21 April 2020

TRAVEL JAKARTA BANDUNG 2019 (Part 1)

Nota : Sis ubah tarikh post entri supaya korang takde tercari-cari mana part 1 dan part 2 yang dah siap awal-awal dulu. Bila buat entri sederet senang korang nak rujuk kan.

Hello peps! lama giler tak ngobrol-ngobrol dalam blog nie sebab masa tak berapa cukup nak menulis ...

Izinkan sis menulis tentang pengalaman sis bercuti ke Jakarta dan Bandung bulan Feb 2019 ritu ye ...

Kali ini sis travel bersama Balqis, Adik Azie & Adik Moon. Ada rezeki lebih sikit, sis saja bawak Balqis jalan sempena habis SPM. 


my dream comes true, travel with my princess

Trip Jakarta Bandung kali ini 4 hari 3 Malam. Semalam di Jakarta dan 2 malam lagi di Bandung. Saja jer turun di Jakarta, boleh kakak Balqis jenjalan Jakarta jugak. Masa kakak Balqis gi Jakarta dulu usia dia baru 9 tahun. 


mama makin gems, kakak makin tinggi

Sekejap jer anak sis dah besar panjang. Memang wishlist sis nak travel bersama anak (berduan). Alhamdulillah tercapai satu hajat. Next nak travel ngan anak bujang pulak (tupun kalau dia naklah)

Macam  selalu,  kami  naik  kapal  terbang  Air  Asia jam 7 pagi ke Jakarta. Sampai di airport Jakarta, kami terus amik teksi Silver Bird (adik badik Bluebird)


Di Jakarta, kami menginap di Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta. Macam biasa booking kat agoda.com Terpaksa  ambil 2 bilik  sebab  takde bilik  untuk berempat.  Harga  bilik standard di Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta ialah RM18+.++ untuk semalam.

Touch down je di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, hingus sis keluar lajunya. Padahal dari Malaysia dah jaga kesihatan tapi kuasa Tuhan kan. Bila dah selsema tu sis punya mood mulalah spoil. Takde nak amik-amik sangat gambar sebab takde mood.


Credit : Google

Inilah rupanya Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta. Memang selesa dan cantik. Dari Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta ke Stesyen Keretapi Gambir Jakarta mengambil masa dalam 15 minit jika tidak macet. Awalnya, kami nak amik hotel yang lebih dekat dengan stesyen keretapi Jakarta tapi semuanya penuh. Mahu tidak mahu kami memilih Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta kerana terletak di kawasan bandar Jakarta dan kami mudah terpengaruh 😝


Inilah bilik kami berdua. Ok bangat untuk kami berdua. Lepas letak beg, solat dan berehat sekejap, kami keluar untuk cari simkad. Takde simkad tak boleh hidup ... huhuhuhu ...

Selain punya kamar tidur yang selesa, lobi Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta juga sangat best. Ada cafe yang simple dan cozy bangat deh!

Pendek kata, Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta memang memang recommended. Hotel yang selesa dan nyaman. Nak kemana-kemana juga panggil uber atau teksi je ...

Last but not least, Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta ni berdekatan dengan Pasar Baru Jakarta ye. Akhirnya sis sampai jugak Pasar Baru Jakarta. Takdelah best sangat pun. Biasa-biasa jer. Lepas dapat beli simkad, kami terus naik uber ke Tanah Abang. Dalam sejam dua jer kami ke Tanah Abang. Kami balik semula ke hotel sebab nak dinner pulak di Pondok Laguna.


Muka sememeh ... huhuhu ... harapa esoknya laratlah ...


Moksu dan Balqis


Dah dua kali sis cuba makan di Pondok Laguna ni tapi takleh lawan kesedapan di Restoran Bandar D'Jakarta, Anchol.


Cumanya di Pondok Laguna ni tak perlu nak kena bayar tiket masuk berbanding Restoran Bandar D'Jakarta. Kosnya jimat sedikitlah.


Okay daa!! Esok nak gerak ke Bandung pukul 4 pagi weiii ...


with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

20 April 2020

MY LOVE TURNS 41


Happy 41 Love 💓

Semoga panjang umur.
Semoga murah rezeki untuk keluarga kita.
Semoga dirahmati Tuhan selalu.

20 April 2020

10 April 2020

PERCUTIAN PENDEK DI MELAKA 2019 (Part 2)

Sambungan dari Part 1 | Hotel Best di Melaka & Taming Sari Tower

Assalamulaikum blogger. Masih steady ke? Sis masih okay dalam resah (giteww). Resah menanti pengumuman baru PM. Resah mengenangkan nasib kelak. Hanya doa yang baik-baik jelah mampu. Anggap ini sebagai ujian buat kita insan yang selalu alpa dengan Tuhan.

Melaka, 7 April 2019 - Hari Kedua 

Breakfast di Moty Hotel ni pun sedap-sedap belaka. Berbaloi dengan harga bilik yang kami bayar. Pagi tu, aktiviti berendam buat bapak dan anak. Buat mak-mak pulak ada aktiviti gosip ... hahahaha. Chef Mona dah sediakan makan lagi sebelum check out.


Sis memang jarang ambik breakfast tambahan buat anak-anak sebab dorang memang takkan makan pagi. Buat rugi jer.


Masa untuk pulang. Tapi sebelum pulang kami nak singgah ke Kampung Morten & Pantai Klebang
             

Thank you korang 💓

Kampung Morten, Melaka

Dah  banyak  kali  ke Melaka,  tak pernah sekalipun  ke  Kampung  Morten.  Kalau  korang naik bot River Cruise Melaka tu mesti nampak rumah-rumah tradisional Melaka yang cantik sepanjang Sungai Melaka.


Salah satu rumah tradisional Melaka yang masih kekal dengan elemen asal. Sis tak ingat nama tuan rumah (maklumlah dah setahun kan 😜). Tapi serius dalam banyak-banyak rumah tradisional di Kampung Morten ni, rumah ni yang kami sangat berkenan.


Korang boleh masuk rumah tradisional tersebut secara percuma. Tapi kalau nak balik nanti ada jer tabung disediakan. Hulurkan sumbangan sedikit supaya anak cucu kita pulak nanti akan dapat melihat rumah tradisional ni lagi sebab sumbangan tupun untuk pelihara rumah ini dari pupus.


Makcik korang kalau possing, kalah retis weiiii ...


Antara koleksi asal rumah tradisional ini. Dulu-dulu mak sis ada almari camni. Zaman dah berlalu, maka mak sis pun dah buang lemari ni. Kalau tau simpan buat kenangan.


 Antara koleksi pinggan mangkuk jugak ada.



 Kamar tidur zaman dulu. Memang klasik.


Eh!Eh! Sis tumpang bersanding sekali lagi ye. Pelamin zaman dulu ni, sis dah merasalah sebab pelamin makcik dan pakcik dulu-dulu lebih kurang camni. Lagi dasyat pelamin yang letak pasu bunga hidup beb.


 Jom main kawin-kawin


Ruang tamu lebih kurang rumah sis dan arwah nenek sis dulu. Karpet merah tu legend kot.


Ambil peluang bergambar dengan pelancong asing. Uncle yang comel (tengah) tu adalah generasi terkini rumah tradisional ini.


Cak!


Adabi ... melazatkan ...


Adabi ... menyelerakan ...


Mengandungi pelbagai rempah ...


 Macam Iklan Adabi tak 😜


Balik dari Pantai Klebang, kami berpecah. Eju dan sis sepakat nak follow Lily pi menghantar anak dia ke asrama SMT Melaka. Merasalah kami menghantar anak buah balik asrama.

Semoga tahun hadapan, kita bisa bersama berkumpul kembali. Semoga wabak corona virus ini cepat lenyap dari dunia. Ampuni kami Ya Allah.


with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

9 April 2020

PERCUTIAN PENDEK DI MELAKA 2019 (Part 1)

Assalamualaikum & Salam sejahtera. Masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Sis tak sabar nak lihat dunia luar kembali. So, stay at home ye kengkawan.

Cerita trip Geng Copy Paste dah lama tertunggak. Dah setahun pun.  Harap kengkawan sis tak marah ye sebab sis lambat story mory kat blog sis 😚

Jika 2017 kami ke CHERATING, tahun 2019 pula kami pilih lokasi yang dekat-dekat jer memandangkan ada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan besar. Kami memilih Melaka. Trip kali ini hanya santai-santai jer.

Melaka, 6 April 2019 - Hari Pertama 

Kami sepakat berkumpul di R&R Elmina. Breakfast kat situ dulu sebelum gerak. Memasing bawak portion breakfast. Paling banyak bawak mestilah Chef Mona kita 😆


Sticker kereta kami di sponsor oleh Abang a.k.a Fazli  walaupun dia tak join 😓 Tq bang 💪


Antara ahli rombongan yang awal sampai (Isma dan Mona)


Tema kami untuk kali ini ialah Blue & Grey Theme


Kami berkelah dulu kat R&R ni. Sebelum gerak kena kenyangkan perut dulu.


Tambah kasih sayang anda di sini 😍😍


Semoga lancar perjalanan kami hendaknya.


Sempat make up kan Che Ta kita ... 
sista hentam ajer ...


Alhamdulillah akhirnya sampai Melaka. Walaupun diduga dengan beberapa perkara terjadi sebelum sampai ke Melaka 😏 


Yang baju merah tu sesat barat. Gedik, orang ajak join tak nak tetiba dia sampai dulu kat Melaka


Selalunya akan join memang 7 family ni jelah


Semoga kasih sayang kita akan kekal


Ayoh kita bersantai-santai menghilangkan penat bekerja


Member dari form 3, Eju


Member dari sekolah rendah, Isma


Member masa form 4 & 5, Mona


Member kelas Perdagangan, Fita


Member dari dalam perut 😍, Lily


Member dari sekolah tadika (yang tak ikut tema tu), Azim


Punyalah payah nak bergambar ngan anak bujang sis ni ...

Selesai check in, di Hotel Moty Melaka, kami terus makan tengahari di hotel jugak sebab Chef Mona dah masakkan bekal untuk kitaorang 😝 saiyanggg Mona 😍

Tak sia-sia Lily pilihkan Moty Hotel Melaka ni. Memang berbaloi sangat. Dekat jer dengan Dataran Pahlawan, Taming Sari Tower, Pasar Malam Bandar Melaka dan tempat makan pun bersepah kat area Moty Hotel ni.


Bilik sis. Cantikkan. Sis paling suka hotel yang ada carpet. Ye. Moty Hotel ada karpet gaisss. Taklah sejuk kaki nanti.


Memang muat dan sesuai untuk kami berempat. Kami memilih single bed sebab satu katil tu muat untuk berdua. Cuma kalau badan berisi memang tak berapa selesalah.


Gaissssssss .... toilet dia see through weeiiii....takleh mandi bogel ye 😝


 ada bathup ye ... 
Camni sis malas mandi pool lah 😁

Salah satu pilihan terbaik tukang cari hotel (Lily) adalah hotel kena ada pool. Takde pool tak meriah beb.


Di Moty Hotel Melaka ni mempunya pool infinity. So, tak perlu risau cuaca panas atau hujan ye. Sis suka sebab tak perlu nak berpanas-panas.


Swimming pool di sini tak besar sangat dan tak kecik sangat. 


 Anak bujang tak sabar nak terjun


Malam-malam, kami ronda-ronda area Dataran Pahlawan. Jalan kaki jer. Sini banyak kedai makan dan ada Pasar Malam.


my girl


Malam pulak tema kami Purple Theme




 punyalah payah nak ambil gambar family 


Taming Sari Tower 


Bergambar je atas beca


Tak tau nak buat apa, kami semua sepakat nak naik Taming Sari Tower.


Sangat cantik bandar Melaka jika naik Taming Sari Tower ni waktu malam


Mak dara's


 💖💖


Bapak bujang's



Korang tengoklah anak bujang sis tu bila bergambar ... huhuhu


Eju's Family


Iwan's Family


Kakak Dini & Kakak Balqis


Isma & anak bujangnya


Gambar kenangan di Taming Sari Tower


                                                                            Yey!


Kami mana reti dok diam ... kekeke ... habis ronda bandar Melaka, balik hotel kami buat aktiviti tukar-tukar hadiah (acara wajib).


Tak sabar nak exchange gift korang


Isma dapat hadiah dari Iwan 


Mona dari hadiah dari Isma


Eju dapat hadiah dari Lily


Lily dapat hadiah dari Fita


Fita dapat hadiah dari Sis


Sis dapat hadiah dari Mona


Iwan dapat hadiah dari Eju
habisss ....


Ingatkan dah habis...
Tak sangka dorang buat suprise untuk sis. Tanjat gegirl tau. 
Tq korang. Love you so much 💘


Thanks Lily sponsor kek birthday 😍


My baby love


Cam tau-tau jer wishlist sis kan.
Thanks Lily & Fita. Korang memang awesome.


Tq korang atas kenangan manis ini


Video khas untuk korang Geng Copy Paste

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube