15 May 2019

SELAMAT TINGGAL BUCHAN


Jujurnya aku bukanlah spesis yang sukakan kucing. Tapi aku pernah sukakan kucing suatu ketika dahulu. Lepas kucing kesayangan aku tu mati, aku terus jadi tak suka kucing. Tak suka aku bukanlah tahap sepak terajang kucing. Cuma aku takkan pegang atau usap kucing tu jer.

Tapi entahlah, kelahiran Bubu Chan atau aku panggil Buchan membuka pintu hatiku untuk menyanyangi spesis kucing lebih mendalam lagi. Sejak kelahiran Buchan 3 beradik (Wochan & Michan) aku jadi makin suka kucing lebih-lebih lagi aku suka kucing warna kelabu.

Mak dorang 3 beradik ni spesis kucing kampung je. Dorang pun spesis kucing kampung gaklah tapi jenis bulu pependek lebih-lebih lagi Buchan ala-ala macam kucing British Scotch.

Dari lahir, aku dan Balqis jaga dorang tu tapi umur Wochan dan Michan tak panjang. Satu hari tu dorang jalan jauh dan tak balik-balik rumah. Sedar-sedar jiran hantar gambar Michan dah mati dalam longkang. Wochan sampai ke harini tak jumpa. Sedihnya aku masa tu Tuhan jer yang tahu. Aku rasa bersalah sebab aku yang keluarkan dorang dari sangkar.

Dan 14.5.2019 di usia baru 4 bulan, Buchan pulak meninggalkan kami. Aku dapat tahu Buchan mati melalui whatsapp keluarga. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku bila aku lihat Buchan dah terkujur layu. Aku menangis semahu-mahunya tanpa malu. Sedihnya hati aku hanya Tuhan yang tahu. Walaupun cuma kucing tapi kehilangannya adalah satu keperitan.

Sempat pagi sahur tu aku bagi makan cuma tak sempat nak manjer-manjer jer ngan Buchan. Dan paginya pulak sebelum pergi kerja selalunya aku akan panggil-panggil nama Buchan untuk bermanjer tapi pagi tu aku cuma tengok jer dia. Ralatnya.

Bila balik rumah, Mama terbayang-bayang Buchan selalu kejar Mama kan. Terbayang waktu sahur dan buka kamu yang meluru cari makan dulu.

Kesian kakak Balqis. Dia orang yang paling terkesan. Masakan tidak terkesan sebab kakaklah yang selalu buang taik, bagi makan, mandikan, bergurau senda ... semua kakak yang ada bersama Buchan.

Terima kasih Buchan kerana sudi manjer-manjer dengan Mama selama 4 bulan jer. Mama redha. Semoga kita berjumpa di sana nanti.


Selamat tinggal Buchan. Jangan lupa tunggu Mama di sana ye.