Kisah Raya 2019
Selamat Hari Raya buat kaum muslimin dan muslimat semua. Walaupun dah berhari-hari kita beraya namun meriahnya tetap ada.
Macam biasa, akan ku abadikan kenangan raya di dalam blog ku ini untuk tatapan anak cucu cicit nanti.
MALAM RAYA
Rumah Mak Abah di malam raya. Pelita tu Abang Kembong yang buat.
Paling seronok ini orang lah. Boleh main bunga api. Main mercun takut ...
Kebiasaan malam raya mesti ada baraan orang kampung. Perkara paling tak sabar sebab seronok dengar orang bertakbir kat rumah Mak Abah.
Abah dan kawan-kawan surau
PAGI RAYA
Seperti biasa, yang lelaki ke masjid dan yang perempuan menyiapkan juadah pagi raya. Selepas bermohon kemaafan, masa untuk bergambar.
Raya tahun ni hanya sis anak beranak dan adik tengah jer beraya dengan Mak Abah. Adik bongsu (Moon) turn balik Pontian tahun ni.
Family kecil Akak Kembang & Abang Kembong
#temabajuraya tahun ni dipilih oleh Makngah (adik tengah). Tahun 2019 kami memilih tema baju raya warna hijau mint.
tetamu pertama datang beraya dari keluarga Makngah
BALIK KAMPUNG MAK
Kemudian, kami pecut balik kampung mak. Dekat jer tak sampai 10 minit pun ... hehehehe ...
Kami mulakan beraya rumah maklong dulu. Arwah paklong merupakan abang sulong Mak Ajah Enab. Tinggal maklong dan 2 orang anak dia jer sekarang.
Dan .... lupa amik gambar kat rumah maklong 😓
Kami beraya tak ikut turutan no. adik badik Mak Ajah tapi ikut rumah. Sebab rumah Cik Ton selepas rumah maklong (dalam satu kampung).
Kat umah Cik Ton kami jumpa port ootd 😋
lovely cousin, Ita
Love sangat dengan pondok usang ni
Kemudian kami ke rumah Maklang (kakak Mak Ajah No. 3). Memang meriah sebab beramai-ramai anak buah serbu ...
Dah habis rombongan raya rumah Maklang, baru kami ke rumah Makngah (kakak Mak Ajah no. 2)
Mak Ajah (no. 4), Moksu (no. 9) & Makngah (no.2)
Kalau pi rumah makngah, wajib bergambar depan pagar klasik ni
Lepas rumah Makngah, kami ke rumah Cik Ujang (adik Mak Ajah no. 8)
Pokok bunga kat umah Cik Ujang ni kalau berbunga memang cantik
Special beraya rumah Cik Pah (isteri Cik Ujang), dapat minum Jus Herba Mujarab 😛
Inilah tapak asal rumah arwah Atuk Ibrahim dan Nenek Bibah. Dulu rumah lama rumah kayu. Lepas mereka meninggal, rumah ni dah bagi Cik Ujang.
Sukanya kami dapat buahtangan dari kampung 😜
Lepas rumah Cik Pah kami ke rumah Moksu pulak. Tapi malangnya gambar pun takdak sebab dah kekenyangan.
Kiriman dari anak angkat yang beraya di Sarawak :)
with love 💗
pls follow/like/subcribe
No comments:
Post a Comment