Jika anak-anak lain sudahpun memasuki darjah 1 hampir setengah tahun berlainan dengan anakku Firhan Qayyum.
Pada yang sering mengikuti perkembangan Qayyum pasti tahu kenapa Qayyum masuk sekolah di pertengahan tahun kan ...
Ya Allah. Terima kasih kerana mengurniakan aku anak yang begitu tabah.
Walaupun pernah mengalaman debaran hantar anak sekolah masa kakak Balqis darjah 1 dulu kali ini debarannya lain macam. Mama pasti Qayyum tak sabar nak bersekolah dan riak wajahnya tenang sekali tidak seperti Mama yang menggelupur. Biasalah ... mak-mak memang camgitu ... over!
Macam-macam dalam fikiran. Takut kena buli. Takut takde kawan nak kawan dengan dia. Takut dia nangois. Arhhhh!
Pak Rashid? Dia tetap cool jek.
Pak Rashid? Dia tetap cool jek.
Untuk memudahkan dengan situasi Qayyum, aku belikan beg sekolah beroda. Kasut sekolah memang tak belipun memandangkan kaki Qayyum masih belum pulih sepenuhnya. Aku beli kasut getah crocs je. Mudah nak sarung.
Selesai pertemuan dengan guru kelas Qayyum dan sudah aku jelaskan apa yang terjadi pada Qayyum juga sehingga menyebabkan dia terpaksa bersekolah di tengah tahun. Aku amat berharap guru dia memahami dan boleh bertolak ansur dengan situasi Qayyum.
Masa aku jemput Qayyum balik dari sekolah, Pakcik Jaga sekolah tegur Qayyum.
Masa aku jemput Qayyum balik dari sekolah, Pakcik Jaga sekolah tegur Qayyum.
"Tak payahlah pergi sekolah lagi kalau tak elok kaki tu lagi"
"InsyaAllah. Dah ok tu dan dah lama sangat dia tak sekolah. Lagipun dia yang beria-ia nak sekolah cepat". Jawabku dengan senyuman. Mungkin Pakcik Jaga kesian melihat keadaan Qayyum agaknya. Tapikan, sepanjang bersekolah, Pakcik Jaga selalu utamakan Qayyum bila nak keluar dari pagar sekolah. Alhamdulillah.

Mama bangga dengan adik. Mama tahu adik selalu sembunyikan kesedihan adik disebalik senyuman manis adik tu. Paling Mama sedih sewaktu adik melangkah kaki masuk ke kelas. Ya! Tuhan, permudahkan perjalanan anakku itu. Rasa sedih yang amat. Rasa pilu melihat wajah comelnya itu.
p/s : Balik je dari sekolah..Qayyum terus mintak susu botol dan bantal busuk dia. Rindu katanya...hehehehe...