untuk mengelakkan masa terbuang, tu yang 3-4 kali kami ke kedai amoi ni. Amoi ni aku panggil 'em' (adik). Suka sangat dia bila aku panggil dia dalam bahasa Vietnam. Amoi ni pun pandai cakap Melayu. fasih kalahkan orang Cina @ India yang duduk bertahun di Malaysia. Amoi ni baik hati. Senyum jek. Selagi boleh aku mintak tawar. Ada satu ketika, dia masih berkira-kira, aku dah siap-siap masukkan barang-barang dalam beg plastik dan bagi je dia duit ikut yang aku tawar. Hehehehehehe...taktik aku menjadi. Tupun bernasib baik sebab dapat peniaga yang baik.
Korangggg....seriusssss.....aku lebih suka beli je terutama kain cotton/souvenir/kot kat Ben Thanh Market ni berbanding nak tunggu Night Market Ben Thanh. Serius lebih banyak pilihan dan cecantik.
Dah habis shopping, mari pulang ke pangkal jalan :)

with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

8 March 2014

Bercuti di Ho Chi Minh 2014 (Part 3)

Inilah untungnya jika mendapat rakan-rakan sepejabat yang satu kepala. Kaki gelak, kaki gurau, kaki jalan, kaki shopping...hehehehehe...Dan paling best bila dapat bos yang sporting morting. Jenis tak kisah follow je kaum Hawa ni yang sakan shopping.
Saigon Square
Habis tawaf Ben Thanh Market, kami nak cari Taka Plaza dan Saigon Square. Dah siap print map, tapi tak reti jugak. Sudahnya, kami tanya peniaga-peniaga tepi jalanan. Dah jauh jalan tak nampak gak Taka Plaza. Yang dah nampak Saigon Square. Sudahnya jugak, kami abaikan pencarian kami untuk ke Taka Plaza dan kami terus ke Saigon Square.
Inilah Saigon Square. Disini hanya matawang Dong dan USD sahaja digunakan untuk urusan jual beli. Ringgit Malaysia bolayan ye. Kebanyakkan barangan di Saigon Square ni ialah baju wanita, baju lelaki, beg gred AAA dan macam-macam lagilah. Sediakan dong atau USD saje.
Ben Thanh Nightmarket/Pasar Malam Ben Thanh
Habis tawaf Saigon Square, kami selusuri pulak Ben Thanh Nightmarket. Dibuka dari jam 7.00 malam - 12.00 tengah malam. Lokasi Ben Thanh Nightmarket terletak di kiri kanan jalan Benh Thanh Market. Jangan terkejut bila korang jumpa lagi peniaga yang kat dalam Ben Thanh Market. Aku pun tak perasan sebenarnya sampai sorang amoi ni dok sapa aku.
"Uittt...uitt....." camtulah dia sapa aku. Rupa-rupanya dia cam aku lagi. Masakan tidak...dah berdolar-dolar duit kengkawan aku labur kat kedai dia siang tadi.
Muka-muka yang tak pernah capek :)
Lihat! Betapa sportingnya bos kami. Dengan tak tukar baju baru balik dari court pagi tadi...terus follow kami....sampai orang ingat, bos kami pi attend client kat Vietnam (*__*)
Sepanjang 3 hari di Ho Chi Minh, dapatlah 2 kali kami ke Ben Thanh Nighmarket. Malam pertama saja jalan-jalan dulu. Malam kedua baru beli-beli apa yang patut. Untungnya pergi ngan orang lelaki....boleh bantu kami kaum Hawa ni. Asal barang berat je...suruh dia bawakkan. hehehehe...
Dan aku takdelah shopping sangat kat Ben Thanh Nightmarket ni sebab dah menghabis duit kat area 'Malaysia Street'. Cuma aku teruja sangat nak cari kedai seluar jeans Lyna seperti yang disyorkan oleh Bro Mazidul Akmal. Katanya seluar jeans berjenama di kedai Lyna sangat berkualiti dan murah.
Disebabkan memasing sudah kepenatan lalu tiada gambar pun bersama Lyna, tokei kedai Jeans di Ben Thanh Nightmarket. Aku sempat sambar 2 helai seluar jeans Levi's buat suami tercinta. Dah tu menyesal tak sudah sebab tak beli untuk diri sendiri. Jeans yang aku beli pun adalah pada tahun 2011 di Toko 3, Bandung. Memang murah sangat jeans di kedai Lyna ni, suami pun puas hati. Harga jeans adalah mengikut kualiti kain jeans itu sendiri. Ada yang berharga RM45, RM65 dan sebagainya mengikut kualiti. Ada diskaun lagi...Jangan risau...kedai Lyna gunakan matawang Ringgit Malaysia, USD & Dong jugak....
Anda inginkan diskaun dari Lyna? Nanti aku bagitau caranya.....