20 Mac 2017

Tips Penyediaan Bekal

Chakkk!!! Assalamualaikum ...
Lama tak menulis. Mood ke laut sokmo. Lagipun otak tepu sampai tak tahu nak tulis apa dah. Tapi nak tulis jugaklah ... hehehehe ...
Kali ni Akak Kembang nak share sikitlah pasal Projek Bawak Bekal. Yang benar, Akak Kembang bukanlah seorang yang rajin sesangat memasak ni. Projek Bawak Bekal tahun lepas berjaya menten takat 4 bulan jer. Pastu ke laut sudah ... huhuhuhu ... tu yang malas nak ceriter tu ...
Tahun ni pulak bulan 3 pun tak habis lagi ni ... tapi still gigih bawak bekal untuk diri sendiri, anak dan suami jugak. Ada yang tanya, pukul berapa bangun? Pukul berapa masak? Tak penat ke? Tak boring ke? Sedap tak?
Bangun pukul berapa ek? Tengok menu bekal. Kalau jenis berlauk macam Sambal Ayam Cili Padi ... akak akan masak malam sebelum. Goreng dan buat sambal terus malam tu. Dah sejuk masuk dalam peti ais. Esoknya panaskan semula. Akak kalau satu lauk pun jadi. Cam spaghetti pun akak akan masak malam. Celur spaghetti pun buat malam. Pastu esok paginya celur spaghetti dengan air panas. Simple kan!
Kalau menu macam burger, nasi goreng, mee hoon goreng .. akak masak pepagi buta tu jugak ... Pukul 5.50 atau 6.00 pagi akak bangun. 6.45 pagi baru Balqis gi sekolah.
Giler tak penat! Penat tapi puas. Giler kata tak sedap memang aku merajuk setahun lah tak masak ...
Boring? Mula-mula memang malasnya ... tapi kalau sehari tak sediakan bekal memang rasa bersalah terutama pada Balqis. Sedihnya muka dia bila takde bekal. Mana taknya ... habislah duit belanje dia tak dapat nak simpan ... bijak kan dia ... hehehehe ...
Meh! Akak Kembang share tips sikit untuk persediaan memasak bekal dengan mudah.
Selalunya hari sabtu atau ahad, Akak Kembang akan kopek bawang-bawang ... pipih cili-cili untuk diblender. Pastu masuk dalam bekas-bekas camtu. Jangan lupa tulis nama produk. Akak malas nak bukak katup penutup bekas tu. Selalunya akak akan buat 2 bekas. Satu lagi nak letak dalam peti ais beku. Cukuplah nak guna untuk 2 minggu sekali.
Untuk haiwan-haiwan pulak, lepas beli jer terus siang dan cuci bersih-bersih. Pastu bahagi-bahagikan dan masuk dalam tippuware. Simpan dalam peti ais beku. Bila nak masak keluarkan awal-awal. Senang tak?
Sayur? hehehehehe ... selalunya sayur akak timun, lobak & salad je. Kalau rajin baru goreng bayam ke sawi ke ...
Tu jerlah tips yang Akak Kembang boleh share ngan korang. Tips nipun dapat idea dari member IG BebeSunita. Thanks Sis :)
P/S : Selalu pening kepala fikir nak masak apa. Selalunya masak lauk apa yang ada jer kat rumah. Tu yang kadang-kadang korang tengok lauk akak sama jer kan. Akak pemalassss dek non .... hehehehehe

17 Mac 2017

Giler Tupperware

Eh! Tipuware jelah .... hehehehe ...
Sapa sini suka gi Daiso?? Sapa suka leh geng ngan Akak Kembang. Akak Kembang memang suka sangat menyinggah. Kadang nak cari satu benda boleh jadi 10 benda beli .... hehehehe ...
Sejak rajin masak-masak ni ... suka pulak tukar-tukar tupperware tippuware. Boring kalau hari-hari bekas yang sama jer. Oleh itu, taklehlah nak beli brand tupperware sangat kan ... mahal kot! Maka kat Daiso ni syurga si Pembawa Bekal ... hahahahaha ...
Antara bekas makanan / tippuware yang Akak Kembang sempat rembat kat Daiso. Tupun Abang Kembong sibok ajak balik ... kalau tak lagi banyak kot akak rembat ... hehehehe ...
Ingat Akak Kembang jer giler tippuware? Abang Kembong pun sibok memilih bekal untuk dia. Selalunya dia redha je kalau aku bagi apa je bekal. Sekarang dah pandai demand. Lantakkan ajer ... siap sudu sekali koooo ....
Doakan Akak Kembang istiqomah menjadi seorang isteri dan ibu yang rajin masak buat bekal untuk keluarga ye. Akak ni bukan jenis tetap pendirian. Bila mood malas datang ... setahun tak bawak bekal :)

13 Mac 2017

Meeting Trip Geng Copy Paste 2017

Lama tak makan-makan ngan Geng Sekolah. Pastu trip tahun ni terpaksa di kedepan kan (apalah tatabahasa aku nikan) memandangkan beberapa factor.
Satu perjumpaan telah diadakan (skema plak ayat aku ni). Macam biasa kami buat port luck dan tempat adalah di Villa Lyzam a.k.a Datin Oren :)
Menu yang aku masak ialah Sambal Ayam Cili Padi Meletops!
Tema kami Pink! Sporting Dato Oren pakai baju pinkish :)
Antara menu yang geng aku masak. Mona bawak Asam Pedas Ikan Pari, Iwan bawak Ikan Siakap 3 Rasa, Shikin bawak Pizza, Fita bawak Puding Oreo Tersedap, Ijue bawak brownies sedap dan tuan rumah masak sambal kentang.
Sementara tunggu yang lain datang ...
Bila dah datang apalagi ... serbu makananlah ... lapar. Dahlah sedap. Hancus diet aku ...
Tak ramai dapat join terutama Puan Bendahari kami tiba-tiba ada hal yang perlu diselesaikan. Maka tinggallah kami 8 keluarga je yang join perjumpaan kali ini.
Nak meeting ke makan ni ...
Antara tempat cadangan yang dipilih ...
Meeting trip dimulakan selepas semua orang kenyang .. kekeke … Banyak tempat dan negeri jadi pilihan sampai tak tahu mana satu nak pergi sebab semua tempat best.
Keputusan telah dibuat dan dibincangkan. Destinasi dan tempat sudah dipilih sebulat suara. Semoga dipermudahkan urusan kami Geng Copy Paste kelak.

10 Mac 2017

Tempat Makan Best di Bandung

Assalamualaikum ...
Kisah ini adalah kesinambungan dari Travelog Bandung & Jakarta Akak Kembang :)
Sebenarnya banyak tempat makan yang syok lagi sedap malah murah di sekitar Bandung & Jakarta. Samada kena atau tidak je ngan tekak kita.
Kedai makan atau disebut Rumah Makan oleh orang Bandung di sekitar Bandung semakin cantik dan hipster (betul ke ayat ni).
Dengan dekorasi dan makanan yang cantik dan sedap bisa menarik hati pelanggan berkunjung buat pertama kali malah berkali-kali.
Ada beberapa Rumah Makan yang tengah ngetop yang aku memang suggestkan buat pengunjung yang tercari-tercari Tempat Makan Best di Bandung.
Warung Suluh
Glamerlah muka Firman ni ... hehehe ...
Warung Suluh ini direkomenkan oleh supir kami Mas Angga. Tak sia-sia kami menjamu selera disini. Memang grand sangat kedainya.
Lihat dari luar jer dah cantik yaamat dekorasi Warung Suluh nie. Bila masuk lagilah boleh buat korang tertawan dan terus kenyang … hahahaha!
Sapa giler bergambar memang sesuai sangat berkunjung ke Warung Suluh ni. Memang hipster habis! Lepas tu tak payah aircond pun sebab dah rasa nyaman je ..
Menu dan harga di Warung Suluh. Jangan risau harga sangat berpatutan. Konsep aku kalau pi travel nak makan sedap-sedap dan tempat cantik :)
Makanan dan minuman juga banyak pilihan. Cuma jangan cari roti canai & nasi lemak dahlah ek … memang tiada di Warung Suluh ni.
Nasi Liwet Teri & Nasi Liwet Ayam Jamur pilihan aku dan Abang Kembong.
Aku suka sangat dekorasi Warung Suluh ni. Dah macam rumah nenek kita dulu-dulu.
Semuanya antik ...
Di atas ini juga ada ruang makan. Aku tumpang tangga pun jadilah …
Suka bangatlah ...
Kaunter bayar pun awesome sangat nih!
Sangat rekomen jika korang ke Bandung jangan lupa singgah ke Warung Suluh. Hanya 7 minit jer dari  airport Bandung.
Alamat Warung Suluh Bandung :-
Jl. Dr. Cipto No. 8, Pasir Kaliki, Cicendo, Kota Bandung, Jawa Barat 40171, Indonesia
Seterusnya Rumah Makan kegemaran Akak Kembang ialah :-
The Stone Cafe, Bandung
Kali kedua aku makan di The Stone Cafe ni. Saja bawak kawan-kawan makan atas bukit Bandung ni. Lokasi tak jauh pun. Jika dari Paris Van Java cuma 20 minit saja perjalanannya.
Dapat lihat view Kota Bandung bila malam hari. Makan pulak atas pondok. Memang asyikkkk ... akulah (akukan suka syok sendiri) yang lain syok jugak kot ... kekekeke ...
Menikmati makanan sambil lihat view dan selingan nyanyian dari live band yang ada di Stone Cafe.
Harap kawan-kawan aku gembira walaupun muka memasing dah capek :)
Aku makan Nasi Daging Blackpepper Stone lagi. Sedap yaamat!
Kalau korang suka keasyikkan. Suka ketenangan. Suka kelainan. Suka suka ... boleh try makan di The Stone Cafe Bandung ni. Selain makan korang dihidangkan nyanyian live band yang superb dan sporting.
Alamat The Cafe Stone Bandung :-
Jalan Raya Ranca Kendal Luhur No.5, Gerbang Dago Resort Dago Atas, Dago, Coblong, Ciburial, Bandung, Jawa Barat 40198, Indonesia
Next, jika korang ke Kawah Putih, Ciwedey (wajib pergi hokey!) ... bolehlah singgah makan di Saung Gawir. Makan sambil hadap sawah padi beb!
Saung Gawir
Ada beberapa list tempat makan yang best di sekitar perjalanan ke Kawah Putih ni. Semuanya menghadap sawah padi. Tapi aku pilih Saung Gawir.
Geram jer tengok permandangan sawah padi kat sini. Cantik kot!
Saung-saung dan ruangan makan di Warung Suluh pun cantik sangat. Pilih je nak makan bersila atau duduk atas kerusi.
Disebabkan kami tak sempat booking di Warung Suluh ni, maka terpaksa makan di bahagian cafe Warung Suluh tapi still bahagia :)
Makanan paling sedap. Ayam sambal hijau Warung Suluh. Tak cukup weiiii!!!
Selain makan, korang boleh possing kat sekitar Saung Gawir ni. Memang awesome & best!
Alamat Saung Gawir :-
Jalan Raya Ciwidey - Rancabali KM. 6, Alamendah, Rancabali, Kabupaten Bandung, Jawa Barat 40973, Indonesia
Kampung Daun
Kampung Daun ni juga salah satu tempat makan yang wajib singgah jika ke Bandung. Sapa suka tempat yang nyaman boleh cuba di Kampung Daun. Ada air terjun tapi takleh mandilah ... perjalanan mengambil masa selama sejam jika dari pusat bandar Bandung.
Hujan rintik-rintik perut bergelora pulak. Memang sedap makan sambil dengar deruan air terjun :)
Jika waktu siang lagi cantik gambar. Maklumlah pakai henpon cap ayam je ... gambar gelap gelita. Tupun jenuh cerahkan ...
Alamat Kampung Daun :-
Villa Triniti, Jalan Sersan Bajuri KM. 4,7, Cihideung, Cigugur Girang, Parongpong, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40154, Indonesia
Pastu aku nak tambah satu Tempat Makan Best di Jakarta :)
Bandar DJkarta (Hidangan Laut)
Jika ke Jakrta, rumah makan best yang wajib korang singgah  ialah Bandar DJakarta. Restoran makanan laut yang terkenal di Anchol.
Sapa suka makan seafood boleh try ke sini. Memang cepat! Sedap! dan berpatutan harganya.
Terus kenyang tengok makanan depan mata. Sebelum makanan ni siap, korang kena pilih jenis ikan ke sorong ke ketam ke di bahagian lauk pauk dorang. Pastu pilih jenis masakan pulak.
Alamat Bandar DJakarta :-
Taman Impian Jaya Ancol Pintu Timur, Jl. Kawasan Wisata Ancol, Ancol, Pademangan, Jakarta Utara, DKI Jakarta 14430, Indonesia
Sekian sahaja dari Akak Kembang yang melaporkan Tempat Makan Best di Bandung & Jakarta secara percuma :)

3 Mac 2017

Travelog : Bandung & Jakarta 2017 (Last Part)

Hari ke 4 ... hari terakhir di Jakarta.
Harini agenda kami ke Mangga 2 jer ... nak ke Masjid Istiqlal ke Monas ke semua terkubur akibat jalan raya di Jakarta.
Kat Jakarta Grab Motorsikal pun ado. Kalau kat Malaysia ada mesti best kan ...
Bila dah sampai Mangga 2, maka sessi menghabiskan saki baki rupiahlah kami di Mangga 2. Mangga 2 tetap macam dulu. Sama je aku tengok.
Mula-mula tu tak tau nak beli apa. Akupun menghabiskan duit beli seluar ngan baju anak je. Last kopek borong beg.
Mekasih buat driver-driver hakak yang ganteng-ganteng. Memang tip top servis dari dorang ni ...
Sapa nak cari supir murah di Bandung, boleh contact :-
FB Supir Bandung : Pakej Supir Murah Bandung
Whatsapp : Pak Angga +6285624983033
Perkhidmatan wrapping bagasi disediakan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Satu beg cuma 50,000 rupiah (RM16.++).  
Wefie sebelum check in beg ...
Ramai yang terkejut bila tengok beg Akak Kembang. Siap Kerol cakap, hari itu dalam sejarah bila hakak bawak balik satu beg jek ... Hahahaha! silalah percaya. Aku pi bawak dorang ni melancong jer kali ni. Lagipun aku kan baru balik Bandung ... so takde membeli sangat kecuali kiriman orang je. 
Dengan konpiden kami menyusun bagasi masing untuk ditimbang sekali 'lump sum' ... rupa-rupanyaaa ...
PENGALAMAN TERBANG DENGAN KLM ROYAL DUTCH AIRLINES BUAT PERTAMA KALI
Bos aku syorkan kami balik dengan pesawat KLM Royal Dutch Airlines dari Jakarta. Bolehlah merasa tumpang kapal terbang Belanda … hehehehe …
Sampai di Jakarta Airport , kami terus ke kaunter KLM untuk check in beg bagasi. Sebelum tu kami dah check in melalui web check in dan dah tahu tempat duduk masing-masing.
Jika kelas ekonomi, korang dibenarkan masukkan beg dapal perut kapal 23kg dan HANYA 1 BEG je boleh masuk dalam perut kapal. Walaupun korang datang rombongan tetap 1 beg sahaja. Jika beg korang ada 4 sekalipun tapi hanya 10 kg korang tetap dibenarkan bawak 1 beg sahaja. Memang syarat dan prosedur KLM begitu.
Jenuhlah kawan-kawan kami yang ada lebih 1 beg tu …. Nasib baik macam aku kana da satu beg je…sapa yang lebih beg tu boleh tumpeng Abang Kembong punya. Mana yang lebih-lebih tu, kami satukan dalam beg besar.
Sementara tunggu pintu gate dibuka, kami makan maggi dulu buat alas perut.
Layan Teh Botol dulu ...
Muka tak sabar nak sampai Key elll ....
Pintu gate kami untuk pesawat KLM :) Flight kami jam 7.25 malam dan dijangka sampai ke Malaysia jam 10.30 malam waktu Malaysia.
Pergi dan balik duduk berasingan ngan Abang Kembong ... takde hal punya ...
Naik KLM disediakan bantal. Baru syok nak landing. Tapi aku tak tidur pun. Layan movie korea sambil dijamu makanan ringan yang disediakan oleh KLM.
Alhamdulillah. Kami sampai di Malaysia tempat waktunya. Bila dah sampai airport ni mulalah rasa saat yang paling digeruni. Hahahahaha ... takut tak lepas imegresen. Tapi luar jangkaan ... semuanya berjalan lancar. Pegawai Imegresen di KLIA sangat bagus (mungkin nasib aku baik haritu berbanding masa KLIA). Cuma beg yang diwrapping sahaja dorang scan. Kawan-kawan yang lain pun lepas dengan senang dan tenang. Tiada sessi umpan mengumpan berlaku disini. Syukur.
Ini sahajalah pengalaman aku travel ke Bandung dan Jakarta. Panjang umur ... murah rezeki bolehlah pergi lagi. Terima kasih pada semua geng opis. Ada yang pengalaman berkali-kali travel bersama. Ada yang baru pertama kali travel bersama.