1 April 2017

Kalau Dah Jodoh

Kalau dah jodoh tak kemana kan?
Al kisah ... memenuhi undangan kenduri kawin member sekolah aku di Kundang. Bermula usikan dari kawan-kawan dalam group whatsapp geng sekolah berakhir dengan ikatan perkahwinan. Sweet kan ...
Dapatlah jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa. Tak banyak yang berubah. Paling tak berubah bila jumpa bajet macam umur 17 tahun perangai memasing ... kekekeke ...
Biasalah Geng Copy Paste mana leh berpisah.
Syukran & Edi. Edi ni kawan aku dari kecik-kecik lagi ...
Yang hitam manis berbaju merah tu, Mael namanya. Sejak habis SPM sampai haritu baru jumpa Mael. Tak pernah berubah. Dari dulu suka mengusik orang :)
Geng dari kelas lain. Majoriti jumpa semula lepas habis SPM 96
Pengantin dah mengatok ... hehehehe ...
Gembira hati dapat jumpa member lama ...
Gambar wajib Geng Copy Paste sampai tercicir Wan ngan Siti ... ampun ...
Dalam 26 orang member Gading 79 yang datang  ...
Selamat Pengantin Baru buat Nolly & Pejal. Semoga jodoh kali ini adalah jodoh terakhir buat korang berdua. Moga kekal hingga ke syurga. Amin.

No comments:

Post a Comment