15 June 2020

OPEN OFFICE RAYA 2020

Walaupun masih dalam PKPP, kami masih meneruskan tradisi open office. Saja buat suka-suka syok sendiri.

Masing-masing bawak port luck. Adalah jugak yang bos payung. Yang lain masing-masing masak sendiri.

Buat kat department kitaorang jer. Kebetulan kat belakang ni dulu tempat fail dah kosong, senang nak ronggeng ๐Ÿ˜‹


Deco Photobooth Raya by A.K Deco


Sebelum rabak baik kita possing dulu ...


Good Luck buat adik-adik chambeering yang bakal habis 


Antara menu port kami


Belum biasa dengan norma baru tapi kami cuba. Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali kami ๐Ÿ˜


Video Raya Geng Office

with love ๐Ÿ’— 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

10 June 2020

PENGALAMAN BERAYA MUSIM PKP 2020

Assalamualaikum & Salam Syawal ke 18.

Aidilfitri 2020 akan dikenang sampai bila-bila buat semua umat islam di Malaysia. Tak terjangkau sebenarnya benda ni akan jadi dalam hidup kita kan. Ketentuan Ilahi. Kita kena redha.

Persiapan raya tetap buat cuma bezanya raya kali ini takde kelam kabut kejut anak-anak bersiap solat raya di masjid. Takde sibuk nak kemas meja siapkan makanan sambil menanti tetamu datang. Takde kelam kabut bersiap-siap sebab selalunya tengahari kami akan balik kampung mak. Takde lah kelam kelibut pi beraya cepat-cepat nak balik sebab malam ada orang nak datang beraya. Takde penat asik basuh pinggan jer ๐Ÿ˜‹ Raya kali ni memang tenang.

Walaupun dibenarkan keluarga terdekat datang ziarah raya, kami taknak tanggung risiko kot. Demi keselamatan sendiri dan mereka jugak. Mujur saudara mara dan sahabat handai dapat memahami. Bukan untuk memutuskan silatuhrahim tapi demi memutuskan rangkaian wabak ini, kami rela raya syok sendiri je kat umah mak abah.


Kalau korang nak nengok aktiviti sebelum raya boleh nonton youtube sista ye ๐Ÿ˜  

Alhamdulillah, kami sangat beruntung sebab masih dapat beraya bersama Mak Abah. Dah duduk sebumbung kan ๐Ÿ˜‹Untuk makluman, kami memang tinggal bersama mak abah lagi. Ada umah sendiri pun still menyemak umah mak. Tu pasal nampak meriah je keluarga Hj Matusan & Hjh Zainab.


Aktiviti wajib setiap kali pagi raya, memohon kemaafan.


Sayang Mak & Abah. Maafkan anakmu ini yang selalu buat salah ๐Ÿ˜“ 


Anak paling gedik ni ...


Sessi bermaafan kami disulami tangis dan tawa. Memasing banyak salah kan ...


Gambar keluarga kecil kami. 
Jangan ditanya kenapa anak bujang sis mukanya alakadar jer sebab tu style katanya ... ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Oh! Ye ... tema raya tahun ni dipilih oleh Mak tersayang. Mak nak #temamaroon katanya. Decide colour ni masa pi Bandung last year. Terus beli jam tu jugak. Dan nasib baik baju raya dah siap sebelum PKP sebab kitaorang jenis habis raya terus decide tahun depan tema apa pulak dan terus tempah ๐Ÿ˜

Habis possing dalam rumah kami ke luar rumah pulak. Maklumlah raya syok sendiri kan. Syukurlah rumah mak abah jenis rumah kampung. Banyaklah tempat nak bergambar kan.


Mak & Abah kesayangan ๐Ÿ’“


satu pose pakai mask pulak ...


Selalu berempat ...


Aidilfitri 2020 kami berenam pulak ๐Ÿ˜Ž


Adik no.2 sis tengah tunggu boiprend tak datang-datang plak ...


Adik bongsu sis ...


Yang dia ni memang tak sempat tempah baju sebab kain hilang. Nasib ada kakak terror jahit kan. Semua tangkap muat.


Ahli baru family kami, Miko Chan ๐Ÿ˜ป


Disebabkan PKP maka tak sempatlah membeli baju melayu Abang Kembong dan Qayyum. Nipun cuba nasib beli kurta online sebab sayang plak nak beli baju melayu. Nak jimat kan ๐Ÿ˜Nasib sempat sampai sebelum raya tapi tak sempat nak alter pun ๐Ÿ˜…



bilalah nak dapat berat cam anak dara sis ... huhuhu ...


Mask muka tu adik sis yang buat, dia kan tokey mask muka ...





buh sini untuk kenangan anak cucu cicit nengok omma oyang dorang masa muda ๐Ÿ˜›

Itu jer lah cerita raya Akak Kembang untuk tahun 2020. Lepas possing, kami tukar baju sambung makan lontong & ketupat. Itu jelah dok ulang sampai raya ke 3. Raya keempat memasing dah naik keje.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MOHON AMPUN DAN MAAF buat sanak keluarga, keluarga mentua di Seremban dan sahabat handai jika semua karangan sis dalam Blog Akak Kembang ni ada menyinggung hari dan perasaan korang. Semoga wabak ini akan berakhir tidak lama lagi supaya kita boleh kembali kepada kehidupan normal. Ingat dalam bergembira PKP dilonggarkan, jaga SOP ye.

Video Raya 2020

with love ๐Ÿ’— 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

20 May 2020

RESEPI TART NENAS SENANG

Hai bloggerian!

Jikalau hari raya, memang tak sah kalau takde Tart Nenas kan. Biskut raya wajib ni mesti ada. Ada orang tak suka buat sebab leceh katanya. 

Jangan risau, Resepi Tart Nenas yang sis nak sharekan ni senang giler korang. Tak perlu ada mixer pun. Guna tangan jer.

Resepi asal dari Kak Azie Kitchen. Memang terbaik dan mudah sangat nak buat Tart Nenas ni. 


Hasil Jem Nenas yang sis buat ritu. Dah siap bulat-bulatkan. Lonjong-lonjong pun boleh.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Tart Nenas ialah :

250 gm butter
50 gm gula kastor 

300 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Kuning telur
Pewarna kuning

*resepi ni untuk 1 adunan. 1 adunan boleh dapat lebih kurang 62-65 biji tart nenas.


Cara-caranya :

1. Panaskan oven selama 10 minit.
2. Masukkan semua bahan dalam bekas. Kemudian gaul jer dengan tangan.
3. Bila dah sebati, masukkan dalam acuan tart dan tekan.
4. Letak jem nenas dan gulung.
5. Sapukan kuning telor di atas tart nenas.Nak bagi kuning lawa, letak pewarna kuning dalam kuning telor tadi.
6. Bakar dalam oven dalam suhu 170 celcius selama 25 minit. Api atas bawah ye.
7. Dah siap!


Gebus gebas Tart Nenas sis uolss!!
Serius resepi ni kena dengan tekak sis dan sedap sangat. 
Sis sampai buat 3 adunan sebab senang jer.
Cubalah.


Cara-cara buat boleh tonton di video di atas ini.

Jangan lupa like, share & subcribe youtube Akak Kembang Channel ye ...


with love ๐Ÿ’— 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube