14 April 2017

Beg Hipster

Sapa suka beg hipster?
Akak Kembang memang suka beg hispter ni. Ada 2-3 beg yang dah Akak Kembang rembat. Bila tengok semua cecantik jer.
Beg Hispter rambu ramba ni memang sesuai buat korang yang nak nampak muda remaja gitewww ... Ada 3 warna yang memang cantiklah semuanya ...
Beg Hispter ni pulak 2 dalam 1. Boleh panjangkan boleh pendekkan. Memang besar dan sesuai buat ibu-ibu yang nak letak pamper ke botol susu ke dalam beg ni.
Beg Hipster ni pulak sangat sesuai mummy yang ranggi ... ada banyak warna pilihan hati ...
Beg Hipster ni memang hot buat budak sekolah. Nampak ranggi dan awesome bila budak sekolah pakai.
Mahal ke Beg Hipster ni?
Harga mampu milik dek non.
Kat mana nak dapat Beg Hipster ni?
Korang boleh tengok di Instagram : Hanna Style by Rara

13 April 2017

Two

Entri tertunggak.
26.3.2017 yang lepas ... harijadi anak buahku yang comel, Ahmad Farrell. Sekejap je Ahmad Farrell dah 2 tahun. Rasanya baru je timang-timang manja mamalong ni. Sekejap je dah besar. Makin banyak akal.
Adik aku Moon ajak pi celebrate kat Mandy Hadramot, Sunway Pyramid. Nak makan nasi arab katanya.
Happy Birthday Ahmad Farrell. Moga sihat dan gemok selalu.
Excited muka nak potong kek ...
Nasi Arab di Mandy Hadramot. Memang sedap.
Mak Abah yang tercinta
Makan sampai kenyang ye ...
One Happy Family ...
Mama dengan hero & heroin hati ...
Dah sampai Sunway Pyramid, memang tak sah tak singgah ice skating. Merengek-rengek ngan babah dorang. Aku memang malas nak layan. Babah jelah rajin layan.
Nota : Yuran masuk ice skating Sunway Pyramid ialah RM28
Jumpa kawan baru ...
Apapun Mamalong harap, adik Farrell membesar dengan sihat. Menjadi insan yang berguna. I love you. Muahhh!!

7 April 2017

Hingga ke Syurga

Tak terlintas pun nak dapat surprise ni sebenarnya walaunpun dalam hati macam gedik- gedik nak jugak. Tak sangka tahun ni dapat banyak kali pulak surprise.
Abang Kembong pun dah pandai nak surprisekan Akak Kembang :)
Abang Kembong ni bukan jenis romantika de amour pun. Takat manja2 ngan aku bolehlah ... tapi bab nak buat benda kreatip-kreatip memang bukan dia orangnya. So, aku pun tak expect benda-benda sweet ni dari dia. Memang aku dah redha dapat laki tak kreatip. Tak sangka pulak bila dah 38 tahun nilah dia buat surprise. Mana tak tanjat akak. Kunun- kunun pi bank kuar duit (dalam hati berkata mesti nak bg aku duit ... hehehe). Rupanya balik-balik dah sepakat ngan adik badik aku termasuk mak aku nak tanjatkan aku. Dapatlah munga cinta. Selak- selak gak kot2 ada cincin berlian ke sekali Abang Kembong kata cincin lain tahun ... hehehehehe
Sekali dapat surprise lagi yang memang luar jangkaan. Aku hampir terkedu. Terperanjat beruk ... semua adalah. Mana tak tanjat bila dapat surprise dari bff :)
Petang tu Fita wasap aku nak singgah umah mak aku. Macam biasalah kalau Fita nak singgah umah aku ... aku syak mesti dia nak bg something sebab dia ni memang pemurah. Kadang tu aku baru cakap cam rasa demam ... tup-tup nanti dia singgah umah mak aku bagi buah tangan. Fita kalau nak gi keje mesti akan lalu depan umah mak aku. Pasal tu jugak dia selalu jadi runner untuk kami geng copy paste. Rumah mak aku ni jadi transit kalau nak kirim barang kat geng lain. Dan malam beday aku tu .... aku macam biasa tunggulah Fita datang yang aku bajet mesti nak bagi aku makanan sebab harijadi aku kan (perasaan sungguh!).
Aku tunggu sampai dekat pukul 9 malam tak datang-datang. Aku dah standby semangkuk keow teow untuk dia ngan Lily sebab kebetulan laki aku masak keow teow malam tu. Tiba-tiba ada keta masuk kawasan umah mak aku... laki aku terus panggil sebab memang dah pesan kalau Fita datang panggil aku kat dalam masa tu. Aku jenguk gak tapi laki aku kata bukan Fita. Ok! aku masuk balik....dah tu ... adik aku jerit lagi nama aku ... aku malas layan sebab dorang suka main-main. Bila dah berkali-kali panggil akupun keluarlah jugak. Sekali nampak dua orang datang bawak belon dan bouquet coklat. OMG! aku dah cuak tapi sempat capai tudung. Budak tu banyak kali ty ini kak lin ke ... sebab aku pun banyak kali buat muka terperanjat beruk dan konpius ... kekekekeke ... rupanya ini keje bff aku Fita & Lily. Speechless weiiii!!!! ... patutlah sebelum tu dorang tak layan aku kat wasap.
Tengkiu korang. Sayang korang ketat-ketat. Tak pernah terduga dapat surprise camni. Aku akan ingat kenangan manis ni sampai bila-bila.
Terharu sangat kakak tau ...
Thanks jugak kat Mai bagi kek. Nisa bagi beg ngan gelang. Tau-tau je kakak suka kumpul beg comel. Abang Kembong bagi munga coklat. Sayang awak makin ketat :) Dan thanks pada bff Lily & Fita yg berjaya buat hati aku rapuh. Tanjat beruk hokay!
Semalam... dapat roti sosej dari Kak Wanie. Dapat pulak kek dari adik chambering yang baru, Efa. Kenyang aku seharian.
Tetiba dapat pulak bingkisan. Tengok tulisan memang aku kenal sangat. Rindu ko sangat-sangat Tini. Walaupun dok satu daerah tapi macam-macam pulau dan laut kita kena redah untuk jumpa kan ? InsyaAllah ... one day pasti kita akan bertemu. Tengkiu beb ... muah ko ketat-ketat ?
Alaaaa... korang mesti dapat berkoyan-koyan hadiah kan? Takat aku yang baru dapat 4-5 bungkus dah kepochi cam aci kan. Aku sukalah weiii!! Tu pasal aku kepoh dalam blog aku ni. Touching lebih pulak aku kan? Biasalah umur dah meningkat ... hati makin tipis.
Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih pada yang sudi wish ... sudi doakan aku ... sudi belanje aku ... sudi beri aku secebis bahagia terutama buat family aku. Semoga kasih sayang kita akan bertemu di syurga idaman kita nanti. Sayang korang hingga ke syurga ...

6 April 2017

Thirty Eight

Alhamdulillah.
Terima kasih mak dan abah. Tanpa mak dan abah, tiadalah kakak kat dunia ini. Tanpa mak dan abah, tiadalah bahagia buat kakak. Tanpa mak dan abah, tiadalah doa buat kakak. Tanpa mak dan abah, siapalah kakak.
Terima kasih buat babah, kakak & adik. Sentiasa ada disisi Mama ketika susah dan senang. Sentiasa ada didepan mata yang selalu membuat Mama rindu. Sentiasa buat Mama tertawa dan menangis. Sentiasa buat Mama bahagia.
38.
Syukur, masih diizinkan bernafas dan meneruskan kehidupan. Bertuahkan. Ada insan tidak sempat mengecapinya.
Dua tahun lagi 40. 12 tahun lagi 50. Makin berusia. Makin beruban. Makin berkedut. Makin rabun. Makin menggelebeh (sekarang pun dah gelebeh ... huhuhu). Sempatkah?
Di usia ku ini ... hanya ku pohon agar diberikan kesihatan yang baik. Dijauhi penyakit yang berbahaya. Dimurahkan rezeki. Bahagia dunia dan akhirat. Tenang jiwa dan raga.
Munga cinta dari sang suami. Terima kasih atas kejutan.
Pada mak, abah, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai yang dikenali mahupun tidak dikenali ... terima kasih atas ucapan dan doa. Tiada balasan dapat saya balas melainkan mendoakan anda semua berada di bawah lindungan Allah Taala.
Ikhlas,
Akak Makin Tua

4 April 2017

Ber 'Shell Out'

Mini Reunion budak-budak Gading tahun 79.
Memasing tak sabar nak tunggu reunion kami bulan 5 nanti, maka memasing ajak ber 'shell out' dulu kat kedai kawan kami jugak.
Kebanyakkan geng sekolah aku, tinggal di kawasan Sungai Buloh jugak. Semua setia dengan Sungai Buloh tercinta. Ada gak yang duduk jauh sanggup datang join.
Kami ber 'shell out' di kedai kawan sekolah kami jugak, Azrai a.k.a Barai di Restoran Pishang Emas. Nak support bisnes kawan-kawan gak kan ...
Barai siap sediakan khemah khas buat budak-budak Gading 79.
Inilah Mael dan isterinya Anjer selaku ketua rombongan aktiviti 'shell out' kami.
Rasa glamerlah si Mael tu dikelilingi bekas gadis-gadis hot satu ketika dahulu  :mrgreen:
Mas jugak salah sorang orang kuat aktiviti 'shell out' kami. Teringat masa sekolah dulu balik kampung Mas kat Tanjung Karang. Punyalah jakun tengok sawah padi ... hehehehe ...
Biasalah ... Geng Copy Paste yang takleh berenggang ...
Jangan marah GCP yang lain, kami ada ahli baru ... kekekeke ...
Ismaria, sahabat aku dari sekolah rendah lagi. Memang dari sekolah aku suka menyelit ngan dia sebab takut orang buli ... hehehehe ...
Musliha pun kawan aku dari sekolah rendah sampai ke hari ni ...
Gambaq ngan perantin ... hehehe ...
Wanita-wanita yang pernah hot kat Gading satu ketika dahulu ... hahahaha ... tipu jer ...
Jom makan! Aku pilih 'shell out' Set A berharga RM35. Cukup untuk makan 2 orang yang kuat makan cam Akak Kembang & Abang Kembong ...
Antara family Gading 79 yang join 'shell out' di Pishang Emas :)
Para Suami bergabung ngan budak Gading 79
Yang bertopi coklat tulah tokey Restoran Pishang Emas. Terima kasih Barai sudi layan kerenah kami yang giler-giler remaja. Pada sesiapa yang sedang tercari-cari Shell Out di Sungai Buloh dengan harga yang berpatutan bolehlah ke Restoran Pishangg Emas.
Alamat Restoran Pishangg Emas :-
No. 9G, Dataran Putri                                                                                 Jalan Aman Damai  H U17/M                                                                 Seksyen U17, Aman Putri                                                                          40160 Shah Alam                                                                                 Selangor Darul Ehsan
Azrai : 019 2141662

1 April 2017

Kalau Dah Jodoh

Kalau dah jodoh tak kemana kan?
Al kisah ... memenuhi undangan kenduri kawin member sekolah aku di Kundang. Bermula usikan dari kawan-kawan dalam group whatsapp geng sekolah berakhir dengan ikatan perkahwinan. Sweet kan ...
Dapatlah jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa. Tak banyak yang berubah. Paling tak berubah bila jumpa bajet macam umur 17 tahun perangai memasing ... kekekeke ...
Biasalah Geng Copy Paste mana leh berpisah.
Syukran & Edi. Edi ni kawan aku dari kecik-kecik lagi ...
Yang hitam manis berbaju merah tu, Mael namanya. Sejak habis SPM sampai haritu baru jumpa Mael. Tak pernah berubah. Dari dulu suka mengusik orang :)
Geng dari kelas lain. Majoriti jumpa semula lepas habis SPM 96
Pengantin dah mengatok ... hehehehe ...
Gembira hati dapat jumpa member lama ...
Gambar wajib Geng Copy Paste sampai tercicir Wan ngan Siti ... ampun ...
Dalam 26 orang member Gading 79 yang datang  ...
Selamat Pengantin Baru buat Nolly & Pejal. Semoga jodoh kali ini adalah jodoh terakhir buat korang berdua. Moga kekal hingga ke syurga. Amin.