Sudah 37 tahun. Setiap hari doaku agar dilanjutkan usia agar terus bahagia bersama keluarga. Agar dapat berbakti buat orang tuaku. Agar dapat melihat anak-anakku membesar. Agar dapat meniti hari tua bersama Abang Kembong.
Aku masih ingin menikmati nikmat kehidupan walaupun kadang kala menyakitkan. Aku masih ingin terus memperbaiki kelemahan diri. Aku masih ingin terus memohon ampun kepada Tuhan. Aku masih ingin terus mendekatiNya. Aku masih ingin terus bernafas.
Tuhan. Terima kasih.
Tuhan. Aku bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik.
Tuhan. Alhamdulillah kerana izinkan aku bernafas sehingga ke saat ini.
No comments:
Post a Comment