8 Ogos 2017

Blog Akak Kembang


Kakak nak bagitau yang kakak dah bertukar ke blogspot semula. Tak lalulah nak top up setiap tahun. Bila fikir-fikir balik, baik duit tu kakak simpan jer ... hehehe ... lagipun blog kakak ni blog sendu jer. Kejap ke laut ... Kejap ke langit.

Disebabkan kakak suka menulis walaupun karangan tak penah dapat A (tipu hokey), maka kakak beralih ke blogspot jer. Kakak menulis sekadar berkongsi pengalaman hidup. Menulis sekadar berkongsi suka duka kehidupan. Menulis sekadar tatapan buat keluarga pabila kakak sudah tiada lagi kelak (mohon panjang umur).

Harap readers masih sudi membaca Blog Akak Kembang ni ek. Yang baik dijadikan teladan. Yang jahat jadikan sempadan.

Happy Reading.

Love, Akak Kembang

P/S : Entri di blog ini masih entri yang lama. Entri lama akan dimasukkan sedikit demi sedikit mengikut kajian cuaca :)