"hiduplah arjuna beta, biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada, takkan engkau tercela”
selama Tuhanmu ada, takkan engkau tercela”
Aku…kalau becerita tentang anak keduaku, Firhan Qayyum memang akan agak emosional sikit. Sambil taip sambil tahan air mata keluar. Maafkan akak ye jika korang rasa terkesan macam akak 🙂
Semalam aku ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk temujanji Firhan Qayyum yang kini setahun sekali.
PPUM kini banyak yang berubah. Banyak renovation. Banyak tempat baru. Banyak buat orang berjalan.
Tempat x-tray yang selalunya di Aras 2, Menara Utama telah beralih ke Aras 5, Menara Selatan iaitu bangunan baru. Pada siapa yang tidak biasa dengan PPUM ni mesti akan pening kepala kot. Walaupun PPUM ni tempat main-main aku masa kecik aku masih kepala kot. Berbelit-belit jalannya. Masih banyak renovation yang belum siap. Tu pasal macam kelam kabut. Dari Aras 5, Menara Selatan kami menuju ke Klinik Ortopedik pulak di Aras 2, Menara Utama.
Sepanjang berada di Klinik Ortopedik, bermacam-macam jenis pesakit korang akan lihat. Untuk pengetahuan, hari selasa adalah hari klinik ortopedik buat kanak-kanak. Memanglah aku tak sanggup menatap wajah anak-anak kecil yang menanggung penderitaan tu. Tapi kekadang aku curi pandang jugak nasib anak-anak kecik ni. Bukan pandangan sinis tapi pandangan sayu bercampur bahagia. Aku kagum dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Sanggup korbankan segalanya demi anak. Terkenang nasib arjunaku, masih ramai yang lebih teruk dari arjunaku rupanya. Ya. Itu selalu menjadi kekuatan buatku.
Kali ini, doktor pakar ortopedik adalah Prof. Dr. Sim. Memang dia sedia maklum dengan kes Qayyum. Katanya, jarang terdapat kes kehilangan tulang ankle seperti kes anakku. Itu membuat aku menjadi risau. Tapi itu kata doktor. Doktor bukan Tuhan (nak sedapkan hati).
Prof. Dr. Sim buat regangan sikit kat kaki kanan Qayyum. Semua ok katanya. Jalan pun ok. Cuma katanya, kaki kanannya pendek sedikit dari kaki kirinya. Memang dari awal rawatan, pakar ortopedik mengatakan bahawa kes Qayyum mungkin akan ada kekurangan sedikit pada kaki kanannya. Mungkin akan kecil sedikit dari kaki kanan. Mungkin akan pendek sedikit dari kaki kanannya. Mungkin.
Aku tak dapat baca isi hati anakku Qayyum sebab dia pandai menyembunyikan perasaannya. Tapi dari senyumannya…dari sengihnya…aku tahu…dia mula faham dengan kekurangan yang bakal dialaminya. Hati aku? Bagai dirobek-robek melihat wajah manis arjunaku itu. Suamiku bijak menyembunyikan perasaannya tapi aku tidak.
Aku tak dapat bayangkan apabila dia mulai besar. Korang fahamkan apa yang aku rasa. Kalau korang mempunyai kekurangan diri, mesti korang akan rasa down. Ya! Tuhan. Aku berharap agar aku diberi kekuatan untuk melawan segala prasangka burukku.
Suami aku selalu cakap, kita kena pandai main peranan. Itu dia yang cool tapi aku yang selalu terkesan memang tak pandai sembunyikan perasaan sedih. Cuba korang bayangkan, anak yang dikandung 9 bulan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Usia baru menginjak 6 tahun dia sudah menghadapi saat getir perit dalam hidupnya.
Aku juga kerap memikirkan masa depannya kelak. Perasaan dia. Hati dia. Semuanya tentang dia. Aku bimbang sekali jika dia merasa kekurangan dirinya kelak. Aku jadi takut. Aku tak mahu dia jadi rendah diri.
Ya! Allah. Aku sepatutnya bersyukur kerana anak aku masih bernyawa dan diizinkan berjalan. Mengapa aku selalu begini? Selalu mengeluh….sepatutnya aku kena bersyukur dan terus bersyukur….
Umumnya, di mata kasar kalian…anakku seperti kanak-kanak lain kan? Bermain. Tidur. Makan. Berjalan. Sekolah. Ye. Benar. Sebaliknya, anakku menanggung sesuatu yang sukar diluahkan dengan perasaan.
Takpelah sayang…walaupun kaki adik pendek sebelah ke…kecik sebelah ke…Pada mama tiada sedikit kekurangan adik buat Mama. Mama redha dik. Mama tahu adik kuat kan. Doa mama tak pernah putus buat adik. InsyaAllah.