Mesti korang tertanya-tanya, sepanjang aku di Vietnam...tak pergi makan ke? Takkan makan maggi je kot sebab bos sponspor tiket & penginapan je?
Giler ko tak makan? Mesti abang-abang Long ni boleh pengsan maaa....
Saja je buat entri lain untuk Makanan Halal di Ho Chi Minh ni....banyak sikit entri nak tulis kan...hehehe...
Masa hari pertama kami sampai di Ho Chi Minh City, kami main ikut langkah kaki jek. Tak tengok map pun walaupun dah siap-siap print dari Malaysia. Dalam perjalanan dari hotel menuju ke Ben Thanh Market...kami jumpa satu kedai makan Halal iaitu Restoran Serai. Disebabkan tiada banyak pilihan kedai makan Halal di kawasan itu (tak nampak pun kedai makanan Halal) , kami masuk jek.
Lepas je kami habis makan, dapat whatsapp dari salah sorang kawan "Jangan makan Restoran Serai..sebab cekik darah". Blurpppp (~_~) dah kenyang pun. Sesekali makan makanan mahal....apasalahnyakan...hehehehehe...
Malam hari pertama tu pulak, kami gamble je cari kedai makan Halal lagi padahal dah print map kedai-kedai makanan Halal di Vietnam. Jalan punya jalan jumpa satu kedai makanan halal, Restoran Halal Saigon SeriPenang.
Makanan terkenal di Vietnam. Pho (tapi orang sana sebut Perghh :)) atau keow teow sup. Boleh tahanlah....
Kat depan Restoran Halal Saigon SeriPenang ada jual telekong lycra dan cotton. Kami semua pakat beli kat situ je. Telekong lycra yang terkini (ada renda) cuma RM33 je dan telekung sulam tangan RM58. Kakak yang jual tu pun fasih cakap Melayu.
Sambil membeli belah di lorong Restoran Halal Saigon SeriPenang, Syukri pelawa kami bergambar untuk menghiasi ruang facebook restoran tersebut. Balik je hotel, baru dapat tengok kat facebook Syukri dan Restoran Halal Saigon SeriPenang. Glamer kami ek :)
Terbaik!!! Terima kasih Syukri sebab layan kami macam di negara sendiri :)
Makanan apa yang sedap di Restoran Halal Saigon SeriPenang?
- Daging masak blackpepper. Serius...sangat sedap.
- Nasi Goreng Seafood.
- Kopi Ais.
Alhamdulillah...malam tu Aisyah yang belanje kami makan. Memang makanan di Restoran Melayu ni sedap sangat. Semuanya menepati selera kami :)
Hari terakhir kami, kami singgah sekali lagi di Restoran Melayu. Tak puas makan malam sebelumnya..hehehehe...Kali ni kaum Hawa jek yang singgah sebab dah berpecah sementara.
Aku di area Malaysian Street. Serius! Korang akan rasa seolah-olah berada di Malaysia sebab korang akan jumpa ramai orang Malaysia kat area sini. Memang haven giler kat area Malaysia Street ni. Ada banyak hotel, keda makan dan kedai shopping area situ. Next time kalau ada rezeki, bolehlah menginap hotel area Malaysia Street.
Makanan apa yang sedap di Restoran Melayu, Ho Chi Minh?
- Nasi Goreng Seafood. Sama sedap dengan cawangan Restoran Halal Saigon SeriPenang.
- Nasi Goreng Ayam Roasted.
- Kopi Ais.
- Air Kedondong.
- Ayam Masak Merah.
- Satey Ikan.
- Air Mangga.
Alamat : Restoran Halal Saigon SeriPenang, 29, Luu Van Lang St, Dist 1, HCMC, Vietnam.
(Kalau korang berada ditengah-tengah Ben Thanh Market (pintu depan bulatan yang ada kuda tu), Restoran Halal Saigon SriPenang ini akan berada disebelah kiri korang)
Alamat : Restoran Melayu, 31, Nguyen An Minh, Dist 1, HCMC, Vietnam
(Kalau korang berada ditengah-tengah Ben Thanh Market (pintu depan bulatan yang ada kuda tu), Restoran Halal Melayu ini akan berada disebelah kanan korang. Dekat dengan Malasyia Street, Hajah Bashiroh, Hotel An Tham)
Facebook : Restoran Halal Saigon SeriPenang
Manager : Mohd Syukri
Tambahan : Harap maklum bahawa Syukri tidak lagi bekerja di Restoran Halal Saigon Seri Penang. Syukri telahpun menjadi Pengurus Kanan agensi pelancongan di Vietnam. Jika mahu melancong ke Ho Chi Minh tanpa rasa takut dan gerun, boleh contact Syukri [+84 934 056480]
p/s : Teruskan komen mengomen ek sampai akak terkesan tau :) InsyaAllah habis je bulan April nanti aku poskan souvenir buat yang comel lote tu tau