23 January 2017

Kenduri Delisha

2 minggu lepas, bespren aku, Ijue buat kenduri cukur jambul anak ketiganya, Delisha (nama penuh lupa). Aktif lagi member aku ni dok buat produk ... hehehehe ... aku try gak tapi tak menjadi-jadi ... huhuhu ...
Punyalah lama menghitung hari ... tak sabar nak jumpa bff :) nasib baik tuan rumah sudi menjemput kami.
Kenduri kat Kuang. Takat Paya Jaras ngan Kuang 10 minit jer .... hehehehe ...
Antara bespren yang datang kenduri Ijue dan Abang JJ ... tak banyak pun amik gambor sebab leka berborak ... Gambar Delisha pun tak sempat amik gak ...
Dapat jugaklah amik gambar dengan tuan rumah, Ijue & Abg JJ (baju pink) sampai aku tertinggal anak buah aku, Zara ... kekekeke ... dah melalak budak tu dibuatnya ...
Pastu kebetulan, budak-budak Gading batch 79 nak buat reunion kali 2. Dorang nak riki-riki tempat nak buat majlis. Akupun join sekalilah menyibok ... hehehe ..
Mula-mula kami riki-riki De' Fini Cottage kat Kuang. Tempat menarik tapi agak sempit kalau nak buat perjumpaan lebih 100 orang.
Aku amik gambar kat bot je. Yang lain lupa ... Menarik jugak. Ada homestay, kolam, tempat meeting dan tempat bbq.
Pastu kami singgah riki-riki ke Villa Dato Aliff Syukri pulak. Dulu tempat ni ada kedai makan. Pastu tau-tau je Dato Aliff Syukri dah beli.
Yang bertiga je AJK ... yang berdua tu menyibok je lebih (aku ngan Isma ... hehehehe)


Memang cantik Villa Terlajak Laris Dato Syukri ni ... kat bahagian belakang ada pool kawwww!!!!
Tengok Dato Kembong dok relaks ... kekeke ...
Ada pangkin ke apa namanya ni ... sesuai kalau korang nak buat family day ke saja-saja bercuti ke ...
Jemputlah datang ke Villa Terlajak Syukri. Kalau jumpa hakak berdua tu mesti dapat diskaun ... (tipu hokey)
Majlis Reunion Gading 79 bulan 5 ... sedih tak dapat join. Aku harap majlis akan sukses.
Sekian.
bekas AJK reunion :)

No comments:

Post a Comment