15 February 2017

TRAVELOG BANDUNG & JAKARTA 2017 (Part 2)

Aturcara untuk hari ke 2, kami akan ke Kawah Putih, Ciwedey. Perjalanan dari Bandung ke Kawah Putih mengambil masa selama 2 jam jika tidak macet (jalan jam). Memandangkan hari itu hari cuti (Raya Cina), jalan berkemungkinan akan macet, kata Mas Igol. Seeloknya keluar awal pagi, pesannya lagi.
Sebelum bertolak, kami isi perut dulu dengan breakfast di hotel. Tak rugi menginap di De Java Hotel ni mewah makanan. Pelbagai pilihan makanan ada cuma aku jer tak lalu makan berat sangat pepagi buta kan …
Lepas makan, kami bertolak (agak lewat sedikit). Memang jalan mula sesak. Maklumlah musim perayaan kan.
Jalan menuju ke Kawah Putih lebih kurang jalan ke Cameron Highlands tapi lagi best dan seram. Dahlah jalan sempit, dorang ni selamber je potong memotong tanpa rasa bersalah. Tapi yang bestnya, memang tak nampak kemalangan pun. Pemandu di sana lebih penyabar jika dibanding dengan kita punya pemandu (termasuk aku :)) Takat main hon tu takde orang carut pun ...
Ada lagi! Sepanjang jalan menuju Kawah Putih memang syok sangat. Kiri kanan penuh sawah padi dan sayur-sayuran. Setiap rumah mesti ada tanam sayur walau tanah sekangkang kera.
Kemudian kami stop kat satu tempat untuk beli tiket ke Kawah Putih. Ada dua cara jika mahu ke Kawah Putih. Samada naik kereta sendiri atau guna van dorang. Jika naik van dorang, yuran yang dikenakan ialah 65,000 ribu (RM22) untu seorang.
Lepas fikir seploh kali ... akhirnya kami decide naik dengan supir jelah. Seram pulak bila Mas Igol kata, kalau naik van dorang ... laju kemain.



Ingatkan dah berakhirnya jalan berliku, rupanya lagi penuh liku nak sampai ke Kawah Putih tu. Disini bermulanya adventure menuju ke Kawah Putih.
Kalau korang tengok video amatur hakak ni nampak kan sejenis van ala-ala tut-tut kaler oren tu kan? Sapa yang taknak bawak driver naik ke atas sila lah naik tut-tut kaler oren tu ye. Yang kadang-kadang boleh sesak napas kot sebab tetiba tut-tut tu akan mengundur ke bawah. Seram bebbbb .... Nasib baik kami dengar cakap Mas Igol ... hehehehehe ...
Lepas kecut perut menyaksikan van oren tu undur depan van kami, akhirnya sampai juga kami dengan selamat ke Kawah Putih. Kemain sejuknya yaamat! Cakap tahap kuar asap tu ... jakun kejap ... hehehehe ...
Cuaca tidak berapa cun plak haritu. Masa sampai tu hujan mula renyai-renyai. Nanti korang akan dikerumuni orang yang dok bisnes payung sekitar Kawah Putih ni. Satu payung 20,000 ribu rupiah (RM6.50). Tapi kami ni tak layan pun ... kengkunun kebal ...
Swapoto dari Abang Kembong dan Akak Kembang ... Naik beku tahan sojukk ...
Lagi selfie ... sib baik ada Abang kembong ... layan jelah bini dia yang senget ni ... geng lain entah keman menghilang masa ni ...
Dari signboard Kawah Putih ni, korang kena jalan lagi. Pastu turun tangga ... barulah kelihatan keindahan Allah Taala. Cantik sangat. SubhanaAllah! Kagum sangat-sangat. Seakan-akan menuju syurga Allah.
Tak edit pun gambar ni. Cantiknya yaamat!
Tak sempat nak tahu kenapa pokok ni takde daun ... sebab hujan dah mula renyai-renyai ...
Aku bayangkan Kawah Putih ni sejenis kawah belerang berkerak gitew ... tapi cantiknya subhanaAllah! Dengan airnya kehijau-hijauan yang cantik sangat tak terkata!
Baru ketip gambar 2-3 keping, hujan turun lagi. Makin lebat. Menggelabah cari tempat berteduh. Tula degil tak mau sewa payung tadi.
Kami yang kekuyupan. Memang habis lencun. Tapi still gigih tunggu hujan reda sikit sebab tak puas swapoto lagi.
Hujan berenti terus lari ke bawah balik. Tupun masih renyai-renyai. Korang tengok hakak dah basah kuyup tu tapi gigih Abang Kembong layan bini dia punya peel.
Jadilah ada gak gambar berdua. Eh! beramai-ramai  :roll:

Gigih betul Abang Kembong mengendong beg hakak ... kekekeke ...
Gambar lintang pukang asal ado ...
Kat sini ada je photographer yang boleh amikkan kita gambar. Ekspres foto katanya ... cuma 3 minit dah siap fotonya dan perlu bayar 20,000 ribu (RM6.50). Boleh nego lagi tu. Tapi malas nak layan sebab hujan. Nanti gambar tak cantik ... hahaahaha ...
Selagi boleh selpiaq ...
Tak pakai mask ke? Tak payahkan ajer. Ngeee. Biasalah laki aku kan suka tibai jer. Aku punyalah berangan nak beli mask kaler-kaler tapi jual sampai 5,000 ribu ... simpankan aje niat tu.



Layan lagi video amatur hakak ye ...
Masih tak puas bergambar tapi nak buat camner ... hujan plak makin laju. Udah dibilang sama supir supaya awal dikit tapi degil kan ... rasain sendiri ... huhuhuhu ...
Memang cuaca tidak menyebelahi kami hari itu, nak singgah petik stroberi pun tak sempat ... nak naik jambatan gantung pun ke laut. Akhirnya cari tempat makan jelah.
Cantik yaamatlah tempat makan ni. Dikelilingi sawah padi bukit. Orang Kedah sila buat tempat makan tengah bendang. Hakak nak mai makan nanti ... hehehehe
Tempat makan best ni namanya Saung Gawir. Kalau balik dari Kawah Putih ni akan jumpa Saung Gawir ni. Sila singgah!
Hakak-hakak maneh !
Makan sambil tengok keindahan Tuhan memang asyikkkk ...
Hakak berangan nak buat rumah kat tengah bendang tu. Berangan jer tau  :lol:
Makan sedap! Tempat best! Harga pun ok sangat! Sila singgah Saung Gawir satu hari nanti ek!
Begitu begini jam dah dekat pukul 4 petang. Sepatutnya nak singgah Cibaduyut dan Rumah Mode tapi tak sempat sebab malam pulak ada dinner kat Kampung Daun.
Akhir kata, hari itu adalah hari makan kami je ... hehehehehe ...
Tak dapat nak dielakkan sebab keadaan cuaca dan jalan yang macet. Ada yang mengeluh (termasuk aku) tak dapat nak bawak dorang singgah Cibaduyut. Frust filer! Tapi nak buat macamana. Dah cuba adjust-adjust ngan supir pun tak boleh. Dan akhirnya kami sampai ke Kampung Daun dalam masa jangkaan 7.30 malam. Kalau menyinggah tadi mungkin pukul 9 malam bari sampai kot  :mrgreen:
Nasib baik Angga dah reservasikan untuk kami juga. Kalau tak beratur menunggu.
Kami dapat tempat duduk paling atas sekali. Syok makan sambil dengar deruan air terjun.
Muka mintak bantal ... huhuhuhu ...
Lepas makan malam dengan bos di Kampung Daun, kami terus pulang ke hotel. Memang tak menyempat jugak haritu nak singgah ke Paris Van Java. Esok kena ubah jadual sikit demi mereliasasikan impian kawan-kawan yang lain.

No comments:

Post a Comment