10 March 2017

TEMPAT MAKAN BEST DI BANDUNG

Assalamualaikum ...
Kisah ini adalah kesinambungan dari Travelog Bandung & Jakarta Akak Kembang :)
Sebenarnya banyak tempat makan yang syok lagi sedap malah murah di sekitar Bandung & Jakarta. Samada kena atau tidak je ngan tekak kita.
Kedai makan atau disebut Rumah Makan oleh orang Bandung di sekitar Bandung semakin cantik dan hipster (betul ke ayat ni).
Dengan dekorasi dan makanan yang cantik dan sedap bisa menarik hati pelanggan berkunjung buat pertama kali malah berkali-kali.
Ada beberapa Rumah Makan yang tengah ngetop yang aku memang suggestkan buat pengunjung yang tercari-tercari Tempat Makan Best di Bandung.
Warung Suluh
Glamerlah muka Firman ni ... hehehe ...
Warung Suluh ini direkomenkan oleh supir kami Mas Angga. Tak sia-sia kami menjamu selera disini. Memang grand sangat kedainya.
Lihat dari luar jer dah cantik yaamat dekorasi Warung Suluh nie. Bila masuk lagilah boleh buat korang tertawan dan terus kenyang … hahahaha!
Sapa giler bergambar memang sesuai sangat berkunjung ke Warung Suluh ni. Memang hipster habis! Lepas tu tak payah aircond pun sebab dah rasa nyaman je ..
Menu dan harga di Warung Suluh. Jangan risau harga sangat berpatutan. Konsep aku kalau pi travel nak makan sedap-sedap dan tempat cantik :)
Makanan dan minuman juga banyak pilihan. Cuma jangan cari roti canai & nasi lemak dahlah ek … memang tiada di Warung Suluh ni.
Nasi Liwet Teri & Nasi Liwet Ayam Jamur pilihan aku dan Abang Kembong.
Aku suka sangat dekorasi Warung Suluh ni. Dah macam rumah nenek kita dulu-dulu.
Semuanya antik ...
Di atas ini juga ada ruang makan. Aku tumpang tangga pun jadilah …
Suka bangatlah ...
Kaunter bayar pun awesome sangat nih!
Sangat rekomen jika korang ke Bandung jangan lupa singgah ke Warung Suluh. Hanya 7 minit jer dari  airport Bandung.
Alamat Warung Suluh Bandung :-
Jl. Dr. Cipto No. 8, Pasir Kaliki, Cicendo, Kota Bandung, Jawa Barat 40171, Indonesia
Seterusnya Rumah Makan kegemaran Akak Kembang ialah :-
The Stone Cafe, Bandung
Kali kedua aku makan di The Stone Cafe ni. Saja bawak kawan-kawan makan atas bukit Bandung ni. Lokasi tak jauh pun. Jika dari Paris Van Java cuma 20 minit saja perjalanannya.
Dapat lihat view Kota Bandung bila malam hari. Makan pulak atas pondok. Memang asyikkkk ... akulah (akukan suka syok sendiri) yang lain syok jugak kot ... kekekeke ...
Menikmati makanan sambil lihat view dan selingan nyanyian dari live band yang ada di Stone Cafe.
Harap kawan-kawan aku gembira walaupun muka memasing dah capek :)
Aku makan Nasi Daging Blackpepper Stone lagi. Sedap yaamat!
Kalau korang suka keasyikkan. Suka ketenangan. Suka kelainan. Suka suka ... boleh try makan di The Stone Cafe Bandung ni. Selain makan korang dihidangkan nyanyian live band yang superb dan sporting.
Alamat The Cafe Stone Bandung :-
Jalan Raya Ranca Kendal Luhur No.5, Gerbang Dago Resort Dago Atas, Dago, Coblong, Ciburial, Bandung, Jawa Barat 40198, Indonesia
Next, jika korang ke Kawah Putih, Ciwedey (wajib pergi hokey!) ... bolehlah singgah makan di Saung Gawir. Makan sambil hadap sawah padi beb!
Saung Gawir
Ada beberapa list tempat makan yang best di sekitar perjalanan ke Kawah Putih ni. Semuanya menghadap sawah padi. Tapi aku pilih Saung Gawir.
Geram jer tengok permandangan sawah padi kat sini. Cantik kot!
Saung-saung dan ruangan makan di Warung Suluh pun cantik sangat. Pilih je nak makan bersila atau duduk atas kerusi.
Disebabkan kami tak sempat booking di Warung Suluh ni, maka terpaksa makan di bahagian cafe Warung Suluh tapi still bahagia :)
Makanan paling sedap. Ayam sambal hijau Warung Suluh. Tak cukup weiiii!!!
Selain makan, korang boleh possing kat sekitar Saung Gawir ni. Memang awesome & best!
Alamat Saung Gawir :-
Jalan Raya Ciwidey - Rancabali KM. 6, Alamendah, Rancabali, Kabupaten Bandung, Jawa Barat 40973, Indonesia
Kampung Daun
Kampung Daun ni juga salah satu tempat makan yang wajib singgah jika ke Bandung. Sapa suka tempat yang nyaman boleh cuba di Kampung Daun. Ada air terjun tapi takleh mandilah ... perjalanan mengambil masa selama sejam jika dari pusat bandar Bandung.
Hujan rintik-rintik perut bergelora pulak. Memang sedap makan sambil dengar deruan air terjun :)
Jika waktu siang lagi cantik gambar. Maklumlah pakai henpon cap ayam je ... gambar gelap gelita. Tupun jenuh cerahkan ...
Alamat Kampung Daun :-
Villa Triniti, Jalan Sersan Bajuri KM. 4,7, Cihideung, Cigugur Girang, Parongpong, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40154, Indonesia
Pastu aku nak tambah satu Tempat Makan Best di Jakarta :)
Bandar DJkarta (Hidangan Laut)
Jika ke Jakrta, rumah makan best yang wajib korang singgah  ialah Bandar DJakarta. Restoran makanan laut yang terkenal di Anchol.
Sapa suka makan seafood boleh try ke sini. Memang cepat! Sedap! dan berpatutan harganya.
Terus kenyang tengok makanan depan mata. Sebelum makanan ni siap, korang kena pilih jenis ikan ke sorong ke ketam ke di bahagian lauk pauk dorang. Pastu pilih jenis masakan pulak.
Alamat Bandar DJakarta :-
Taman Impian Jaya Ancol Pintu Timur, Jl. Kawasan Wisata Ancol, Ancol, Pademangan, Jakarta Utara, DKI Jakarta 14430, Indonesia
Sekian sahaja dari Akak Kembang yang melaporkan Tempat Makan Best di Bandung & Jakarta secara percuma :)

3 March 2017

TRAVELOG BANDUNG & JAKARTA 2017 (Last Part)

Hari ke 4 ... hari terakhir di Jakarta.
Harini agenda kami ke Mangga 2 jer ... nak ke Masjid Istiqlal ke Monas ke semua terkubur akibat jalan raya di Jakarta.
Kat Jakarta Grab Motorsikal pun ado. Kalau kat Malaysia ada mesti best kan ...
Bila dah sampai Mangga 2, maka sessi menghabiskan saki baki rupiahlah kami di Mangga 2. Mangga 2 tetap macam dulu. Sama je aku tengok.
Mula-mula tu tak tau nak beli apa. Akupun menghabiskan duit beli seluar ngan baju anak je. Last kopek borong beg.
Mekasih buat driver-driver hakak yang ganteng-ganteng. Memang tip top servis dari dorang ni ...
Sapa nak cari supir murah di Bandung, boleh contact :-
FB Supir Bandung : Pakej Supir Murah Bandung
Whatsapp : Pak Angga +6285624983033
Perkhidmatan wrapping bagasi disediakan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Satu beg cuma 50,000 rupiah (RM16.++).  
Wefie sebelum check in beg ...
Ramai yang terkejut bila tengok beg Akak Kembang. Siap Kerol cakap, hari itu dalam sejarah bila hakak bawak balik satu beg jek ... Hahahaha! silalah percaya. Aku pi bawak dorang ni melancong jer kali ni. Lagipun aku kan baru balik Bandung ... so takde membeli sangat kecuali kiriman orang je. 
Dengan konpiden kami menyusun bagasi masing untuk ditimbang sekali 'lump sum' ... rupa-rupanyaaa ...
PENGALAMAN TERBANG DENGAN KLM ROYAL DUTCH AIRLINES BUAT PERTAMA KALI
Bos aku syorkan kami balik dengan pesawat KLM Royal Dutch Airlines dari Jakarta. Bolehlah merasa tumpang kapal terbang Belanda … hehehehe …
Sampai di Jakarta Airport , kami terus ke kaunter KLM untuk check in beg bagasi. Sebelum tu kami dah check in melalui web check in dan dah tahu tempat duduk masing-masing.
Jika kelas ekonomi, korang dibenarkan masukkan beg dapal perut kapal 23kg dan HANYA 1 BEG je boleh masuk dalam perut kapal. Walaupun korang datang rombongan tetap 1 beg sahaja. Jika beg korang ada 4 sekalipun tapi hanya 10 kg korang tetap dibenarkan bawak 1 beg sahaja. Memang syarat dan prosedur KLM begitu.
Jenuhlah kawan-kawan kami yang ada lebih 1 beg tu …. Nasib baik macam aku kana da satu beg je…sapa yang lebih beg tu boleh tumpeng Abang Kembong punya. Mana yang lebih-lebih tu, kami satukan dalam beg besar.
Sementara tunggu pintu gate dibuka, kami makan maggi dulu buat alas perut.
Layan Teh Botol dulu ...
Muka tak sabar nak sampai Key elll ....
Pintu gate kami untuk pesawat KLM :) Flight kami jam 7.25 malam dan dijangka sampai ke Malaysia jam 10.30 malam waktu Malaysia.
Pergi dan balik duduk berasingan ngan Abang Kembong ... takde hal punya ...
Naik KLM disediakan bantal. Baru syok nak landing. Tapi aku tak tidur pun. Layan movie korea sambil dijamu makanan ringan yang disediakan oleh KLM.
Alhamdulillah. Kami sampai di Malaysia tempat waktunya. Bila dah sampai airport ni mulalah rasa saat yang paling digeruni. Hahahahaha ... takut tak lepas imegresen. Tapi luar jangkaan ... semuanya berjalan lancar. Pegawai Imegresen di KLIA sangat bagus (mungkin nasib aku baik haritu berbanding masa KLIA). Cuma beg yang diwrapping sahaja dorang scan. Kawan-kawan yang lain pun lepas dengan senang dan tenang. Tiada sessi umpan mengumpan berlaku disini. Syukur.
Ini sahajalah pengalaman aku travel ke Bandung dan Jakarta. Panjang umur ... murah rezeki bolehlah pergi lagi. Terima kasih pada semua geng opis. Ada yang pengalaman berkali-kali travel bersama. Ada yang baru pertama kali travel bersama.

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

23 February 2017

TRAVELOG BANDUNG & JAKARTA 2017 (Part 3)

Hari ketiga dan terakhir kami di Bandung. Sekejap je masa berlalu. Pagi ni kena ubah itinerary sikit. Sebelum berangkat ke Jakarta, kami kena singgah ke Kartika Sari dan Rumah Mode.
Bagi perut kenyang-kenyang dulu ... pasni mesti rindu kopi sedap kat De Java Hotel ni.
Sebelum berangkat, wefie beramai-ramai dulu ...
Kemudian kami terus ke Rumah Mode. Aku tak beli apapun sebab masa pi ngan Moon ritu dah beli.
Kami lepak jer kat luar sambil tunggu kawan-kawan shopping.
Lama tak jumpa abang sedara tu ... kekekekeke ...
Bertambah ahli melepak kat luar Rumah Mode ni.
Pada pendapat akulah ... Rumah Mode dah tak macam dulu-dulu. Macam dah tak best je baju-baju kat situ. Lagipun makin mahal. Serupa beli kat negara tumpah darahku jer ...
Tapi aku nengok minah-minah Indon ni membeli kemain berbakul-bakul. Pendek kata, kalau bawak uang berjuta, jadi syoklah di Rumah Mode ni kan ... hehehehe ...
Sweet kapel best of the year .... wakakakaka ...
Tengoklah Abang Kembong tu dah terikut style Akak Kembang pulak ...
Teringat zaman pi Jepun dulu ... hehehehe
Ahli rombongan yang tak sabar nak ke Jakarta pulak tapi sebelum tu kami singgah Kartika Sari terlebih dahulu.
Belilah kek cheese ngan brownies untuk anak-anak dirumah sebab dah dipesan suruh beli. Memang ramai betul orang kalau pergi hari cuti.
Kemudian dalam jam 12 tengahari, kami terus keluar dari Bandung. Mas Igol bimbang jalan akan macet ke Jakarta memandangkan orang Jakarta yang turun ke Bandung akan pulang ke Jakarta hari tersebut.
Lebih kurang dalam 3 jam lebih, kami sampai di Jakarta. Kami terus ke Tanah Abang. Menurut kata Mas Igol, di Jakarta ... jika hari weekend semua kenderaan dibenarkan lalu disemua jalan tetapi apabila hari weekday ada beberapa jalan ditutup bagi kenderaan yang genap nombor akhir plat keretanya. Maka terpaksa juga kami ke Tanah Abang hari Ahad tu jugak. Sampai je banyak kedai tutup dan hampir tutup. Kebanyakkan kedai disitu tutup jam 5 petang. Memang frust menonggenglah aku sebab kunun bajet nak menghabiskan duit rupiah di Tanah Abang. Aku cuma dapat membeli beg qayyum, beg kiriman Ina dan baju kakak Balqis jer.
Kemudian, kami terus ke Anchol. Dah booking nak makan seafood di Bandar DJakarta untuk makan malam jam 7 malam. Sebelum masuk ke Anchol, korang kena bayar 25,000 ribu rupiah seorang di pintu gerbang Anchol.
Kami sampai awal. Bolehlah menikmati keindahan Anchol ketika siang. Sebelum ni datang ketika malam jer.
Teringin nak naik kabel tapi tak tau mana entrance masuk ...
Sebahagian ahli rombongan Akak Kembang ...
Dalam 6.30 tu kami terus ke Restoran Bandar DJakarta. Alhamdulillah, tak perlu menunggu sehingga pukul 7 kami dah boleh makan. Ini merupakan kali ketiga aku makan disitu :)
Tapi sebelum tu kenalah pilih-pilih makanan laut yang segar bugar untuk dimasak dulu. Korang kena pilih sendiri.
Tadaaaa ... kenyang perut suka hati ...
Habis makan kami terus ke hotel. Di Jakarta kami menginap di The Jayakarta SP Jakarta Hotel & Spa. Taknak citer banyak pasal hotel ni. Pendek kata sangat-sangat-sangat tidak best. Sila jangan tidur sini. Thats all.
Travelog : Bandung & Jakarta (Part 1)                                                                                Travelog : Bandung & Jakarta (Part 2)                                                                                    

21 February 2017

APPOINMENT QAYYUM DI PPUM 2017



21 Feb 2017

Rutin setahun sekali buat rawatan susulan tentang kaki Qayyum.
Ikutkan hati tak mahu Mama ikut masuk tapi Mama kena kuat demimu anak.
Hanya doa tanpa henti jika Allah dapat berikan keajaiban akan berlaku.
Amin.